Sunday, July 22, 2007

Pergi Shooting

Shooting salah satu babak drama pada Sabtu malam Ahad berjalan lancar. Penggambaran dilakukan di sebuah banglo di Seksyen 6 Kota Damansara.

Pengarah drama iaitu En. Rashid Sibir telah mendapat kerjasama yang sangat baik daripada krew, para pelakon serta pihak-pihak yang terlibat. Tambahan para pelakonnya pun memang gah, jadi memang profesional.

Shooting pada malam tersebut berlanjutan hingga hampir pukul 2 pagi. Bukan senang kerja-kerja shooting ni seh... kena ulang benda yang sama sampai beberapa kali, jadinya kenalah banyak bersabar.

En. Rashid Sibir yang sempoi.

Korang ingat lagi siri Mat Despatch?


Encik Nasir Bilal Khan memegang watak Atok.

Pn. Fauziah Nawi. Kami jadi pendek sebab masa kamera snap terus kerusi kami patah. Jurukamera tidak mengalami sebarang kecederaan haha

Dalam drama ini beliau jadi Encik Adnan. Happy birthday encik Adnan!


Inilah "budak jahat".

Dari kiri: Aku, Diyana, Rushdi dan Kak Lang.

Friday, July 06, 2007

Kita Suka Filem Hindustan

Aku sedang melayan Dekho Abto dari Jaanwar 1965 di Youtube. Kawan kat sebelah aku ni perasan muzik india yang berkumandang dari speaker komputer aku.

"Awak memang suka India aaa..." Dia berkata begitu mungkin sebab dari tadi aku dok layan lagu-lagu Hindi saja.

Memang aku menggemari filem dan lagu Hindi, kebanyakannya yang lama-lama. Dulu masa aku kecik zaman tu ada TV hitam putih, arwah bapak beli atau pinjam pasang kat rumah dengan bateri kereta. Kadang-kadang pada malam Sabtu aku adik-beradik bersama emak pergi rumah jiran tumpang menonton TV warna mereka.

Lagu-lagu dalam filem hindustan tu berkumandang sedap. Kesedapannya itu tak terlupakan. Terlekat dalam kepala. Babak-babak menarik terus terbayang-bayang di ruangan mata. Irama dan lagu seakan-akan bergema-gema di telinga.

Dulu susah nak repeat filem tak macam sekarang ada MP3 ada internet untuk download barang, pita video pun dah dikira ketinggalan zaman!

Kegigihan aku mencari lirik dan lirik-lirik yang telah dialihbahasa ke bahasa kita. Bermula dari Aa Gale Lag Ja, Bobby, Haathi Mere Shaati hingga Yaadon Kibarat, etc. Lagunya sedap, tapi apalah makna di sebalik lirik-lirik yang mendayu-dayu itu? Persoalan ini sentiasa berlegar-legar di kepala aku selama ini, puluhan tahun lamanya.
Walau pun ada internet, namun sumbernya masih terhad.
Menjawab soalan kawan aku tadi, "Ya, saya memang minat."
"Saya pun sudah ada sikit-sikit macam dia orang, tengok hidung saya mancung."
"Tapi saya ingat you tak ikut hidung, you ikut buntut."
Ha! Apasal?
"You buntut hitam maa..."
Chisss!

Thursday, July 05, 2007

Bulu burung yang kita suka


Ada kuliah Maghrib oleh penceramah jemputan pada hari itu. Penceramah ni dulu biasa muncul dalam program Al-Kuliyyah.

Penceramah pun bercerita. Ceritanya begini, pada suatu masa dulu ada seorang ustaz beri kuliah kepada anak muridnya. Masa tu guna kitab kuning tulisan Jawi. (Perhatian: Kitab tu jadi warna kuning kerana telah ter-oksida.) Kemudian ustaz tu membuka bab mandi junub (bab ini memang menarik, kan.. haha).

Seterusnya beliau membaca kitab tersebut...

USTAZ : Sebermula mandi junub itu dengan membasahkan bulu rummm... (Sebenarnnya bulu ROMA, roma dieja sebagai Ro Wau Mim).

MURID : Bulu rum tu bulu dari negeri Rom ker ustaz?

Ustaz tu tak tau nak jawab apa. Dia dah termalu sebab salah sebut.

Nak mengaku salah jauh sekali sebab dia EGO. Kebetulan ada bulu burung terselit pada kitab itu. Dia dapat satu idea. Jadi dia buat-buat menyelak halaman lain dan membacanya.

USTAZ : Ada punnn bulu rum itu ialah bulu burung merak di syurgaa..

MURID : Apa ni.. tadi kata mandi junub, apa kaitan dengan burung merak?

Ustaz tu jadi bengang dengan murid nan seorang ni. Dia selak halaman lain lagi dan buat-buat seolah membaca ayat dari kitab tersebut.

USTAZ : Ada punn orang yang banyak bertanya itu, maka kuranglah IMANnyaaaa..

Murid tu dah tak nak tanya dah. Takut kurang iman.


Nota : Ini post lama dari blog lama aku bertarikh Jumaat, 20 Februari 2004, di URL http://www.freewebs.com/basrie/log/feb2004.htm