Saturday, August 09, 2008

Diskusi Blook "Budak Kayu"

Aku menghadiri Diskusi Blook "Budak Kayu" di Rumah PENA. Panel diskusi Dr Abu Hassan Hasbullah (UM), Dr. Irwan Abu Bakar (eSastera.com) dan Kalamutiara (Harian Metro).

Siapalah aku seorang yang menumpang di suatu sudut dunia dijemput menghadiri majlis ilmiah sebegini? Lalu aku duduk di sutu sudut merasakan tiada sesiapa mengenaliku. (Perenggan yang keji... haha)

Dr Abu Hassan telah melakukan kerja rumah dan 'bedah siasat' yang rapi terhadap blook tersebut. Ulasan-ulasan, perincian-perincian daripada pelbagai aspek serta kritikan-kritikan yang sangat menarik dan berkesan. Tabik!

Dr Irwan pula banyak menyentuh tentang blog secara meluas. Banyak isu dan butir-butir penting serta kemaskini tentang blog diutarakan.

Aku menerima SMS jemputan daripada Sdr Daharie pada 6 Ogos yang lalu. Pantas aku meng-google 'budak kayu'. Serta-merta aku dibawa ke salah satu portal esastera.com Dari sana aku mendapatkan email dan butir-butir lalu membuat pembayaran secara online. Petang Jumaat peti surat aku sudah berisi satu lagi naskah yang akan mengisi ruang rak bukuku.

Memandangkan Sabtu diskusi akan berlangsung, aku cuba untuk mengharung blook ini pada malam itu juga. Tidak mahu aku termanggu-manggu kosong semasa orang sedang berbicara nanti.

Wah wah wah... bukan main blook ini. Dengan 50 orang penulis dari beberapa negara. Seakan aku kembali ke masa silam, semasa mengerjakan Jiwa Kacau dengan kawan-kawan yang aku suka. Betapa perit seorang yang 'buta' industri buku seperti aku, tapi hati nak terbitkan buku.

Mengumpulkan 20 orang dalam satu buku pun bersusah-payah, inikan pula 50 orang macam blook Budak Kayu!

Aku enjoy blook itu dalam satu malam. Tak sempat nak habiskan sehelai demi sehelai, namun aku harung juga sampai ke penghujung. Buku ini rencam. Buku ini funny, kata orang putih. Masakan tidak, aku boleh terbahak-bahak gelak sendirian bila sampai di muka surat 77, sekali lagi semasa sampai ke mukasurat 153 buku ini. Kisah gurauan suami-isteri pada muka surat 153 itu adalah gurauan 7 lapis langit tahap dewa.

Dalam majlis berkesempatan aku berjumpa Amir Mukhriz, Rudy Bluehikari, Abdullahjones, Kablam22, Aliff Mustakim dan lain-lain orang yang aku malu nak tegur. Kalau nak tahu aku ni pemalu orangnya.

Kalau majlis diskusi blook ini disertai oleh ramai lagi penulisnya lagi bagus.

Entah mengapa, entri ini seakan dipaksakan untuk menulisnya sedangkan hati aku teruja untuk menulis "Aku telah berjumpa Abdullahjones tadi!!!" in-person lagi haha. Aku peminat blog AJ, aku suka buku puisi sucinya, aku suka lukisannya. "Bang... lukisan Inul tu mahal giler sampai RM4 ribu tuuu". / "Kalau kerja yang serius memang mahal... kalau lukisan macam kerbau murah sikitlah". / "Lukisan Inul tu serius??? ingatkan main-main". haha


Dah lama kenal Dr Abu Hassan melalui medium blog. Muring-Wein di Vienna Austria. Masih segar diingatan buku tamu beliau yang ada gambar katak itu. Dulu membaca entri blog beliau, ingatkan beliau orang seberang - Indonesia. Kenal sejak tahun 2003, tuhan menemukan kami empat mata pada 2008. Pertama kali bertemu beliau dan mendengar bicaranya - telah jatuh cinta haha.

Perkataan 'blook' itu secara peribadi terlalu dekat di hati. Aku berfantasi kalaulah boleh eSastera, GengJurnal, Sindiket Sol-jah (sekadar menyebut 3 nama yang hot haha), boleh bergabung dalam satu projek sastera, alangkah!

Kepada eSastera.com amnya, kepada Sdra Dahari khasnya terima kasih kerana sudi menjemput aku, serta terima kasih kerana jamuannya yang sedap.


Kepada sdr Rimanilzah, sekalung tahniah atas penghasilan blook berbahasa Melayu yang ke-7 diterbitkan di Malaysia ini, katanya.

1 comment:

Unknown said...

Saya Sangat BerTerima kasih Atas Bantuan Angka Ritual MBAH…Angka MBAH EROK PRANAL Tembus 100%…Saya udah kemana-mana mencari angka yang mantap selalu gak ada hasilnya…sampai- sampai hutang malah menumpuk…tanpa sengaja seorang teman lagi cari nomer jitu di internet…Kok ketemu NomoR MBAH EROK PRANAL..Saya coba beli Paket 4D ternyata Tembus…dan Bagai di sambar Petir..Ternyata Angka Ritual Ghoib MBAH EROK PRANAL…Yang SaYa Minta Tembus 4D…Baru kali ini saya mendapat angka ritual yang benar-benar Mantap…Bagi saudara yang ingin merubah Nasib seperti saya…Anda Bisa CALL/SMS Di Nomer MBAH EROK PRANAL 085 377 797 151.(((Buktikan Aja Sendiri Saudara-Saudari)))