Friday, July 25, 2008

Lagi Laporan Percutian

Dapat peluang menginap di Holiday Apartments. Tiga hari dua malam. Percuma. Ya. Percuma tanpa satu sen bayaran pun. Kami dapat studio apartment yang amat comel, ringkas dan sedap mata memandang.

Pada waktu pagi kami buka jendela yang mengadap padang golf yang kehijauan segar saujana mata memandang, sambil menghirup udara segar dengan irama burung-burung menyanyi riang. Tempat paling sesuai untuk berehat menternak badan.


Salah satu blok apartment yang terdapat di sini, blok ini terletak di atas bukit. Manakala apartment yang kami menginap dibina di lereng bukit.

Papan tanda berhampiran parkir. [klik gambar untuk besarkan] Perhatikan Nota #4 Dilarang membawa masuk ataupun menyimpan buah durian.

Ruang tamu ada air-cond dan kipas. Ada dapur elektrik. Ada peti sejuk. Dalam bilik air ada pemanas air. Disediakan foam bath, syampu, losyen, sabun dan plastik serkup rambut/kepala. Dan ada Astro.

Di atas kabinet TV ada telefon, disebelahnya ada nota/menu. Perhatikan harga makanan dan minuman tersenarai dalam menu tu. Kami memesan tiada satu pun.

Dua orang budak bermain-main di halaman.

Ruang legar di pintu masuk apartment.

"Wahhhh... banyaknya diari!", kata aku.


Di tepi tangga ada riser untuk servis elektrik, air dan telefon. Aku ternampak satu pintu riser dah terbuka, lalu aku hampiri pintu itu. Tergerak hati untuk melihat di dalamnya. Di dalamnya macam stor menyimpan barang. Aku ternampak susunan buku, aku ingatkan diari.

Rupa-rupanya ada orang simpan kitab di situ.

Tuesday, July 22, 2008

From Perak With Love

Ahad, dua puluh hari bulan. Hari terakhir percutian sebelum kembali ke kota. Cadangnya kami nak pergi ke Pulau Pangkor, tapi macam takde mende je kat sana. Jadinya kami sekadar ronda-ronda Lumut membeli ole-ole.

Rombongan bergambar berhampiran Lumut Waterfront.

Kawan kakak aku nak faraid durian, katanya. Apa lagi... kami pun berkonvoi empat kereta ke destinasi yang dimaksudkan. Tempat tu landmark dia ialah Kompleks Sejarah Pasir Salak. Aku follow saja kereta-kereta di depan sebab aku first time masuk area ni. Berapa kali aku mengikut kesesatan kereta di depan, betapa setiap kali kami kembali ke pangkal jalan... keranamu durian.


Sempat ambil gambar pintu gerbang kompleks.


Papan tanda depan rumah kawan kakak aku. Tertulis di situ "KG BIAK HILIR".

Aku lepak di pangkin tepi sungai. Di tepi sungai inilah katanya JWW Birch dibunuh oleh Si Putum pada 2 November 1875, katanya.


Durian-durian terhidang di halaman rumah.

Emak kawan kakak aku tengah menyediakan tempoyak. Kami dijamu makan tengahari nasi putih lauk ikan sungai gulai tempoyak, ulam kacang panjang, ulam petai cicah sambal tempoyak. Perghhh...


Lepas makan nasi terus bedal durian dan manggis. Manggis pulak fresh baru petik dari belakang rumah. Sangatlah berbeza lazat nikmatnya makan durian di dusun terbabit itu sendiri, berbanding dengan yang beli kat pasar malam dan makan kat rumah. Very hot! you know...

Makan tanpa segan-silu, padahal baru first time lah kenal tuan rumah haha

Awek aku cakap, "Kalaulah Lin kawin dengan orang Perak yang ada dusun durian kan best... ni kawin dengan orang Selangor... kelapa sawit jer ada."

"Ha ha ha...", aku ketawa. Memang ada benarnya kata-kata awek aku tu Haha.

Adik aku kepanasan makan banyak durian, sama dengan aku. Jadinya kami ke dapur tuan rumah dengan membawa kulit durian. Kami capai jag air mati dan tuang air ke dalam pangsa durian terbabit. Kami teguk airnya.

"Mana mazhab korang ikut minum dalam kulit durian?!", tegur tuan rumah iaitu kawan kakak aku tu.

"Petua sejuk badan kak...", jawab adik aku.

"Mana ada sejuknya kalau dah makan banyak macam tu... kalau nak sejuk pergi terjun sungai sana! dekat je tu haa...". Adeh...


Durian percuma sebagai buah tangan ikhlas daripada tuan rumah. Petua untuk menghilangkan bau durian di dalam kereta, ialah dengan mencurahkan tiga botol budu, maka bau durian akan hilang, insyaAllah.

Sunday, July 20, 2008

Laporan Percutian

Percutian ke Lumut dan Pasir Salak memang memuaskan hati.

Papan tanda.

Teknik Mengapung Tubuh Tahap Ke Lapan Tujuh Petala Langit.

Teknik yang hampir sama. Lepas ni kami nak belajar berjalan atas air pulak.

Thursday, July 10, 2008

Nasi Lemak

Nasi lemak buah bidara,
Daun selasih hamba lurutkan;
Buang emak buang saudara,
Kerana kasih hamba turutkan.

Sumpah! Pantun empat kerat itu tiada kena mengena dengan entri aku ini.

Pada masa itu belum ada PLKN. Aku masih muda. Yang ada kursus singkat tak sampai seminggu. Aku lupa kursus apa... BTN agaknya.

Pagi itu tidak berkabus. Mentari baru nak keluar dari lurah bukit. Aku dan kawan-kawan kena berjogging. Rumput dan lalang basah di trek kami rempuh.

"Kejap... kejap...!", kata Farah Asyikin.

Aku menoleh ke belakang. T-shirt putih lengan pendek aku kemas dengan seluar trek. Basah dek embun. Dan peluh.

Farah Asyikin membongkokkan badannya. Kedua-dua tangan sedang mengetatkan tali kasut sukan Reebok. Kolar t-shirt dia luas dan longgar. Pada ruang yang terbentang itu aku ternampak err... err... kemas tersimpan harta dia.

"Apa senyum-senyum?!", sergahan itu segera memusnahkan fantasi aku itu pagi.

"Aaa... mmm... nanti kalau kita sarapan nasik lemak best jugak kan..?".

Pagi itu tidak berkabus. Mentari baru nak keluar dari lurah bukit. Aku dan kawan-kawan kena berjogging.T-shirt putih lengan pendek aku kemas dengan seluar trek. Basah dek embun. Dan peluh.


Nota: Akuan bersumpah, ini hanyalah cerita fantasi semata-mata.

Wednesday, July 09, 2008

L.P.D

Aku tahu benar sikap bos aku tu. Nak menang saja. Tak mau mengakunya tersasul.

"LDP lah... bukan LPD...", kata kawan bos.

"Sebenarnya ia bergantung di mana kita berada", jawab bos aku.

Sambung bos lagi, "Kalau kita dari Damansara ia jadi LDP, sebaliknya kalau kita dari Puchong ia jadi LPD... from Puchong to Damansara maaa."

Kawan bos tak puas hati, "Then... how about the PLUS?".

Hahaha. Bos... bos...

Monday, July 07, 2008

Gelak Tawa Kita Pada Malam Rejab ke-Tiga

Aku menghadiri MASAKARA-9 pada malam minggu semalam. Berjumpa ramai kawan-kawan. Menambahkan ramai kawan baru.

Sembang dengan pembuat Roti dan Kopi, Azzam Supardi dan kawannya.

"Ramai orang malam ni..", kata Azzam.

"A'ahlah... kalau sembahyang Jumaat... jumlah jemaah lepas ni", tambah kawan Azzam.

Aku pun menyampuk, "Ramai betul... biasa tak ramai macam ni kalau sembahyang jenazah confirm arwah masuk sorga."

Kemudian kami ketawa.

Kawan ketawa. Mudah dicari.

Awek dan kamera.

Awek dan bakat besar. Nama dia Ili Syazwani.


Pertunjukan fesyen musim panas dan musim durian.


Cerpen awek ini mengingatkan aku kepada salah satu sajak Po.


Si Baju Hijau selesai membuat persembahan.

Kawan ketawa.

Ketawa gembira dapat hadiah.

Otai-otai Geng Jurnal. Dari kiri Mat Jan, Nuar, Saharil, Daun dan Rudy Bluehikari.

Ritual yang mencemaskan. Haha

Sunday, July 06, 2008

Sedap

Hari minggu. Aku mengasah bakat di dapur. Hari ini nak masak ayam.

"Nak lagi ye?", dia cubit seketul kecil ayam. Meratah.

"Ambiklah...," jawab aku ringkas.

"MMMMmmmm... sedapnya!", awek aku menghisap hujung jarinya.

"Hehe..", aku senyum.

"Mana abang belajar?", awek aku tanya.

"Dari internet...", jawab aku ringkas.

"Asalnya resepi untuk katak... abang ubah untuk ayam."

Saturday, July 05, 2008

"Have you ever seen the rain?", soal CCR.

Itu hasil daripada pemerhatiannya di sekolah, agaknya. Kawan-kawannya di sekolah semua ada kakak semua ada abang, mungkin.

"Ayah... kenapa Aqilah tak ada kakak?", anak sulong aku membahasakan dirinya 'kakak'.

"Kalau boleh memang nak anak lelaki sorang lagi, tapi tak mau pregnant lagilah", awek aku cakap.

Anak sulong nak seorang kakak. Mana boleh jadi... kalau nak adik bolehlah. Awek nak anak lelaki sorang lagi, tapi malaslah nak pregnant-pregnant... mmm.

Kesimpulannya... aku boleh bagi kakak seorang 'kakak'. Aku boleh bagi awek aku seorang lagi anak lelaki. Mana nak cari janda muda jelita kaya muslimah anak dua?

Wednesday, July 02, 2008

Asap

Pagi itu aku memandu kereta seperti biasa. Masuk selekoh ke kiri menuruni flyover. Tiba-tiba ternampak asap hitam berkepul-kepul naik ke udara.

Aku amat-amati punca asap berkenaan. Turun dari flyover tu masuk ke jalan utama. Aku nampak asap berkepul-kepul datangnya dari bahagian hadapan sebuah kereta. Kereta tu pula meluncur terus dengan kelajuan biasa. Pemandunya aku tak nampak. Kereta yang berasap-asap tu terus menghilang dari pandangan.

Aku meneruskan pemanduan. Aku memandang cermin dan berhati-hati menukar lorong sebab sebentar lagi aku nak buat pusingan 'U'. Rasanya aku nak bersarapan nasi lemak Gerai Kak Pah sebab lapar, tapi tak tau lagi, tengoklah nanti. Aku sarapan roti telur bawang sama teh tarik kat kedai mamak. Teh tarik terasa suam. Roti telur bawang panas berasap-asap. Asap hitam berkepul-kepul tu kembali dalam ingatan, dan aku pun berkata, "Mmm... dah lama tak tengok keretapi barang!".

Tuesday, July 01, 2008

Rumput

Jenuh juga menunggu drawing aku keluar daripada plotter. Aku belek butang itu, butang ini...

Kertas saiz A1 tu masih tak bergerak-gerak, mungkin sebab saiz memori fail yang agak besar.

Berdiri berpeluk tubuh. Merenung mesin.

"Apa bikin sini...?", Encik Bos datang menegur.

"...", aku tak sempat nak jawab pun.

"Wa-ah... lu nampak hensem ini hari, kasut baru, baju baru, seluar baru..".

Hehehe...

Sambung Encik Bos sebelum pergi, "Itu rumput pun sudah kasi potong aaa..."

Telapak tangan kanan aku mengusap-usap perlahan kepala gaya flat-top. Lagi sepuluh atau dua puluh tahun lagi, mungkin kepala aku pun akan jadi macam Encik Bos, licin takde rumput.

Monday, June 30, 2008

Albab

Mak mertua, pak Mertua dan adik ipar datang ke rumah. Kami hidangkan sedikit minuman dan makanan. Mertua aku pulak bawak baanyakkk buah tangan. Aku layan bapak borak-borak.Awek aku masak bubur kacang. Adik ipar aku tak habis-habis melayan karenah anak-anak buahnya yang tiga orang itu.

Aku pun tak pasti bila masanya aku dah terdampar atas sofa panjang. Berat sangat rasanya kelopak mata ni.

Petang tu aku dikejutkan suara meminta tolong.

"Tolong..! tolong..! tolong mak!", macam suara mak mertua aku.
"Mak pulaslah... jangan tolak jer.. pulaslah mak", macam suara awek aku.

GEDEGANG... gedegang... gedegangggg... bunyi pintu kena hentam dari dalam.

Petang itu berpeluh-peluh aku menukar tombol pintu yang baru. Tombol pintu tandas rosak, mekanisme dia tersekat-sekat. Masa mertua datanglah pintu ni nak rosak pulak, malunya.

Friday, June 27, 2008

Lipau

Awek aku baru gaji. Dia ajak aku pergi beli-belah kat pasaraya. Dalam kereta dia capai pen dari laci dashboard. Dia buat catatan senarai barang atas sehelai cebisan kertas.

"Ermm... sos cili... erm.. sos tiram... ermm.. telur.. erm.. nak beli apa lagi ya bang?"

Memang banyak benda dapur kami nak beli, beras, milo, ikan... kipas.

"Limau purut", aku jawab ringkas.

Entah macam mana, awek aku tersalah tulis, sepatutnya limau dia eja 'lipau'.

"Berapa kilo ayang nak beli lipau murut tu nanti?"

"Alah.. abang ni.. menyampah!"

Balik dari pasar raya. Selepas kereta kami selamat masuk ke petak parkir. Akulah jadi tukang pemunggah turun barang-barang masuk ke rumah. Bungkusan-bungkusan plastik aku perosokkan ke bawah meja dapur, nanti baru kemas, penat.

"Yang...", aku panggil awek aku 'yang'.

"Ye bang", awek aku membalas panggilan aku.

"Agak-agaklah kan... berapa lama boleh tahan lipau murut ni ye? hahaha..."

Thursday, June 26, 2008

Baju cap ayam

"Oit.. oit..", tegur adik aku.

"Wow! beli kat mana baju tu?", dia bertanya.

"Up Town.", jawab aku. Sebenarnya tempat tersebut namanya saja Up Town tapi terletak di Kota Damansara. Dulu dia orang berniaga pasar malam tepi jalan, lepas tu kerajaan Selangor buat satu bangunan serbaguna untuk dia orang berniaga. Selalunya dia orang berniaga bermula jam 12 malam hingga 3 pagi.

Adik aku dah ronda-ronda tempat tu 3-4 kali tapi tak jumpa 'port' jual tshirt ni. Tak puas hati punya pasal adik aku repeat pergi dan ajak aku sekali.

"Hari tu bang Uda cakap baju tu ada sehelai je dalam Malaysia, tipu!", adik aku merunguti abangnya yang seorang lagi.

Elok dah ada tiga pasang saiz M, L dan XXL.

Sesuai untuk sebarang acara tak rasmi.

Saturday, June 21, 2008

Harga Pasaran

Bos aku nak hantar produk yang dah siap kepada pelanggan. Bos minta aku carikan lori.

Aku telefon syarikat lori yang pertama, mahal rasanya. Syarikat yang kedua, lagi mahal. Yang ketiga mahal juga. Aku runding-runding dan tawar menawar.

Apa yang menarik ialah, ada tauke yang menengking aku,"Minyak naik.. summAAAA!!! pun naik... Pak Lah mau bunuh kita, lu tak tau kaAAA!!! Dalam paper pun ada tulis maAAAA!!! Lu tarak baca kaAAA!!!?".

Hek elleh... aku nak tanya harga je, buta-buta kena maki Cina. Kalau aku tau dulu, jadi cikgu pun ok.

Tapi akhirnya dapat juga harga lori yang berpatutan, malah kalau dibandingkan ia murah separuh!

Benda ni bukan susah nak dicongak, ikut laluan mana, mileage berapa, berapa gaji pemandu, berapa tol,.. Bukan syarikat lori pun boleh anggarkan harga sesuatu perjalanan. Takkan naik lori kos dia macan naik kapal terbang? Saja nak untung, cari komisyen lebih...
Dari Subang Jaya ke Tanjong Gemok, kena uruskan lori. Dari Tanjong Gemok ke Kg. Tekek Pulau Tioman kena uruskan bot atau tongkang pula nanti. Kalau tak betul runding dan tawar-menawarnya, harganya potong kepala. Macam-macam alasan dia orang ni. Paling koman, "Ini harga market maaa.."

Kalau orang jual mahal kita cari yang murah.

Sepatutnya kalau kerajaan kita nak beli minyak, daripada luar negara misalnya, carilah dari negara yang boleh jual murah, runding-runding, asyik-asyik ikut,"Kita ikut harga market..."

Monday, June 16, 2008

Mencengkam Jiwa

Pada pagi itu lorong masuk ke SRJK(C) Bagan Tengkorak sunyi. Maklumlah musim cuti sekolah sudah tiba. Cuti sekolah ini bapak akan mengambil kesempatan ke atas anak-anaknya yang semuanya lelaki. Menolong kerja kampung. Masa itu ambil upah 'mengecop' buah kelapa sawit. Embun menghujan dari pelepah-pelepah muda yang basah. Kemudian embun hilang kering bersama terbitnya mentari.

Dikatakan 'mengecop' kerana kita perlu 'cop' tangkai kelapa sawit yang masak kuning merah keemasan itu, BEDEBABB... buah masak terhempas ke tanah liat tepi laut bagan. Buah yang terlerai bertaburan merata. 'Senjata' yang digunakan ialah bilah tajam yang disambung kepada paip galvani diameter 2 inci sepanjang 2 meter. Benda ni kami panggil 'batang cop'.

Masa tu perut aku berketak siyut... selalu menghayun benda alah paip galvani ni. Kalau musim panen yang meriah, kami boleh dapat dua hingga tiga tan kelapa sawit sehari.

Mata hari dah pacak. Pakaian aku dah basah dek peluh. Aku pun sandarkan 'senjata' tu pada pokok sawit. Bapak dari tadi tugasnya mengutip dan menyusun pelepah yang dipotong bersama-sama buah tadi.

"Penat?", bapak menegur.

"Minum jap...", jawab aku, dah termengah dah.

Bapak capai batang cop kemudian hayun ke pangkal buah sawit yang masak ranum. Dua kali hayun buah sawit tu terhempas ke bumi.

"ADUUHHHH... duh... duhh..", bapak menjerit sambil melompat dan meluru lari dengan gaya larian yang tersangat aneh.

Kenapa bapak aku ni? Aku sedang duduk di tanah di bawah redupan pelepah-pelepah sawit terlopong kehairanan.

Rupa-rupanya buah sawit telah terhempas 'direct' ke sarang tebuan di pangkal pokok. Buah tu terbenam separuh ke dalam sarang yang sebesar bola sepak itu. Tebuan-tebuan yang marah kerana rumah mereka musnah, menyerang bapak bertubi-tubi sampai bapak tumpas di rumpun ubi. Berlari aku mendapatkan bapak, aku usung bawa balik. Pada hari itu kami macam askar yang tewas di medan perang.

Sampai di rumah bapak masih steady. Siap pergi mandi-mandi.

"Pergi hospital pak?".

"Takpe... bapak boleh tahan lagi", jawab bapak dengan macho.

Aku lupa berapa hari bapak bemalam di hospital dimasukkan air. Lebih daripada 15 sengatan di belakang badan termasuk kepala, bahu, lengan dan telinga.

Hari ni bapak aku dah tak ada dah. Kebun sawit tu pun mungkin dah meninggi dua tiga galah. Atau mungkin kebun kelapa sawit tu dah tak ada dah. Six pack kat perut aku pun dah lama tak ada. Seperti embun hilang kering bersama terbitnya mentari.

Kalau orang lain boleh hadiahkan bapak dia orang jam tangan ka (koman-koman jam Casio quartz), henpon ka, tali leher ka, makan istimewa ka... Paling istimewa pun aku cuma dapat hadiahkan al-Fatihah kat arwah bapak.

Hari itu hari bapak disengat tebuan, aku masih ingat.

Sunday, June 15, 2008

Walimatul Urus Nuar & Daun

"Kami sesat tadi.", kata Zhouls.

Aku jawab,"Korang bukan sesat... cuma belum jumpa jalan yang benar."

Kekeliruan timbul sebab dalam peta kad jemputan, belok kanan selepas simpang empat. Bapak banyak simpang empat... mana satu? Aku pesan pada E1 (Iwan) yang duduk sebelah pemandu, landmarknya masjid.

Masjid Ehsaniah Sijangkang.

Nasi aku dan nasi E1. Menurut E1, inilah sarapan dia hari ini.

Sebahagian daripada umat para jemputan.

Vovin dan Ady.

Dua orang awek yang tak sempat control ayu. Hahaha..


Mat Jan tunjuk jag dengan nama dia MJ. Bean kat sebelah menunjukkan rasa kagum.

Lipan Betina @ Kemat bersama isterinya Nahdiya.

Cik Easy buat kung fu ular. Zhouls buat 'derk' aje haha.

Aduh.... apa nama abang ni. Kemat cakap nama abang hensem ni Lan Rambai.

Sempat bergambar ramai.


Outline gambar ramai.

Abang kamera. Lupa aku nak tanya nama. Terima kasih bang, tolong angkat gambar.

Petang tu aku ronda Olak Lempit dengan E1. Saja nak tengok tanah kosong kat sana, cadangnya nak bina kilang hahaha


Sebat bihun sup sama Kelapa Bakar Olak Lempit. Ni kira mentonglah ni. Air kelapa bakar tu dicampur madu dan air limau, SUPERRRBBBB..

Sampai Terpejam Mata. Haha

Wednesday, June 11, 2008

Puas Sudah Kau Melukakan

Boleh.

Minyak.

Boleh naik lagi Pak Lah?

Boleh.

Kote.

Boleh naik lagi Pak Lah?

Sunday, June 08, 2008

Ada Telinga Dengar

Kalau korang ada masa lapang kan... pergi ke laman web ni;

http://202.190.64.96/v5/content/view/18/69/lang,ms/

Lepas tu korang cari kat tepi kanan tu ada ikon speaker dengan teks Dengar/Hear. Klik ikon tu.

Tunggu sekejap... loading fail MP3, lepas tu dengar baik-baik.

Apa yang korang dengar?

Pundek kan?.. sistem IT negara kita...

Saturday, June 07, 2008

Ada Satu Kali Gwa Rasa Mau Hentam Dinding

"You cancel semua cuti yang you sudah apply itu hari." Demikian arahan bos.

Ada tender nak kena siapkan deadline minggu itu juga. Client ni susah sikit nak tolak sebab masih ada on-going project bernilai jutaan ringgit dengan dia orang. Nak tak nak kenalah layan juga.

"You boleh cancel you punya cuti tak?", tanya bos. Ini bukan soalan objektif mahu pun subjetif jauh sekali soalan esei. Ini bentuk soalan 'do or die'.

Dengan berat hati aku jawab, "Boleh...".

Awek dan anak-anak dah meleleh air liur sebab aku janji nak bawak jalan-jalan ke Pulau Tioman.

Client emailkan tender enquiry pada petang Jumaat (Sabtu dan Ahad mana ada orang kerja), aku buka email pada hari Isnin, client bagi deadline Rabu. Bodoh!

Aku print email dan attachment-nya dan muatkan dalam enam fail! Print saja dah makan sehari setengah, nak baca lagi specification dan technical data. Drawing ada beratus helai, kalau baca bukan gugur biji mata malah boleh gugur telinga sama gigi. Bodoh!

Aku call client tu tanpa pengetahuan bos, tanya elok-elok apa hajat dia orang. Aku dapat tahu client ni bertindak sebagai main-contractor, pemilik projek ni bagi dia orang deadline 24 hari. Memang bala, tender 24 hari tapi tekan ke sub-contractor 3 hari.

Runding-runding.. dia orang bagi aku extend lagi 2 hari. Dia orang ajak aku pergi lawatan tapak, bos aku pula bagi green light.

Bertolak dari Subang Jaya ke Johor Port, Pasir Gudang untuk lawatan tapak. Lawatan tapak ni bagus juga untuk aku menjiwai tender itu nanti. Nak masuk tapak kalah protokol nak masuk istana. Wakil pemilik melihat kami macam anjing kurap saja. Projek selebar padang bola, tapi remeh macam nak buat kapal angkasa! Pergi Johor pagi, balik rumah malam.

Keesokan harinya berhempas pulas aku mengadap dokumen-dokumen tender memandangkan semalamnya dah pergi lawatan tapak, jadinya dah ada banyangan jelas dalam otak.

Petang tu aku call client kami tu sebab ada benda aku kurang jelas sikit. Tak lama lepas tu dapat SMS,"Call-off tender... bla.. bla...".

Arghhhh...

Esok bos akan balik dari percutiannya. Cuti aku boleh cancel, tapi cuti bos tak boleh cancel,"Saya sudah booking woo... saya tak boleh cancel woo..", kata bos.

"Itulah abang rajin kerja sangat, lain kali kalau dah minta cuti, cuti ajelah!", kata awek aku. Bajet untuk pergi Tioman yang tak jadi tu awek aku minta ganti dengan gelang.

Untuk tujuan kesihatan dan pengaliran darah yang baik aku bercadang nak belikan gelang magnet.

Friday, June 06, 2008

Kemeja Baru Saya

Adik aku cakap One Utama (pasar raya) ada buat sale. Baju branded murah-murah. Dia dah beli kemeja sampai sepuluh pasang, seluar tiga pasang. Semua setengah harga.

Kemeja aku pun lama tak tukar, ada yang kolar dah bungkas pakai lagi.

Aku pilih dua helai, yang satu tu hitam mak aku cakap cantik.

"Kalau half price bukan RM60 ka?", aku minta kepastian dari jruwang dan salesgirl itu, takut-takut dia orang scan salah barcode.

"Owh.. kita ada sale 50% lepas tu ada sale untuk Father's Day lagi.. so baju ni last price RM45".

Lepas aku ceritakan kat adik aku, terus dia tak puas hati, berapa banyak potongan dia terlepas. Gelojoh sangat, haha

Memang kemeja jalur yang aku pilih tu dapat pujian. Mak aku cakap,"Cantik baju kau, warna-warna macam bangla."

Pagi itu hati aku rasa luluh.

Thursday, June 05, 2008

Tak Kenal Maka Tak Cinta Dah Kenal Nanti Tergila-gila Susah-susah Je

7 Raw Facts About Me:
1. Suka makan megi, low maintenance aku ni, haha
2. Tak suka kasut yang bertali.
3. Kalau boleh sentiasa nak pakai jeans, stonewash jeans.
4. Minat motor besar easy bike macam Harley misalnya.
5. Pendendam sekejap, simpan-simpan lepas tu kang lupakan...
6. Degil
7. Ada parut di dagu jahitan 2 jarum kesan jatuh dari almari dan jatuh basikal. Parut lama berdarah kembali beb, perghhh...

7 Things That Scare Me :
1. Dentist
2. Parachute
3. Hantu, walau pun orang cakap ia tak wujud
4. Kalau orang mati hidup balik
5. Ulat gendon atau ulat sagu, kau pujuklah makan macam mana pun takde aku layannya
7. Mati

7 Current Songs :
1. The Reason
2. Harum Subur Di Hati
3. Ketahuan
4. Rek Ayo Rek
5. Akulah Kekasihmu
6. J'ai Ai Marre
7. Buffalo Soldier

7 Things I Say Frequently :
1. Hai...
2. Ye saye
3. Oraittt
4. Hmmm...
5. P*******
6. Apa barang?
7. Sohai

7 Most Valuable and Sentimental Things of Me :
1. Koleksi Floppy disk 5 1/4 inci (WordStar, Lotus, dBase, Professional Write, ACAD, etc).
2. DVD Face Off / Broken Arrow
3. Buku Cerita Dari Blora
4. Tiket bas
5. Basikal mountain bike jenama Rocky
6. Nametag Pengawas Pusat Sumber
7. Buku nota Bahasa Melayu Kertas Satu STPM ajaran Cigu Irfan

7 First Time In My Life :
1. Jadi bilal Masjid Blok Y di kampung Sg. Burong, azan Maghrib lepas tu masa tarik suara terkucil. Tobat dah...
2. Tingkatan dua, Ponteng sekolah pergi mandi sungai.
3. Pada umur 24 tahun, Kahwin, of course... sangat best, "Kalau aku tau macam ni punya best, masa sekolah dulu kawin dah."
4. Umur 22 tahun, Beli motorsikal lepas tu kagum tengok ekzos dia, "Macam mana dorang design ye..?"
5. Masa kecik, makan goreng tapai ubi.
6. Tingkatan 5, belajar pakai tali leher (jadi pengawas).
7. Ortodontik. Cabut 4 batang gigi geraham, yang dua batang gigi geraham cabut dalam satu masa.

Sunday, June 01, 2008

The Most Valuable and Sentimental Things of Me - Basikal (Part 1)

Jalan raya kecil merentas sawah saujana mata memandang. Di ufuk timur mentari baru nak muncul. Kelihatan sekonyong-konyong budak-budak beruniform sekolah mengharung embun pagi. Sesekali disapa segar dingin bayu pagi itu.

Dulu aku berbasikal ke sekolah. Dari darjah satu membawa ke sekolah menengah sampailah ke tingkatan 6. Adik-beradik aku pun sama, setiap orang ada dibelikan sebuah basikal. Bapak aku belikan basikal 'tua' untuk aku. Dinamakan basikal tua walau pun masih baru kerana basikal ini ada 'palang'. Lama juga aku menyayangi basikal ini sampailah suatu masa aku mintak rock-mountain-bike.

Suatu masa, pedal basikal aku rosak. Komponen pedal ni terlerai satu demi satu (mungkin akibat penggunaan yang lasak, mana taknya setiap hari aku berkayuh 12km untuk ke sekolah, pergi balik dah 24 km).

Pedal basikal tu lama-kelamaan tinggal rod sahaja. Masih boleh kayuh. Tahu apa jadi pada suatu hari? Sedang aku leka mengayuh, aku ingin menambah kelajuan lalu aku 'berdiri' menolak pedal dengan tambahan berat padan.

Zaassss... kaki kanan aku tergelincir dari rod. Paakkkk... celah kelangkang terhentak pada palang. Aku terdongak kelangit serta-merta. Badan seakan kejang menahan sakit. Azab yang ditanggung tak dapat digambarkan dengan kata-kata, sengal yang deras menjalar kesegenap urat sampai ke kepala. Mungkinkah mahkotaku sudah musnah? Aarrghhh... hanya satu dengusan yang kedengaran.

Di ufuk timur mentari baru nak muncul. Kelihatan sekonyong-konyong budak-budak beruniform sekolah mengharung embun pagi. Sesekali disapa segar dingin bayu pagi itu.

Saturday, May 31, 2008

Aku lupa set default kereta aku yang auto pilot

Apa barang aku ni, pagi-pagi hantar awek pergi sekolah. Sekolah tutup, cuti semester dua minggu.

Terpaksa buat u-turn jauh.

Awek pulak kat rumah tengah sibuk kemas rumah dengan basuh baju sambil gelak baca sms daripada aku.

Friday, May 30, 2008

Hari ini mereka menggunakan google lebih banyak daripada biasa

"Adik!!! biar ayah yang putuskan." Kemudian Aqilah (umur 5 tahun) pun menjerit ke arah adik lelakinya.

"Aaa.. aaahhh!!!"

Di tangan mereka ada sekeping roti. Yang direbutkan.

Budak 5 tahun berebut sekeping roti dengan budak 3 tahun. Perbendaharaan kata budak kecik ni belum cukup banyak.

Awek aku terus ketawa kih kih kih. Aku pula cuma mampu tersenyum. Apa yang lebih menghiburkan daripada melihat keletah anak-anak.

Aku cari air suam, kemudian telan sebiji ezede loratadine, cephalexin, apo-loratadine dan dexcophan. Sambung tidur...

Tuesday, May 27, 2008

Di Buang Sayang

Kalau setem tersalah cetak, selepas beberapa masa harganya boleh melambung tinggi dah digilai oleh para filateli. Setem 'cacat' Jenny Invert misalnya, pernah diberitakan dijual pada harga RM2.74 juta. Mungkin kecacatannya itu menjadikan ia terlalu istimewa dan berharga.

Semasa aku menguruskan percetakan buku blog (blook) Jiwa Kacau Yang Satu Lagi ; Masuk Barisan, aku tak perasan ada beberapa naskah yang tersalah cetak. Cover depan pula tu, warna luntur pun ada. Benda ni dah setahun lebih, tak mungkin aku boleh nego lagi dengan printer. Di buang sayang, maka aku nak jual murah, dapat cover balik kos cetak dengan petrol kira ok dah (baca: petrol harga lama ya, haha)

Tak disengajakan beberapa naskah blook ini tersalah cetak, mungkin kecacatannya ini akan menjadi istimewa kepada sesetengah orang dan berharga.

Blook 'cacat' Masuk Barisan ini aku nak jual RM9 (sembilan ringgit) senaskah.

Kalau berminat, sila beritahu, emailkan alamat pos & no. telefon, nanti aku poskan.

Email wakil pemasaran ialah basri.normohdATgmailDOTcom

Kalau nak email taruk subjek: RM9 BLOOK MASUK BARISAN.

Terima kasih.



Monday, May 26, 2008

"I'm not a perfect person" kata Hoobastank

Mainan Baru Encik Dugong.

Awek aku cakap dia nak pinjam, masa tunggu bas boleh dengar lagu.

Tadi adik aku komen,"Benda macam ni... kalau dulu masa umur dua puluh bolehlah... sekarang dah tak sesuai."

Cet! podahh umur dia pun baru nak masuk 28 tahun haha (Lagi pun aku masih muda apeeeee...)

Seronok main binatang ni, dia support MP3 dan WMA, fail yang lain boleh main gak tapi kena convert dulu.

"Nak dengar bang...", awek aku ambil earphone sebelah kiri letak kat telinga dia.

"Alah... lagu ni jer ulang-ulang...", awek aku bosan sebab aku repeat lagu The Reason.

Friday, May 23, 2008

Pindah

Dulu pejabat tiga tingkat dengan kilang elok-elok. Cantik-cantik... tergadai dek kemelesetan ekonomi.

Bos ajak pindah. Kawan bos bagi tumpang stor dia. Beroperasilah firma tempat aku kerja ni dalam stor. Bisnes juta-juta... pejabat dalam stor. Alahai...

Entah. Ada selisih faham kot. Kami kena pindah. Semalam aku pergi jenguk tempat baru, dalam area tu juga.

"Tempat macam tu nak dijadikan opis? Kubur Cina lagi luas."

Tuesday, May 20, 2008

Kalau sakit mata patut ambil MC nanti berjangkit pula

Pagi Isnin. Rasanya pagi itu tidak hujan.

Mister Balaji masuk ke pejabat pada hari itu dengan mata yang merah. Sebelah matanya merah. Amat merah.

Tak. Dia tak menangis. Pun bukan mabuk sebarang samsu. Aku dah tanya.

Dia tarik kerusinya dari bawah meja. Dia letak beg bimbit di samping betul-betul bawah meja kecil. Suis-suis ditekan untuk memulakan komputer.

"Semalam saya cuci kereta, masa nak lap cermin depan saya lupa turunkan viper...".

Rasanya pagi itu tidak hujan, memang berbaloi Mister Balaji basuh keretanya semalam.

Monday, May 19, 2008

Sambal Udang

Malam minggu. Malas nak pergi keluar makan. Goreng telur dadar. Masak sambal udang. Nasik tengah panas berasap. Perghh... makan malam yang 'in'.



Senang saja resepi sambal udang ni ;
Bahan (A)
Bawang merah
Bawang putih
Serai
Kunyit hidup
Belacan
Bahan (B)
Cili giling
Bahan (C)
Udang
Bahan (D)
Bancuh sedikit garam campur sebiji perahan limau nipis dalam setengah koleh air

Langkah-langkahnya ;
1) Blender Bahan (A) kena campurkan sedikit air.
2) Panaskan kuali
3) Masukkan minyak masak. Panaskan minyak.
4) Tumis Bahan (A) beberapa ketika
5) Masukkan Bahan (B) iaitu cili giling, kacau-kacau sampai terbit minyak
5) Masukkan Bahan (C) iaitu udang, kacau-kacau sampai kesemua udang jadi merah
6) Tuang Bahan (D) kacau-kacau, colek kuah tu sikit untuk rasa, kalau dah puas hati lepas tu boleh angkat dan hidang.

Sunday, May 18, 2008

Jalan-jalan makan-makan

Aku repeat pergi gerai haram tepi jalan William. Kalau beberapa hari lepas aku pergi sama emak dan adik-adik, kemudian dengan Geng Jurnal. Tadi malam aku pergi dengan awek, anak-anak dan adik ipar. Belasah!


Seafood Risotto. Sila hafalkan nama ini.

Dua perempuan ni tak kuat makan, jadinya berkongsi sepinggan.

Ok. Yang sebelah kiri tu Ribena Longan gelas besar. Gelas paling besar.


Aku pesan Chicken Kev, ntah betul ntah tidak namanya. Sos dia sedap gilerrr... slurrp. Botol kecik tu Avocado Durian Belanda, sekali sedut habis setengah. Itulah nikmat... itulah hikmat haha

Tauke kedai Encik William senyum menepuk-nepuk bahu aku, "Brother siap bawak gambar aaa... dapat mana? internet ye?"

Dah... aku tak tau nama menu, aku bawak aaa gambar dari blog orang.

Saturday, May 17, 2008

Blook Sabotaj 3 - Blook Mencongkam!

Cover blook ni macam cover komik. Aku suka. Kecik molek mudah genggam. Aku suka. Kalau aku pakai jeans, blook ni muat dalam poket belakang. Kalau aku pakai slag, blook ni muat dalam poket depan. Kalau aku pakai kain pelekat, blook ni muat mmmm... selit kat pinggang!

Dah habis harung beberapa kali dah blook ni. Aku baca sikit masa dalam bas Mersing-KL. Sebelum tu ada baca kat chalet kat Tioman. Penulis-penulis memang dah sedia mantap, buktinya mereka dah dapat anugerah Geng Jurnal seperti Tok Rimau, Mat Jan, Sinaganaga dan OP. Penulis mantap yang lain ialah Jigo, Vovin, Samurai, Pipiyapong dan Amir Mukhriz. Entrinyamemang sodap-sodap wa cakap lu.

Ini pendapat gua;

Entri paling merangsang intelek; Dwi-cerita II oleh Jigo. Itu sebab kalau orang dah bengang, boleh hantam dinding.

Entri paling menyentuh emosi; Opah paling baik oleh Samurai. Bab buah melaka tak salut kelapa parut yang sentap tu, perghh...

Entri paling mencuit hati; Legend of speed oleh Pipiyapong. Lawak jenis apakah ini? Tak pernah aku nikmati atau terfikir pun kisah lawak sebegini. Walaupun aku gelak keras perut membaca entri Wawa Di Pinang Orang oleh Vovin dan Symptom oleh Mat Jan, namun kisah si Pipi ni amatlah unik sekali.

Entri paling mencongkam; Arsenal oleh Pipiyapong. Pada pendapat aku -ini entri dakwah paling mencongkam. Siyes!

Penulis paling terbest; Pipiyapong. Yang lain bukan tak best, best sesangat, cuma Pipiyapong ni paling terbest. Sinaganaga? Tok Rimau? Mat Jan? Jigo? - haiya! mereka over rated lah...

Penulis pakaian paling berseri: Op. Perhatikan cover blook tu baik-baik, beliau satu-satunya soljah pakai jersi Haha

Soalan aku. Apasal Sindiket Soljah tak nak apply betul-betul ISBN? Dapatkan ISBN, sumbangkan 5 naskah kepada Perpustakaan Negara. Ah! benda tu belum ada kepentingan lagi...

Friday, May 16, 2008

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru teristimewa buat awekku. Kerana awekku seorang guru.

Selamat Hari Guru istimewa buat bekas awekku. Kerana bekas awekku seorang guru. Walau di mana kau berada, doaku sentiasa mengiringimu. Sejahteralah dengan insan pilihanmu itu.

Selamat Hari Guru paling istimewa buat guru-guruku dulu yang memperkenalkan aku a,b,c.. alif, ba, ta... http://dugongsenyum.blogdrive.com/archive/98.html

Thursday, May 15, 2008

Jesus Don't Want Me For A Sunburn

Kg. Tekek, Pulau Tioman - Sea Taxi Station

Aku dalam bas. Daun call aku tanya nombor Kemat. Aku tengok papan tanda, bas yang aku naiki ni melintasi Batu Kikir, Negeri Sembilan.

"Makan kat William." Kata Daun.

Perghh... gila, sempatkah aku nak sampai Kelana Jaya ?

Penat 6 jam duduk dalam bas. Dari Puduraya aku jalan kaki mengusung beg besar ke Pasar Seni. Aku sebenarnya dari Tioman, ada troubleshooting - feeder pillar buat hal.

Dari Pasar Seni aku ambil tren ke Kelana Jaya. Call adik aku untuk ambil aku, tak sempat katanya baru balik kerja. Call adik sorang lagi, tunggu punya tunggu datang dengan emak aku. Aku bawak adik dengan mak makan kat William.

"Kau biar betul gerai ni Melayu boleh makan Ri!", mak aku kurang yakin melihat deretan menu tulisan Cina kat gerai tepi jalan.

"Boleh mak... tengok tu ramai melayu makan, yang ni gerai halal yang tengah tu barulah cina.", aku cuba meyakinkan mak aku. Lepas tu adik aku yang awal tadi call nak join, sesat pulak tu... terpaksalah kutip kat depan restoran ketam masak babi.

Adik aku kenyang kue teow goreng, adik sorang lagi kenyang chicken chop (ni ayam sesekor ke ni?, dia terkejut), mak aku tak dapat nak habiskan mee hoon goreng.

Aku tersandar lemang setelah menghabiskan rusuk kambing masak barat.

Kemat pulak call sesat, terpaksalah pergi kutip. Op sms dari tadi.

Adik-adik aku dan mak balik dulu. Aku sambung sessi dengan Geng Jurnal, Geng Lantit sampai tengah malam.

"Abang sebenarnya kat mana bang!!!!", jerit awek aku dalam telefon. Hah! macam mana nak jawab ni?