Dah gaji dah. Awek minta belanja makan. Aku pun bawalah sekeluarga makan di gerai di tanah rizab kerajaan.
Bulan lepas makan kat sini, Nasi Goreng Ketam dia superb. Jadinya awek aku pesan itu dan ini, aku nak nasi goreng ketam. Nasi goreng ketam dia ada ketam seekor melintang di pinggan. Isi ketam tu manis berjus, mungkin direbus sebentar dan diletakkan bersama-sama nasi goreng sedap itu.
Nasi putih dah sampai beberapa pinggan, Ayam Cili Merah dah sampai, Tauhu Jepun Sos dah sampai, Kerabu Seafood Campur dah sampai, telur dadar dah sampai, minuman pun dah sampai. Tapi aku punya nasi goreng belum sampai. Oleh kerana gadis pelayan comel-comel belaka dan senyum-senyum kepada aku minta tunggu sekejap, aku tunggu sahajalah. Sambil meratah-ratah lauk yang ada.
Tak lama nasi goreng pun sampai. Tapi, mana ketamnya?
Awek manis tu cakap, "Tu... itulah ketamnya".
Aku cucuk guna garpu dan angkat, "Ini bukan ketam, ini naget ketam, saya nak ketam!!!"
Dari dapur keluar budak muda rambut macam orang baru bangun tidur, muka marah-marah royak, "Gapo ke dio?!!!".
Awek cantik tu tunjuk kat pinggan aku dan jawab sesuatu yang amat telor pekat. Budak lelaki biadap tu pandang aku, terus aku cakap, "Ni nasik ni saya taknak, saya nak ketam letak sini sekor!".
Serta-merta pinggan aku diangkat masuk ke dapur. Aku meratah-ratah lagi. Awek-awek (mungkin berdarah siam) senyum-senyum ke arah aku. Awek aku tak perasan sebab kushyuk makan.
Lepas tu sampailah nasi goreng ketam tu tadi, tapi ketam dia tak best. Oleh kerana menghormati makanan dan tak nak bagi setan menang, aku tarik nafas dalam-dalam lepas tu lepas kan... teruskan makan dengan sangat berselera.
Gerai makan ni betul-betul menjatuhkan imej gerai Melayu (padahal sah-sah siam yang punya - sebab plet kereta dorang tu plet siam!). Costumer tak reti nak jaga, menu tak reti nak maintain dia punya rasa. Tukang masak ambik tepi longkang - agaknya asalkan tau pegang sudip dah boleh jadi tukang masak dorang!
Best ada blog ni, apa-apa tak puas hati boleh hentam kaw-kaw. Selagi tak hentam PM, selagi tak hentam UMNO, selagi tak pertikaikan poligami Islamik... tulislah bantailah!

No comments:
Post a Comment