Sunday, August 31, 2008

Bunga-bunga Api

Malam tadi
negaraku menyambut
ulang tahunnya
yang ke-lima pulu satu.

"Happy birthday", kataku
malam ini kita raikan
dengan seribu jubur!

Bunga-bunga api
meletup-letup
bersemarak di udara
berwarna-warni
berbagai rupa
entah berapa juta
duit rakyat dibakar ?!

Tersenyum itu
pemimpin yang kami sembah
tersenyum itu
pemimpin yang kami sumpah.

Hingar-bingar
jeritan "merdeka! merdeka"
sahut-menyahut
anak gadis bersisa sperma
di mulut.

Malam tadi
negaraku digegarkan
letupan bunga-bunga api
menghiasi dada langit.

Namun tersimpan
bunga-bunga api
terpendam dalam dada kami
menunggu masa meletup.

Saturday, August 30, 2008

Sajak : Doa Merdeka

Ya Allah
ya tuhan
kami
cabutlah
nyawa
Perdana Menteri
Kami!

Friday, August 29, 2008

Laporan Ringkas Makan Malam Jumaat


Malam tadi aku melantit dekat William dengan E1, ND dan Petz.

ND minum manggo gelas (balang) besar satu. ND makan Chicken Premium plus Lamb satu. Tergolek.

E1 makan Indo Mee Double Prawn sebagai appetizer. Lepas tu makan apa nama? Mee Sup Besar dengan manggo balang besar.

Aku datang paling awal dah habis milo ais segelas. Lepas tu apptetizer aku Indo Mee Double Prawn dengan fresh orange. Main course aku belasah Lamb Salsa Verde - kambing muda yang dipanggang dengan campuran herba lazat berhasiat superb gila nak mampus. Tekak rasa berminyak terus aku pesan Manggo Blended plus Laici balang besar. Tergolek keriangan.

"Tak sangka kau ni badan kecik tapi makan bukan main banyak," Komen Petz kepada aku.

Aku jawab, "Aaa... biasa aaa.. aku *toooot* pun kuat tau".

Ha ha ha ha... bodoh!

Petz yang paling besar diantara kami. Dia makan appetizer sahaja. Badan je besar makan sikit. Dia cakap bini dia ajak makan kat rumah. Ceh takut bini... hark petuih!

Lepas makan ND nak balik awal katanya. Sorang lagi takut bini, hark petuih!

E1 pulak mintak diri kata ada meeting kat Cyberjaya, seorang lagi takut bini, hark petuih!

Aku terasa nak muntah dah... tapi aku telan balik, sayang ooo makan mahal-mahal sampai lima puluh sembilan ringgit nak muntah apa barang?!

Aku tengok skrin henpon aku jam sembilan tiga puluh tiga. Sempat lagi aku nak sampai rumah sebelum pukul sepuluh malam. Aku kena sampai rumah sebelum pukul sepuluh sebab tadi petang bini aku pesan jangan balik lewat-lewat sangat.

Saturday, August 23, 2008

Tak Ada Telur

Sempena cuti sekolah yang lalu aku bawa anak bini ke Pulau Tioman jalan-jalan tengok laut. Kami bermalam di Berjaya. Yang baju hijau tu Tuahdanish tengah naik kuda. Lokasi bergambar di tepi pantai resort Berjaya.

***

Ada seorang perempuan cina cantik jelita telah berkunjung ke pejabat kami. Nak jumpa akaun katanya. Mungkin nak kutip bayaran atau hutang. Dia supplier.

Ada bawa buah tangan rupanya dia. Dah lah cantik jelita, pemurah pula tu. Mukanya bersih. Betisnya bunting padi. Cute orangnya. Dah lah cantik jelita, pemurah pula tu, alangkah lazat...

Encik K tak makan tengahari sebab dia commit satu tender. Di luar lagi hujan menggila. Di dalam ini sejuk dan Encik K lapar. Aku kenyang gila sebab tadi tengahari aku sudah entertain orang tenaga di Briani Spring.

Nyonya cantik jelita tadi bawa sekotak kuih bulan. Kotak cantik bunga-bunga macam balut hadiah birthday. Aku buka. Dalam kotak ada empat biji kuih bulan. Dan ada pisau plastik.

Kuih bulan aku belah empat.

"Besat sangat, boleh potong kecik lagilah..", kata manager kami.

Encik K jenguk piring dalam ada kuih dan kata, "Basli aaa lu salah pilih kuih aaa dalam yang kosong punya."

Kuih tu tak ada inti. Di balutan ada tulisan Cina tulis inti apa.

"Saya mana tau baca (tulisan kaligrafi cina)."

"Ha ha ha...", dia orang ketawa. Termakan babikah aku?

Puan P belek seketul kuih yang masih dalam bungkusan plastik, "Potong ini kuih dalam ada isi."

Aku belah enam kuih tersebut. Kami ambil satu bahagian setiap seorang. Sedap.

Ambil lagi seketul, potong. Ini lagi sedap!

"Ada telur sama pandan!", kata Encik K yang tadi kelaparan.

Aku dah biasa makan kuih bulan.

Friday, August 22, 2008

Ini Baru Lubang. Ini Lubang Baru

Ini gambar bangla korek lubang untuk tiang lampu tepi pantai Tekek, Tioman.

Bulan puasa menjelang tiba. Lepas tu hari raya pula. Hari raya nak pakai duit lebih sikit. Maklumlah... nak baju baru, nak cat rumah baru, nak sediakan duit raya untuk makcik-makcik dan anak buah lagi. Ada pulak hutang dengan rafiq, raya ni sure dia nak pakai duit, tak kan aku tak nak bayar hutang dia, tak boleh habis sikit pun mesti nak.

Minggu ni dapat satu lubang. Harap-harap adalah rezeki... harap-harap.

Thursday, August 21, 2008

Relaku Korbankan

Suami curang isteri garang... well bertaburanlah gigi. haha

Setelah empat batang gigi geraham dicabut diiringi dengan seribu ketakutan. Setelah luka cabutan itu sembuh, maka besi-besi dan dawai tersebut dipasanglah dalam mulut kau.

Gambar 7 bulan nan lalu.

Sekurang-kurangnya dua tahun binatang tu bertapak dalam mulut kau. Akan menjadikan gigi kau tersusun teratur. Akan menjadikan kau (lebih) hensem.

***

Sekarang... cuba kau imaginasikan seekor anak lembu dipakaikan orthodontik. Selama dua tahun. Agak-agak dalam tempoh dua tahun itu mak dia bagi tak isap susu dia? Tu gigi tu ada besi tu...

Ok. Orait... sekarang cuba imaginasikan pula bapak lembu pakai orthodontik.

Monday, August 18, 2008

Pengamal Cara Hidup Sihat

Demi kerana nak macho, putus urat kentut pun tak apa.

Selain daripada mengamalkan seks dua jenis (yang sihat), aku kini (cuba) mengamalkan cara hidup sihat, dengan senaman angkat berat.

Balik awal. Makan malam pun awal. Rehat-rehat sekejap. Selepas lebih kurang sejam, aku mulakan sessi workout. Aku melatih diri menjadualkan tiga kali seminggu, Isnin, Rabu dan Jumaat. Meramas mesra tiga ekor dumbbell kesayangan.

Asalnya dumbbell ni tiga biji dengan 20kg setiap satu. Tapi sebiji aku kurangkan berat jadi 7kg untuk latihan tricep. Dua biji tu kadang-kadang aku gabungkan jadi satu 18kg untuk one-arm row (otot belakang).

Weight-bench yang aku tempah pun dah siap, tak sabar nak guna. Bench ini amat berguna untuk work-out tertentu.

Sessi petang tadi aku mulakan dengan sedikit warm-up dan regangan.

Ini ringkasan workout aku;

Flat Bench Dumbbell Press 2 set, 12x10kg
Dumbbell bench press 2 set, 12x10kg
Dumbell Shoulder Press 2 set, 12x10kg
One Arm Dumbbell Row 2 set, 12x18kg
Triceps Kickbacks 2 set, 12x7kg
Dumbbell curls 12x10kg (satu set ok, satu set gagal)
Dumbbell Squats 2 set, 12x10kg
Stiff-Legged Deadlits 2 set, 12x10kg
Sit-Up 2 set, 12x

Sumpah! aku belum hapal lagi binatang istilah-istilah tu, aku copy paste dari google.

Jumlah masa: lebih kurang 45 minit (itu pun rasa pancit nak mati dah)

Lepas tu aku buat warm-down dan regangan. Dalam tempoh work-out tu aku teguk bancuhan whey, enak sekali!

Rehat-rehat kemudian mandi. Maghrib pun bertamu.

Badan rasa sengal-sengal, awek offer pijak-pijak. Tak berlengah aku bentang sofa-bed dan meniarap. Itulah untungnya ada awek comel kecik boleh minta pijak-pijak hahaha

Malam ni mesti tidur lena aaahhh!...

***

"Where oh where can my baby beee!!...", nada dering henpon aku.

Mak mertua ada pesan minta ambilkan adik ipar di R&R Sungai Buloh kurang lebih jam sembilan. Siap!

Suara Di Longkang

Tiba-tiba sahaja pagi Isnin yang indah dan bercahaya ini menjadi kelam. Awan kelabu berkumpul beramai-ramai, berasak-asak tanpa sepanduk. Tidak lama kemudian hujan pun turun dengan lebat. Hujan menghempas bumbung seperti marah-marah. Aku pun terfikir awan kelabu, hujan lebat, angin sejuk... itu juga indah. Ciptaan tuhan semuanya indah.

Pada masa yang sama ku google balik sajak tentang banjir yang pernah aku tulis dulu. Payah benar mencarinya semula. Mujur aku gigih mencuba bermacam-macam kata kunci.

****

Kalau hari ini
rumah diserang banjir
harga minyak naik lagi
betapa susutnya gaji
salahkanlah diri sendiri
air hujan sudah tersekat
mulut kita sudah disumbat
surut sudah keringat
bermula dari sampah-sarap kita
bersama suara-suara kita
telah dibuang banyak
lalu tersekat di longkang.



Nota: Sajak ini pernah diterbitkan di esastera.com

Sunday, August 17, 2008

Anak Semut Menghurung Umbut

Anak semut menghurung umbut,
batang kelapa ditetak parang;
Di mulut naga akan kurebut,
ini kan pula di tangan orang.

Cis!

****

Oleh kerana suatu sebab... awek aku lantas mencederakan aku.

"Aduuh...", Aku menjerit sekuat hati.

Bertubi-tubi aku tak tertahan. Torso kanan seakan musnah.

"Aduuhh... sakitnya... sampai hati Lin buat abang macam ni...", nyawa aku serasa di hujung bibir.

"Bangg... ooo bang... abang mengigau? terjerit-jerit dalam tidur hihihi...", terus aku membuka mata. Awek aku masih ketawa kecil.

Siang-siang macam ni pun aku boleh mimpi ngeri, mantap betul.

"Abang mimpi Lin cederakan abang tadi."

"Baik abang cakap betul-betul.. tu mesti sebab abang nak kawin lagi kan?", macam mana dia boleh tahu plot mimpi aku?

Balik dari kerja tadi aku terus berehat lalu tertidur tak sempat lunch. "Aaa... abang nak makan nasiklah... lapar".

Thursday, August 14, 2008

Mereka Minta Sebut Harga Itu Esok Sedangkan Dah Janji Nak Minggu Depan

Biasanya malam-malam aku menggilap kasut sental dengan Kiwi. Anak-anak aku akan bersinar-sinar mata dengan seribu satu persoalan. Semua nak menghurung, menonton aku menggilap kasut. Perlakuan aku menggilap kasut itu lebih menarik bagi mereka berbanding drama di TV yang terpasang.

Aku bersiap-siap untuk ke tempat kerja pada awal pagi. Kameja pilihan. Seluar pilihan. Tali pinggang. Memang ngam, memang hensem. Puas hati.

Tapi ada orang yang tak puas hati. Awek aku. Sebab hampir setiap pagi mesti nak buat dia geram.

"Yangggg! stokin abang mana? Stokin abang!".

Kalau bernasib baik dalam laci akan terdapat bola-bola comel saiz bola tennis. Stokin yang telah dibulat-bulatkan. Kalau nasib kurang baik stokin itu pasangan tak sepadan pula. Haha.

Suatu pagi aku sedang duduk menyarung stokin. Sambil berfantasi-fantasi...

"Hah! Kenapa senyum sorang-sorang tu?." Sergah awek aku.

"Abang senyum sorang-sorang tu maknanya abang dah ada awek lain..".

Zass... zas... gedebuk.. debikk...

Apalah guna suami perkasa gagah, kalau tidak dibelasah?!

Tuesday, August 12, 2008

Sekeping Lukisan Sebuah Kemarahan dan Seuntai Memori Tersimpan Rapi Dalam Kotak Ingatan

Gambar jari-jari comel sebagai hiasan.

Kanak-kanak suka memerhati. Suka meniru. Suka menunjuk-nunjuk. Ingin perhatian. Anak-anak aku suka conteng dinding. Bertuah kalau dapat crayon. Dapat 'artline marker' dah kira bonus bagi mereka.

Marah pun tak guna. Marah sekali buat lagi. Sebatlah dengan hanger baju, tak ada serik punya. Jadinya aku kutip kertas-kertas terpakai dari pejabat, untuk anak-anak aku buat conteng-conteng, jenayah terbabit terus lenyap. Cuba memahami hati seorang kanak-kanak.

+++

Aku berasal dari Kampung Seri Gambut, Tanjong Karang, Selangor. Dahulu rumah kampung terletak di tengah sawah, kemudian bapak tanam kelapa sawit. Jalan masuk ke rumah kampung ini boleh jadi macam border di antara kampung ini dengan Kampung Sungai Sireh.

Berkubang dalam sawah, bermain lintah. Kalau aku cakap 'kuku kambing', sebahagian kalian akan tanya aku balik, binatang apa tu?

Semasa aku kecik dulu aku suka duduk di beranda rumah. Kadang-kadang aku adik-beradik bersidai di tingkap. 'Menonton' jentera penuai padi. Pada suatu masa ada orang-orang MARDI buat testing jentera baru. Jentera penuai mini, comel warna merah. Aku amat teruja melihatnya. Batang-batang padi yang menguning itu rebah di mata tuai, butir-butir padi keemasan memenuhi kampit-kampit guni yang digantung pada sisi jentera, dan jerami menghujan di 'bontot' jentera bertaburan macam rambut disodok mesin.

Aku asyik petang itu.

Lalu aku capai pensel-pensel LUNA dari kotak yang lusuh. Aku cabut buku tulis bahagian tengah-tengah.

Aku lukis jentera penuai padi mini yang comel warna merah menyala. Tayar jentera berantai aku lukis detail-detail. Kemudian aku gunting lukisan itu mengikut outline. Aku pergi dapur mendapatkan nasi. Nasi itu aku tenyeh-tenyeh rata di belakang lukisan.

Abadilah sebuah karya tertampal di dinding. Suatu kepuasan. Seorang kanak-kanak yang paling gembira di dalam dunia walaupun dia belum mengenali Mona Lisa dan Leonardo Da Vinci.

Esok aku lihat hanya tinggal kesan putih terguris-guris sisa-sisa kertas koyak melekat di dinding.

"Buat menyemaaakk je... macam cantik sangat!", kata kakak tiri aku.

Hati seorang kanak-kanak telah terguris...

Saturday, August 09, 2008

Diskusi Blook "Budak Kayu"

Aku menghadiri Diskusi Blook "Budak Kayu" di Rumah PENA. Panel diskusi Dr Abu Hassan Hasbullah (UM), Dr. Irwan Abu Bakar (eSastera.com) dan Kalamutiara (Harian Metro).

Siapalah aku seorang yang menumpang di suatu sudut dunia dijemput menghadiri majlis ilmiah sebegini? Lalu aku duduk di sutu sudut merasakan tiada sesiapa mengenaliku. (Perenggan yang keji... haha)

Dr Abu Hassan telah melakukan kerja rumah dan 'bedah siasat' yang rapi terhadap blook tersebut. Ulasan-ulasan, perincian-perincian daripada pelbagai aspek serta kritikan-kritikan yang sangat menarik dan berkesan. Tabik!

Dr Irwan pula banyak menyentuh tentang blog secara meluas. Banyak isu dan butir-butir penting serta kemaskini tentang blog diutarakan.

Aku menerima SMS jemputan daripada Sdr Daharie pada 6 Ogos yang lalu. Pantas aku meng-google 'budak kayu'. Serta-merta aku dibawa ke salah satu portal esastera.com Dari sana aku mendapatkan email dan butir-butir lalu membuat pembayaran secara online. Petang Jumaat peti surat aku sudah berisi satu lagi naskah yang akan mengisi ruang rak bukuku.

Memandangkan Sabtu diskusi akan berlangsung, aku cuba untuk mengharung blook ini pada malam itu juga. Tidak mahu aku termanggu-manggu kosong semasa orang sedang berbicara nanti.

Wah wah wah... bukan main blook ini. Dengan 50 orang penulis dari beberapa negara. Seakan aku kembali ke masa silam, semasa mengerjakan Jiwa Kacau dengan kawan-kawan yang aku suka. Betapa perit seorang yang 'buta' industri buku seperti aku, tapi hati nak terbitkan buku.

Mengumpulkan 20 orang dalam satu buku pun bersusah-payah, inikan pula 50 orang macam blook Budak Kayu!

Aku enjoy blook itu dalam satu malam. Tak sempat nak habiskan sehelai demi sehelai, namun aku harung juga sampai ke penghujung. Buku ini rencam. Buku ini funny, kata orang putih. Masakan tidak, aku boleh terbahak-bahak gelak sendirian bila sampai di muka surat 77, sekali lagi semasa sampai ke mukasurat 153 buku ini. Kisah gurauan suami-isteri pada muka surat 153 itu adalah gurauan 7 lapis langit tahap dewa.

Dalam majlis berkesempatan aku berjumpa Amir Mukhriz, Rudy Bluehikari, Abdullahjones, Kablam22, Aliff Mustakim dan lain-lain orang yang aku malu nak tegur. Kalau nak tahu aku ni pemalu orangnya.

Kalau majlis diskusi blook ini disertai oleh ramai lagi penulisnya lagi bagus.

Entah mengapa, entri ini seakan dipaksakan untuk menulisnya sedangkan hati aku teruja untuk menulis "Aku telah berjumpa Abdullahjones tadi!!!" in-person lagi haha. Aku peminat blog AJ, aku suka buku puisi sucinya, aku suka lukisannya. "Bang... lukisan Inul tu mahal giler sampai RM4 ribu tuuu". / "Kalau kerja yang serius memang mahal... kalau lukisan macam kerbau murah sikitlah". / "Lukisan Inul tu serius??? ingatkan main-main". haha


Dah lama kenal Dr Abu Hassan melalui medium blog. Muring-Wein di Vienna Austria. Masih segar diingatan buku tamu beliau yang ada gambar katak itu. Dulu membaca entri blog beliau, ingatkan beliau orang seberang - Indonesia. Kenal sejak tahun 2003, tuhan menemukan kami empat mata pada 2008. Pertama kali bertemu beliau dan mendengar bicaranya - telah jatuh cinta haha.

Perkataan 'blook' itu secara peribadi terlalu dekat di hati. Aku berfantasi kalaulah boleh eSastera, GengJurnal, Sindiket Sol-jah (sekadar menyebut 3 nama yang hot haha), boleh bergabung dalam satu projek sastera, alangkah!

Kepada eSastera.com amnya, kepada Sdra Dahari khasnya terima kasih kerana sudi menjemput aku, serta terima kasih kerana jamuannya yang sedap.


Kepada sdr Rimanilzah, sekalung tahniah atas penghasilan blook berbahasa Melayu yang ke-7 diterbitkan di Malaysia ini, katanya.

Memandu Di Jalan Abah

Nama dia seperti yang tertera pada poster besar tertampal pada kaca yang memisahkan kami pada pagi itu, 'Siti Training'. Yang memisahkan dunia aku dan dunia kaunternya itu.

Pagi tadi aku pergi Pejabat Pos. Nak pos buku dan nak perbaharui lesen memandu. Lesen memandu tu pass-away lebih seminggu yang lalu.

Dalam seminggu ini aku memandu di jalan abah.

Pagi-pagi sampai di Pejabat Pos dah ramai pun orang. Pejabat belum buka lagi. Aku kembali ke petak parkir, masuk dalam kereta pasang radio lepas tu tidur!

Masuk semula ke pejabat pos itu. Urusan off-line!

Tetapi berkat kesabaran menunggu dapat juga berurusan dan berbalas-balas senyum dengan 'Siti Training'. Lesen bernafas untuk dua tahun lagi. Yeay!


****

Ini balasan tags oleh Cik Ili ;

7 lagu yang aku 'in' pada saat ini.

1) Last Kiss - Pearl Jam
2) Have You Ever Seen The Rain? - CCR
3) Harum Subur Di Hati - BPR
4) Akulah Kekasihmu - AXL's
5) Dalam Diam Aku Mencintaimu - Sting
6) Rek Ayo Rek - Ohello Sisters
7) I hate my self for loving you - Joan Jett

Thursday, August 07, 2008

Budak-budak Sekolah Baru Nak Belajar Main Catur Sedangkan Mereka Sudah Mencapai Usia Akil Baligh Bukanlah Terlewat Untuk Belajar

Kerana belajar itu sepanjang hayat katanya.

Aku tak pandai main catur sebenarnya. Tetapi sebab di dalam kelas kami itu, hanya tinggal aku lagi yang belum main. Maka aku diajak main. Untuk menjaga hati kawan-kawan, aku pun mainlah.

Aku ingat lagi kawan aku Zainol Ariffin. Dia ni boleh tahan hebat. Tetapi, hari itu hari aku agaknya. Empat langkah sahaja aku dah checkmate-kan Zainol hahaha

Bukan main bangga aku.

Masuk set kedua. Hancur haha

Moral of the story, kalau setakat tahu pergerakan Scholar's mate sahaja, baiklah belajar lagi.

Dan aku berjaya apply-kan teknik pergerakan tersebut kerana Zainol lalai.

Wednesday, August 06, 2008

Bukan Bidan Biasa

Haiii... apakah sengalnya client kami ni. Baru petang semalam hantar enquiry, tadi dah call nak quotation esok pagi.

"Encik... kalau saya email malam Jumaat nanti boleh tak encik?".

"Malam-malam macam tu mana ada orang kerja... tengahari esoklah sebelum twelve", katanya.

Kalau sebelum 'twelve' bukanlah tengahari namanya. Cet! pooodah!

Dengan maklumat tak lengkapnya. Dengan lukisan sekangkang keranya. Tu pun dah tiga kali pinda dah tu. Kami punya supplier pun dah naik fedap!

"Lu taruklah sepuluh juta ka sebelas juta ka.. lu orang wa sudah cover lima persen", kata supplier aku yang dah malas itu.

Aku gigihlah membuat jadual. Mengukur wayar letrik. Membelek-belek saiz motor. Buat anggaran bebanan. Semak voltage drop. Melukis shop drawing. Terketik-ketik. Satu. Satu. Satu. Aduhhh rumitnya sistem!


"Haiiyaaa... gua tak mau jadi engineerlah ini macammm!", aku separuh menjerit.

Aku tak suka kira-kira. Aku tak suka matematik. Kecuali algebra, sebab dia ada anu.

Masa aku tingkatan 2 dulu. Aku pernah tak siapkan kerja rumah matematik. Cikgunya pulak cikgu Jamal. Garang. Beliau amat digeruni oleh kawan dan lawan. Dia punya penampar boleh rasa gelap dunia dibuatnya.

Kerja rumah aku tak siap. Saiful pun tak siap. Razak ada satu idea, "jom mandi sungai" katanya.
Seronoknya terjun sungai, yihaa!

Ya. Hari ini kau gembira. Macamlah esok tak bersua cikgu Jamal. Sakit tu hilang dalam sehari. Tapi jalur merah itu bertahan seminggu dua.

Semenjak itu aku bukan saja benci matematik, guru matematik pun aku benci! Kecuali Miss Ong, sebab beliau ada anu...


"Lu sudah siap ka?", tanya bos.

"Dah...".

"Ini macam ka?! calculation ni takkk munggkinnlah."

Dia minta kawan aku semak kiraan aku. Sakitnya hati, hark petuih!

Ketik ketak ketik ketak. Ketak ketik ketak ketik. Bunyi kekunci.

"Minta lu punya soft copy.. mau tengok lu punya formula macam mana."

Hark petuih!!

Sudahnya, kiraan tu tak ada masalah. Mantap. Malah aku ada cover 20-30% margin untuk kami (aku pun nak gak merasa pakai Ferrari hahaha).

"Ok lah boleh proceed lah.", kata bos.

Ceh! Masa tu aku rasa betul-betul nak terjun sungai.

Tuesday, August 05, 2008

Main.

Tuahdanish.

Nak main gitar. Aku tak reti main gitar. Nak main bola. Geng dah tak ada. Suatu masa adik aku belek-belek album gambar aku dengan kelab bola sepak kilang, "Setahu akulah... selama-lama ni abang kaki bangku, macam mana boleh masuk kelab bola sepak?" Haha

Main game komputer. Aku benci game komputer. Nak main gusti smack-down dengan anak-anak kecik, dorang tidur petang pulak.

Sudahnya aku ramas dua ketul dumbell. Buat full-body workout. Buat 2 set repeat 10-12. Tak sampai satu jam... habis. Mandi. Makan malam. Maghrib. Terdampar kepenatan. Habis bateri langsung.

Tertidur sekejap. Bila bangun dah malam dah. Main dumbell tadi dapatnya badan yang sengal-sengal.

Di TV ada cerita hantu tamil, pasal roh katanya. Seram. Tiba-tiba...

Tiba-tiba aku terasa macam nak minum susu!

Anak lelaki aku bangun pulak, ikutlah sekali pergi Seven Eleven. Beli milo sekotak. Susu lembu dua kotak.

Milo dah dua cawan dia minum, bila budak kecik ni nak tidur aku pun tak tahu. Dia ajak main anak patung pulak... esok pagi nak bangun awal pergi kerja.

Monday, August 04, 2008

Menanam Tebu Menternak Lembu (Kerana Menyahut Seruan Pemimpin Negara)

Sebatang Tebu dan Sebuah Fantasi.

Pada pendapat aku. Peribahasa Melayu yang berbunyi lebih kurang begini.

Ibarat menanam tebu di tepi bibir.

Peribahasa tersebut pada pendapat aku tidak sesuai untuk tontonan umum. Haha

Sunday, August 03, 2008

Maskara X - X Factor



Persembahan live yang aku rakam pada malam kejadian. Tetapi malang kamera digital aku tidak merakam sebarang bunyi. Tidak perlu betulkan komputer dan speaker anda, katanya.

Pasal video ni korang boleh google atau carilah kat youtube ya. Sori ye.

Persembahan oleh Republic Theater. Ada dua orang performer, ada dua point utama. Dua point utama yang aku tertumpu padanya (jangan marah aaa). Persembahan oleh dua cewek jelita. Cewek jelita... ah... lelaki manalah yang tidak terpikat olehnya.



Kalau Curt Cobain masih hidup, dia mungkin menangis tengok brother gambus tu petik gambus. Gambus tu dahlah macam tembikai belah separuh. Dengan neck pendeknya, dengan tak ada frednya, "Macam mana nak cari note dia?"


Poyo segala poyo. Persembahan Jonos & Alfie memang poyo habis. Lawak gila babi nak mampus, naik sengal tungking aku dibuatnya. Dorang berdua ni sebenarnya tengah baca sajak oleh Azzam Supardi, korang tahu sajalah si Azzam tu... kreatif lawak tahap dewa.


Ajami dan Reez, mtv tanpa plug katanya.

Sampai menutup mata... layan kak layan. Sampai duduk di lantai. Sampai ke tingkap-tingkap... dasyhat ahhh ding dong ah maskara kali ni. Penangan dia sampai tak sedar ke pagi. Haha

Ok. Secara keseluruhan persembahan oleh Mat Jan (dia buat lawak, kira persembahan gak tu), Republic Theater, Persembahan Pantun oleh Azree Ariffin, unplugged Ajami & Reez, muzik Melayu abad 21 Dewangga Sakti, baca entri oleh Art, sajak duet lawak gila oleh Alfie & Jonos serta unplug akustika yeeha! oleh Dull Entertainment Programme.

Tabik ah sindiket soljah kerana kejayaan penganjuran Masakara X kali ini.

Dan. Tak lupa. Kesedaran keinsafan dalam hati. Bukan sebab bacaan puisi. Tapi sebab bacaan ayat Al-Quran. Salman Sulaiman mengaji. Sadakollahulazim...