Pada pagi itu lorong masuk ke SRJK(C) Bagan Tengkorak sunyi. Maklumlah musim cuti sekolah sudah tiba. Cuti sekolah ini bapak akan mengambil kesempatan ke atas anak-anaknya yang semuanya lelaki. Menolong kerja kampung. Masa itu ambil upah 'mengecop' buah kelapa sawit. Embun menghujan dari pelepah-pelepah muda yang basah. Kemudian embun hilang kering bersama terbitnya mentari.
Dikatakan 'mengecop' kerana kita perlu 'cop' tangkai kelapa sawit yang masak kuning merah keemasan itu, BEDEBABB... buah masak terhempas ke tanah liat tepi laut bagan. Buah yang terlerai bertaburan merata. 'Senjata' yang digunakan ialah bilah tajam yang disambung kepada paip galvani diameter 2 inci sepanjang 2 meter. Benda ni kami panggil 'batang cop'.
Masa tu perut aku berketak siyut... selalu menghayun benda alah paip galvani ni. Kalau musim panen yang meriah, kami boleh dapat dua hingga tiga tan kelapa sawit sehari.
Mata hari dah pacak. Pakaian aku dah basah dek peluh. Aku pun sandarkan 'senjata' tu pada pokok sawit. Bapak dari tadi tugasnya mengutip dan menyusun pelepah yang dipotong bersama-sama buah tadi.
"Penat?", bapak menegur.
"Minum jap...", jawab aku, dah termengah dah.
Bapak capai batang cop kemudian hayun ke pangkal buah sawit yang masak ranum. Dua kali hayun buah sawit tu terhempas ke bumi.
"ADUUHHHH... duh... duhh..", bapak menjerit sambil melompat dan meluru lari dengan gaya larian yang tersangat aneh.
Kenapa bapak aku ni? Aku sedang duduk di tanah di bawah redupan pelepah-pelepah sawit terlopong kehairanan.
Rupa-rupanya buah sawit telah terhempas 'direct' ke sarang tebuan di pangkal pokok. Buah tu terbenam separuh ke dalam sarang yang sebesar bola sepak itu. Tebuan-tebuan yang marah kerana rumah mereka musnah, menyerang bapak bertubi-tubi sampai bapak tumpas di rumpun ubi. Berlari aku mendapatkan bapak, aku usung bawa balik. Pada hari itu kami macam askar yang tewas di medan perang.
Sampai di rumah bapak masih steady. Siap pergi mandi-mandi.
"Pergi hospital pak?".
"Takpe... bapak boleh tahan lagi", jawab bapak dengan macho.
Aku lupa berapa hari bapak bemalam di hospital dimasukkan air. Lebih daripada 15 sengatan di belakang badan termasuk kepala, bahu, lengan dan telinga.
Hari ni bapak aku dah tak ada dah. Kebun sawit tu pun mungkin dah meninggi dua tiga galah. Atau mungkin kebun kelapa sawit tu dah tak ada dah. Six pack kat perut aku pun dah lama tak ada. Seperti embun hilang kering bersama terbitnya mentari.
Kalau orang lain boleh hadiahkan bapak dia orang jam tangan ka (koman-koman jam Casio quartz), henpon ka, tali leher ka, makan istimewa ka... Paling istimewa pun aku cuma dapat hadiahkan al-Fatihah kat arwah bapak.
Hari itu hari bapak disengat tebuan, aku masih ingat.

No comments:
Post a Comment