Tiba-tiba sahaja pagi Isnin yang indah dan bercahaya ini menjadi kelam. Awan kelabu berkumpul beramai-ramai, berasak-asak tanpa sepanduk. Tidak lama kemudian hujan pun turun dengan lebat. Hujan menghempas bumbung seperti marah-marah. Aku pun terfikir awan kelabu, hujan lebat, angin sejuk... itu juga indah. Ciptaan tuhan semuanya indah.
Pada masa yang sama ku google balik sajak tentang banjir yang pernah aku tulis dulu. Payah benar mencarinya semula. Mujur aku gigih mencuba bermacam-macam kata kunci.
****
Kalau hari ini
rumah diserang banjir
harga minyak naik lagi
betapa susutnya gaji
salahkanlah diri sendiri
air hujan sudah tersekat
mulut kita sudah disumbat
surut sudah keringat
bermula dari sampah-sarap kita
bersama suara-suara kita
telah dibuang banyak
lalu tersekat di longkang.
Nota: Sajak ini pernah diterbitkan di esastera.com
No comments:
Post a Comment