Saturday, May 14, 2011

Review: Tentang & Kentang

Saya belasah Kentang dan Tentang secara marathon dan berganti-ganti. Kentang - menyelak satu muka demi satu muka naskah Kentang Saharil mengingatkan saya kepada naskah Codex Seraphinianus oleh Luigi Serafini. Atau satu lagi naskah Pulcinellopedia Piccola oleh siapa tak ingat. Namun Kentang masih mudah dihadam berbanding kedua-dua buku yang saya sebutkan tadi.

Sekali imbas memang ya, ia buku conteng-conteng. Buku entah apa-apa. Akan tetapi, kalau kita mendalami sedikit sahaja, tak perlu mendalam sangat kita akan dapati ia bukan buku conteng biasa. Ini buku untuk orang berfikir. Ini buku untuk orang pandai. Buku Kentang ni umpama buku visual. Apa akan jadi kalau sesetengah ayat atau peribahasa atau perumpamaan kita visualkan, misalnya kita manipulasikan, jadi horor tahu! Saya tak boleh blah dengan interview binatang. Pada sesetengah grafik saya terberhenti lama, sambil otak cuba mencerna dia punya makna. Saya paling suka Apam Pergi Apam Balik, Burung, Jangan Jilat Apam, Minyak Naik Buat Saya Naik dan Tomato Tetek. Kenapa saya suka?, saya sendiri pun tak tahu hahaha.

Naskah Tentang adalah sebuah blook terbaik! Saya suka kisah ketupat. Saya masih terbawa-bawa oleh kisah tersebut, malah saya sedang memanipulasikan pengalaman ketupat Saharil dengan pengalaman saya sendiri. Kalau nak tahu, buku Tentang adalah tentang penulis - Saharil. Ada Saharil coretkan pengalamannya belajar di luar negara, kisah suka-duka yang digarap dengan ringkas dan bersahaja tetapi diperkemaskan dengan maklumat-maklumat tambahan.

Saharil suka buat 'homework' sebelum membuat sesuatu karya, ini akan anda perasan dalam Kentang dan dalam Tentang. Pada tahap-tahap tertentu kau akan terasa pandai oleh naskah-naskah Saharil ni, sebab maklumat-maklumat yang dia suap sangat lazat. Ini salah satu sebab saya suka naskah dia.

Habis baca kedua-dua naskah Saharil tersebut, terasa seolah-olah baru sahaja memerhatikan kehidupan ini dari sudut-sudut yang berbeza-beza. Sangat kreatifnya Saharil.

Nota:- setakat ini buku Codex Seraphinianus di Amazon.com harganya USD500, perghhh!

Tuesday, May 10, 2011

Encik David Jumpa Hantu

Encik David kemalangan. Dapat MC dua minggu.

Surat MC bertukar tangan di pejabat sumber manusia. Tangan kiri Encik David diriba berbungkus dalam kain anduh.

"Syukur encik tidak cedera teruk, bagaimana pula keadaan motorsikal encik ?", tanya kerani sumber manusia.

"Motorsikal saya ok", jawab Encik David selamba.

"Wah! Ceritalah macam mana kemalangan tu berlaku", kerani tersebut ingin tahu.

"Pada malam yang malang itu..."

Encik David mengenakan kaca mata hitamnya... sambil menjeling ke arah kerani tersebut.

"... saya jatuh katil."

Saturday, May 07, 2011

Demotivatonal Poster

Masih rasa seronok bermain-main dengan akronim. Contoh akronim yang mashyur, rokok DUNHILL - Dunia Umpama Neraka Hidup Ibarat Layang-Layang. Ok, kita cuba yang lain...


Poster ni kalau ditampal di cafe pun cara jugak kan... :)

Thursday, May 05, 2011

Nama Aku

Suatu hari seorang kawan meminjam PC, bila dihidupkan keluar pertanyaan user name dan password.

Melalui telefon kawan tu tanya, "Bagi aku password kau".

"Passwordnya nama aku", jawab kawan di hujung talian.

Kamarudin bin Ahmad, tak boleh. Kamarudin, tak boleh. Din Botak... pun tak boleh. Biar betul mamat ni...

Dekat nak masuk waktu makan tengahari, barulah dapat.

Passwordnya "NAMAAKU".