Tuesday, September 29, 2009

Mambang Di Awan (Bahagian 2)

Kereta aku sudah jenuh buat 'U turn. Ke hujung ke pangkal... ke hujung ke pangkal.

Bini aku dah naik rimas. Pak mertua bersuara, "Mambang di awan kau ni biar betul...".
Aku tak ingat alamat lengkap makcik aku tu (adik mak mertua), tapi aku ingat nama jalannya.
"Saya set gps ni pergi Jalan Cochrane, tu sebab kita pusing-pusing kat jalan ni sajalah".
"Macam ni Ri... bilalah kita nak sampai?...", mak mertua mencelah.
Penyelesaiannya mudah saja. Berhentikan kereta kat tepi jalan, buat satu call kepada makcik, tak lama kemudian anaknya datang naik motor mengutip kami yang sesat. Ikut saja motor budak tu masuk celah sana celah sini dan sampai!
Iyelah... iyelah... tahun depan aku set gps ke Jalan Jarrett.

Monday, September 28, 2009

Mambang Di Awan (Bahagian 1)

Bapak dan mak mertua aku mintak tolong bawak dorang beraya ke KL. Nak pergi rumah saudara dan anak menantunya. Bapak yang memandu kereta dari kampung terasa penat katanya. Keretanya ditinggalkan di rumah aku dan semua sekeluarga naik keretaku yang boleh tahan itu.

Semasa dalam perjalanan pak mertua aku dikejutkan oleh suara orang bercakap, bukan kami yang bercakap atau pun radio. "Suara apa tu Ri?".

"Ooo... ini pak henpon saya ada gps dia bagi arahan kona kanan kona kiri."

"Apa bendanya ni? peta... pakai internet ni.", bapak membelek-belek henpon aku.

"Benda ni pak tak payah pakai internet, dia kesan kita dari satelit kat langit tu, lepas tu boleh bagitau macam mana nak pergi tempat yang kita nak bla... bla..."

Henpon aku masih mengeluarkan suara perempuan mat saleh mengarahkan "turn left".

"Ini suara mambang di awanlah ni." kata bapak.

Saturday, September 26, 2009

Bermain Tiub

Membaca dari satu blog ke blog yang lain, dari satu web ke web yang lain. Henpon Nokia 5800 aku ni dikenali juga sebagai 'tube'. Daripada review-review di blog dan web-weblah aku mengidamkan XpressMusic ni dulu. Dah beberapa bulan beli, baru sekarang ada masa nak explore tiub aku ni.

1. Aku dah install Garmin, seronok juga main-main GPS ni.

Perisian Garmin ni aku perolehi secara percuma dari SINI.


2. Walaupun bulan puasa dan program tadarrus Al-Quran dah berlalu, namun seronok juga kalau dalam henpon ada Al-Quran.

Al-Quran ni pun aku dapatkan secara percuma. Aku dapatkan dari SINI. Untuk muat turun linknya terdapat dalam ruangan komen pada entri blog tersebut.


3. Nampak comel anak-anak aku dengan baju raya, jadinya aku ambil salah satu gambar sebagai wallpaper utama.

Irdina dan abangnya Tuahdanish ditengah panas ditepi sawah.

Untuk tiub aku ni aku letak gambar Irdina dan Tuah, manakala henpon satu lagi aku letak gambar Tuah dan Aqilah.

4. Raya kali ni terasa sederhanalah sangat.

Apa pun raya adalah untuk enjoy!

Friday, September 25, 2009

Rumah Di Tengah Sawah


Satu perkara yang biasa aku buat tapi tak buat masa raya kali ni ialah bermain mercun. Entah mengapa raya kali ni aku tak ada mood nak main mercun, bunga api atau apa-apa bahan letupan. Selalunya aku mengalahkan budak-budak. Anak-anak buah tak seberapa, pakcik dorang ni yang lebih-lebih. Pernah sekali semasa mengubah suai mercun di bawah rumah, mercun meletup di hujung jari. Mujur tak kudung, tapi aku pekak sebelah.

Bercakap pasal letupan, masa budak-budak dulu aku ada main meriam kabait. Aku ambil paip plastik diameter 4 inci sepanjang 3 meter. Aku tanam sikit dalam tanah lebih kurang 1 kaki, ditanam lebih kurang 45 darjah menghala ke hujung kampung. Tebuk lubang untuk cucuh.

Di tepi rumah di kampung aku tu dulu ada pokok sukun. Di bawah pokok sukun itulah aku dan adik-adik bermain meriam kabait. "Port" kami main meriam tu pulak diredupkan oleh pokok-pokok kelapa sawit yang baru nak naik. Bersempadan dengan sawah orang. Lepas tu nanti terdengarlah bapak bersuara dari bawah rumah, dari pangkin tempat dia baring-baring mengatakan kepada kami main meriam tu bahaya. Tapi suara bapak tu macam dibawa angin sawah, kami tak dengar.

Meriam kabait aku tu takdelah sekuat mana pun, sekadar untuk suka-suka dan memeriahkan suasana je. Suatu masa dulu orang kampung berlawan kekuatan meriam kabait. Selain paip plastik sebagai meriam, ada orang guna paip besi, ada yang sekadar menggali lubang ditepi parit (namanya meriam tanah), yang paling hardcore buat meriam dari batang pokok kelapa. Batang pokok kelapa ditebuk tengah, diperkukuhkan dengan rantai besi, suaranya boleh menggegarkan seluruh kampung!

Sekarang meriam-meriam ni dah takde (kalau ada tak semeriah mana pun).

Selepas beberapa tahun, kelapa sawit dah terlampau tinggi dan kurang ekonomi, maka semuanya disodok menjadi sawah padi. Jadilah rumah kami yang dulunya dalam kebun kini menjadi rumah di tengah sawah.

Pokok sukun dah tak ada. Meriam kabait pun dah tak ada. Bapak pun dah lama tak ada. Sekali-sekali bila terkenang arwah bapak dan suaranya yang dibawa angin sawah.

Wednesday, September 23, 2009

Thursday, September 17, 2009

Kad Raya

Buka peti surat. Ada sampul putih. Teruja. Sangat teruja. Awek manalah yang hantar ni.

Cepat-cepat bawa masuk rumah. Masuk bilik kunci pintu, nanti isteri nampak dia cemburu.

Koyak sampul, ada sekeping kad ucapan selamat hari raya.

"Daripada Klinik Pergigian sekian sekian.."

Aduh... terharunya! Ada gak doktor gigi yang ingat kat aku.

Tuesday, September 15, 2009

Bosan

Tengahari tadi kawan aku si E1 (sebutannya iwan) datang tempat kerja aku yang baru.

Itu pun dia dah sesat dan patah balik berapa kali sebab tak percaya bangunan yang macam gudang haram tu adalah opis aku. Dulunya bengkel kereta, lepas tu kami pulak sewa. Buat platform dan jadikan opis, macam duduk kat mezz floor pulak.

Barulah E1 tahu aku kerja di antara tempat yang paling bosan di dunia. Melayu sorang je. Dah tu pulak banyak bos daripada staff. Bos-bos kebetulan takde. Dahlah takdak orang, suram pulak opisnya. Ni kira ok, sebelum ni dua tahun kitorang duduk dalam kontena yang diubahsuai jadikan pejabat. Cantik lagi reban ayam. Siapa sangka bisnes kat dalam tu juta-juta.

E1 datang jumpa aku untuk hantar kueh raya hasil penyelidikan bondanya selama beberapa-tahun. Kueh tu nama dia The Greatest White Rock In The World. Takde dalam pasaran dunia, kalau nak kena beli dari E1 saja. Tiada kata-kata untuk menggambarkan rasa kueh ni. Tiada gambar kat blog ni sebab aku tak ambik gambar kueh tu ikikiki

Sunday, September 13, 2009

Kisah di Bazar Ramadhan (1)

Ni yang aku tak suka pergi bazar Ramadhan ni. Banyak sangat lauk-pauk ditawarkan. Ada nasi lemak, nasi kerabu, nasi ambang, ada ayam goreng, ayam tomato, ayam percik, ada air sirap, air kelapa, air durian, ada mee goreng, mee rebus, mee laksa, ada macam-macam jenis kueh.

Aku beli kambing panggang BBQ, karamel, air jagung, air bandung, mee hoon goreng ayam kari, nasi kerabu, bubur lambuk. Ni yang aku tak suka ni, bila dah mula keluar duit, keluar teruuuussss... Masak kat rumah lebih jimat sebenarnya. Tak cukup jari nak bimbit sampai tergolek atas jalan bubur lambuk tu tadi. Tak tumpah. Cepat-cepat kutip jalan terus jangan tak toleh-toleh.

Ni kisah rekaan semata-mata...

"Pakcik, mercun ni berapa harga sekotak?."

"Bang, tu bukan mercun... tapi kurma bang."


Thursday, September 10, 2009

Dah 10 Tahun Dah

Hari ini genaplah aku dan awek kawin 10 tahun.

Kami ni dulu bercinta selepas kahwin. Haram tak pernah pergi dating-dating baik masa sebelum bertunang atau selepas bertunang. Dia tinggal dengan abang dan kakak ipar dia masa tu. Abang dia imam kat surau. Bapak dia pulak imam 1 kat masjid kampung, ada senapang pulak tu katanya. Jangan cari pasal.

Masa masuk meminang jangankan kereta, motorsikal pun aku belum ada lagi. Gaji pun lebih sikit daripada yang dituntut bibik-bibik zaman sekarang. Rupa kurang harta pun tiadak. Dah jodoh kata orang, kakak sama kakak kawan baik dan kenen-kenen adik masing-masing, akhirnya naiklah pelamin.

Dulu aku minat tarikh 09.09.99 tapi arwah bapak cakap 10.09.99 lebih baik, ikut kalendar Jawa dan perkiraannyalah. Kebetulan 10 haribulan tu hari Jumaat, maka sesuai untuk hari akad nikah.

Maka setiap tahun kami sambutlah 10 Sept ni seaadanya. Tak semestinya beli kek, makan kat restoran boleh, makan-makan kat kedai yang tak famous pun ok. Tadi kami pergi makan kat restoran tom yam. Pesan siakap stim, kerabu johan (kerabu seafood), sup ayam, dan lain-lain. Kali ni banyak layan karenah tiga orang anak kecik tulah, satu-satu perangai masing-masing, sabar sajalah.

Bini aku masih kecik atau aku yang bertambah besar ni? Pikiran kusut mengenang perut. Nak ambik pil kurus nanti takut pulak perut kecik kot* pun kecik sama haha

Aku sebenarnya berat gak nak fantasikan dimana aku (dimana kami) pada 10 tahun akan datang? Kita tak mengubah dunia, dunia pulak ligat mengubah kita.

Sunday, September 06, 2009

Nuzul Al-Quran

Usai solat terawih dan witir berjemaah, pak imam menjemput seorang penceramah.

Ustaz yang memberikan ceramah berjubah putih licin, rambutnya putih dengan kacamatanya. Ceramahnya pendek saja tapi pada pendapat aku ia sangat mengesankan. Sangat-sangat mengesankan.

Ustaz tu cakap, orang yang membaca Al-Quran tapi tak paham maksudnya. Seumpama seorang yang menerima suatu watikah titah perintah duli yang maha mulia sultan. Watikah diterimanya pada malam gelap gelita yang tiada lampu pula. Watikah ditangan, tapi tak tahu apa isi kandunganya sebab keadaan sekekeliling yang gelap. Sama macam sesetengah kita pada zaman sekarang, Al-Quran ditangan tapi tak tahu makna ayat-ayat kat dalamnya sebab hati gelap.

Watikah diabaikan, rupa-rupanya esok pagi sultan nak makan nasik goreng, sebab watikah tak dibaca nasik goreng tak disediakan. Awak yang kena goreng.

Macam mana nak paham Al-Quran? Ustaz tu cakap cari orang tolong pasangkan lampu kasi terang. Maknanya rajin-rajinlah pergi pengajian dengar ceramah sekurang-kurangnya.

Habis ceramah kami dihidangkan satay ayam dan nasik himpit kuah lodeh, pergh... sedap gila. Orang sikitnya sataynya baaanyak. Sudah tentu orang muda lebih banyak makan daripada orang tua-tua.

Teringat

Masa kecik-kecik dulu petang-petang ramadan arwah bapak bawak aku pergi ke pasar. Di pasar aku ternampak satu benda ajaib yang berkilau-kilau diselaputi hampas kayu gergaji.

Benda tu berbongkah-bongkah dan kalau ada orang nak beli si penjual akan menggergaji benda tu lebih kurang sebesar batu bata. Disalutnya dengan hampas kayu gergaji, dibalutnya dengan surat khabar lama, dililitnya dengan tali rapia merah.

Arwah bapak pun beli seketul. Di rumah kakak aku akan bancuh sirap bandung dan benda tu dipecahkan kecil-kecil dan dimasukkan ke dalam jag bandung.

Air batu diselaput dengan habuk kayu gergaji untuk mengelakkanya cair. Aku takkan berpeluang melihat orang menjual ais atau air batu dengan cara begitu lagi.