Sendiri terbit buku sendiri menjual buku yang diterbitkan sendiri.
Bersama blogger GJ Mat Jan & Jigo.
Sebenarnya dah satu tahun empat bulan aku tak makan nasi lemak. Tapi di Maskara 20 tadi aku bantai makan. Lapar sebab tak sempat nak makan malam.Bersama blogger GJ Mat Jan & Jigo.
Malam ni aku perform di Maskara 20. Aku sangkakan giliran aku selepas sessi makan-makan, rupa-rupanya jadi peserta ke-empat. Performlah aku dengan perut kosong. Sangat gementar sampai tergetar-getar tangan dan jari-jemari. Berpeluh!
Pun begitu persembahan baca naskah aku berjalan amat lancar sekali. Tapi kerusi patah!
Terima kasih kepada Sindiket Soljah kerana sudi memberikan ruang pentas untuk aku berdiri. Juga mempromosikan buku baru aku Salah Lorong. Terima kasih juga kepada audiens yang sporting (sudi gelak-gelak dan tepuk tangan, padahal bukan apa sangat pun persembahan aku tu). Kalaulah aku pandai main gitar... wajib aku bawa dua lagu iaitu Harum Subur Di Hati BPR siap dengan goreng-gorengnya dan lagu Nagori Yuki siap dengan solonya. Pergghhh!
Terima kasih jutaan kepada yang sudi membeli buku terbaru aku Salah Lorong, buku yang tak seberapa itu.
Habis majlis, kita orang kemas-kemas rumah PENA, simpan balik semua equipment yang dah pakai. Lepas tu aku join sessi ngeteh. Adalah dalam 5-6 orang yang ikut ngeteh termasuk Naga, Tok Rimau, Spyz, Vovin, Jigo....
Sembang sampai pagi. Nasi lemak tu berbungkus-bungkus lebih kami bawa ke kedai mamak. tadi. Kami belasah nasi lemak tu, ada yang belasah dua bungkus, ada yang tiga. Masih ada lebih nasi lemak sedap tu kami tak boleh habiskan. Beberapa bungkus aku bawa balik untuk isteri aku kalau-kalau nak 'mentong' nanti. Baki nasi lemak berbungkus-bungkus tu kami tinggalkan saja di meja kedai mamak tu.
Lebih jam 2 pagi aku dah sampai di rumah. Mengira duit jualan buku, perghhh lumayan! ... tapi taklah sekaya Vovin Karipap Cinta.

8 comments:
aku tak boleh nak join mengeteh. azib dah bantai tido. ehehehehe
setahun empat bulan tak makan nasi lemak?? ajar sat macamana tahan nafsu sebegitu..
aku tiap2 hari makan nasi lemak.. nak berenti makan nasi lemak la....!!
Ady,
lenkali boleh sembang2
Syima,
Selama lebih kurang 12 tahun saya amalkan sarapan nasik lemak (sambal petai udang, atau sotong kurita, atau telur mata, atau rendang etc)
saya berhenti secara mendadak begitu saja. bukan sebab saya benci nasi lemak, tapi lebih kepada sifat berhati-hati memandangkan nasi lemak sekarang tak ori macam dulu. Masa dulu orang letak pure santan kelapa. zaman sekarang taruk susulah... halialah... entah apa2
selamat mencuba :)
Bang Naga,
Walau pun audiens tak ramai sangat, jari tangan aku tetap gegar, haha
Dugung, salam...
Salah Lorong mu itu
sudah samapi ke tanganku
melalui tangan si Pipi
nanti kukirim saguhati.
Thankyou.
Aku kah antara yang ikut ko mengeteh selepas sesi kemas2 Rumah Pena? hahaha.
Jangan mamak tu jual balik nasi lemak tu sudah. Aku rasa sedap lagi nasi lemak yang kita bawak dari yang dia jual (serius aku pernah rasa..)
Pak Hashim,
orait...
Zan,
ye ye. aku rindu aa nasik lemak tu
salam.bro bas,baju sol jah or indie stuff lain camne nk beli? Ada jual online ?
Post a Comment