Tuesday, March 09, 2010

Blook Salah Lorong

Salam semua. Blook "Salah Lorong" sudah terbit dan ia terbit lebih awal daripada yang dijadualkan iaitu pada penghujung Februari 2010, jadual asal Mac 2010. Kerana aku cekap.

Blook ini telah melalui penapisan dan editing yang ketat. Teruk betul rasanya nak tapis dan edit tulisan sendiri. Terasa sesekali macam sendiri 'merotan' diri sendiri.

Tapi bila buku dah keluar dari mesin kilang cetak, kali pertama melihatnya 'panas-panas', cium baunya, kepuasan tak terkata.

Cover buku ini hasil buah tangan pereka Sinaganaga, hasil akhirnya nampak sangat cantik berbanding sample-sample yang bang Naga bagi sebelum ini.

Untuk Kata Pengantar penghormatan diberikan kepada Abdullah Jones. Ya, buku ini pasti akan lebih laris semata-mata kerana Abdullah Jones adalah penulis kata pengantarnya. Percayalah!

Blurb oleh Tok Rimau. Tok Rimau akan link blook dan blog aku. Ramai pembacanya yang link blog Tok Rimau. Jadinya, ramai akan link blook aku ni, dan jualan dapat ditingkatkan. Bijaknya saya.

Dalam proses menulis kata pengantar, menulis blurb dan merekabentuk kulit buku ini, manusia-manusia agung di atas telah membaca sample blook aku ni. Dorang komen ikut sedap... dan secara tak langsung mereka adalah 'editor' tak rasmi blook ini. Dapat editor percuma. Sekali lagi bijaknya saya.

Aku menaruhkan nama-nama mereka pada buku aku untuk dapat martabat mereka. Buku aku yang unggul dan cantik (pujian sebegini sebenarnya masih tidak cukup lagi untuk buku ini) pula akan menambahkan lagi koleksi martabat mereka. Ini namanya situasi menang-menang.

Kepada yang sudah menerima balasan email dan sudah bayar harga buku itu, sesegera mungkin buku akan diposkan.

Bolehlah membaca dan memberi komen di blog nanti. Kalau review lagi cantekkk. Kalau review, masuk mana-mana penerbitan, Berita Harian misalnya - aku akan hutang kau.

Aku teringin nak masuk Malaysia Hari Ini cakap-cakap pasal buku ini, kalau aku berjaya masuk aku nak pakai kemeja kotak-kotak lengan pendek aku tu.


-----Berkenaan blook Salah Lorong-----

Kalau nak beli secara online sila email.

Sila berikan butir2 berikut ;

Nama:
No. Henpon:
Alamat penghantaran:

Harga buku RM20 + Pos Express RM4 = RM24

Bank-in ke akaun Maybank yang aku akan reply email

Emailkan bukti bayaran.

Kebaikan beli cara online ialah kami (penulis blog & penyelenggara) akan turunkan autograf kami.

Kebaikan email, aku boleh inform terus kalau buku dah abisss...


----- Cara lain nak beli-----
Boleh juga beli lalu tangan direct dari aku kalau aku rajin bukak gerai di Maskara misalnya.


-----Buku Percuma-----
Tak ada.

3 comments:

Firol said...

ye ye rugi tak beli

wahyun said...

dah beli. dah baca (sikit-sikit). tp gelak lebih-lebih.
ttg review - kita bilang kemudian.

dugongsenyum said...

Firol,
ye ye tak beli memang rugi.

Wahyun,
jangan gelak sorang2, nanti lain ceritanya haha