Tuesday, May 20, 2008

Kalau sakit mata patut ambil MC nanti berjangkit pula

Pagi Isnin. Rasanya pagi itu tidak hujan.

Mister Balaji masuk ke pejabat pada hari itu dengan mata yang merah. Sebelah matanya merah. Amat merah.

Tak. Dia tak menangis. Pun bukan mabuk sebarang samsu. Aku dah tanya.

Dia tarik kerusinya dari bawah meja. Dia letak beg bimbit di samping betul-betul bawah meja kecil. Suis-suis ditekan untuk memulakan komputer.

"Semalam saya cuci kereta, masa nak lap cermin depan saya lupa turunkan viper...".

Rasanya pagi itu tidak hujan, memang berbaloi Mister Balaji basuh keretanya semalam.

No comments: