Saturday, March 27, 2010

Di Pesta Buku

Syarikat buku G ni ada raaaamai jurujual yang kerjanya 'menghalang' lalu lintas orang ramai dalam pesta buku PWTC. Lagi-lagi kalau bawa anak-anak kecil, anak-anak kita itulah yang jadi target mereka. Aku malas nak layan.

Tapi di depan aku seorang amoi. Dia dah 'tarik' ketiga-tiga orang anak aku main 'permainan uji IQ'. Mak bapak kenal jerat, budak-budak apa tau.

"Saya dah beli dah ensiklopedia tu satu set". Aku menjelaskan kepada seorang amoi. Dan juga aku ada beli satu set lengkap belajar bahasa Inggeris interaktif.

"You orang cakap, kalau beli satu set buku-buku tu, saya akan dapat satu rak buku. Tapi selepas setahun dah habis bayar satu rak pun tak ade."

Tersipu-sipu jurujual-jurujual tu. Zup zap! aku toleh kiri seorang jurujual dah hilang haha

Anak-anak aku dapat hadiah belon sorang satu.

4 comments:

tasekM said...

aku pergi peta buku lepak kat tingkat atas sekali. darren n MC je pergi meredah lautan manusia tu. aku senggugut. dia org pun. buat la pesta buku time aku tak senggugut ye tak...?

he he.



.

dugongsenyum said...

Tasek M,
yang tingkat atas sekali tu umpama perpustakaan, tak ramai orang haha

aku pesan kat budak2 opis aku, kalau aku ada nampak dorang belu buku teks autocad aku lempang dorang kiri kanan, sebab benda tu berlambak donlod percuma.

elmaaniq said...

akan aku gunakan alasan tu tahun depan. cilaka betul geng-geng grolier tu.

"Saya dah dengar preview kat bawah"
"berapa dia offer? kita kat sini boleh offer lagi murah"

BAGAK said...

Aku bagi alasan anak aku kecil lagi tak pandai baca

G: beli sekarang boleh simpan

jawapan: tahun depan saya beli sebab tahun ni tak de duit...hahahhaa