Friday, October 30, 2009

SENI untuk AIDS

ARTWORK No 86
Nama: Dugongsenyum
Saiz: 10.5" x 13.5"
Media: Digital
Tajuk: Not small in size (ii)
Tahun: 2009

Aku hantar tiga lukisan dan dah diterima ketiga-tiganya (terima kasih tuan penganjur). Aku berasa seronok kerana dapat juga meramaikan suasana. [ link ]

Tarikh tutupnya esok, katanya.

Not small in size

Thursday, October 29, 2009

Sepandai-pandai tupai melompat

Bilik Suiz Utama, tanda amaran jelas kelihatan.

Tangannya ghairah nak mencapai earth busbar, tapi mungkin tak sengaja 'tercium' incoming supply 415 volt.

Memakai jaket sebuah organisasi (mungkin pernah buat latihan industri di sana). Di dalam beg kepunyaan mangsa kami menemui puluhan sijil kemahiran, mungkin baru balik dari temuduga kerja dan fedup tak dapat kerja, nak cari duit dia mencuri. Wallahua'lam...


Remaja umur 20'an ni mati tak berbaloi. Hanya kerana nak curi sebatang busbar yang harganya beberapa puluh ringgit tu ia rentung. Kejutan elektrik menyebabkan badan kita terhidrat, macam air kena sedut dari badan.
Kejadian ni berlaku dalam tahun 2006 yang lalu. Dapat satu panggil daripada bahagian maintenance pangsapuri yang mana kami adalah kontraktor elektriknya. Walaupun kejadian tak ada kena-mengena dengan kami, tapi mereka takut untuk on semula power supply.
Tak ada apa-apa kerosakan yang serius. Remaja tu mungkin dah mati semalaman. Group maintenance terkejut jumpa mayat dan off-kan power supply sebelum memanggil pihak berkuasa. Kalau tak ada orang masuk ke bilik tu sampai bila-bila pun takkan tahu ada orang mati, sebab insiden pada incoming dari TN* ni tak menyebabkan trip.

Tuesday, October 27, 2009

Kolaj

Dah terbengkalai berapa lama dah ni, sibuk kerja. Ada tujuh hari dalam seminggu, tapi aku dah tak tahu yang mana antara tujuh hari itu adalah hujung minggu. Alahai...

Monday, October 26, 2009

Sunday, October 25, 2009

Kisah Cermin Yang Jernih

Suatu malam aku singgah di sebuah stesen minyak berhampiran. Aku letak kereta di salah satu pam yang ada kemudian masuk ke kaunter untuk buat bayaran.

Aku sebut nombor pam aku hulur duit, juruwang tu pulangkan baki beserta resit. Sambil berjalan ke pintu aku buka dompet, lipat duit kertas, lipat resit dan selitkan ke dalam dompet.

Sedang asyik membelek-belek dompet...

GEDEGANGGGG!!!

Terus nampak bulan bintang. Aku terlanggar pintu kaca yang bersih jernih tu.

"Uh!?...", muncul muka terkejut seorang pelanggan di muka pintu yang baru nak masuk ke kedai tu.

Aku jalan terus buat muka selamba. Dalam kereta aku tekap telapak tangan ke dahi, "Aduh.. duh... duh... sakitnya *@%&*@$#%"

Boleh saman ke stesen minyak tu? Kerana pintu cermin terlalu jernih.

Wednesday, October 21, 2009

Angkara Iblis Dan Syaitan

S: Bolehkah AIDS berjangkit dengan menggunakan tandas awam, telefon, dan kenderaan awam?

J: AIDS tidak boleh dijangkiti dengan menggunakan kemudahan awam di atas oleh kerana ia tidak merebak melalui air, udara, makanan, menyentuh dan memegang barang-barang kepunyaan pesakit AIDS.

Sumber DI SINI

Tuan / Puan mungkin menyukai INI

Saturday, October 17, 2009

Ronggeng Kuantan

Pada 16hb Oktober 2009, aku sekeluarga bertolak dari rumah jam 5 pagi. Kami nak ke Kuantan.

Aku ada urusan kerja pada hari itu, keluarga aku tinggalkan di hotel. Orang hotel tengah hias lantai hotel, "Aok dah hilang satu huruf aok". Dah namanya satu-Malaysia, orang hindu raya kita pun mesti sibuk nak raya jugak.

Kasihan keluarga aku boring duduk je dalam hotel sejak pagi tadi. Tengahari tu aku balik hotel sekejap dan bawak keluarga makan tengahari di TAJ, lepas tu pergi kerja balik. Habis kerja petang tu aku sekeluarga ke Teluk Cempedak.

Orang tersangat ramai kerana ada event dan gerai-gerai. Kami sekadar bersiar-siar menghirup angin petang. (Ada perlawanan bola sepak pantai kategori gadis-gadis-betis-bunting-padi-peha-putih alahai.....) Melayan kerenah anak-anak yang bermain pasir dan berkejaran ke sana-sini. Sempat juga diganggu beruk Teluk Cempedak yang agak nakal itu. Dalam perjalanan balik kami singgah di Taman Gelora aka Tanjung Api dan pusing-pusing sekitar bandar Kuantan.

Selepas itu kami ke East Coast Mall saja nak cuci-cuci mata. Teringat anak lelaki aku yang tertinggal seluar di rumah, kami belikan dia sehelai jeans. Kalau tak nanti pelik pulak sebab pakai t-shirt belang-belang hijau, tapi pakai seluar (untuk baju melayu) yang warna oren.

Makan malam di luar hotel kami iaitu Hotel Continental. Betul-betul di depan hotel tu ada restoran Sara Thai Kitchen Wan Seafood dan Tom Yam.

Aku cakap kau dia punya nasik goreng seafood memang mabelessss


Kari hijau memang sedap kaw-kaw gila babi nak mampus.

Udang goreng tepung dia boleh buat jadi gila bayang sedap gila babi nak mati.

Lepas makan balik ke hotel buat projek kejap... eh silap balik ke hotel mandi-manda dan melayan anak-anak menonton TV. Pada masa yang sama aku telah SMS tuan Abdullah Jones sebab aku teringin sangat mampir galeri lukisannya. Tapi Kuantan hujan lebat malam tu, kami tunggulah hujan reda.


Bermula pertemuan di kedai mamak TAJ betul-betul di belakang hotel.

Aku jalan kaki je meredah gerimis malam nak jumpa kawan punya pasal.

Bersua dengan AJ dan Acai, berborak-borak tentang diri masing-masing.

Kemudian AJ bawa aku ke galeri lukisan Rajawali di Cenderawasih. Di sana aku berpeluang berkenalan dengan tuan Abu Yusof, pelukis juga.

Melepak di galeri tu sambil cuci mata, berborak-borak sampai pagi.

Tabik aku kepada hasil kerja dia orang ni, lagi satu gila babas punya tekun dan gigih bila buat kerja tak kira siang malam pagi petang hujan panas lapar kenyang.

Lepas tu AJ hantarkan aku pulang ke hotel, InsyaAllah hujung bulan ni kami akan ketemu di KL pula di acara Maskara.


Pada pagi Sabtu aku sekeluarga bersarapan di hotel sahaja memandangkan pakej yang dibooking ada sarapan pagi sekali. Sarapan pagi aku adalah sarapan seorang juara.

Selepas sarapan aku bawa keluarga aku ni bersiar-siar di tepi sungai Kuantan dan pusing-pusing lagi bandar ni.

Seterusnya aku memandu terus ke Tanjung Lumpur yang terkenal dengan port ikan bakar tapi aku belum sempat nak merasanya lagi. Dari Tanjung Lumpur kami ke Kuala Sungai Pahang di Pekan. Aku nak tunjuk rumah Najib kepada awek aku. Selain itu aku nak ke tapak projek sebab ada kerja sikit nak buat.

Dari Kuala Pahang kami terus jalan ke Gambang. Sampai Gambang kami berehat sebentar sambil membeli hadiah untuk pengantin kawan online Geng Mak Itam dulu namanya Ketam Merah. Dia dapat laki orang Bentong, anak orang berpangkat ada pingat AMN, PJK etc. Melihat peta kad undangan tempatnya di Temerloh, alah celah gigi je tempat ni (sebab aku ada GPS).

Sampai Temerloh kami singgah R&R dan aku belanja awek aku Patin Buah. "Ni kalau mertua lalu pun tak perasan ni", kata awek aku.


Bajet apa yang anda makan, makan apa yang ada bajet.

Gulai tempoyak patin buah kat sini memang tak mengecewakan.

Pedas dan lazat nak mati gila babi punya lazat.

Mampus ah dalam GPS aku tak ada Kampung Sanggang Seberang. Hampir satu jam gila babi sesat di antara Hospital Haji dengan JKR. Berapa kali ulang-alik berapa kali pusing, simpang tak jumpa-jumpa. Aku tak putus asa, kalau Ketam boleh sampai rumah aku takkan aku tak boleh sampai rumah dia (Ketam, Koyeng dan Banai pernah berkunjung ke rumah kami dulu masa mula-mula kenal di online chatting) Setelah buat call beberapa kali akhirnya ketemu juga.

Di rumah kenduri ni dihidangkan pula dengan masakan kampung yang salah satunya memang favourate aku iaitu gulai lemak umbut.


Pergghh..... sedap gila babi nak mampus ah. Bergambar dengan pengantin, memang pantang kamera kalau pengantin lebih hensem daripada aku dia akan habis bateri. Dan dan tu jugak habis bateri, hampeh punya kamera hargkhh petuih! Kamera henpon? Pun tak boleh harap, gambar gelap.

Meredah semula hutan belukar dan jumpa monyet-monyet di simpang jalan. Kami masuk semula ke lebuhraya menghala ke KL. Hujan selebat-selebatnya mengiringi kami sampai ke KL. Sebelum sampai ke rumah kami singgah di Paya Jaras untuk makan malam.

Sampai di rumah kepenatan sangat.

PS: Terima kasih kepada Attokz atas bantuan yang tak akan aku lupakan jasa baikmu itu.

PSS: Terima kasih Sinaganaga atas bantuan yang tak akan aku lupakan jasa baikmu itu.

PSSS: Terima kasih tuan Abullah Jones kerana sudi melayan tetamu tak diundang ini dan juga atas lukisan 'yang-harga-boleh-runding' itu. Terima kasih juga kepada Acai dan Abu Yusof kerana sudi meluangkan masa.

PSSSS: Terima kasih kepada keluarga Ketam kerana tolong pandu arah.

Saturday, October 10, 2009

Salam Ziarah : Melaka (Bahagian 1)


Dalam setahun kebelakangan ini kerap sangat aku kerja out-station. Sekejap ke Pekan, Kuantan, sekejap ke Bahau, sekejap nanti terbang pula ke Pulau Tioman, lepas tu ke Alor Gajah pula. Semua atas urusan kerja syarikat, sama ada lawatan tapak, mesyuarat atau memenuhi janjitemu.Jadinya keluarga aku kerap kena tinggal, day trip, sehari dua, kadang-kadang sampai seminggu.


Suatu hari awek aku teringatkan Kak G di kem KLD, Jasin, Melaka. Entah apa mimpi dia aku tak tau. Jadi aku aturkan satu perjalanan dimana kami akan menziarahi keluarga kem KLD seterusnya nak pusing-pusing Melaka. Berhajat juga nak merasa cruise menghirup udara sepanjang Sungai Melaka.

Di kem KLD, kami dilayan mesra oleh Kak G dan suaminya Pak Let ssekeluarga (sorang aku panggil kak sebab nampak muda, sorang aku panggil 'pak' sebab nampak err.. er.. matang!) Dijamu dengan nasik beriyani dan lauk-pauk yang lazat. Tak lama kemudian sampai pula Attokz sekeluarga, bertambah meriahlah kami. Aku, Attokz dan kawan-kawan Geng Jurnal boleh tahan lasak dan nakal juga dulu masa buat Projek Basah di KLD, iaitu pada Julai 2005. Bila dikenang-kenangkan balik, macam budak-budak pun ada.

Berhempas pulas kami makan nasi beriyani dan lauk-pauk. Selepas itu kami berborak-borak sambil mengimbas kenangan beberapa tahun lalu kami berkubang di tasik Tebat bersebelan kem tersebut. Kami dibawa meronda-ronda kawasan sekitar yang diredupkan pepohon hijau. Angin sepoi-sepoi bahasa dari tasik menyapa kehadiran kami.

Banyak juga perubahan dan kemaskini yang berlaku di kem KLD ni. Pelantar tempat dimana aku pernah terjun tiruk dan berdugong-duging dengan kawan-kawan sudah tiada. Diruntuhkan demi keselamatan kata Kak G.

Perut kami tak sempat lapar, tekak kami tak sempat dahaga, mata kami tak sempat nak mengantuk dihidangkan makan-minum dan teh tarik.

Sebelum balik Kak G beri hadiah cenderamata yang aku tak sangka-sangka, terlalu gembira. Anak-anak kami diberinya ang pau, yang bila dibuka amaunnya sungguh lumayan yang biasanya dapat untuk keluarga terdekat sahaja. Lepas rindu pada KLD. Awek aku pun mungkin lepas rindu kepada Kak G.

Bilalah agaknya aku dapat peluang untuk melepas rindu pada air tasik? Nak saja aku terjun meniruk berhempas-pulas badan didalamnya.

Kami mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga kem KLD semoga bisnes terus berkembang, badan terus sihat, keluarga sejahtera selamanya.

Yang pasti lambaian tanganmu, lambaian Kem Lambaian Danau bukanlah lambaian terakhir dariku. Aku pasti datang lagi! InsyaAllah.

Nasib

Junior aku di pejabat namanya Bashi Apalanaidu (bukan nama sebenar). Asyik merungut-rungut depan monitor komputer. Sekejap-sekejap menepuk-nepuk dahi.

"Apasal Bash?", aku tanya dia.

"Apalah bang... diaorang ni...".

Rupa-rupanya dia melayari Facebook. Beberapa orang kawan lama dia add dia, kebanyakannya kawan-kawan di kolej dulu, katanya.

Ada yang berteman lelaki dan kawin dengan negro. Gadis India yang cantik molek dah jatuh hati ke negro, apa punya taste, tak boleh accept langsung katanya.

"Bash, when they go black, they never go back..", haha.

Ada kawan lelaki melayu yang dulunya satu asrama, masa bulan puasa dibabunya Bashi untuk membeli nasi bungkus di siang hari, sembahyang jauh sekali. Orang yang macam ni terpampang di facebook gambar kawin dengan gadis yang paling cantik di kolej dulu. Sungguh tak adil dunia ni katanya, apasal gadis sekarang buta katanya.

Bashi ni fresh graduate, fresh sangat-sangat konvo pun belum lagi.

Geram hatinya membaca profile kawan-kawan yang bekerja di korporat gergasi, pangkat mantap, gaji mestilah tinggi. Sedangkan masa projek akhir dulu projeknya terbakar meletup, pointer pun bukan bagus sangat.

Ada satu awek tulis kat profile kerja bukan main mantap, sedangkan dulu terang-terang pinjam tesis Bashi.

"Ini lagi satu bang, awek ni punyalah cantik... tapi apa nasib dia punya lelaki hancurrrr... hodoh!"

Aku pun jawab, bersabar lah Bash, nanti kau pun akan dapat nasib yang sama. Suasana hening sebentar. Kemudian dia terus marah.

"Celaka abang, kutuk sayalah tu sama nasib dengan itu lelaki..."

Aku cabut lari. HAHAHA

Monday, October 05, 2009

Tiga puluh Tiga

Baca dari kiri pun sama, baca dari kanan pun sama. Dah tak boleh terbalikkan dah nombor ni.
Berkongsi hari lahir dengan aku ialah senior di tempat kerja ni, Abang Hamid. Berkongsi hari lahir dengan kawan online ialah Tipah Vogue semakin hari semakin comel Tipah ni.
Tarikh ini juga adalah anniversary perkahwinan kawan aku Zainol dan OP.
Nombor 3 adalah nombor yang baik dalam feng shui tapi jarang guna. Tiga bermaksud hidup.
Viva la Vida!

Sunday, October 04, 2009

Rambut

Oleh kerana nak jimat petrol jalan jauh-jauh, aku pergi kedai gunting yang berdekatan. Tengok rambut aku ni pun dah macam 'cicak jatuh boleh mati' eloklah gunting rambut.

Aku tanya tukang tu boleh tak buat macam dalam gambar ni (sambil jari aku tunjuk poster gambar nombor 16). Boleh katanya. Mesinnya macam tak tajam. Cara dia gunting pun macam tak kena. Muka dia pun muka panik. Rambut aku ni kalau dah panjang memang panik menengoknya.

Entah apa-apa yang di gunting di sikatnya. Aku makin tak hepi. Boleh buat ke tak boleh buat ni? Ketiak dia busuk. Nama kedai nama India tapi pekerja ni mungkin Bangla. Ketiak busuk di dalam ruang yang berhawa dingin ni musykil juga.

Tengok kat cermin rambut aku dah rupa beruk. Aku suruh dia berhenti. Aku bayar berapa dia nak terus pergi ke kedai yang biasa aku pergi tu. Perjalanan 10km dengan sumpah seranah.

Brother kat kedai gunting tu tersenyum keras perut memerhatikan kepala aku yang lain macam itu. Aku terus cakap, "Satu orang muttal sudah main sama sayalah... kata boleh bikin pendek petak you tengoklah... jahanam rambut saya."

Brother tu repair kepala aku perlahan-lahan, trim bagi nipis nak samaratakan dengan kesan sodokan yang sebelumnya. Selesai bergunting dan bercukur side-burn, aku tanyakan berapa bayaran.

Dia mintak sikit jer... separuh dari yang biasa. "Aik!.. apasal murah."

"You punya rambut dah ada orang potongkan separuh maa...", jawabnya. Kami terus ketawa.

Sebelum balik aku pekena teh tarik dan capati di kedai mamak berdekatan.

Saturday, October 03, 2009

Sinopsis Nur Kasih

Nur Kasih Episod 18
Adam dan Nur terkejut dengan kehadiran Katrina yang kini berhijab. Katrina menceritakan kisah hidupnya, selepas dia meninggalkan Adam, untuk menenangkan diri setiap malam berpesta, bertukar pasangan, mabuk. Di Jakarta dia mengenali seorang wanita yang membimbingnya dekat pada Islam. Nur menjemput Katrina untuk tinggal dengan mereka untuk sementara waktu. Ibu bertanya pada Nur dan Adam siapa Katrina sebenarnya. Nur cuba berdalih, tapi Adam tidak mahu membohongi ibunya lagi. Ini Katrina, isteri keduanya yang dinikahi di Australia. Dibalut perasaan bersalah terhadap Katrina, Adam sedia menerimanya kembali, dengan izin Nur. Katrina menyatakan pada Nur dia tidak ingin merampas hak sesiapa, hanya berkongsi kasih seorang suami. Nur angguk dan memeluknya. Katrina berkata, sungguh mulia hati Nur, dan semoga Allah S.W.T. melindunginya sentiasa.

NUR KASIH 20 Adam Kat dan Nur belajar hidup bermadu
Adam, Kat dan Nur belajar hidup bermadu. Kat merasai dia mengganggu kebahagiaan Adam dan Nur dan selalu mengalah. Adam cuba bertindak seadil adilnya. Dia berkongsi masalah dengan Aidil. Dia merasakan jalan yang terbaik adalah untuk menceraikan Katrina, tetapi rasa tanggungjawabnya menebal. Dia yang seharusnya membimbing isterinya itu, bukan dilepaskan supaya mencari jalan sendiri.. Kata Aidil, dia harus mendengar kata hatinya sendiri. Aidil dan Aliya hidup bahagia walaupun Aidil risau Aliya tidak dapat menyesuaikan diri dengan rumah kampung mereka. Sarah cuba memasang jarum dalam kehidupan mereka, dan bercerita padanya Aidil sebenarnya cintakan Nur. Terkejut Aliya. Dengan selamba Sarah bercerita, Aidil sebenarnya sepatutnya mengahwini Nur, tapi atas permintaan akhir arwah Haji Hassan, Adam yang dikahwinkan dengan Nur tapi cintanya pada Nur tidak pernah padam. Aliya dihambat rasa cemburu. Dia minta Aidil berterus terang.

Nur kasih Episod 21 Adam akan melepaskan Katrina
Kata Aidil itu semua cerita lama tiada lagi wanita lain dihatinya selepas berjumpa dengan Aliya. Aliya masih belum pasti, Aidil cuba meyakinkan Aliya tapi hubungan mereka terus renggang. Adam memberitahu Nur dia akan melepaskan Katrina. Nur memujuknya supaya jangan, dan bersabar. Sewaktu menunaikan solat subuh bersamasama, Katrina pengsan, mereka cuba menyelamatkannya, tapi terlambat. Menurut doktor dia meninggal kerana brain aneurism. Semuanya terkejut, tiada. Adam, Nur dankeluarga di pusara Katrina. Seolah telah menjangkakan kematiannya, Katrinameninggalkan sepucuk surat kepada Adam dan Nur, supaya berbahagia dan supaya tidak lupa yang nur kasih sebenarnya, adalah Kasih kepada Nya..

Episod Akhir
Di stesen keretapi. (ada elemen hindustan harkkk petuihhh!)

Friday, October 02, 2009

Let me say good bye



Sedap pulak lagu ni, tapi aku tak tau makna. Enjoy.