Saturday, August 23, 2008

Tak Ada Telur

Sempena cuti sekolah yang lalu aku bawa anak bini ke Pulau Tioman jalan-jalan tengok laut. Kami bermalam di Berjaya. Yang baju hijau tu Tuahdanish tengah naik kuda. Lokasi bergambar di tepi pantai resort Berjaya.

***

Ada seorang perempuan cina cantik jelita telah berkunjung ke pejabat kami. Nak jumpa akaun katanya. Mungkin nak kutip bayaran atau hutang. Dia supplier.

Ada bawa buah tangan rupanya dia. Dah lah cantik jelita, pemurah pula tu. Mukanya bersih. Betisnya bunting padi. Cute orangnya. Dah lah cantik jelita, pemurah pula tu, alangkah lazat...

Encik K tak makan tengahari sebab dia commit satu tender. Di luar lagi hujan menggila. Di dalam ini sejuk dan Encik K lapar. Aku kenyang gila sebab tadi tengahari aku sudah entertain orang tenaga di Briani Spring.

Nyonya cantik jelita tadi bawa sekotak kuih bulan. Kotak cantik bunga-bunga macam balut hadiah birthday. Aku buka. Dalam kotak ada empat biji kuih bulan. Dan ada pisau plastik.

Kuih bulan aku belah empat.

"Besat sangat, boleh potong kecik lagilah..", kata manager kami.

Encik K jenguk piring dalam ada kuih dan kata, "Basli aaa lu salah pilih kuih aaa dalam yang kosong punya."

Kuih tu tak ada inti. Di balutan ada tulisan Cina tulis inti apa.

"Saya mana tau baca (tulisan kaligrafi cina)."

"Ha ha ha...", dia orang ketawa. Termakan babikah aku?

Puan P belek seketul kuih yang masih dalam bungkusan plastik, "Potong ini kuih dalam ada isi."

Aku belah enam kuih tersebut. Kami ambil satu bahagian setiap seorang. Sedap.

Ambil lagi seketul, potong. Ini lagi sedap!

"Ada telur sama pandan!", kata Encik K yang tadi kelaparan.

Aku dah biasa makan kuih bulan.

No comments: