
Poster Maskara 8. Who? What? Where? When? Why? and How? Jawapan dalam poster ini :-)

Kaki seni. Err... err... kaki kaki kerusi.

Diodrama small soldier disusun oleh Vovin.

Encik Vovin explain diodrama. Menarik!

Azwan bermain kata.

Satu-satunya rock kapak. Dipersembahkan oleh saudara Derrick Jaramillo dan The Junk. Siap terlentang atas stage lagi. Layan siuuutttt.

... dan kipas pun berhenti, dengar cik Taf Teh baca puisi. Ececece... :-)

Attokz!!!! I love you. Muah.. muah.. muah.... Hahaha.

Sinaganaga aka Ketua Turus Sindiket Soljah sedang baca naskah. Di lantai lilin dalam gelas dan small soj-lah bersepah. Diodrama di lantai.

Jualan buku. Aku sempat sambar Gangguan Teksual (buku lipas), Sabotaj 3 dan Aweks KL. Mantap!

OP makan roti banjir tsunami. Kelihatan sedang baca SMS daripada bini (agaknyalah haha).

Tiga orang ahli silap mata, eh... taklah kami main-main saja. Di tengah seorang ahli silat, eh... taklah aku main-main saja.
P/s: Terima kasih Sidiket Sol-jah amnya, dan Bang Naga khasnya kerana menjemput aku buat persembahan Maskara. Persembahan aku entah apa-apa, tapi aku harap kalian semua gembira - just for fun, ok.
Lawatan seni :
http://www.maxbarrett.co.uk/
No comments:
Post a Comment