Wednesday, April 30, 2008

Karya Diarkib Ke Wiki


Salah satu karya aku dan kawan-kawan yang (sangat) kita suka iaitu Jiwa Kacau telah diarkibkan ke Wiki. Boleh dilayari di http://ms.wikipedia.org/wiki/Jiwa_kacau

Betapa bangga!

Tuesday, April 29, 2008

Kawtim


Pergi Mahsan, Bahau, Negeri Sembilan. Ada temujanji dengan TM dan TNB kat tapak projek SREP. Kawtim sana, kawtim sini... balik ke rumah malam.

Gambar menunjukkan sebuah chimney yang baru dipasang, site ni akan ada dua chimney sedemikian setinggi 40 meter. Salah satu firma aku punya skop kerja ialah pasang air-craft warning light dan lightning system.

Saturday, April 26, 2008

Maskara

"Boleh?", tanya bang Naga melalu telefon bimbit pada suatu hari.

"Bolehhhhh..!", jawab aku teruja. Mahunya tak teruja, aku dijemput untuk buat show Maskara.

Mmmm... apa seluar aku nak pakai pada malam itu? Apa 'magic' nak aku persembahkan?

Harap-harap tak kena boo atau dibaling benda-benda. Haha.

Thursday, April 24, 2008

Motivasi Alihan Jiwa (3)

Poster di bawah ni bolehlah kalau nak dicetak, kemudian tampal di dinding bilik tidur ka, pejabat ka etc.

Apa pendapat anda tentang poster yang saya hasilkan ini?

Motivasi Alihan Jiwa (2)

Saturday, April 19, 2008

Pleine Séance d'entraînement De Corps


Cari punya cari, akhirnya aku 'melekat' pada rutin full body workout yang ini. Mudah dan menjimatkat masa.

Aku jadualkan 3 kali seminggu, iaitu Isnin, Rabu dan Jumaat. Kadang-kadang main petang, kadang-kadang main malam. Main tengah malam pun pernah.

Untuk setiap rutin aku ulang 12 kali, buat dua set, jadinya 24 kali. Biasanya bila nak cuba set ketiga akan gagal haha.

Kalau setiap rutin buat 24 kali, ia akan memakan masa 40-50 minit untuk tamat. Jika dicampur dengan masa warm-up dan cool-down berjumlah lebih kurang 1 jam.

Bolehlah untuk peringkat permulaan, 3 kali seminggu, satu jam setiap sessi. Tahun depan kalau ada rezeki bolehlah kenal tangga gimnasium pula. Takkan nak pegang dumbbell 20kg saja, nak gak merasa meramas mesra barbell 60kg hehe.

Saturday, April 12, 2008

Friday, April 11, 2008

Makanan Jepun Yang Kita Suka

Kalau makan sushi, guna chopstik aaa baru ada gaya!

"Abang pandai guna ke?."

"Mestilah..."

Sepit sepit, lepas... sepit sepit lepas...

"Encik, chopstik encik tu terbalik." Pelayan 'bersongkok' putih itu lalu menegur.

"Kih kih kih kih..." Awek aku mentertawakan aku.

Thursday, April 10, 2008

Lagu Melayu Yang Kita Suka

Bang Naga, jom invite Pakcik Raymond ni ke Maskara. Amacam? Haha


6 hari 5 malam (Bah. 4 episod Mersing)

Laut di pinggan. Eh... silap silap... lauk di pinggan.

"Kau beli kat Mersing je... lagi murah", kata Encik S. Haha

Wednesday, April 09, 2008

Kasih Sayang

+ "Ibu... mengapa lembu menyusukan anaknya?."

- "Kerana lembu mengasihi apa yang disayangi."

+ "Ooo... kalau begitu, ibu pun macam lembuuuu huhuhu"

Tuesday, April 08, 2008

Surat terbuka untuk Cik Puan Sufiah.

Assalamualaikum w.b.t. Cik Puan,

Apa khabar? (faham ke dia ni bahasa Melayu?) Macam mana bisnes Cik Puan hari ini?

Semenjak kebelakangan ini media kerap mengemaskini cerita Cik Puan. Jadi saya pun google nama Cik Puan di internet. Pada pendapat saya Cik Puan cantik.

Cik Puan, izinkan saya memanggil Cik Puan sebagai Sufiah. Saya dengar Sufiah dah jadi pelacur di sana. Di sini pun ramai juga Melayu jadi pelacur (kata oranglah...) Malah kata kawan saya, ada di antara mereka yang menjelaskan cukai pendapatan! (kalau kawan saya tipu, tipulah saya).

Kalau Sufiah nak tahu, melacur ni haram di sisi agama Islam. Masuk dalam kategori dosa besar. Boleh masuk neraka. Selain melacur, kita juga boleh masuk neraka jika berjudi, minum arak dan makan babi. Ya, babi kan haram, so kalau makan masuk nerakalah.

Sufiah, insaflah... baliklah ke pangkal jalan. Atau baliklah ke sini, isi borang SPA8 lepas tu kalau dapat panggilan exam pergilah. Examnya kacang putih je terutama bahagian matematik, mesti Sufiah boleh jawab punyalah. Saya dah 6 kali dah cuba exam ni, 6 kali gagal. Saya tau, saya mesti gagal pada bahagian matematik tu, soalan entah apa-apa.

Selain SPA8 online, Sufiah boleh cuba nasib di KPLI online. Jadi cikgu. Tak Melayu kalau tak tahu URL borang SPA8 dan KPLI.

Dipendekkan cerita... kalau berjaya exam tu nanti dan menjawat jawatan awam, jangan pula makan rasuah. Makan rasuah pun boleh masuk neraka. Nampaknya banyak cara manusia boleh masuk neraka! Pun begitu, masih banyak juga cara untuk masuk syurga. Salah satu caranya, bertaubat. Taubat nasuha.

Sufiah, sedarlah. Perbuatanmu kini tidak seindah namamu. Saya menulis ini atas dasar saudara seagama dan bangsa serumpun budaya.

Sufiah, pulanglah ke pangkal jalan.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Sunday, April 06, 2008

6 hari 5 malam (Bah. 3 episod Aku Suka Makan)

Pelayan restoran tu body dia cantik. Dengan t-shirt sederhana dan jeans ketat sudah cukup untuk mencairkan ais krim.

Aku panggil dia untuk mendapatkan bil. Sambil itu dikemasnya meja kami.

"Banyaknya makan... empat orang je... ingatkan lapan orang tadi." Komen dia.

Dia patut seronok ada pelanggan macam aku, bukan merungut macam tu.

Ini antara benda-benda yang aku dan kawan-kawan aku 'bedal' malam tu. Banana and milk, jus epal, mee claypot, siakap stim, nasi goreng nenas, tumis kacang buncis dan teh O.

Siakap stim tu paling best!

Lagi info restoran ini di blog ini >> http://sugarsugarbeanbean.blogspot.com/2008/03/liza-tioman-restaurant.html










Friday, April 04, 2008

6 hari 5 malam (Bah. 2 episod Tioman Yang Indah)

Belum ada kesempatan untuk menurunkan catatan perjalanan lantaran kekangan tugas, jadinya terimalah beberapa keping gambar daripada aku ;


Salah satu pandangan di pantai Hotel Berjaya semasa aku berjaya menyusup masuk ke sana.
Papan tanda ke lokasi tempat popular iaitu ABC (Air Batang Chalet) dan Taman Laut yang banyak ikan jinak.


Jambatan Kg. Tekek yang pasti menjadi 'landmark' kampung tersebut. Jambatan besi yang menghubungkan jeti dengan lapangan terbang.


Kawasan bertangga dihiasi lampu lanskap, cantik waktu siang indah waktu malam.


Kg. Juara, aku sampai ke sini melalui trek jalan kaki dari Kg. Tekek. Jalan raya mendaki 1km, trek hutan ada yang 45 darjah 2km, trek konkrit mencerun sakitkan peha 7km. Pergi 2.5 jam balik 2.5jam.

Sebuah pulau yang aku nampak semasa di dalam feri. Nama pulau aku tak tahu.

Tuesday, April 01, 2008

6 hari 5 malam (Bah. 1 episod intro)


Aku baru balik dari Pulau Tioman. Ke sana atas urusan syarikat, tengahari bos panggil cakap-cakap sikit malam tu terus naik bas dari KL ke Mersing.

Penat belum hilang, maklumlah tadi dari Tioman naik feri 2 jam ke Mersing. Dari Mersing naik bas 7 jam ke KL. Dari KL 20 minit ke Sg. Buloh dengan komuter...
Yang pastinya aku rentung.