Haiii... apakah sengalnya client kami ni. Baru petang semalam hantar enquiry, tadi dah call nak quotation esok pagi.
"Encik... kalau saya email malam Jumaat nanti boleh tak encik?".
"Malam-malam macam tu mana ada orang kerja... tengahari esoklah sebelum twelve", katanya.
Kalau sebelum 'twelve' bukanlah tengahari namanya. Cet! pooodah!
Dengan maklumat tak lengkapnya. Dengan lukisan sekangkang keranya. Tu pun dah tiga kali pinda dah tu. Kami punya supplier pun dah naik fedap!
"Lu taruklah sepuluh juta ka sebelas juta ka.. lu orang wa sudah cover lima persen", kata supplier aku yang dah malas itu.
Aku gigihlah membuat jadual. Mengukur wayar letrik. Membelek-belek saiz motor. Buat anggaran bebanan. Semak voltage drop. Melukis shop drawing. Terketik-ketik. Satu. Satu. Satu. Aduhhh rumitnya sistem!
"Haiiyaaa... gua tak mau jadi engineerlah ini macammm!", aku separuh menjerit.
Aku tak suka kira-kira. Aku tak suka matematik. Kecuali algebra, sebab dia ada anu.
Masa aku tingkatan 2 dulu. Aku pernah tak siapkan kerja rumah matematik. Cikgunya pulak cikgu Jamal. Garang. Beliau amat digeruni oleh kawan dan lawan. Dia punya penampar boleh rasa gelap dunia dibuatnya.
Kerja rumah aku tak siap. Saiful pun tak siap. Razak ada satu idea, "jom mandi sungai" katanya.
Seronoknya terjun sungai, yihaa!
Ya. Hari ini kau gembira. Macamlah esok tak bersua cikgu Jamal. Sakit tu hilang dalam sehari. Tapi jalur merah itu bertahan seminggu dua.
Semenjak itu aku bukan saja benci matematik, guru matematik pun aku benci! Kecuali Miss Ong, sebab beliau ada anu...
"Lu sudah siap ka?", tanya bos.
"Dah...".
"Ini macam ka?! calculation ni takkk munggkinnlah."
Dia minta kawan aku semak kiraan aku. Sakitnya hati, hark petuih!
Ketik ketak ketik ketak. Ketak ketik ketak ketik. Bunyi kekunci.
"Minta lu punya soft copy.. mau tengok lu punya formula macam mana."
Hark petuih!!
Sudahnya, kiraan tu tak ada masalah. Mantap. Malah aku ada cover 20-30% margin untuk kami (aku pun nak gak merasa pakai Ferrari hahaha).
"Ok lah boleh proceed lah.", kata bos.
Ceh! Masa tu aku rasa betul-betul nak terjun sungai.
No comments:
Post a Comment