Sunday, December 31, 2006

Mahligai Ghazali Jalan Ghazali


Aku berasa bertuah kerana perjalanan aku sejauh lebih kurang 1000 kilometer menemukan aku dua tempat ini.

Mahligai Ghazali di Senai, Johor
Jalan Ghazali, Sabak Bernam, Selangor.

Friday, December 29, 2006

Demi musim

Tengkujuh banjir
Tangis alam berduka (?)
Insan bersabar.

Thursday, December 21, 2006

Kon. Tol Naik.

Periuk api!
(ini sepatutnya gambar kon & tol)

Kadangkala di beberapa tempat kita akan jumpa barisan kon sebelum berjumpa plaza tol. Kon-kon ini berfungsi sebagai susur masuk atau apa. Agar para pemandu dapat membuat anggaran awal pintu mana yang mereka harus masuk. Dengan adanya kon nak potong Q pun susah sedikit.

Tol naik lagi. Rakyat sepatutnya sakit hati tapi sebaliknya nampak macam tak ambil peduli. Dilayan sepi. Mana boleh macam ni!

Jom kita boikot.


Lawatan sambil belajar ;

Kon Ajaib Untuk Wanita

Friday, December 15, 2006

Serangan Udara.


Malam itu di dalam sebuah gudang lama sekumpulan soldadu elit bermesyuarat besar. Marah benar mereka kepada presiden negara mereka.

"Kita tembak dengan mortar." Kata seorang.
"Langgar saja dengan kereta kebal."
"Lontar bom tangan sudah."
"Aku kalau dapat dia... aku sembelih bagi putus urat mareh!"
"Presiden bongooookkkk."
"Tak guna!"
"Sia-sia pengorbanan kita selama ini!"

Begitulah antara banyak-banyak luahan perasaan kemarahan mereka.

"Aku ada satu cadangan." Tiba-tiba bersuara seorang yang senyap dari tadi. Lalu semua mata bertumpu kepadanya.
"Kita buat serangan udara." Katanya.
"Tapi kita tak mana ada jet pejuang, pesawat burok adalah..." Sampuk yang paling otai antara semua soldadu tersebut.

Jadi si pencadang pun berdiri lalu menerangkan,

"Kita buat serangan udara, dari pesawat beramai-ramai kita bukak seluar dan berakkan bumbung rumah presiden."

Terus semua soldadu berdiri memberi tabik hormat kepada dia gara-gara idea yang terpaling bernas tersebut. Gerenti puas hati kalau berjaya ini misi. Kalau masih dalam perkhidmatan harus naik pangkat ke sarjan mejar dia ni. Persiapan dan kelengkapan pun disempurnakan untuk misi esok. Menjelang pagi ada pula yang tertidur dengan muka comot berconteng penyamaran.

STAR.

Pada pagi itu mereka berdegil cuba menerbangkan pesawat dalam cuaca burok. Akibatnya mereka semua disambar petir.


Thursday, December 14, 2006

Kalau tuan pergi ke hulu, belikan saya bunga seroja

Kalau tuan mati dahulu, tunggulah saya di pintu sorga.

...
Kalau tuan pergi ke Mozambique,

Klik sini http://www.vergenet.net/~conrad/poolroom/box/Lion_Warning.jpg

Hua hua!

Awek Farmasi Yang Bermata Cokelat Jernih




"Abang pergi mana tadi?".

Farmasi, beli ubat gatal.

"Apa yang gatal? Dorang bagi ubat apa?."

Dua benda yang gatal, satu ada ubat satu lagi belum ada.

"Sakit gatal apa lak ni...?"

Gatal sebab alergik farmasi bagi pil dengan ubat krim sapu. Pil kecik besar beras, entah power-entah tidak.

"Gatal satu lagi?"

Gatal satu lagi ubat dia kena kawin dengan tuan punya farmasilah.

Ha ha!

Geng Jurnal Petaling #2

Seperti juga karyawan (dan karyawati ?) lain Malaysia, golongan penulis jurnal (sekarang ini weblog atau blog) mereka kita panggil blogger, juga dihargai. Sehubungan dengan itulah Geng Jurnal semenjak beberapa tahun telah menganjurkan Anugerah Weblog Terbaik (AWET).

Tidak seperti anugerah berprestij lain seperti Juara Lagu misalnya yang menawarkan hadiah ribuan ringgit disamping piala cantek (dan sijil ?).

Berbalik kepada AWET tadi, bukan persolan duit ribuan ringgit atau piala cantik (dan tiket penerbangan jika berkaitan) tetapi soal 'pengiktirafan'. Disandarkan kepada apa pengiktirafan AWET tersebut? Sedangkan Geng Jurnal bukanlah organisasi yang sah berdaftar. Seumpama orang yang mendapat gelaran 'datuk' daripada manusia yang menggelar dirinya sultan Melaka sekarang. Oops... jangan marah dulu.

Wednesday, December 13, 2006

Nasib baik


Aku dijemput menghadiri kursus CIDB. Kursus sehari suntuk duduk saja mendengar ceramah, menonton slaid dan tayangan VCD. Semua pasal keselamatan di tempat kerja dengan fokus tapak binaan. Mengantuk. Aku tonton VCD lepas tu VCD tonton aku.

Habis kursus petang. Dapat percuma sebuah topi keselamatan, dan dapat kad hijau. Kad hijau ni kiranya macam lesen untuk masuk ke tapak binaanlah.

Pasal topi keselamatan tu ada dua cerita.

Cerita pertama design terbaru dibuat lubang-lubang di permukaan topi tu seakan-akan sirip jerung. Udara bebas keluar masuk tapi kalau hujan taklah bocor pula. Salah satu sebab buat lubang-lubang menurut si penceramah, agar tak disalah gunakan oleh pekerja-pekerja yang tinggal di rumah kongsi. Dibuat mereka topi itu sebagai gayung mandi, bila dah design berlubang dah tak boleh. Salah gunakan topi ni boleh kena denda saman dan penjara, serius.

Cerita kedua ialah masa aku cuti sekolah berbelas tahun yang silam. Aku pengait kelapa sawit, jadinya aku pakai topi keselamatan ni takut-takut ditimpa pelepah, buah kelapa, tenggiling atau habuk-habuk. Satu hari tu aku bersiap-siap nak ke kebun, aku capailah kasut getah tinggi ke betis tu. Tak semena-mena tersembul ular senduk dari dalam kasut tu. Panik, aku terus capai topi keselamatan yang aku pakai dan terus hentam ular tu. Sampai hancur. Bapak aku nampak terus geleng-geleng kepala. Salah guna topi buat hentam luar senduk, patutnya carilah kayu ke, buluh ke...

Tapi aku taklah disaman pula kerana salah gunakan topi tu.



Saturday, December 09, 2006

Geng Jurnal Petaling #1

Berbeza dengan keahlian Geng Jurnal sedia ada yang percuma pendaftarannya (tapi buat masa ini ada sekatan akibat gangguan SPAM).

Geng Jurnal Petaling (GEJUPET) mengenakan yuran keahlian tahunan sebanyak RM1 seperti yang telah diluluskan kerajaan (tetapi belum diputuskan oleh mesyuarat agung lagi, kalau rasa ciput sangat kita boleh cadang tambahan yuran masa mesyuarat agung nanti.)

Kita mesti ada win-win situation. Ahli bayar yuran, GEJUPET bagi apa kat ahli?

Aku cadangkan kita sertai takaful berkelompok. Ahli automatik dapat benefit takaful bila jadi ahli, dan manfaat ini akan berterusan selagi mereka memperbaharui keahlian dan bayar yuran tahunan.

Khairat kematianlah bahasa mudahnya.
Jadinya perjuangan kita dalam Geng Jurnal (Perjuangan : kalau aku bisa gunakan istilah itu), tidaklah rasa tersia-sia kerana tenaga, masa dan wang ringgit yang kita curahkan mempunyai timbal balik yang agak berbaloi. Masa hidup berjuang, dah mati dikenang.
Jika ahli GEJUPET menyertai web forum, status mereka ialah 'Ahli Berbayar'. Darjat mereka akan lebih tinggi daripada ahli percuma, tapi ada apa dengan darjat iya tak?
Bersambung...
P/s: Jika korang berminat untuk menjadi ahli berdaftar Geng Jurnal Petaling silalah ke url forum di bawah. Borang keahlian juga boleh dimuat turun dari situ.

Wednesday, December 06, 2006

Sensasi getaran henset di celah peha pada pagi yang sepatutnya indah.


Nombor talian tetap terpapar di skrin. "Hello...!"

"Abang, telefon balik bang."

Amboi! sedapnya bahasa. Baru 7 tahun kahwin dah hilang dah bahasa-bahasa manis. Entah mana salam, entah mana pertanyaan khabar. Kot ye pun bagilah salam dulu. Tanya abang dah sarapan ke pagi ni? Sarapan apa? Minum nescafe lagi ke, kan tak elok minum kerap sangat ? Bihun gerai Kak Pah sedap atau anak dia nampak sedap? Abang ni hari-hari sarapan bihun? Tenung nurse-nurs PUSRAWI? Malam tadi tidur kat bilik atau kat sofa? Balik pukul berapa semalam? Abang makan megi lagi? Rindu kitorang tak? Adik abang datang melepak temankan abang tak? Ada hantu? Buku kawan-kawan abang tu dah settle ke?

Itu sepatutnya soalan-soalan lazim. Soalan pembuka kata, bukan tiba-tiba terjah macam tu. Apa hal ni?

Aku daillah semula. Tut tut. Tut tut. Tut tut.

"Nah, abang cakap dengan mak."

Labu, anak kau ni kau dah daftar ke belum? Bila kau nak daftar? Ambillah cuti? Cutilah? Mintaklah cuti dengan bos? Tak boleh cuti ke? Takkanlah tak boleh cuti? Kerja sibuk macam mana pun uruskanlah anak kau? Bla.. bla.. ? Bla... bla...?

"Iye... ye... a'ah... Mak, bagi saya cakap dengan..."

Di celah-celah kertas-kertas yang menimbun di atas meja aku cari nombor telefon supplier tu. Bos bila-bila masa dah nak quotation tu, urgent, hari ni nak. Melalui tingkap kaca di sebelah meja sekonyong-konyong client dengan beg sandang, appointment dengan aku pasal drawing-drawing yang perlu dipinda-pinda. Projek kedai 4 tingkat tu pula nak masuk claim sebelum minggu depan pula. Jurutera ni pulak mintak aku search kat Yahoo! spesifikasi kabel apa ntah... Aku didesak dan didesak. Arghh...

Aku perasan kemeja aku basah dek peluh. Panas terasa. Jadinya aku pun lipatkan hujung lengan baju sebab lengan aku rasa rimas. Pada masa tu lah aku rasa menyesal pulak, kasihan awek kena marah..

Semasa tenang-tenang di tengahari. Aku capai henset dan picit-picit.

"Hello.." Adik ipar pula yang angkat. Aku cakap nak cakap dengan kakak.

"Kejap ye... mmm... bang, akak dah tidurlah."

Panas tengahari buta. Aku pun rasa nak melelapkan mata sebenarnya.

Plap! Aku tepuk dahi. Sepatutnya aku appointment jumpa bang 'sensei' Naga tengahari ni.

Monday, December 04, 2006

Timbunan Buku

Aku minghirup bau dakwat buku macam mat gian menghidu gam penampal tayar. Atau macam remaja lelaki yang tidak puas merenung gambar payudara model di dada majalah hiburan. Ha ha ha!


P/s: Anak-anak mengikut ibu mereka yang berpantang di kampung. Jadinya aku tidur bersama-sama timbunan buku Masuk Barisan sahajalah. Jangan bimbang, tiada kesan cecair pada buku-buku tersebut.

Monday, November 27, 2006

Panik! Panik!

Sudah suratan Ilahi yang mereka mereka akan dilahirkan serentak. Oleh ayah yang sama tapi berlainan ibu tentunya. Ahaks!

Yang satu lahir terlalu awal. Awal 2 minggu. Nama dia Irdina. Dua perpuluhan tiga kilo g. Pasti jadi rebutan jejaka!



Yang satu lagi lahir terlalu lewat. Usai pula dua musim menuai padi. HA HA HA! Dua puluh tiga ringgit. Pasti jadi rebutan jejaka!



Apa-apa pun kedua-duanya adalah baby kesayangan aku. Dua puluh lima haribulan sebelas - tarikh keramat.

... bersambung

Sunday, November 26, 2006

Friday, November 24, 2006

Bukan T-shirt Kolar "V"

"Pergi tukar bang!", arahan awek aku.

Tangan kiri cekak ke pinggang, manakala telunjuk kanannya ke ampaian. T-shirt kolar bulat. Itulah kegemaran aku. Tapi awek aku tak suka kalau aku keluar rumah dengan t-shirt tu. Nak yang berkolar.

Hensemnya saya ber-t-shirt kuning berkolar berbutang kuning.

---

Dalam IKEA ada macam-macam peralatan rumah. Ada barang yang boleh dicuba oleh bakal pelanggan. Paling seronok dicuba ialah segala sofa dan kerusi di ruang pameran yang luas itu. Amat luas.

Aku selesa merebahkan diri di atas sebuah sofa beranyam rotan. Sampai menutup mata.

Tiba-tiba... plop*

"Dik tolong ambilkan yang kat atas tu..." Seorang perempuan bergelar kakak memecahkan lamunan.

"Tapi.. saya bukan pekerja sini kak..."

"Aaa sori sori..." Kata kakak tu.

Cissss!!! mentang-mentanglah aku pakai tshirt kuning macam tshirt IKEA dia ingat aku pekerja situ.

Di suatu sudut seorang dua pekerja IKEA mengekek mentertawakan kami.

Tuesday, November 21, 2006

Jika Hari Ini Seorang Bos Yang Baik

Minggu lepas, Mr. Max Wong datang ke pejabat kami. Ada sesuatu perkara yang dibincangkan dengan bos, barangkali.

Dia ke meja aku kemudian.

"Hai Labu.." Dia ada cara tersendiri menyebut perkataan tersebut, yang amat lunak masuk ke rongga telinga kita.

Dia minta tolong aku lukiskan beberapa litar skimatik dan litar-litar kawalan. Projek baru katanya. Aku kata boleh, apa salahnya. Lagi pun melukis itulah mata pencarian aku. Walaupun dah naik pangkat, dah buat kerja lain, melukis tetap ada dalam jadual hidup ini. Mendengar perkataan "boleh": daripada aku, ditepuk-tepuknya bahu aku, sambil dia senyum.

"Bagus... bagus..."

Mr. Max Wong merupakan seorang klien syarikat. Kedudukan dia satu level dengan bos aku. Bekerja dengannya amat selesa. Kerana dia tak pernah menganggap kita sebagai kuli, malah sebagai sahabat. Dia menghormati kita melebihi kita menghormati dia, baik dalam tingkahlaku mahupun tutur kata.

Hari ini lukisan-lukisan dia hanya siap separuh jalan. Dia tak datang semalam. Yang datang hanyalah berita. Berita teramat sedih pada aku. Mr. Max Wong meninggal dunia Sabtu lepas, akibat strok. Tak aku sangka batuknya yang kronik minggu lepas adalah suatu tanda, tanda perpisahan kita. Untuk selama-lamanya.

Angin ahmar atau mati separuh badan, koma, lalu meninggal. Sebentar benar tuhan meminjamkan aku bos yang baik. Sekejap benar tuhan menarik kawan yang baik. Terasa lagi bahuku ditepuk-tepuk tangannya yang sasa, senyumannya masih di ruangan mata.


Ps : Kepada kawan-kawan yang mengambil rokok sebagai menu harian, nasihat aku hentikanlah. Tak dapat hentikan kurangkanlah. Tok Rimau, bang Naga, bang Spyz dan yang lain-lain... jangan putus rokok kerana kawan, putus kawan kerana rokok.

Monday, November 20, 2006

Persatuan... Geng Jurnal




Mula-mula dulu baca di post forum GJ pasal pendaftaran. Ribut. Taufan. Kena tempelak, terus bisu. Masa tu aku ahli baru yang bukan siapa-siapa. Sekadar baca-baca tak ada komen pun.

Lama-lama dah join GJ ni, lepas tu jadi presidenlah pulak. Timbullah balik idea untuk pendaftaran ni, makanya banyaklah juga reaksi daripada ahli-ahli yang boleh dibaca di forum. Di luar forum ada juga yang menyelar, menempelak, mempersenda-sendakan, masuk neraka, sinis...

"Kau daftar Geju aku buat Semangat Geju." Parti serpihan macam Semangat 46. Agaknya. Entah.

Membujur lalu melintang patah.

Pada 31 Mac 2006 hari Jumaat naiklah aku ke pejabat pendaftaran pertubuhan di tingkat 16 bangunan MBSA. Masuk borang. Letak nama Geng Jurnal Nusantara - reject, Geng Jurnal Malaysia - reject, Geng Jurnal Selangor - reject, Geng Jurnal Sungai Buloh - reject.

Kenal jadinya kepada anak-anak tangga bangunan itu. Sebulan 4 kali menelefon pegawai terbabit, jelak dengar alasan-alasan. Pegawai bercuti, pegawai kursus ke Langkawi, meeting, bos tak masuk lagi, dah letak atas meja bos bos belum tengok, dah letak atas meja bos bos belum sain, telefon minggu depan boleh?, minggu depan, minggu depan, minggu depan...

Piagam pelanggannya tulis siap 4 bulan, dah masuk 7 bulan tak siap lagi. Kami kansel sajalah pendaftaran ni,

"Janganlah encik.. bos saya dah nak sain dah... minggu depan siaplah tu."

Pada 10 November 2006 hari Jumaat (wah! berkat hari Jumaat) naiklah aku ke pejabat itu setelah di telefon suruh datang. Siaplah sudah sijil dan undang-undang tubuh Geng Jurnal Daerah Petaling. Daerah Petaling pun Daerah Petalinglah janji sijil lulus.

Kami bina sebuah kapal untuk merentas lautan samudera atas kepercayaan - bukannya hanya ada satu jalan untuk ke Rome.

Nak naik kapal bersama kami?

http://www.jurnal.biz/forum/viewtopic.php?p=72422#72422

Sunday, November 19, 2006

GJ : Perjalananku Sudah Sejauh Ini. Dari Penyusun Kerusi Menjadi Pengerusi

(I)
Gath Geju yang kali pertama aku join ialah semasa buat di Restoran Nelayan Titiwangsa. Kaw-kaw aku tak kenal orang dan orang pun tak kenal aku. Redah sajalah... Tapi Mat Jan boleh cam aku sebab aku pernah upload gambar ke blog, "rambut petak" kata Mat Jan.

Kali pertama join gath aku duduk diam-diam dan makan-makan sahaja. Ada yang sudi menegur, bersalam aku pun balaslah. Menu seafood (kegemaran aku tu), masa aku melahap ketam ada kakak sebelah tegur aku dengan nada yang teramat sinis "Aaa.. makan macam orang setahun tak makan..." Wadefak! aku bayar yuran mahal-mahal apa lagi makanlah apa yang aku bayar. Aku rasa lebih baik dia cakap, "Makan-makan jugak, lepas makan mari akak bawa awak berkenalan dengan GJ yang lain." Kan sedap sikit telinga aku mendengarnya. Sebab apa kakak tu kiranya otai GJ, sedangkan aku orang baru masa tu.

Balik dari gath baca post kat forum Geju. Hambik! kaw-kaw punya kutuk berjela-jela dalam forum. Aku sekadar baca je, tak komen apa-apa sebab aku bukannya siapa-siapa. Bagi aku masa tu bersyukurlah ada orang dah organize bagi kita tempat berbumbung boleh makan enak-enak. Namun point-point penting dalam 'pertelagahan' dalam tu aku ambil untuk panduan dan rujukan.

(II)
Gath Geju yang kedua aku join masa di UPM. Gila ramai AJK Gath masa tu, bulan puasa pun sanggup datang meeting semata-mata untuk menghasilkan gath yang mantap. Presiden GJ masa tu orang jauh, tapi "kuasa" atau "aura" dia tu bergelombang sampai ke Serdang, tu yang semangat buat kerja tu. Sebenarnya Timb. Presiden yang punya daya penggerak tu jadi ikutan anak-anak buah.

Kali kedua gath ni aku jadi AJK bawahan je, kerja susun meja kerusi. Kerja rajin-rajin, lepas tu awek aku tanya, "Apa abang dapat dari Geng Jurnal?" Aku terpinga-pinga tak tau nak jawab apa, senyum ajelah" Masa gath pun tak dapat anugerah apa-apa pun tapi dapatlah saguhati cabutan bertuah (tajaan bang Naga). Secara fizikal memang tak dapat apa-apa, tapi sebenarnya aku dapat kawan-kawan yang hebat dalam dunia.

(III)
Gath Geju yang ketiga aku join masa kat Putrajaya. Dulu susun kerusi, sekarang jadi pengerusi... pengerusi mesyuarat AJK Gath. Jadi pengarah gath pulak. Ni jadi sejarah GJ sebab hampir tiada komen negatif pasal gath (yang ada tu pun sebab mengada-ngada je). Tu lah kuasa AJK pelaksana (bukan kuasa presiden atau timb.) Kalau AJK mantap, GJ sure mantap punya. Pada aku itulah gunanya ada post-post lama kat forum, boleh dirujuk dan baca untuk rujukan. Kalau kita rajin baca post-post lama kat forum geju, lama-lama kita lebih tahu pasal geju berbanding otai-otai yang masuk dulu tapi tak baca forum geju.

(IV)
Gath Kg. Baru. Gath kali ni siap boleh nyanyi-nyanyi atas pentas lagi. Tak ada segan silu tak tentu pasal macam dulu-dulu. Sebagai AJK gath objektif utama nak entertain sahabat-sahabat semua biar heppi, biar kenyang, biar selesa, biar sedap, biar jadi kenangan terindah...

Betapa banyak cerdik pandai dalam GJ yang ijazah dari luar negara, gaji 5 angka, pangkat besar, bergaya - aku pulak di sini jadi ketua. Sedangkan aku hanyalah anak kampung.

Seronok bergaul dengan GJ ni, banyak asam-garam dan gurau-senda yang dilalui.

Ada satu pantun yang dapat menggambarkan ragam sesetengah kawan-kawan (sesetengah tu maksudnya dua tiga kerat je tak ramai), begini pantunnya;-

Limau manis tumbuh di paya,
duri buat sidaian kain;
mulut manis kepada saya,
tapi hati pada yang lain.

Walau apa pun, aku masuk sini untuk enjoy dan aku enjoy. Aku harap korang pun enjoy. Pada masa-masa akan datang kita enjoy lagi, tak kiralah mini gath atau gath besar yang macam hari Sabtu lepas. Harap2 AJK selepas kami ni, yang tahun depan dapat buat lebih grand lagi, lebih sedap lagi.

Lagi cerita-cerita dan link-link gambar di sini;
http://www.jurnal.biz/forum/viewtopic.php?p=72349#72349

Friday, November 17, 2006

JOM RAPAT!

PERJUMPAAN GENGJURNAL 2006

Smart, handsome...



Smart, handsome and he can cook (mi goreng mamak hahaha).

Bertemu kita di Perjumpaan Geng Jurnal, esok. InsyaAllah.

Masih ada masa untuk mendaftar secara online, silalah;
http://www.jurnal.biz/gath2006/kehadiran/index.php

Thursday, November 16, 2006

Mi Goreng Untuk Mertua

Ni cerita hari sabtu yang lepas (11hb November).

Mertua nak datang beraya dari kampung ke rumah kami. Awek aku minta tolong buat hidangan mi goreng untuk menjamu mak bapak, makcik, sepupu dan anak-anak buah nanti.

Katanya hari tu nak datang petang sikit, sudahnya telefon nak datang jam 11 pagi. Mahunya aku tak panik, mana nak pergi pasar beli mi, beli udang, beli cili giling...

Beli kek cokelat. Kebetulan memang hari tu jatuhnya hari lahir anak teruna aku ulangtahun 1 tahun. Jadinya terhidang di atas meja kuih-kuih raya, tembikai, makanan ringan dan sepinggan besar mee goreng. Tak cukup rumah penuh dengan ahli keluarga, aku jemput pula jiran sebelah rumah memeriahkan suasana.

Part mee goreng ni yang buat hati aku kembang sampai hari ini. Berikut apa komen-komen pemakan mee aku ;-

"Sedap mee goreng kau Labu... mmmpphhh macam mee goreng mamak."
- Mak Mertua

"Macam mee goreng mamak, sedap."
- Pak Mertua

"Rasa macam mee goreng mamak."
- Kakak Ipar

"Mmmphh.. sedap, pedas.."
- Awek aku

"Macam mana resepi kau Labu?"
- Kak Shila isterinya bang Spyz

"Kak, sedaplah mee goreng suami akak ni... macam mamak punya."
- Kawan sekolah awek aku

"Auumm.. nyamm.. nyammm.."
- Brother jiran sebelah rumah (tambah 3 kali)

Perghhh... kembang idung siyot! Aku dah reti dua resepi, yang pertama sambal udang dan yang kedua ni mee goreng (mamak). Lepas ni nak usya resepi ayam kari, nyam... nyam...


P/s: Pagi tadi awek aku telefon, selalunya ada hal penting baru dia telefon pagi-pagi ke pejabat aku ni. Bila aku tanya apa hal? "Bang, kawan Lin makan mi goreng hari tu dia kata sedap, dia nak lagi.. boleh tolong buatkan esok?"

Aku jawab boleh!


Tuesday, November 14, 2006

Dah satu tahun



Sambutan hari lahir pada sebelas haribulan sebelas yang lalu. Dah pandai berjalan. Dah pandai mengacau kakak dia. Tak faham kenapa muka dia selalu masam, agaknya tahu bulan depan dapat adik, nanti kurang perhatian. Entah.

Saturday, November 11, 2006

Kisah Seorang Saya Yang Hensem

Kiranya hari Jumaat lepas tu kali ketiga aku naik mahkamah. Merasa jugak masuk 'kandang'.

Angkat tangan kanan, baca ikrar sumpah. Tanya tanya jawab jawab. Peguam tak puas hati, aku sebagai defendan membantah. Habis mahkamah keluar arahan. Aku ok saja. Peguam nampak masih tak happy, tapi apa dia boleh buat mahkamah dah memutuskan.

Kali kedua aku naik mahkamah, masa tu pihak peguam bagi pihak Bank R***** memohon pemeriksaan. Aku ok saja.

Kali pertama aku naik mahkamah lama dulu tahun 1997. Membonceng motorsikal yang aku pinjam daripada kawan. Kena tahan JPJ, cari-cari tak jumpa mana dia simpan cukai jalan. JPJ bagi isyarat badan untuk kawtim, aku bantah sebab dalam poket ngam-ngam ada sekeping RM50 untuk penjanaan perut lagi seminggu gaji. Sudahnya dapat 'jemputan' ke mahkamah. Bicara punya bicara jatuh hukum denda RM1000. Panik siyal! aku bawak RM300 je, itupun claim OT bulan sebelumnya. Mampus. Tapi peguam bela amatlah pintar dan akhirnya denda yang aku perlu bayar cumalah RM50. Keluar mahkamah ada satu mamat tu tegur aku dan belanja aku teh tarik.

"Dah berpuluh tahun saya handle kes mahkamah, kaulah kali pertama aku dengar mahkamah denda RM50." kata mamat tu. Agaknya itulah kesan mentera yang bapak aku ajarkan.

P/s : Aku kena tahan JPJ asalnya sebab tak pakai helmet, cukai jalan tu pulak kawan aku simpan dalam dompet dia.

Thursday, November 09, 2006

Pegawai mahkamah & peguam tengah tunggu kat luar tu

Biasanya dapat waran mahkamah sahaja.

Hari ni dapat waran tangkap. Waran tangkap dengan orang yang nak menangkap datang sekali.

Ok lah... aku gerak dulu. Keluar nanti kalau ada masa, ada rezeki aku update lagi. Kita jumpa lagi.

Wednesday, November 08, 2006

Te neneng neneng te neneng neneng...

Te neneng neneng te neneng neneng...

Bunyi henpon aku. Nombor tertera kat skrin aku tak register, siapa ye?

"Hello..."

"Hello... Kamisah sini, seriusnya suara."

"Oh! Puan Kamisah."

"Saya telefon ni maksudnya berita gembiralah, kalau biasa Encik Dugong telefon saya tak gembiralah."

Yeay! dah siap. Gembiranya aku.

P/s: Apa yang gembira tu? Tunggu... masa Gath Geng Jurnal 2006 aku akan beritahu.

Tuesday, November 07, 2006

Gath06 Geng Jurnal : Dapat Tajaan Majalah


Majalah-majalah untuk sebahagian daripada doorgift nanti. Berat macam setengah tan, mendap kereta aku.

Penat giler masa unloading kat rumah. Tak ada troli terpaksa guna bagasi angkat sedikit-sedikit.

Kak Sri pesan, "Jangan jual kat pasar malam sudahlah."

Aku cuma ketawa ha ha ha

Terima kasilah banyak-banyak kerana sudi menaja untuk Gath kami, jemputlah datang 18 nov '06 nanti ya.

Friday, November 03, 2006

Kalau tuan bijak laksana


Mana satu jantan, mana satu betina ? Ha ha ha

Wednesday, November 01, 2006

Jemu rendang ayam dan daging


Dah masuk Raya hari ke-9. Tekak aku dah rasa lain macam dah, dua tiga hari batuk-batuk. Maklumlah sepanjang raya ni sebat makanan berminyak, minum yang berais dan air gas, kolestrol, lemak semua ada.

Masa untuk bertukar selera agaknya. Apa pendapat korang ?

Tuan Tanah lawan Pegawai Pejabat Tanah

Sampai hari ini hati kawan aku masih panas terhadap kakitangan di pejabat tanah itu. Mulut perempuan kau tahu sajalah...

Siap perli-perli tu yang kawan aku tak tahan tu, seolah-olah kawan aku tu yang nak berebut tanah mak dia. Sedangkan pada hakikatnya mak dia yang mendesak kawan aku membawanya ke pejabat tanah. Biasalah pejabat kerajaan Malaya, lepas ditendang dari suatu kaunter ke suatu kaunter yang lain barulah dapat berjumpa jabatan yang betul. Tapi sebenarnya tak betul juga.

"Biasalah tu... bila hari raya anak-anak semua berkumpul uruskan harta pusaka!" Kakitangan pejabat tanah.

Kata pegawai tanah, urusan pembahagian tanah bukannya di pejabat tanah tapi di pejabat peguam. Mak kawan aku berkeras juga minta pegawai tanah uruskan pembahagian tanah. Pegawai cakap tak boleh. Orang muda lawan orang tua. Dah lah orang tua tu buta huruf. Pegawai kerajaan berhujah dengan merujuk undang-undang, kanun apa kejadah sekeliannya, orang tua ni pula tegar dengan kapasitinya sebagai tuan tanah! Dah dia tuan tanah suka hati dialah nak bahagi-bahagi macam mana pun.

"Tak boleh mak cik!" Pegawai tanah sampai berdiri dan angkat tangan tinggi-tinggi.

"Tapi akak mak cik dulu ada buat.. kata dia boleh. Ucu Leha tu ada buat haa tujuh orang anak dia boleh pun..."

"Tak boleh!"

"Boleh! bla... bla..."

"Tak boleh! bla... bla..."

Perbalahan mak kawan aku bersambung dengan adiknya di dalam kereta. Sudahnya kawan aku pujuk mak dia untuk cari peguam dan membuat perjanjian atau wasiat. Atau pun rujuk kepada saudara-mara yang pernah buat urusan tanah. Kawan aku pujuk adik jangan gaduh-gaduh dengan mak, ada orang lain bergaduh adik-beradik sebab nak berebut tanah mak mereka, dalam hal ni mak yang nak bagi tanah buat apa nak gaduh-gaduh.

Kawan aku pun dapatlah ilmu tentang tanah daripada nasihat pegawai tanah tu. Selagi tuan punya tanah tu hidup tak bolehlah dia nak bahagi-bahagikan tanah dia kepada waris-waris yang ramai memandangkan luasnya cumalah sekangkang kera. Kawan aku telah memikirkan logik peraturan tersebut - kalau tuan tanah dah memindah milik semua tanah kepada waris dia nak duduk di mana pula ye tak?

"Maaf cakap ye... kalau tuan tanah dah mati, aaaa waris-waris bolehlah menuntut... tanah satu ekar nak letak 20 nama sederet dalam geran tu pun takpe... kalau lalulah..." Pegawai pejabat tanah.

Tuesday, October 31, 2006

Iklan Raya

Pada suatu pagi hari raya sewaktu anak beranak menuruni tangga rumah mak saudara.

"Ayah! tengok adik ni, dia pijak kasut saya."

Lalu dijawab oleh si ayah dengan muka amat selamba.

"Bukankah kasut memang dicipta untuk dipijak-pijak."

Tuesday, October 24, 2006

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Aku akan mula bercuti pada 21 Oktober hingga 30 Oktober. Balik kampung cadangnya hari Isnin, dekat saja 2 jam boleh sampai, insyaAllah. Balik kampung isteri dan kampung aku. Kat Kampung Banting, Sabak Bernam, sarang Jawa, bahasa Jerman merata-rata, masaklah aku nak speaking nanti. Sana sure ada program baraan - ziarah-menziarah berjemaah sampai sengal perut dan sengal satu badan :-)

Kemudian beraya kat kampung aku, Kampung Seri Gambut, Tanjong Karang. Menziarah pusara arwah bapak, arwah datuk, nenek, abang dan saudara-mara yang di bawah sana (underground). Melawat makcik-makcik yang masih hidup. Jumpa kawan-kawan masa sekolah (kalau dorang hidup lagi lah).

Kalau ada rezeki cadangnya nak buat jamuan makan-makan kat rumah sendiri di Mutiara Subang, Shah Alam. Nak ajak Geng Jurnal, officemate, jiran-jiran, etc. Kalau ada modallah, belum pasti lagi.

Baju raya dah tempah dan siap, kasut, sandal dah beli, adalah sikit-sikit lagi nak shopping minggu ni.

Beberapa keping kad raya dah aku pos kepada kawan-kawan yang bergelar sahabat. Ingat nak beli lagi beberapa keping nak hantar sebelum aku balik kampung. Kepada sahabat-sahabat yang dah dapat kad daripada aku tu boleh reply dengan komen kat blog ni, tak balas pun tak apa. Aku dalam proses mengemaskini segala alamat pos kawan-kawan, mana yang aku sempat aku akan salin dan hantar kad, yang tak sempat mungkin raya haji nanti aku bagi atau tunggu sajalah tahun depan :P

Akhir kata, Mohon Maaf Zahir dan Batin untuk segala-galanya.

P/s : Terimalah kad raya tersebut sebagai pengganti diri.

Saturday, October 14, 2006

Tersandar lemang

Kekenyangan. Rasa macam nak muntah balik apa yang aku dah makan.

Kisahnya malam tadi salah seorang supplier aku menjemput berbuka puasa di Kelab Golf Tropicana. Ramai betul orang memenuhi ruang restoran sampai melimpah-limpah keluar. Orang ramai, pasang badan pula tu. Awek-awek jangan cakap aaaa cantik-cantik dan wangi-wangi belaka. Aku tak dapat bawak awek aku sebab dia belum kebah kena chicken pox, kalau tak boleh juga sama-sama makan sedap.

Dia tempah tiga meja untuk dipenuhi oleh kakitangannya, sekutu-sekutu dan para pelanggannya termasuk aku. Aku semeja dengan pesaing-pesaing dalam industri yang aku ceburi iaitu Mechanical & Electrical Contractor. Gaya masing-masing sangatlah hebat sesuai dengan kemampuan mereka memiliki kereta Mercedes dan kapasiti masing-masing sebagai Pengarah, Pengurus atau Head of Department. Aku? Sebab syarikat aku ni aku seorang saja yang Islam, makanya aku seorang sahajalah dijemput ke majlis berbuka puasa ni. Dan aku bukanlah setaraf dengan orang-orang berpangkat besar ni. Tapi aku rasa perut aku besar ha ha ha

Kami berkenal-kenalan lepas tu bersembang lebih kurang, banyak menjurus kepada dunia bisnes yang agak tenat masa ini.

Mula-mula segan juga aku nak makan, maklumlah makan dengan orang yang tak kenal, nak jaga tertiblah konon. Tapi bila tengok dia orang ni lepas satu satu pinggan bertukar juadah aku pun ikut sekali.

Makanan jangan cakaplah, ada beratus-ratus juadah dan lauk-pauk untuk disantap.

Selepas pekena spageti, makan pula beberapa jenis kuih, nasi minyak, kambing, ayam sambal, sayur campur, satay, pepahat bakar, terubuk bakar, nugget, ais krim, buah-buahan, minum dua tiga gelas...

Akhirnya tersandar lemang. Sebelum balik aku bersalam-salaman dengan semua orang termasuk tauke yang belanja makan dan si penganjur, terima kasih banyak-banyak kata aku..

Masa dalam perjalanan balik ke rumah teringat pula pada awek dan anak-anak kat rumah. Makanya aku belikan ais krim seorang satu. Sampai di rumah masing-masing dah tidur.

Aku akhiri santapan aku malam tadi dengan segelas ENO. Ah! lega...

Wednesday, October 11, 2006

25 hari bersahur megi

Itulah salah satu rekod terbaik yang aku pernah buat masa muda-muda dulu. Hari-hari yang lain tu aku bersahur nasi atau tak bangun sahur langsung. Aku tak pandai masak satu hal, malas satu hal lagi.

Aku di rumah bujang bersama lima orang lagi kawan-kawan. Setiap seorang dengan perangai masing-masing. Abe (Kelantan), bang Amir (Kedah), bang Zainon (Perak), bang Yob (Perak) dan bang Wahid (Terengganu). Semua kalau bersembang dengan loghat negeri yang sangat-sangat pekat. Mula-mula aku masuk dulu payah gak nak faham, lama-lama bolehlah sikit.

Bang Amir ni gaji paling kecik. Biasa sangat pow megi aku. Aku tak kisah, dia rajin memasak, aku pow balik lauk dia. Kadang-kadang collect duit sorang sikit beli sayur dan ikan kami suruh bang Amir masak.

Bang Zainon pernah menyumpah gerai yang menyediakan megi untuknya dengan harga RM3.50. "Baik aku masak kat rumah, baru 50sen modal dia." katanya.

Bang Yob suka simpan stok megi dalam almari baju, mungkin takut kena pow.

Bang Wahid kalau masak megi, dalam taruk keropok lekur.

Dalam ramai-ramai ni, aku respek Abe. Sebab Abe masa sahur pekena rokok dulu kurang-kurang 2 batang. Masa berbuka pekena rokok dulu pun kurang-kurang 2 batang. Abe bersahur dengan laksam dan berbuka dengan nasi kerabu (nasik biru kata aku). Abe pernah jadi bahan ketawa kami kerana dia masak megi dengan kangkung dengan akar-akar kangkung sekali.

Aku dan megi dah macam adik-beradik. Pangkat, harta dan darjat tidak sama sekali akan memisahkan kami. Seandainya aku kaya satu hari nanti, aku tak akan melupakan megi. Kawan-kawan boleh terpisah, megi tidak sama sekali.

P/s : Di manalah agaknya abang-abang ni semua sekarang. Semenjak operasi kilang merundum dan ditutup, masing-masing membawa diri masing-masing.

Friday, October 06, 2006

Useful Formula

Bila dapat gaji apa perkara pertama terlintas di fikiran kita ?

Shopping. Atau apa-apa sahaja perkara untuk membelanjakan wang tersebut. Bila terfikir nak simpan? Selalunya bila duit dah habis, baru terfikir alangkah bagusnya kalau aku ada simpanan. Jumpa siling dalam mesin basuh gembira bukan kepalang. Jarang agaknya orang berfikir untuk menyimpan dahulu belanja kemudian.

Kak G dan kawan aku Alan Yap pernah mengemukan formula berikut.

Gaji - Simpanan = Perbelanjaan

atau

Gaji - (Simpanan + Hutang) = Perbelanjaan

Inilah formula yang BETUL dan berkesan, kata mereka. Kerana mengaplikasikan formula tersebutlah agaknya Alan Yap kini mampu memiliki kereta BMW baru dengan 18" sport rim (ex-office mate aku ni dulu sengkek gila). Kak G pula mampu membeli dan membangunkan tanah yang dikelilingi tasik yang cantik.Ceritanya dulu ada orang nak beli tanah dia RM6 juta.

Salah satu cara menabung daripada 1001 cara yang ada di dunia ini ialah dengan membeli produk insurans. Memang berbaloi. Betul.

Thursday, October 05, 2006

Lima Haribulan Sepuloh


Selamanya pun aku tak pernah buat majlis untuk sambut birthday. Aku rasa hadiah untuk diri aku yang aku bagi untuk diri aku sendiri yang paling best ialah susu Weight Gain. Berbaloi minum susu itu 4 -5 tahun yang lalu, hasilnya boleh dilihat sampai ke hari ini.

Awek bagi hadiah satu set barangan LENO dalam kotak yang amat-amat cantik. Dalamnya ada tali pinggang, dompet dan pen.

Wednesday, October 04, 2006

Ramadan Al-Murtabak


Kerana banyaknya murtabak di jual pada bulan Ramadhan berbanding masa lain. Sampai tersasul nak sebut Ramadan Al-Mubarrak. Bukan Mubarak Majid ye.

Kredit;
Gambar dicilok dari http://mamafami.fotopages.com/?entry=704361

Monday, October 02, 2006

Terlalu Banyak Murtabak di Bazaar Ramadhan Tahun Ini

Beli ikan talapia merah bakar. Dengan sayur kerabu. Beli cucur udang - ia sangat sangat sangat sedap, aku akan cari port ini lagi. Berbuka macam biasa.

Dalam pukul 2 pagi perut aku macam dihiris-hiris, pedih. Berikutan dengan itu hampir 20 kali aku berulang ke tandas. Gamaknya aku tak sempat untuk tidur. Cirit-birit. Klimaksnya betul-betul 5 minit selepas azan subuh aku muntah teruk sebanyak 2 kali. Terburai sayur kerabu yang separa hadam.

Perut perit, kepala pening. Agaknya aku dah keracunan makanan. Sama ada sambal belacan cicah ikan bakar atau sayur kerabu. Tapi aku syak sayur kerabu sebab rasa taugeh dia lain macam dan aku memuntahkan benda ini juga.

Awek aku pun kena. Pergi klinik. Jadinya hari minggu kami habiskan dengan terlantar lesu. Aku sendiri terasa macam habis dah air dalam badan ni kering.

Tak habis-habis aku menyumpah peniaga bazaar yang tidak bertanggungjwab itu.

Saturday, September 30, 2006

Saya Nak Bayar Zakat Fitrah

"Berapa orang ?", ustaz itu bertanya.

"Dua dewasa, seorang kanak-kanak".

Ustaz itu senyum lebar. Tapi aku tahu hati dia ketawa berdekah-dekah, berdasarkan matanya yang bening itu.

"Zakatnya sama tak kira dewasa atau kanak-kanak... ia ikut jumlah kepala", jelas ustaz.

"Ooo...", aku.

Awek aku, "Keh keh keh abang ingat macam beli tiket komuter? orang besar lain, budak kecik harga lain."

P/s : Tahun ini ada 3 kepala. Tahun depan bertambah lagi satu kepala untuk dibayarkan zakat, insyaAllah.

Friday, September 29, 2006

Timba dan Perigi Dalam Pepatah Cina

Orang yang berniaga sendiri umpama menggali perigi. Bersusah-susah dahulu senang kemudian. Selagi mata air tidak kering boleh ditimba sehingga ke anak cucu cicit piat dan piut.

Bagaimana pun, orang yang kerja makan gaji umpama mengisi timba. Nak memenuhkan timba punyalah azab, mencurahnya sekejap sahaja.

Biasanya kita kita ni timba dah kering sebelum akhir bulan. Azabnya macam hidup di musim kemarau.

*

Kelmarin aku dapat offer daripada bos. Bukan naik pangkat jadi Supervisor atau Manager tapi jadi Director.

Tengah fikir. Berfikir di luar timba.

Thursday, September 28, 2006

Suatu Kisah Di Bulan Puasa

Bas jenis ini digelar juga sebagai 'bas lompat' sebab destinasinya terhad, selepas sampai di suatu destinasi kau kena ambil (atau lompat ke) bas lain untuk ke destinasi seterusnya. Destinasi aku kampung halaman. Perhentian seterusnya Kuala Selangor.

Bas yang aku gunakan ini tiada air-cond maklumlah bas lama. Enjinnya menderu kasar jelas kedengaran. Dipenuhi ramai umat, lelaki, perempuan, tua, muda, remaja, kanak-kanak serta debu-debu di jalanan (menjadi teman setia.). Perjalanan ada lebih kurang lagi satu jam empat puluh lima minit. Lama juga tu. Aku ambil kesempatan untuk tidur sebentar.

Kemudian ke Tanjong Karang dengan teksi. Sesampai di pekan Tanjong Karang dah nak sampai waktu berbuka. Nak masuk Kampung Seri Gambut lagi kos teksi RM20. Biasanya ada perkhidmatan motorsikal caj RM5 tapi mereka semua dah balik makan berbuka. Sasau aku mencari cara untuk balik. Teksi mahal gila, perkhidmatan motorsikal tak ada.

Aku ke mini market membeli mini bar coklat. Melepas nak berbuka masakan emak. Masa tu aku belum ada henset, kalau ada senang sikit. Dalam sasau mencari pertolongan untuk balik kampung muncul seorang pakcik, iaitu ayah kawan aku. Dengan pertolongan pakcik inilah aku dapat sampai ke rumah kampung. Pakcik bagi caj percuma, ikhlas menolong katanya.

Di rumah kuceritakan kepada emak, bapak dan adik-adik pengalamanku menggunakan bas tadi. Puas juga mendengar leteran emak pasal kecuaian dan keutamaan keselamatan. Kesal juga kerana begitu ramai umat Islam di dalam bas, tak ada seorang pun sudi menyedarkan.

*

Aku tidur SEBENTAR saja, sedar-sedar dah sampai. Aku tengok sekeliling seorang umat pun dah tak ada. Aku jenguk ke depan, pemandu bas pun tak ada. Aku periksa beg, mujur ada di sisi.

Aku bingkas bangun meluru ke pintu bas. Pintu bas pula sudah berkunci. Aku ketuk-ketuk pintu bas, "Tolong! tolong!..."

Wednesday, September 27, 2006

Tahi Kucing Di Muka Pintu

Bau sungguh tengik. Kembang tekak. Jenuh jugalah nak mengutip tahi yang berketul-ketul menggunakan surat khabar lama. Membersihkan lantai yang juga dibasahi kencing kucing. Lapik kaki pun terpalit sama, jadi kenalah cuci juga.

MIIEOOOOOOOOWWWWWWW!!!

Kucing menjerit terkejut lalu lari mencicit laju selepas badannya dilibas penyapu, bulan lepas.

Bila difikir-fikir balik bukan kucing yang salah, yang salah tuannya sebab tak kurung. Nak pergi 'sound' jiran sebelah pasal kebiadapan kucingnya, aku seganlah. Penyelesaianya, aku beli dan pasang jaring dawai pada pintu grill. Aman sudah daripada bau tahi dan kencing kucing.

Malangnya aman tak lama, bau tahi kucing semerbak juga. Kali ini aku jumpa tahi berlonggok di tepi longkang betul-betul di bawah jendela dapur. Bila masuk ke dapur untuk menggoreng sayur atau ikan misalnya, kita akan tercium bau tahi kucing. Arggghh geramnya!

Semalam, di sebalik cermin tingkap yang gelap aku mengintai lalu ternampaklah oleh aku aksi-aksi kucing belang montel yang melampau. Sah! kucing jiran lagi.

Kasar-kasar tak jalan, gunakan cara halus.

Pendekatan yang aku ingin ambil kini ialah menggunakan petua. Aku teringat petua yang diberikan oleh E1 (Hidzuan). Bersihkan lokasi kejadian, kemudian perahkan limau, dan tinggallkan sekali limau-limau tu kat situ. Aku lupa limau apa lantas aku SMS kepada E1.

"Wsalam. limau NIPIS tuan, kalau limau PURUT tu, org buat berubat he..he..he"

Tuesday, September 26, 2006

PM Kita Ayam

Negara kita
kaya raya
minyak memancut-mancut
kelapa sawit bertabur-tabur
padi berterbangan
balak berlintangan
getah berlelehan

Tapi kita
miskin papa
gaji murah
barang mahal
kais pagi makan pagi

PM kita
lembik semacam
tapi mendakwa mindanya ligat
kalau tak ligat
macam mana boleh jadi PM?

Baik PM
atau anak-anak buahnya
macam dah hilang kawalan
kuasa kini di tangan kapitalis
gula, minyak, lada merah, ayam

Rakyat makin miskin patuk padi
PM kita ayam.

Ustaz tu tanya berapa jumlah ayat Al-Quran

Dengan yakin aku jawab enam ribu enam ratus enam puluh enam.

Mana tahu ?

Saya pernah dengar kat TV.

Ada semak tak? Sama ada TV tu betul atau tidak?

Err... err...

Jadinya balik kuliah tu aku pun check kat tafsir, ini yang aku dapat;

No. Surah Ayat
1 Al Fatihah 7
2 Al Baqarah 286
3 Ali Imran 200
4 An Nisaa 176
5 Al Maidah 120
6 Al An'am 165
7 Al A'raf 206
8 Al Anfaal 75
9 At Taubah 129
10 Yunus 109
11 Huud 123
12 Yusuf 111
13 Ar Ra'd 43
14 Ibrahim 52
15 Al Hijr 99
16 An Nahl 128
17 Al Israa' 111
18 Al Kahfi 110
19 Maryam 98
20 Thaahaa 135
21 Al Anbiyaa' 112
22 Al Hajj 78
23 Al Mu'minuun 118
24 An Nuur 64
25 Al Furqaan 77
26 Asy Syu'araa 227
27 An Naml 93
28 Al Qashash 88
29 Al 'Ankabuut 69
30 Ar Ruum 60
31 Luqman 34
32 As Sajdah 30
33 Al Ahzab 73
34 Saba' 54
35 Faathir 45
36 Yaa Siin 83
37 Ash-Shaaffat 182
38 Shaad 88
39 Az-Zumar 75
40 Al Mu'min 85
41 Fush Shilat 54
42 Asy Syuura 53
43 Az Zukhruf 89
44 Ad Dukhaan 59
45 Al Jaatsiyah 37
46 Al Ahqaaf 35
47 Muhammad 38
48 Al Fat-h 29
49 Al Hujuraat 18
50 Qaaf 45
51 Adz-Dzaariya 60
52 Ath-Thuur 49
53 An-Najm 62
54 Al-Qamar 55
55 Ar Rahmaan 78
56 Al Waaqi'ah 96
57 Al Hadiid 29
58 Al Mujaadila 22
59 Al Hasyr 24
60 Al Mumtahana 13
61 Ash-Shaff 14
62 Al Jumuah 11
63 Al Munaafiqu 11
64 At Taghaabun 18
65 Ath Thalaaq 12
66 At Tahriim 12
67 Al Mulk 30
68 Al Qalam 52
69 Al Haaqqah 52
70 Al Ma'aarij 44
71 Nuh 28
72 Al Jin 28
73 Al Muzzammil 20
74 Al Muddatsts 56
75 Al Qiyaamah 40
76 Al Insaan 31
77 Al Mursalaat 50
78 An-Naba' 40
79 An-Naazi'aat 46
80 'Abasa 42
81 At-Takwiir 29
82 Al Infithaar 19
83 Al Muthaffif 36
84 Al Insyiqaaq 25
85 Al Buruuj 22
86 Ath-Thaariq 17
87 Al A'laa 19
88 Al Ghaasyiya 26
89 Al Fajr 30
90 Al Balad 20
91 Asy-Syams 15
92 Al Lail 21
93 Adh Dhuhaa 11
94 Alam Nasyrah 8
95 At Tiin 8
96 Al 'Alaq 19
97 Al Qadr 5
98 Al Bayyinah 8
99 Az Zalzalah 8
100 Al 'Aadiyaat 11
101 Al Qaari'ah 11
102 At-Takaatsur 8
103 Al 'Ashr 3
104 Al Humazah 9
105 Al Fiil 5
106 Quraisy 4
107 Al Maa'uun 7
108 Al Kautsar 3
109 Al Kaafiruun 6
110 An-Nashr 3
111 Al-Lahab 5
112 Al Ikhlash 4
113 Al Falaq 5
114 An-Naas 6
JUMLAH 6236

Monday, September 25, 2006

Terselit RM10 dicelah dompetku yang lusuh

Semasa mengemas isi perut dompet yang penuh dengan slip pengeluaran ATM dan bil-bil. Terjumpa RM10 yang teselit terlipat kemas.

Hidup lagi aku hari ni. Minggu sudah memang minggu yang sakit. Dah dekat hujung bulan satu hal, anak-anak aku yang dua orang tu pula kena demam chickenpox. Habis badan dorang tumbuh bintik-bintik merah yang merimaskan. Pijar mata melayan tangisan dorang malam-malam sampai pagi. Inilah cabaran membela anak kecik.

Chickenpox ni masalalah juga, bintik-bintik merah tu akan pecah dan meninggalkan parut yang tak senonoh. Aku ada parut ni kat muka dengan tangan.

Wednesday, September 20, 2006

Roti Demam

Gerai Kak Pah maju dah, tak macam dulu berniaga bawah payung. Kompleks gerai yang MBPJ bina beberapa tahun lalu boleh memuatkan puluhan gerai, tapi yang aktif berapa kerat saja. Kak Pah antara yang dapat mengekalkan kesedapan hidangan di gerainya. Tak hairan ia dapat mengekalkan pula pelanggan tetapnya, termasuk aku. Bisnes Kak Pah ni bisnes anak-beranak. Anak teruna dan anak daranya sentiasa ada untuk membantu. Dulu aku pernah nampak anak dia menghidangkan roti canai sedang dia masih dalam uniform sekolah menengahnya. Aku sambil sarapan mihun goreng telur mata, sukalah pula aku membelek si anak dara Kak Pah ni. Comel sungguh hehehe.

Pagi tadi.

"Kak, roti satu kak". Aku.

"Roti demam.". Kakak.

"Demam ? ha ha...". Aku.

"Semenjak kawin ni dia selalu pulak demam". Kakak.

Salah seorang anak lelakinya baru kahwin beberapa bulan yang lalu, yang itulah yang demam tu.

Walaubagaimana pun, punca demam masih misteri he he :P


Tuesday, September 19, 2006

Geng Jurnal

Dari benua ke benua
singgah membaca catatan
meninggalkan pesan
menyimpul suatu jalinan
yang semesra rasa

Di maya ini jiwa kita bertemu
berbalas salam memupuk rindu
walau jasad dipisah gunung-ganang
atau tasik, sungai dan laut
di Geng Jurnal jua hati terpaut

Geng Jurnal adalah gelanggang
gurau senda, pentas bicara
urus niaga, pencambahan minda
atau apa sahaja terlintas di hati
bermain di sanubari

Di gelanggang ini kita mencari kawan
dan juga mengumpul lawan
mencari titik persamaan
di atas garis-garis perbezaan

Berkongsi tawa menumpang sedu tangis
seakan ini alam yang magis
dalam hati jiwa dewasa
terimalah kami seadanya
kerana manusia tak sesempurna mana

Salam tulus hati yang mulus
Majulah Geng Jurnal maju terus!


Jom Puisi ;
http://www.jurnal.biz/forum/viewtopic.php?t=4724

Saturday, September 16, 2006

Perjalanan 70KM Yang Terasa Sia-sia

Langit mendung masih tetap setia mengiringi perjalanan aku. Sekejap hujan gerimis, sekejap lagi hujan berhenti, berulang-ulang. Sudahnya malas nak buka rain coat lagi. Biarlah pengguna jalan raya yang lain menjeling aku yang lengkap ber-rain coat walaupun tak hujan.

Entah mengapa, lebuh raya yang aku lalui ini terasa asing pula. Jalannya luas, jauh dan terasa 'sepi'. Motorsikal kapcai yang aku tunggang semacam bergerak amat perlahan walau pun minyak sudah dipulas maksima.

Seterusnya aku mencari simpang keluar, jalan raya yang kecil untuk keluar dari kesesatan ini. Aku blur destinasi yang aku nak pergi, lalu aku berhenti di depan rumah kedai tak berpenghuni. Aku keluarkan telefon bimbit dan mendail nombor berkenaan. Disambut suara wanita manis di hujung talian.

"Encik... TNB Jalan Meru betul-betul terletak di Bandar Klang... encik."

Ooo... Jalan Meru rupanya, yang aku sesah Pekan Meru ni buat apa.

Debu-debu di jalanan menjadi teman setiaaaaaaa... - M. Nasir

Monday, September 11, 2006

Kuch Kuch Hota Hai


Alhamdulillah. Dah 7 tahun dah pun. Dalam tempoh tu dah dapat satu baby girl dan satu baby boy. Hujung tahun ni tambah lagi seorang baby, tapi tak tau apa jenis sebab masa scan dia dok melintang dalam perut mak dia. Aku dapat kejutan, atas meja ada bungkusan hadiah, rupa-rupanya set barangan LENO, terima kasih Yang! Aku pun ada surprise untuk dia, nanti dia perasanlah tu.
Kami buat sambutan ringkas saja semalam. Selepas makan teppanyaki kami buat ekspedisi. Ekspedisi menjelajah Mid Valley Mega Mall hahaha
Awek aku sakit pinggang dan lenguh kaki. Dua orang baby comel tu sempat juga buat air liur basi dalam dukungan aku bergilir-gilir dengan mak diorang.
Kami emergency leave hari ni. Bukan saja sebab penat tapi motorsikal pancit petang semalam. Hari Ahad kat sini tak ada bengkel buka kedai. Hari ini baru aku uruskan motorsikal tu.
Dah tujuh tahun rupanya, dan yang paling ketara dalam tempoh itu pinggang aku dah bertambah ukurlilitnya 8 inci.

Friday, September 08, 2006

Mouse yang wireless menyerang komputer secara gerila.

Aku dan kawan-kawan sepejabat baru mahu memulakan kerja pada pagi ini.

Mula-mula kami hidupkan suis komputer masing-masing. Skrin komputer Lin ada logo Windows XP. Aku punya pula terpampang logo Windows 98.

Tidak berapa lama tiba-tiba ada bau hangit menyelubungi ruang pejabat kami. Berdasarkan pengalaman, itu adalah bau kabel terbakar. Mungkin ada kabel terbakar. Kabel komputer agaknya.

Selepas disiasat didapati komputer si Lin bermasalah. Extension wire untuk power supply kekuningan dan basah! Hi-fi pun rosak, didapati di ruang belakangnya pun ada banyak tahi tikus bersepah. Mungkin air kencing tikus tersebut yang menyebabkan litar pintas dalam kekotak suiz soket. Sibuk Kak Suseela (Tea Lady kesayangan kami) tolong mengemas, lalu dia bertanya aku;

Kak Su : "Labu, komputer you tadak kena (serangan tikus) ka ?"

Lin : "Dia guna Windows 98... sistem lama, mouse pun tak mau (komputer lama) hahaha"

Cis! Aku rasa nak bagi tikus tu racun tikus.

Wednesday, September 06, 2006

You wanna gum, sol-jah?

Menonton berita di TV.

Laporan sekumpulan sol-jah ditangkap kerana pecah kedai. Sindiket sol-jah yang ini betul-betul menconteng arang ke muka.

Mendukacitakan kerana sol-jah yang dilatih meniarap atas tanah, memanjat tembok, merangkul tali, menembak, berkawat, berlari, buat penyamaran menyusup dalam semak dan sekelian kemahiran yang lasak-lasak.

Secara peribadi aku soal; ke mana perginya kemahiran mereka pada detik mereka dicekup? Sekurang-kurangnya menyamarlah jadi tiang bendera!

Menghabiskan beras betul. Duit rakyat habis buat beli sardin ayam, sardin ikan, beli lilin, beli peluru... buat bela beruk lagi baik. Beruk petik kelapa.

Katakanlah ada suatu misi rahsia, yang memerlukan sol-jah, yang perlukan penyamaran, kelicikan dan kecekapan. Aku tak dapat membayangkan bagaimana jika 'sindiket sol-jah' yang sama di hantar untuk suatu misi semustahak itu. Pecah kedai pun gagal, macam mana nak pecah masuk kubu musuh?

Tuesday, September 05, 2006

Anak Boru Sanggul Dua ( disenarai pendek untuk tajuk buku yang bakal diterbitkan )

Sebahagian kalian pasti biasa dengan Bahasa Jawa, Bahasa Banjar, Bahasa Bengkulu, Minang dan Bahasa Acheh.

Pernahkah kalian mendengar Bahasa Kubu ?

Aku Google untuk menyelidik susur-galur aku ini. Walaupun hasil yang aku dapat tidak memuaskan hati, namun ini saja yang aku jumpa setakat ini.

Peta Bahasa Kubu (Sumatera Tenggara)
http://www.ethnologue.com/show_map.asp?name=IDS&seq=170

Bila aku balik kampung dan bersembang dengan adik-beradik serta mak aku, terus isteri aku bingung tak faham apa kami perbualkan. Sebab isteri aku Jawa, sedangkan kami berbual dalam Bahasa Kubu. Bahasa Kubu ni sekali dengar macam Minang.

Peta Bahasa Jawa (Sumatera Barat-Laut)
http://www.ethnologue.com/show_map.asp?name=IDS&seq=160

Aku fasih Kubu tetapi tidak Jawa.

Bapak bilang dulu masa dia kecil, atuk buka tanah di Cirebon. Belum sempat menikmati panen pemerintah pada masa itu telah mengambil tanah ladang mereka. Patah hati atuk bawa keluarga berpindah ke Kampung Silau Malahak di Sumatera Utara (dekat Danau Toba). Di situlah bapak dibesarkan dan bersekolah di Sekolah Taman Siswa. Namun apabila remaja barulah bapak tahu dia anak pungut. Dipendekkan cerita bapak merajuk lalu membawa diri kembara ke Aceh, Pakanbaru, Pulau Halang... akhirnya Malaysia. Di Malaysia inilah bapak bertemu jodoh dengan mak aku. Kerana cinta mereka lahir aku ke dunia :P

Masih terbayang-bayang di ruangan mataku bapak petik gitar Kapok di atas pangkin di bawah rumah di tepi sawah. Angin petang membawa alunan petikan gitar dan suara bapak melagukan lagu rakyat Sumatera.

Arwah bapak aku Jawa, dalam masa yang sama bapak sangatlah fasih berbahasa Aceh, Batak Simalungun, Batak Karo dan sedikit-sedikit Batak Mandailing. Aku pasti akan ingat bapak bergurau hinggalah rumah kami dikunjungi tetamu-tetamu dari Indonesia lalu mereka menggunakan bahasa atau dialek yang aku sebutkan tadi. Beberapa pemuda malah pekerja-pekerja di kilang menjadi anak angkat bapak. Bapak sudah lebih 20 tahun tidak kembali ke negara asal, jadinya anak-anak angkatnya itulah yang membawa khabar berita terkini dan rujukan bapak. Aku masih punya paman (pakcik) di Sumatera, malah sewaktu aku berkhatan dulu, aku sempat menerima buah tangan dari seberang berupa kain sarung pemberian nenek (mak cik bapak- tapi sekarang dah arwah).

Aku berasa kesal juga sebab tak belajar bahasa-bahasa tersebut daripada bapak. Yang aku sempat hafal hanyalah beberapa lagu rakyat dan mentera-mentera tertentu (mentera ayat pengasih misalnya). Ada masanya aku rasa macam nak terbang pergi ke sana, jejak kasih segala mak nenek yang berkaitan. Tapi apa daya, aku belum mampu dari segi masa mahu pun kos.

Sempena sambutan bulan kemerdekaan ini, elok juga kalau kita meluangkan sedikit masa menjejak kembali jati diri kita.

Kau bangga menggelarkan diri kau Melayu, tapi tahukah kau Melayu tu banyak cabangnya dan mungkin juga di kalangan kita susur-galur orang asli, seperti link di bawah ;

http://web.uvic.ca/hrd/indonesian/unit11/

Apa pun aku bangga dengan salasilah aku. Kau bagaimana pula ?

Monday, September 04, 2006

Diskaun & Bonus : Macam Gores & Menang

Selepas PM umumkan bajet (bukan orang nak dengar sangat pun) dan umumkan berapa bonus (ha.. ni yang orang nak dengar sangat ni).

Maka berkumandanglah potongan dan diskaun untuk saman (terutama saman trafik). Polis kenalah bekerja dengan lebih giat sedikit untuk mengumpul seberapa banyak bayaran saman yang boleh.

Kastam, jangan kacau kastam sebab mereka pun sibuk juga.

Begitulah setiap tahun di bumi Malaya ni. Bonus diumumkan pada bulan September, kutipan saman sepanjang Oktober sehingga musim perayaan.

Cikgu? macam biasa... sibuk juga, kadang-kadang terasa boring sebab cuti banyak sangat. Dan penat sebab banyak senggama haha.

Menteri cakap cikgu dah cukup, graduan berlebihan dan ramai menganggur. Para penggangur sekelian, lepas baca blog ini sila pergi bagi ikan makan di kolam.

Nasib kitalah... dapat PM yang macam tu, kita susah-susah belajar masuk U, disuruhnya kerja bela ikan, bela ayam (kalau nak lagi kaya, belalah buaya). Sedangkan dia sendiri bersenang-senang dalam pejabat cantik ada air-cond. serba-serbi macam raja bersemayam.

"Sebab itu saya lebih suka bela hamster."

P/s : Takziah kepada penangkap buaya terkenal; Steve Irwin
http://en.wikipedia.org/wiki/Steve_Irwin
Punca kematian
Berita kematian

Friday, September 01, 2006

Dalam Kata Ada Dusta

Memenuhi jemputan majlis makan-makan oleh jiran sebelah.

Mula-mula aku ingat dia nak buat kenduri. Tapi bila aku masuk ke dalam rumah dia tak ada pula pak imam. Yang ada hanya beberapa orang tetamu, yang seorang tu segak juga. Di atas meja pula terhidang nasi lemak dengan kacang tanah goreng, ikan bilis, timun, telur rebus belah enam, sambal bilis, sambal tumis nyam nyam nyam... kiranya nasi lemak yang lengkap. Selain itu ada pula nasi impit dengan kuah lemak kuning (masak lodeh?), sambal kacang... kiranya lontong yang lengkap. Ada buah tembikai dipotong tiga segi, ada air ais...

Apa lagi, aku pulunlah. Sedap pulak, hidup selera aku.

Sambil makan itulah aku bersembang dengan tetamu-tetamu, bersembang-sembang dengan tuan rumah. Cerita pasal kerja, cerita pasal anak-anak, pasal keluarga... TV besar gedabak itu tak dipasang pula. Aku dah habis modal nak bercerita, jadinya aku pun teruskan makan sambil mata membelek-belek perhiasan dalam rumah jiran aku yang agak mewah itu. Air-cond bertambah sejuk. Uwah! kaya jiran aku ni ada laptop dua bijik.

Di suatu sudut di atas meja kaca berkaki besi yang cantik terdapat sebuah laptop bersanding dengan projector.

"Projector apa tu bang?"

Soalan maut yang aku bagi itulah yang membunuh mati selera makan malam aku selepas itu.

Babak-babak seterusnya menyaksikan aku panas dalam rumah ber-air-cond. Di dinding ruang tamu berturap kertas dinding berbunga yang cantik itu dipaparkan persembahan berbantukan projektor. Wayang gambar itu ini begitu begini... gambar orang possing dengan kereta cantik dan mahal-mahal. Tetamu yang paling segak tadi buat pembentangan dia.

Sebenarnya, aku sudah terdedah dengan jualan langsung sistem parti (makan-makan sambil buat demo) sejak 21 tahun yang lalu. Hal ini kerana kakak aku mula aktif pada masa itu dalam Amway, tapi panas tak sampai ke petang pun. Orang tu cakap Uptrend2u adalah berbeza dengan e-Trend, tapi aku peduli apa. Di Malaysia ni ada lebih 400 direct sale yang berlesen dan daripada jumlah itu ada lebih kurang 60 buah yang berdaftar dengan DSAM. Tak mungkin aku nak cuba kesemuanya, tak mungkin. Macam mana nak berjaya kalau kau menafikan fokus serta komitmen.

"Krim ni kalau sapu kat lelaki punya boleh bertambah panjang tau!" Terus aku rasa nak tergelak tapi aku tahan dan buat muka serius tapi sebenarnya aku dah berfantasi yang macam-macam dah hehe

"Bukan... bukan direct sale, tak payah modal, tak payah simpan stok, tak jual barang pun...cerita saja pada kawan-kawan"

Apa lancau kau cerita ni? Kalau bukan itu yang kau maksudkan apa perlunya aku mengadakan RM2,000.00 lebih untuk penyertaan? Ini aku cakap dalam hatilah, nak mampus cakap direct, hormatlah sikit ye tak?

Dah niat mereka, mereka pun cakap bukan nak jual apa-apa, jadinya aku pun balik tanpa membeli apa-apalah. Tiada jual, tiada beli, win-win situation di situ.

Yeay!

Thursday, August 31, 2006

IKLAN MERDEKA (2)

Babak 1

Sephia.

Tahun 1988.

Seorang budak lelaki memeluk bapaknya di atas sebuah motorsikal Yahama cup C70 warna merah. Pakaian macam orang nak pergi kebun. Di atas sebuah jalan tanah merah dilingkari sawah padi yang menghijau dan saujana mata memandang. Di suatu simpang kelihatan seorang apek berseluar pendek sedang menolak motorsikal Suzuki cup yang amat buruk bersalut tanah merah. Bapak budak itu menoleh ke arah apek itu dan terus memberhentikan motosikalnya.

Bapak : "Hei!... Ah Phu, apasal tolak motor?"
Ah Phu: "Minyak habislah..."

Kawan bapak rupanya, Cina Bagan Tengkorak.

Bapak : "Ambiklah minyak motor saya ni."

Bapak turun, anaknya pun turun dari motorsikal. Mekanik kampungan pun bisa jadi Mc Gyver dikala terdesak. Petrol dari tangki bapak mengalir ke tangki apek itu melalui suatu tiub yang jernih.

Babak 2

Tak sephia. Kamera zoom out ekzos motor warna krom berkilat yang sedang bergegar. Dua menara KLCC jelas kelihatan ditinggalkan di belakang. Dentuman bunyi ekzos yang lunak PRENG! PRENG! PRENG! Seorang pemuda lengkap bertopi keledar tutup muka penuh menunggang motor melalui celahan-celahan kereta dan lori yang bersesak-sesak menuju ke arah sebuah plaza tol.

Dia sebenarnya dalam perjalanan balik dari pejabat pelanggan. Sedang seronok merempit, motorsikal yang dipandunya tiba-tiba semput-semput dan enjinnya berhenti tiba-tiba.

Kehabisan minyak di lebuhraya yang jauh dari kedai memang mencabar minda dan fizikal. Dengan tiba-tiba cuaca mendung dan hujan gerimis pun mula turun. Dia seret motorsikalnya ke tempat berteduh yang disediakan di tepi lebuhraya. Dia terfikir untuk menahan teksi, untuk menuju ke stesyen minyak, dia periksa dompet tapi malangnya cuma ada tinggal tiga ringgit. Lalu dia pun menapak berjalan kaki tapi tak tahu mana nak di tuju.

Dia cuba melambaikan tangan ke arah kenderaan yang lalu lalang. Tiada satu kenderaan pun yang sudi berhenti. Dia terus melangkah, hatinya nak marah-marah, dia seperti hilang arah, lebuhraya ini agak asing bagi dirinya. Dia melambai ke arah sebuah motorsikal. Seorang pakcik, lelaki India membalas lambaian tersebut, lampu brek belakangnya merah menyala. Pakcik tersebut memusingkan motornya lalu berpatah balik ke arahnya.

Dia : "Minyak motor saya habis pak cik.. boleh tolong bawak saya ke stesen minyak yang terdekat?"
Pakcik : "Mana motor awak?"
Dia : "Dekat sana."
Pakcik : "Mari naik."

Dia duduk di belakang lelaki yang rambutnya belakangnya terjulur sedikit dari helmet. Lelaki India. Tangan pakcik itu kejap menggenggam handle motorsikalnya, banyak urat-urat timbul dan lengannya agak kering berkilat.

Pakcik : "Awak pergi cari botol."

Pakcik itu meletakkan motornya itu berdekatan motornya. Kemudian pakck buka seat motornya.

Dia bergegas ke tong sampah berdekatan, menyelongkar mencari botol. Pakcik pun menyelongkar sama, mencari-cari dalam longgokan sampah sarap. Lalu pakcik itu pun terjumpa satu kole kertas 500ml, sisa dari kedai McD. Pakcik itu membuang sisa root bear dari kole itu. Dari celah-celah seat motor pakcik itu mengeluarkan 'tool' nya, berupa segulung tiub jernih sepanjang lebih kurang satu kaki. Pakcik buka penutup tangki petrol. Satu hujung tiub pakcik masukkan ke dalam tangki, satu lagi pakcik sedut! Melalui tiub jernih tersebut jelas kelihatan petrol kemerahan mengalir keluar dari tangki motorsikal.

Pakcik : "Uuuweeekk.. ptuiiihhh..!!!"

Pakcik muntah dan meludahkan petrol yang bertakung di tekaknya, agaknya dah terminum petrol, pengorbanan terbesar semata-mata untuk menolong lelaki Melayu yang daif itu.Petrol yang memancut keluar dari hujung tiub itu ditadahnya ke dalam kole kertas tadi. Bila kole penuh lalu disuakan ke arah Dia. Dia pun menuangkan petrol itu ke tangki motornya. Sekurang-kurangnya 400ml itu boleh membawanya singgah ke stesen minyak di dalam perjalanan nanti.

Dia : "Terima kasih pak cik.. kalau pak cik takde tadi tak taulah.." Pakcik hanya tersenyum.
Dia : "Saya ada tiga ringgit ni saja." Dia ghulurkan duit itu kepada pakcik.
Pakcik : "Tak payah... tak payah... HALAL."

Apabila seorang Hindu mengucapkan perkataan 'Halal' terus hatinya berasa sesuatu. Sesuatu yang berlainan sama sekali. Dicubanya sekali lagi, tetapi tegas pakcik itu menolak lalu meminta diri. Dia berdiri memerhatikan pakcik itu berlalu hilang di hujung selekoh.

Dia : "Terima kasih pakcik..." Dalam hujan gerimis hatinya seakan mahu menangis.

Bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang berkibaran di bumbung tempat dia berteduh, di tiang-tiang lampu, di batang-batang pokok, di tepi-tepi jalan, di badan-badan kenderaan yang menderu...

Tagline: KERANAMU MALAYSIA!

Kita semua tanpa mengira bangsa mampu menjadi wira negara tercinta. Jadilah wira merdeka!

Wednesday, August 30, 2006

IKLAN MERDEKA

Babak 1

Sephia.

Zaman Jepun memerintah.

Seorang lelaki berpakaian compang-camping dan berkaki ayam. Terhendap-hendap, toleh kanan toleh kiri, terbongkok-bongkok. Masuk ke rumah dia. Isteri dia tanya, "Dapat bang?..."

Dia keluarkan sekarung barang dari dalam baju dia. "Gula susah nak dapat... jangan kata gula, semua barang kena catu."

Isteri dia buai anak dalam buaian kain batik.

Babak 2

Dah tak sephia.

Zaman pemerintahan orang Melayu beragama Islam Hadori.

Lelaki pakai segak-segak. Beli barang kat pasar mini. Pasar mini tu kalau tak silap orang Acheh yang punya. Sebakul barang-barang di bawa ke kaunter bayaran.

Awek juruwang tu ambik barang satu-satu, scan barcode, keluar harga kat skrin kemudian resit mula dicetak.

Ada empat peket gula, tiga peket awek tu ambil taruk bawah meja dia, tinggal satu.

Awek tu cakap, "Sekarang ni gula cuma boleh beli satu peket jer.." Awek tu macam khinzir. Senyuman dia macam khinzir.

Orang tu tak jawab apa-apa, keluarkan duit, bayar, ambil beg plastik berisi barang-barang dia. Blah.

Lepas tu iklan diakhiri dengan tagline besar font 72, "MERDEKA TAIK KUCING!"

Tuesday, August 29, 2006

Tapi, Pulut Kuning Tu Macam Senget Lima Digri

Tiada pilihan lain sudah. Bila muncul saja iklan komersial, kami alihkan saluran TV ke siaran yang satu lagi. Silih berganti.

Menonton pasangan Melayu kahwin dengan tema Kristian, Nasrani, Yahudi dan Hindu. Memang tak sedar diri. Menunjuk-nunjuk dan berlebih-lebihan sama sekali. Radio cakap pagi tadi ada baling bunga lagi, tapi tak ada pula aku tonton di kaca TV. Pengantin perempuan baling jambangan bunga ke khalayak, memang macam pengantin kafirlah.

Rancangan satu lagi, aku cuma boleh kata "Kasihan Ina...". Berlagak benar saudara Mawi. Entah apalah yang Mawi rajukkan di dalam hati, sampai jadi begitu keras sekali. Tapi percayalah... kau akan menyesal Mawi. Aku bercakap berdasarkan pengalaman sendiri, well.. terpulanglah.

Aku akhiri entri aku hari ini dengan sebaris puisi berikut;

Sebodoh-bodoh manusia ialah yang mengiklankan nada dering rahsia yang tak dapat didengar oleh orang dewasa kerana kalau dah diiklankan sure-lah satu dunia tahu dan tak jadi rahsia lagilah.

Monday, August 28, 2006

Macam Iklan Kopi Cap Kapal Api Yang Isteri Dia Marah-marah dulu, kemudian...

Cuti hari minggu aku habiskan begitu sahaja. Bangun tidur lewat. Bila anak aku yang dua orang itu bangun aku gomol mereka habis-habisan. Comel sangat mereka berdua di mata aku. Isteri aku sibuk mengemas, aku pula menguruskan budak kecil dua orang ini, mandikan, bagi bedak, berpakain kemudian keluar pergi sarapan di warung. Kami memilih sebuah warung di Subang Perdana. Banyak pilihan makanan. Nasi sahaja ada beberapa jenis, ada nasi lemak, nasi kerabu, nasi goreng, nasi dagang, nasi putih dan nasi minyak. Namun nasi minyak di sini berlainan sama sekali dengan nasi minyak kenduri kahwin. Lauk-pauk pula jangan ceritalah kepelbagaiannya. Kalau kau ada modal dan jenis yang kuat makan, sarapan yang kau ambil akan merangkap lunch dan juga minum petang.

Cuti hari minggu aku habiskan begitu sahaja. Menonton TV, cerita kartun Barbie, Mirmo, Batman kemudian petang sikit ada cerita Malayu. Siri Sembilu Kasih yang memenatkan itu pun aku layan sekejap.

Tak sangka pada sebelah petang itulah tiba-tiba awek aku mengamuk, memberontak.

"Sampai hati abang... birthday Lin pun dah tak ingat... dah lah masa hari birthday tu abang pergi kerja marah-marah."

Aku ingat birthday dia tanggal 28, rupa-rupanya tanggal 25. Uwah! ini sudah dikira suatu bencana.Padalah sudah aku mark pada kalendar, awal-awal lagi aku sudah mengatur suatu surprise.

Malam tadi. Ya malam tadi. Dapatlah aku melihat dalam hidup aku ini, orang pregnan yang bulat melompat dan berlari kegirangan.

"Eeiii... Terima kasih bang... ingatkan abang dah lupa..." Muka ceria menguntum senyum sampai ke telinga.

Semasa dia mengemas keperluan untuk persiapan bekerja, dia jumpa kad terselit di beg tangan. Dia tarik kad tu dan buka terus keluar muzik.

Berjaya juga aku membuat surprise untuk dia he he he

Friday, August 25, 2006

Sibuk ganti langsir; puasa tahun lepas dah ganti???

Semalam aku pergi beli kain baju sama langsir. Bajet awal RM150 sahaja. Bila dah borong habis, pergi ke kaunter terus terbeliak bijik mata.

Resit menunjukkan jumlah RM222.20. Amboi cantiknya nombor.

"Bang... bajet larilah.."

"Alah... macam bulan-bulan sudah jugaklah kan.., gaji abang kena suntik masuk ke bajet dapur." Aku.

Bacaan Tambahan ;
Nombor yang bukan sekadar handsome dan seksi

Wednesday, August 23, 2006

Goblog : Dari Penjuru Mataku


"Self-publishing" berkembang biak pada zaman sekarang. Ada sebuah komputer, perisian khusus (seperti PageMaker contohnya, boleh juga adjust dalam MsWord dulu) dan pencetak. Sudah membolehkan hampir setiap orang menerbitkan buku sendiri berdasarkan cerita, pengalaman atau inspirasi masing-masing.

Menulis buku suatu seni ; menerbitkan buku pula suatu perniagaan. Namun setiap orang boleh bersetuju atau tidak dengan pernyataan tersebut.

Sebuah buku yang aku baru selesai baca iaitu Goblog. Buku ini adalah salah satu contoh buku yang diterbitkan secara "Self-publishing" (atau mereka cakap D.I.Y). Sekumpulan anak muda (yang sebahagiannya mengaku punk/hc) berkongsi menerbitkan buku yang dikatakan 'Koleksi Tulisan Blog' Orang Kecil. Bahan-bahan yang telah diterbitkan di blog (sama dengan weblog) kemudian diterbitkan semula dalam buku ini. Jadinya buku ini kita gelar ia blook.

Dalam Goblog ada 13 penulis, dengan sejumlah lebih kurang 106 entri-entri. 176 muka surat. Beberapa belas gambar grafik pula diselitkan sebagai penambah perisa.Entri-entri ini bermacam-macam gaya persembahannya yang mampu membuat kita berfikir sejenak atau ketawa atau sekurang-kurangnya berasa terdetik di hati, "Oh! sungguh mendalam pemerhatian penulis ini... saya kagum!"

Penulis yang menampil entri-entri Melayu secara keseluruhan atau sebahagian ialah Lokman, Izwan, Zaza, Jr, Aiya, Pipi, Dhani, Kumprinx, Zulfikar dan Zaxx.

Menulis dengan sebahagian besarnya bahasa Inggeris ialah Keju dan Atikah

Yang menulis dalam bentuk puisi pula (Inggeris) ialah Fahmi dan Atikah.

URL blog mereka boleh kalian dapat dari http://goblog2006.blogdrive.com/archive/3.html

Untuk memesan membeli naskah Goblog sila ke http://goblog2006.blogdrive.com/

Aku mendapat naskah percuma dari Dhani. Terima kasih Dhani :-)

Dalam banyak-banyak penulis tersebut, saya secara peribadi paling suka Kumprinx. Kalau dia bercerita, ceritanya detail. Kalau dia menulis dia selitkan lawak (secara sengaja atau tidak, saya suka lawak) contohnya seperti entri Berlawan Dengan Jabatan Pendaftaran. Mini siri pula ialah 14 Hari Mencari Hantu - ni kalau buat drama memang best, mau kalah hantu Korea. Ditambah pula sebuah entri ekslusif yang tak pernah dipublish kat blog (ini kalian kena beli buku ini dan baca sendirilah).

Antara entri-entri kegemaran aku pula ialah Gua Caya Sama Lu oleh Lokman, Kuala Lumpur Dan Saya, dan TV Tidak mengenal siapa oleh Pipi, sebab saya suka ialah kerana sentuhan tersendiri oleh penulis terbabit. Ceritanya 'simple' saja tapi saya suka.

Walaubagaimana pun, secara keseluruhan bagi yang lain-lain SAYA TERHIBUR MEMBACA semua tulisan dalam buku ini.

Jangan komen tatabahasa, jangan komen ayat tunggang-langgang, jangan komen pasal perkataan ditapis seperti F**k, C**t, sebab dorang dah declare awal-awal kat muka imprint dan muka belakang yang ada chop haram. Aku pun tidak faham mengapa buku sebaik ini dichop haram.Oh! aku lupa, dorang kan punk/hc :P

Bagaimana pun aku agak terkilan kerana buku ini tidak didaftarkan untuk ISBN - kerana ia akan membezakan diantara 'buku' dengan 'kertas-kertas yang dijilid'. Diharap pada masa depan para penulis (walau pun hanya DIY) peka dan akur tertib menerbit buku.

Akhirnya, saya ucapkan tahniah, syabas dan terima kasih kepada mereka yang telah menjayakan buku blook Goblog.

Tuesday, August 22, 2006

Mendengar Khutbah Jumaat (2)

Bersila di lantai masjid beralas permaidani nipis. Kaki kanan aku dah kebas dah, sebentar aku bersila, sebentar lagi aku duduk tahiyat akhir.

Pak Imam membaca teks khutbah macam orang penat. Sistem siaraya bergema-gema di dalam masjid, azab nak mendengar butiran khutbah.

Tiba-tiba bacaan khutbah terhenti.

Suasana sepi dan hening... Para jemaah masjid terdongak kepala pandangan menghala ke atas mimbar. Semua mata tertumpu kepada pak imam di atas mimbar. Pak imam kelihatan kelam-kabut. Agaknya ada muka surat teks khutbah yang hilang! Pak imam memusing-musing helaian kertas di tangannya. Masih tak jumpa sambungan khutbahnya.

"Aik? tiba-tiba cerita pasal akhlak remaja pulak... tadi cerita pasal sektor pertanian." Hati aku berbisik dalam tawa.

Isu akhlak remaja menjadi penutup khutbah pertama sebelum Pak imam duduk dan membaca khutbah kedua yang amat lazim itu.

Saturday, August 19, 2006

Mendengar Khutbah Jumaat (1)

Masjid itu terletak di dalam sebuah kampung. Dekat benar dengan taman perindustrian tempat aku bekerja.

Pak Imam kat atas mimbar menjadi khatib, dia baca teks macam orang penat. Mungkin juga beliau tak reti sangat baca tulisan rumi. Entah... tak reti tulisan Jawi ?

P.A. system bergema-gema. Azab betul nak mendengar khutbah, tambah-tambah mata mengantuk dan kekenyangan makan tengahari tahap dewa maharaja tak hengat. Kat perkarangan masjid tadi ada pula sedekah pisang dengan karipap panas segar sedap mantap ding dong ah.

*PLOP!*

Tiba-tiba mengantuk aku hilang...

"Aaa... bukan ke ini teks khutbah minggu lepas punya?" Hati aku tertanya-tanya dengan begitu anarki sekali.

Karipap panas segar dan baru, tapi mengapa tidak teks khutbahnya? Atau jawatan imam itu sendiri patut benar diganti dengan orang (pemuda) baru?

Hati aku tertanya-tanya lagi sekali dengan begitu anarki.

Wednesday, August 16, 2006

Mekanik Bos Aku Digigit Anjing

Semasa bos membelek lukisan aku semalam, aku perasan ada luka calar di lengannya. Tapi aku segan nak bertanya.

"Dia pergi dia punya bapak (bapak bos) punya rumah... kereta rosak... bapak dia punya anjing gigit dia." kata Kak P.

Aku ingatkan bos yang kena gigit anjing.

Bukan apa, aku rasa kasihan pun ada rasa nak gelak pun ada. Tak tahu kenapa. Tapi tadi masa dengar cerita Kak P memang aku tergelak.

Friday, August 11, 2006

PIL-PIL KUNING





Elakkan membaca blog ketika perut kosong. Awas : Blog ini boleh menyebabkan mengantuk. Jika ada kesannya, jangan memandu kenderaan atau mengandalikan mesin (mesin potostat dikecualikan). Elakkan minuman keras.

Angkat Tangan

Cikgu Suhaimi garang, kata kawan-kawan aku.

Mana-mana pelajar pun memang kecut aaa dengan cikgu ni. Jenis yang selamba. Melempang, memaki, picit telur. Kelas aku tingkatan 5 Sastera Hijau. Untuk Bahasa Melayu cikgu ni yang mengajar. Kelas aku penuh dengan otai (senior) yang kaw-kaw punya samseng. Tapi masa cikgu ni mengajar terus kelas jadi bilik mayat. Senyap. Tapi bila cikgu ni buat lawak, memang tak tahan. Macam nak pecah kelas tu bila kami gelak ramai-ramai.

Sebab cikgu ni suka buat lawak semasa mangajar. Sangat fatherly dan friendly. Garang-garang pun ramai murid sayang. Senang cakap, masa cikgu mengajar memang seronok dan terhibur, tapi kat luar kelas kalau langgar disiplin habislah kita.

Pada suatu hari semasa mengajar dalam kelas aku, cikgu tanya soalan, siapa boleh jawab angkat tangan. Tak ada pun yang nak menjawab, masing-masing menikus.

"Ok.." kata cikgu. "Kamu semua berdiri atas kerusi."

Mengeluh kami. Menyesal tak nak cuba menjawab tadi.

"Masa duduk badan kamu bengkok darah dari otak lambat turun ke kaki, kalau berdiri macam ni barulah aliran tu lurus."

"Sekarang siapa boleh jawab soalan saya angkat tangan, kalau betul boleh duduk."

Berdebar-debar rasa hati kami menanti soalan daripada cikgu. Bukan ghairah nak jawab soalan, tapi ghairah nak duduk balik. Pelajar ada 30 orang. Soalan daripada cikgu tak sampai pun 30 soalan. Jadi, sudah tentu ramai yang berdiri di atas kerusi sampai habis waktu. Naya betul cikgu ni.

Aku antara orang yang awal dapat jawab soalan dan disuruh duduk. Tak berapa lama cikgu tanya lagi soalan. Aku ghairah menjawabnya tanpa mengangkat tangan pun.

"Jawapan kamu betul." Kata cikgu.

"Sebab kamu dah duduk, kamu berdirilah balik."

Kawan-kawan satu kelas ketawa berdekah-dekah. Hampeh!

Lawatan ke blog cikgu best;
http://tokrimau.blogspot.com

Wednesday, August 09, 2006

Pensel

Suatu malam bapak aku nak pergi ke kedai. Biasa aaa tu pegi mengeteh dengan kawan dia. Kalau tak dengan pakcik Busu, dengan pakcik Selamat, atau seorang saja pun jadi sambil layan gusti di kedai Hassan Buaya.

Di depan kedai Hassan Buaya ni ada satu kedai runcit. Biasanya bila bapak pergi keluar malam, mak atau aku atau adik-adik akan kirim barang. Kirim mi goreng ka, mi sup ka. Aku biasanya kirim alat tulis, kalau aku tak pun ikut mengeteh sekali.

Siang sebelumnya dalam kelas Tingkatan 3 Dahlia. Masa pelajaran lukisan. Cikgu Hassan Basri pesan, "Esok kamu kena bawak pensel 2B, kalau takde bawaklah 3B.. 4B atau berapa B lah...".

Dah lama juga aku sekolah itulah kali pertama aku dengar ada pensel lebih 'besar' daripada 2B. Aku kenal HB dengan 2B sahaja. Aku berasa teruja untuk mendapatkan pensel 4B! Jadi aku kirimlah pada bapak malam tu...

Bapak balik malam tu, dia parkir motor sambil marah-marah pada aku.

"Kau cakap nak pensel 4B tadi... bapak tanya orang kedai tu kata, dia bertahun-tahun "saya sekolah sampai masuk universiti wak... tak pernah saya dengar pensel 4B, kalau 2 B tu adalah... biasa."

"Malu betul bapak kau tau tak?!" Bapak marah betul sebab dia ingat aku mempersendakan dia.

Aku hanya terpinga-pinga. Apa tujuan Cikgu Hassan Basri pesan pensel jenis tu? Bergurau ka?

Aku pula tidaklah berani pergi berjumpa cikgu tu - bertanyakan hal sebenar, mampus pulak aku dilempangnya karang. Aku biarkan perkara itu berlalu.

Sampai dekat 10 tahun kemudian.

Aku kerja. Suatu hari aku pergi stationary bawak printing lukisan untuk dipotostat. Masa aku melepak-lepak sambil menunggu salinan siap aku terlihat sekotak penuh pensel-pensel beranika jenis.

Terus aku teringat kata-kata Cikgu Hassan Basri, herdikan bapak. Inilah masanya aku nak buktikan pada bapak aku tak main-main, bergurau atau menipu dia. Kalau boleh aku nak bawak pensel-pensel tu balik kampung tujah-tujah kepada brother kedai runcit yang bercakap tak pakai selidik tu.

Aku beli semua. 2B, 3B, 4B, 5B, 6B, 7B dan 8B. Akan aku tunjukkan kepada bapak dan brother tu.

+++

Semalam aku tengok pensel-pensel ni dah tak cukup koleksi. Mungkin masa berpindah-randah rumah-rumah bujang, lepas tu kawin pindah rumah lagi pensel ini berciciran. Atau dah jadi mainan anak aku.

Tahun 2000, mak kata bapak jatuh sakit, bergegas aku balik kampung, kemudian ke Hospital Klang. Tak sangka pulak bapak meninggal terus masa tu. Aku tak sempat tunjuk pun pada bapak pensel-pensel tu.

Tuesday, August 08, 2006

IKLANONI: Beng! Beng! Beng! Kebaaboom!!!

"Entri-entri terpilih dalam Jiwa Kacau II : Masuk Barisan ini banyak yang menyentuh perasaan saya. Tidak sukar menghabiskan kesemuanya dalam masa yang singkat. Susunannya diselang-selikan antara penulis sinis, penulis penuh kecindan dan penulis penuh emosi. Ada juga entri yang menyebabkan saya sukar berhenti ketawa."- Kata Pengantar oleh Nisah Haji Haron.


Siapakah manusia pertama yang meludah di bulan?

Ada berapa huruf 'm' dalam novel Mereka Yang Tertewas?

Mengapa susu menjadi keju tapi tak boleh jadi susu balik?

Binatang apa tak ada tengkuk?


Semua jawapan untuk soalan di atas dan banyak lagi tidak terdapat dalam buku ini.

Akan datang menemui anda dalam keadaan separuh bogel dan bogel terus. Ttidak lama lagi. Ye ye tidak lama saja lagi.

Yeay!

Monday, August 07, 2006

Mak Kita Superwoman

Baca blog OP di http://www.kroni.biz/fikirandalamkembara

Beware

Buku dan zine yang kita suka


Aku ke Laman Seni pada hari Sabtu lepas iaitu 5 Ogos 2006.

Sindikit Sol-jah (kawan-kawan yang kita suka) berniaga jual produk kat sana.

Antara produk yang dijual Sabtu lalu:

i. buku Ayah Kita Bos (sinaganaga+tokrimau)
ii. buku Jongkang Jongket (MJ)
iii. novel Aliya Elyana (vovin)
iv. zine Apologi Buat Hideyoshi (sinaganaga)
v. zine SABOTAJ 2 (jigo+op+amir mukhriz+vovin)
vi. bukunota berkalendar 2006+07 Geng Jurnal
vii. keychain Geng Jurnal
viii. sticker kereta (warna maroon) Geng Jurnal

Aku beli zine Apologi Buat Hideyoshi dan Sabotaj 2. Kedua-dua zine ini memang best! Berbaloi beli. Kalau nak ulas dua-dua zine ini, ulasan akan lebih tebal daripada ketebalan zine itu sendiri :)

Atas sesuatu sebab lain, aku turut membeli buku bertajuk Orang Kuat oleh Alif Firdaus Azis terbitan PTS One Sdn Bhd.

Buku (komik) Orang Kuat ini pun sangatlah best! Kelakar gila, tak percaya boleh beli dan bacalah.

Yang menarik sekali ialah pasal penulis/pelukisnya iaitu Saudara Alif. Aku jumpa dia face to face kat gerai Sendikit Sol-jah masa dia lepak-lepak dengan Mat Jan. Sempoi je budaknya. Dia usung buku ni satu, bila aku tanya dia kata dialah penulisnya aku tertarik nak beli sebab murah saja, RM7.90.

Alif ni dulu lukis komik Orang Kuat ni, lepas tu fotostat 30 naskah jual kat Laman Seni lepas tu sold out. Tak lama lepas tu ada penerbit yang 'melamar' dia dan menerbitkan komik dia sebanyak berjuta-juta lemon. Tak sia-sialah minat, hobi dan usaha dia jadi penerbit indi dulu.

Aku harap suatu hari nanti akan ada penerbit (tauke-tauke buku) yang tertarik dengan hasil usaha dan produk Sindikit Sol-jah dan sudi menerbitkan tulisan kami ini berjuta-juta lemon dan pasaran yang luas lagi besar. Menerbitkan siri Jiwa Kacau misalnya.

Laporan Laman Seni ;
http://www.jurnal.biz/forum/viewtopic.php?t=4581

Friday, August 04, 2006

Negara Kita Yang Kita Suka

Aku pun tak tahu apa nak jadilah negara aku ni. Malam tadi menonton TV3 katanya nak tayang cerita pasal CT selama 3 minggu berturut-turut. Sepatutnya slot Majalah 3.. Entah!

Siti kawin lebih penting diambil tahu berbanding kisah sedih umat Islam Labenon.

Selamba saja tengok mayat-mayat hancur orang Islam di sana di kaca TV sambil mulut mengunyah ayam McD. Selamba, takde rasa apa-apa pun.

Thursday, August 03, 2006

Rumah Yang Kita Suka

Suatu petang.

Aku bawa awek, anak-anak, adik dan Mak jalan-jalan. Pekena roti canai dan teh tarik di kedai mamak. Kemudian meronda-ronda sekitar penempatan kami. Di dalam kawasan penempatan ini ada banyak kawasan perumahan. Rumah teres dua tingkat, rumah teres tiga tingkat, rumah kedai, apartment, semi-d dan banglo. Kemudahan pun ada seperti perhentian bas, kelinik, pasar mini, telefon awam dan pili bomba.

Rumah aku apartment 5 tingkat. Orang tua, orang kampung mana minat rumah tingkat-tingkat macam rumah merpati ni.

Kereta kami melepasi satu persimpangan.

Mak cakap, "Macam itu lah rumah yang mak minat. Elok saja sebuah. Tak adalah tinggi macam rumah Labu."

Elok bangun sebuah. Jarak dari rumah-rumah yang lain. Lebih besar dan luas lamanya. Berpagar. Ada tiang bendera, ya! ada tiang bendera.

"Itu bukan rumahlah mak... itu tadika (dewan)." Jawab adik aku.

Dan matahari pun sudah nak bertukar warna. Menjadi oren bersinar-sinar di ufuk barat.

Saturday, July 29, 2006

Aku Dihadapkan Ke Mahkamah Semalam.

Selepas aku turun dari mahkamah, terus aku menuju ke Bank Rakyat. Bank itu dikawal ketat beberapa pengawal yang bersenjatakan senapang. Senapang mereka amat cantik dan aku sangat suka memerhatikan senapang mereka yang hitam-hitam itu.

Ooo... macam ini rupanya bila kita menjadi defendan. Pagi-pgi lagi aku dah berbaris dalam kelompok peguam-peguam aku saja orang awam. Kompleks mahkamah ini sangat besar, ada Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen, Mahkamah Majistret, dan Mahkamah Syariah juga. Tak lupa ia turut menyediakan lokap!

Bintang.

Peguam yang mewakili plaintif iaitu peguam pihak bank muda lagi orangnya. Kami dipanggil ke depan mengadap Puan Majistret. Yang Arif tanya peguam. Peguam jawab - orang ni tak bayar hutang bank, bank failkan saman, pihak defendan menghadirkan dirinya, pihak bank menetapkan bayaran minimum bla.. bla.. bla... bla... bla... bla...

Yang Arif tanya aku mengapa tak bayar? Aku jawablah, " Saya belum mampu (nak bayar hutang)."

Yang Arif bersoal jawab dengan peguam. Yang Arif tanya aku lagi, setuju atau tidak dengan penetapan peguam dan bank? Aku jawab, "Saya tidak bersetuju."

Yang Arif berbicara dengan peguam dan berbicara dengan pegawai mahkamah. Bulan Oktober depan kena naik mahkamah lagi, sila bawa dokumen-dokumen berkaitan (sokongan). Semua bersetuju. Yang Arif tanya aku.

Aku pun jawab, "Setuju."

Itulah beberapa patah perkataan sahaja yang aku jawab sepanjang sessi perbicaraan.

Selesai perbicaraan peguam bank ajak aku berbincang di luar mahkamah. Elok sahaja orangnya kiranya friendly-lah juga.

Aku cakaplah aku bukan sengaja tak bayar hutang, aku tak mampu lagi. Aku pinjam bank guna untuk bayar yuran pengajian kat universiti. Ingatkan lepas keluar U boleh dapat kerja best, gaji best. Tup tup... majikan aku pula lingkup bankrap. Tak dapat gaji, tak ada EPF, sudahnya rumah pun nak kena lelong, kereta terpaksa jual, motorsikal jual... Terpaksa aaa buat kerja freelance, encik tau sajalah berapa sangat pendapatan jadi freelance. Nasib baik baru-baru ni saya dapat kerja jadi kerani. Inilah slip gaji saya ha. Baru tujuh bulan kerja. Adalah sikit untuk hidup, dan saya rasa saya boleh bayar installmen ni sikit-sikit.

"A'ah... anak saya dah tiga orang.", jawab aku spontan. Pandai pula dia meneka jumlah anak aku berdasarkan pada raut wajah dan personaliti aku saja.

Dia nasihatkan aku pergilah bank, pergi jumpa pegawai yang berkenaan, berbincang, ceritakan apa masalah. Mungkin pihak bank boleh berbudi bicara dan aku serta dia (peguam) tidak perlu naik mahkamah lagi. Sebelum balik aku salam dia, dia salam aku.

Bintang bintang.

Awek aku duduk di sofa di lobi bank sajalah. Sedang aku berbincang dengan pegwai bank dalam sebuah cubicle kecil dilingkari partition setinggi lebih kurang 1.5 meter.

Pegawai bank ini baik saja melayan aku. Aku ceritakan segala masalah aku yang aku galas sepanjng lebih kurang 3 tahun ini.

Aku kemukakan juga nama-nama peguam yang terlibat dengan kes aku. Yang dah tak bergerak tapi terpampang dalam laporan oleh CTOS. CTOS ni umpama arang dan tahi anjing di muka kita. Sekali sangkut dengan sesebuah institusi kewangan maka institusi kewangan yang lain tidak akan memandang kau, bersihkan arang dan tahi anjing di muka kau tu dulu barulah mereka akan 'melayan' kau.

Aku yang dulu kerja syarikat korporat, kemudian belajar part-time ijazah komunikasi korporat... habis belajar tup tup jatuh melarat. Tidak lebih aku ini atas sedikit dari anjing keparat. Salahkanlah US yang serang Iraq, makilah kerajaan yang naikkan harga minyak... atau siapa saja yang kau benci penyebab kejatuhan ekonomi kita, kalau kau mahu.

Mudah saja, Puan Pegawai bank suruh aku buat akujanji. Berapa mampu bayar bulanan. Kekalkan bayaran untuk 3 bulan. Bank pantau. Kalau fault, tindakan mahkamah akan diambil. Mahkamah pula yang akan pantau nanti. Dengan bank kalau tak bayar ikut akujanji masih tak apa lagi. Dengan pihak mahkamah jangan buat main, tak akur pada janji lokap sedia menanti.

Aku tandatanganlah sajalah mana yang patut. Kita dah berhutang wajiblah bayar balik. Orang yang berhutang ni sebenarnya dah 'makan masa depan' sendiri.

Bintang bintang bintang. Tiga bintang.

Awek aku nak makan cempedak goreng, tapi orang gerai tu belum pun kupas cempedak tu lagi. Tak ada masa nak tunggu kami berlalu saja.

"Bang, apa orang bank cakap kat abang tadi? Ceritalah.", awek aku cantik.

"Orang bank tu cakap... Encik kena bayar segala hutang encik, bayar jangan tak bayar... kalau tak... encik nampak tak pak guard kat pintu masuk tu? Dia orang tembak encik dengan senapang tu nanti."

Ha ha ha awek aku dan aku ketawa sambil motorsikal kami membelah angin di tengah-tengah lalu lintas jalan raya yang sibuk.