Sunday, April 25, 2010

Jiwa Kacau

Itu gambar Mawi baca buku blook Jiwa Kacau. Adakah Mawi setelah baca buku itu beberapa tahun dulu lalu dapat inspirasi untuk buat telefilem Jiwa Kacau? Adakah Mawi PELOPOR me-telefilem-kan blook?

Walau apa pun, aku dapat tumpang gembira pun jadik ler...

Kredit gambar, kalau tak salah Rudy Bluehikari.

Sunday, April 04, 2010

Laporan Maskara 20

Baca naskah.

Kelihatan seorang audiens merakam aksi Ninjaseni.

Sendiri terbit buku sendiri menjual buku yang diterbitkan sendiri.
Bersama blogger GJ Mat Jan & Jigo.

Sessi autograf untuk para peminat. Cewwahh!

Sebenarnya dah satu tahun empat bulan aku tak makan nasi lemak. Tapi di Maskara 20 tadi aku bantai makan. Lapar sebab tak sempat nak makan malam.

Malam ni aku perform di Maskara 20. Aku sangkakan giliran aku selepas sessi makan-makan, rupa-rupanya jadi peserta ke-empat. Performlah aku dengan perut kosong. Sangat gementar sampai tergetar-getar tangan dan jari-jemari. Berpeluh!

Pun begitu persembahan baca naskah aku berjalan amat lancar sekali. Tapi kerusi patah!

Terima kasih kepada Sindiket Soljah kerana sudi memberikan ruang pentas untuk aku berdiri. Juga mempromosikan buku baru aku Salah Lorong. Terima kasih juga kepada audiens yang sporting (sudi gelak-gelak dan tepuk tangan, padahal bukan apa sangat pun persembahan aku tu). Kalaulah aku pandai main gitar... wajib aku bawa dua lagu iaitu Harum Subur Di Hati BPR siap dengan goreng-gorengnya dan lagu Nagori Yuki siap dengan solonya. Pergghhh!

Terima kasih jutaan kepada yang sudi membeli buku terbaru aku Salah Lorong, buku yang tak seberapa itu.

Habis majlis, kita orang kemas-kemas rumah PENA, simpan balik semua equipment yang dah pakai. Lepas tu aku join sessi ngeteh. Adalah dalam 5-6 orang yang ikut ngeteh termasuk Naga, Tok Rimau, Spyz, Vovin, Jigo....

Sembang sampai pagi. Nasi lemak tu berbungkus-bungkus lebih kami bawa ke kedai mamak. tadi. Kami belasah nasi lemak tu, ada yang belasah dua bungkus, ada yang tiga. Masih ada lebih nasi lemak sedap tu kami tak boleh habiskan. Beberapa bungkus aku bawa balik untuk isteri aku kalau-kalau nak 'mentong' nanti. Baki nasi lemak berbungkus-bungkus tu kami tinggalkan saja di meja kedai mamak tu.

Lebih jam 2 pagi aku dah sampai di rumah. Mengira duit jualan buku, perghhh lumayan! ... tapi taklah sekaya Vovin Karipap Cinta.

Pencinta-pencinta nasik lemak sedang membuktikan cinta mereka. Ah...