Saturday, March 13, 2010

Bisik

Kelihatan Saudara Ajami sedang membisikkan sesuatu kepada Mat Jan sambil diperhatikan oleh Saudara Fadz. Manakala Saudara Danielle sedang bisik mikropon.

Ini gambar palsu. Gambar ini telah diedit 17 kali menggunakan software terkini, dan hasilnya perut OP telah 'dikempiskan'.


Tadi aku menghadiri majlis ilmu, BISIKS anjuran Sol-dadu sayap Sendikit Sol-Jah. Di Kedai Buku DBP Kuala Lumpur. Tajuk: "Buku Tanpa ISBN: Cacat?" Ahli forumnya Saudara Ajami dan Saudara Fadz, manakala moderatornya Mat Jan.

Pong pang pong pek ISBN... pot pet pot pet ISBN... gedegang gedegung ISBN...

ISBN tu mende? Aku akan tulis satu entri berkenaan ini nanti. Berikut adalah satu petikan untuk dikongsi bersama ;

Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta 331),

"... penerbit yang gagal menyerahkan mana-mana bahan perpustakaan yang dia dikehendaki menyerahkan di bawah seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi tiga ribu ringgit."

Sumber [ sini ]

4 comments:

Firol said...
This comment has been removed by the author.
Firol said...

zaman zine tengah panas dulu agak-agak ramai yang kena tak?...

dugongsenyum said...

Firol,
benda ni tak pernah dikuatkuasakan pun. Sekarang ni sistemya lebih kepada sukarela, kalau nak buat silakan taknak buat tak apa (tapi sebenarnya ada apa2 kan?)

nak membeli buku dan membaca buku pun sikit punya perit, inikan pula nak terbit buku.

tentangseseorang said...

ya aku tahu gambar itu ko edit tang perut OP sahaja