Saturday, March 27, 2010

Di Pesta Buku

Syarikat buku G ni ada raaaamai jurujual yang kerjanya 'menghalang' lalu lintas orang ramai dalam pesta buku PWTC. Lagi-lagi kalau bawa anak-anak kecil, anak-anak kita itulah yang jadi target mereka. Aku malas nak layan.

Tapi di depan aku seorang amoi. Dia dah 'tarik' ketiga-tiga orang anak aku main 'permainan uji IQ'. Mak bapak kenal jerat, budak-budak apa tau.

"Saya dah beli dah ensiklopedia tu satu set". Aku menjelaskan kepada seorang amoi. Dan juga aku ada beli satu set lengkap belajar bahasa Inggeris interaktif.

"You orang cakap, kalau beli satu set buku-buku tu, saya akan dapat satu rak buku. Tapi selepas setahun dah habis bayar satu rak pun tak ade."

Tersipu-sipu jurujual-jurujual tu. Zup zap! aku toleh kiri seorang jurujual dah hilang haha

Anak-anak aku dapat hadiah belon sorang satu.

Akan Terbit, insyaAllah [Sudah Terbit]

[Ini entri iklan, entri terbaru sila skrol ke bawah]

Buku ini bukan buku yang tidak komedi yang serius, atau bukan buku yang tidak serius yang komedi.

Blog dedikasi dan maklumat lanjut di www.salahlorong.blogspot.com

Friday, March 26, 2010

Baca Naskah XX - Malam Lelaki-lelaki Bertshirt Kolar V

Minggu depan, 3 April, jangan lupa saksikan aku dan kawan-kawan yang kita suka. Berpersembahan di Rumah PENA, dalam program Maskara 20. Aku akan baca naskah Salah Lorong.

Datang jangan tak datang!




Jangan lupa bawak duit lebih untuk beli produk-produk indi dan tak indi seperti buku. Terdapat promosi buku seperti Karipap-karipap Cinta oleh Nazri, Siapa Kekah Bidan Sepiah, Sintergarden dan Salah Lorong.

Di Maskara nanti kalau beli Salah Lorong secara by hand, kau boleh mintak autograf (dan kalau boleh ajaklah aku bergambar hihihi)

Kepada yang dah tempah Salah Lorong, tapi belum bayar, jangan lupa bayar sebab nanti aku lupa nak hantar, edisi istimewa stok terhad kui kui kui kui...

Saturday, March 20, 2010

Yes!

Buku aku Salah Lorong. Sebuah daripadanya telah musnah.

Musnah di tangan awek aku yang marah berapi.

Cemburulah tu... haha

Kita lihat selepas ini, adakah buku atau buku-buku aku bakal dibakar oleh pemerintah pula?

Thursday, March 18, 2010

Awasi Anak-anak Anda

Papan tanda.

Yang papan tanda maksudkan. Mungkin.

Saturday, March 13, 2010

Bisik

Kelihatan Saudara Ajami sedang membisikkan sesuatu kepada Mat Jan sambil diperhatikan oleh Saudara Fadz. Manakala Saudara Danielle sedang bisik mikropon.

Ini gambar palsu. Gambar ini telah diedit 17 kali menggunakan software terkini, dan hasilnya perut OP telah 'dikempiskan'.


Tadi aku menghadiri majlis ilmu, BISIKS anjuran Sol-dadu sayap Sendikit Sol-Jah. Di Kedai Buku DBP Kuala Lumpur. Tajuk: "Buku Tanpa ISBN: Cacat?" Ahli forumnya Saudara Ajami dan Saudara Fadz, manakala moderatornya Mat Jan.

Pong pang pong pek ISBN... pot pet pot pet ISBN... gedegang gedegung ISBN...

ISBN tu mende? Aku akan tulis satu entri berkenaan ini nanti. Berikut adalah satu petikan untuk dikongsi bersama ;

Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta 331),

"... penerbit yang gagal menyerahkan mana-mana bahan perpustakaan yang dia dikehendaki menyerahkan di bawah seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi tiga ribu ringgit."

Sumber [ sini ]

Wednesday, March 10, 2010

Apa Guna Kelahi



คู่กัด Koo Gud

ลิ้นกับฟัน พบกันทีไรก็เรื่องใหญ่
lin kap fun, phop gun tee rai gow rueng yhai
If teeth and tongue meet each other, it will be a big matter

น้ำกับไฟ ถ้าไกลกันได้ก็ดี
num gap fai, thah glai gun dai gow dee
water and fine/flame, if they are far away, it will be good.

หมากับแมว มาเจอกัน สู้กันทุกที
mah gab maew, maa jur gun soo gun tuk tee
Whenever dogs and cats meet each other, they always fight

ต่างไม่เคยมีวิธีจะพูดจา
tang mai kei mee vi tee ja pood jaa
they both never have no way to discuss

นกกิ้งโครง โผลงลงมาเกาะกรงนกเอี้ยง
nok king krong, phlong long maa goe grong nok eang
Pied myna (kind of bird=Sturnus contra) flies down to singing myna´s nest

อ้อยอี๋เอียง เถียงกันตลอดเวลา
oi ee eang, thieng gun ta lord we la
oi ee eang (these birds voice) they argue each other all the time

เสือกับสิงห์ ก็ข่มกันขอเป็นเจ้าป่า
suen gab sing, gow khom gun khor pen chao pah
tiger and lion usually fight, compete to be king of the wild

ต่างไม่ยอม จะพูดจาตกลงกัน
tang mai yorm, ja pud jaa tok long gun
they both dont allow to converse for agreement

อย่างเธอกันฉัน
yhang ther gab chan
just like you and me,

อันที่จริง เราก็มีหัวใจให้กัน
un ti jing rao gow mee hua jai hai gun
actually, we have love for each other

แล้วทำไม เธอกับฉันคอยขัดกันทุกทีเรื่อยไป
laew tham mai ther gab chan koi khud gun tuk tee ruey pai
but why you and me are usually fighting?

เธอก็เสือ ฉันก็สิงห์ ทั้งที่จริงไม่มีอะไร
ther gow sue chan gow sing thang ti jing mai mee a-rai
you were tiger, i was lion. Although in fact there is nothing

รักกัน แต่ทำไม่เป็นอย่างนี้
rak gun tae tham mai pen yhang nee
we love each other but why it is like this?

ฉันกับเธอ ต้องเจอกันอีกตั้งเท่าไร
chan gab ther, tong jur gun eek tang thao rai
how many times you and me have to meet each other again?

แล้วเมื่อไร เมื่อไรจะพูดดีๆ
laew mue rai, mue rai ja pood dee dee
when? when will we well discuss?

ฉันก็ยอม เธอก็ยอม ให้กันสักที
chan gow yorm, ther gow yorm, hai gun sak tee
i allow, you allow, for each other once.

จะให้ดี เธอยอมก่อน ตกลงไหม
ja hai dee, ther yorm gon tok long mai
It will be good if you allow me first, do you agree?


(From birdthongchai.com and Translated by SKK)

Tuesday, March 09, 2010

Blook Salah Lorong

Salam semua. Blook "Salah Lorong" sudah terbit dan ia terbit lebih awal daripada yang dijadualkan iaitu pada penghujung Februari 2010, jadual asal Mac 2010. Kerana aku cekap.

Blook ini telah melalui penapisan dan editing yang ketat. Teruk betul rasanya nak tapis dan edit tulisan sendiri. Terasa sesekali macam sendiri 'merotan' diri sendiri.

Tapi bila buku dah keluar dari mesin kilang cetak, kali pertama melihatnya 'panas-panas', cium baunya, kepuasan tak terkata.

Cover buku ini hasil buah tangan pereka Sinaganaga, hasil akhirnya nampak sangat cantik berbanding sample-sample yang bang Naga bagi sebelum ini.

Untuk Kata Pengantar penghormatan diberikan kepada Abdullah Jones. Ya, buku ini pasti akan lebih laris semata-mata kerana Abdullah Jones adalah penulis kata pengantarnya. Percayalah!

Blurb oleh Tok Rimau. Tok Rimau akan link blook dan blog aku. Ramai pembacanya yang link blog Tok Rimau. Jadinya, ramai akan link blook aku ni, dan jualan dapat ditingkatkan. Bijaknya saya.

Dalam proses menulis kata pengantar, menulis blurb dan merekabentuk kulit buku ini, manusia-manusia agung di atas telah membaca sample blook aku ni. Dorang komen ikut sedap... dan secara tak langsung mereka adalah 'editor' tak rasmi blook ini. Dapat editor percuma. Sekali lagi bijaknya saya.

Aku menaruhkan nama-nama mereka pada buku aku untuk dapat martabat mereka. Buku aku yang unggul dan cantik (pujian sebegini sebenarnya masih tidak cukup lagi untuk buku ini) pula akan menambahkan lagi koleksi martabat mereka. Ini namanya situasi menang-menang.

Kepada yang sudah menerima balasan email dan sudah bayar harga buku itu, sesegera mungkin buku akan diposkan.

Bolehlah membaca dan memberi komen di blog nanti. Kalau review lagi cantekkk. Kalau review, masuk mana-mana penerbitan, Berita Harian misalnya - aku akan hutang kau.

Aku teringin nak masuk Malaysia Hari Ini cakap-cakap pasal buku ini, kalau aku berjaya masuk aku nak pakai kemeja kotak-kotak lengan pendek aku tu.


-----Berkenaan blook Salah Lorong-----

Kalau nak beli secara online sila email.

Sila berikan butir2 berikut ;

Nama:
No. Henpon:
Alamat penghantaran:

Harga buku RM20 + Pos Express RM4 = RM24

Bank-in ke akaun Maybank yang aku akan reply email

Emailkan bukti bayaran.

Kebaikan beli cara online ialah kami (penulis blog & penyelenggara) akan turunkan autograf kami.

Kebaikan email, aku boleh inform terus kalau buku dah abisss...


----- Cara lain nak beli-----
Boleh juga beli lalu tangan direct dari aku kalau aku rajin bukak gerai di Maskara misalnya.


-----Buku Percuma-----
Tak ada.

Monday, March 08, 2010

Telur Asin

Aku baru perasan Irdina suka makan telur asin. Irdina ni anak bongsu aku (buat masa nilah) yang kami manjakan dan kadang-kadang kami panggil baby Dina umur tiga tahun (empat tahunlah!!!).

Aku berpesan kepada awek aku, budak-budak tak elok makan telur asin banyak sangat. Makan telur ayam pun kena kawal sikit, lebih-lebih sangat pun tak elok.

Irdina memang lebih suka telur asin berbanding telur ayam.

"Dina, makanlah telur ayam, jangan makan telur asin je...".

Baby Dina jawab dengan comelnya, "Kalau makan telur ayam nanti ayam nangis".

Sunday, March 07, 2010

Tipu

Dah gaji dah. Awek minta belanja makan. Aku pun bawalah sekeluarga makan di gerai di tanah rizab kerajaan.

Bulan lepas makan kat sini, Nasi Goreng Ketam dia superb. Jadinya awek aku pesan itu dan ini, aku nak nasi goreng ketam. Nasi goreng ketam dia ada ketam seekor melintang di pinggan. Isi ketam tu manis berjus, mungkin direbus sebentar dan diletakkan bersama-sama nasi goreng sedap itu.

Nasi putih dah sampai beberapa pinggan, Ayam Cili Merah dah sampai, Tauhu Jepun Sos dah sampai, Kerabu Seafood Campur dah sampai, telur dadar dah sampai, minuman pun dah sampai. Tapi aku punya nasi goreng belum sampai. Oleh kerana gadis pelayan comel-comel belaka dan senyum-senyum kepada aku minta tunggu sekejap, aku tunggu sahajalah. Sambil meratah-ratah lauk yang ada.

Tak lama nasi goreng pun sampai. Tapi, mana ketamnya?

Awek manis tu cakap, "Tu... itulah ketamnya".

Aku cucuk guna garpu dan angkat, "Ini bukan ketam, ini naget ketam, saya nak ketam!!!"

Dari dapur keluar budak muda rambut macam orang baru bangun tidur, muka marah-marah royak, "Gapo ke dio?!!!".

Awek cantik tu tunjuk kat pinggan aku dan jawab sesuatu yang amat telor pekat. Budak lelaki biadap tu pandang aku, terus aku cakap, "Ni nasik ni saya taknak, saya nak ketam letak sini sekor!".

Serta-merta pinggan aku diangkat masuk ke dapur. Aku meratah-ratah lagi. Awek-awek (mungkin berdarah siam) senyum-senyum ke arah aku. Awek aku tak perasan sebab kushyuk makan.

Lepas tu sampailah nasi goreng ketam tu tadi, tapi ketam dia tak best. Oleh kerana menghormati makanan dan tak nak bagi setan menang, aku tarik nafas dalam-dalam lepas tu lepas kan... teruskan makan dengan sangat berselera.

Gerai makan ni betul-betul menjatuhkan imej gerai Melayu (padahal sah-sah siam yang punya - sebab plet kereta dorang tu plet siam!). Costumer tak reti nak jaga, menu tak reti nak maintain dia punya rasa. Tukang masak ambik tepi longkang - agaknya asalkan tau pegang sudip dah boleh jadi tukang masak dorang!

Best ada blog ni, apa-apa tak puas hati boleh hentam kaw-kaw. Selagi tak hentam PM, selagi tak hentam UMNO, selagi tak pertikaikan poligami Islamik... tulislah bantailah!