"You cancel semua cuti yang you sudah apply itu hari." Demikian arahan bos.
Ada tender nak kena siapkan deadline minggu itu juga. Client ni susah sikit nak tolak sebab masih ada on-going project bernilai jutaan ringgit dengan dia orang. Nak tak nak kenalah layan juga.
"You boleh cancel you punya cuti tak?", tanya bos. Ini bukan soalan objektif mahu pun subjetif jauh sekali soalan esei. Ini bentuk soalan 'do or die'.
Dengan berat hati aku jawab, "Boleh...".
Awek dan anak-anak dah meleleh air liur sebab aku janji nak bawak jalan-jalan ke Pulau Tioman.
Client emailkan tender enquiry pada petang Jumaat (Sabtu dan Ahad mana ada orang kerja), aku buka email pada hari Isnin, client bagi deadline Rabu. Bodoh!
Aku print email dan attachment-nya dan muatkan dalam enam fail! Print saja dah makan sehari setengah, nak baca lagi specification dan technical data. Drawing ada beratus helai, kalau baca bukan gugur biji mata malah boleh gugur telinga sama gigi. Bodoh!
Aku call client tu tanpa pengetahuan bos, tanya elok-elok apa hajat dia orang. Aku dapat tahu client ni bertindak sebagai main-contractor, pemilik projek ni bagi dia orang deadline 24 hari. Memang bala, tender 24 hari tapi tekan ke sub-contractor 3 hari.
Runding-runding.. dia orang bagi aku extend lagi 2 hari. Dia orang ajak aku pergi lawatan tapak, bos aku pula bagi green light.
Bertolak dari Subang Jaya ke Johor Port, Pasir Gudang untuk lawatan tapak. Lawatan tapak ni bagus juga untuk aku menjiwai tender itu nanti. Nak masuk tapak kalah protokol nak masuk istana. Wakil pemilik melihat kami macam anjing kurap saja. Projek selebar padang bola, tapi remeh macam nak buat kapal angkasa! Pergi Johor pagi, balik rumah malam.
Keesokan harinya berhempas pulas aku mengadap dokumen-dokumen tender memandangkan semalamnya dah pergi lawatan tapak, jadinya dah ada banyangan jelas dalam otak.
Petang tu aku call client kami tu sebab ada benda aku kurang jelas sikit. Tak lama lepas tu dapat SMS,"Call-off tender... bla.. bla...".
Arghhhh...
Esok bos akan balik dari percutiannya. Cuti aku boleh cancel, tapi cuti bos tak boleh cancel,"Saya sudah booking woo... saya tak boleh cancel woo..", kata bos.
"Itulah abang rajin kerja sangat, lain kali kalau dah minta cuti, cuti ajelah!", kata awek aku. Bajet untuk pergi Tioman yang tak jadi tu awek aku minta ganti dengan gelang.
Untuk tujuan kesihatan dan pengaliran darah yang baik aku bercadang nak belikan gelang magnet.
No comments:
Post a Comment