Api dan kuali masih di dapur. Aku pergi baca-baca blog, apa barang?
Resepi Ayam Halia Daun Bawang, separuh sudah menjadi arang, sudahnya.
+++
Maka di hari yang baik dan di bulan yang baik, aku 'membayar' kesilapan itu dengan Ikan Siakap Stim.
"Kalau abang masak sedap... abang masak ye?!", aku sudah dijerat dengan umpan pujian awek aku yang comel itu. Well... lelaki kan mudah cair dengan pujian dan bujukan wanita?.
"Letaklah bawang besar ye bangggg..", sebab kalau dia yang masak, macam-macam ditaruknya, asam boi lah, lada lah, tomato lah, serai ...
Aku pulak suka 'rasa ikan' itu sendiri. Original. Kalau aku stim ikan siakap, taruk sos tiram sama halia yang diracik dah cukup. Cukup.
Tapi sos tiram tu nak yang mahal, yang pat lima hengget sebotol tak main!
Siakap stim buatan sendiri ini sudahlah tentu tidak sesedap restoran punya. Siakap Stim Restoran De Chiang Mai Sg. Buloh, misalnya. Siakap Stim dia orang pun banyak rencahnya. Maklumlah orang berniaga, ta'kan letak siakap stim bogel telanjang lepas tu harga puluh-puluh!
Macam yang pernah aku tulis dalam blog lama dulu ;-
"Menu ini sungguh lazat dan menyelerakan! Kalau setiap minggu makan hidangan ini pun tidak akan menjemukan saya. Isi daging ikan siakap yang putih gebu itu pasti merangsang nafsu sesiapa pun untuk menjamahnya, lebih-lebih lagi ketika masih panas. Saya gemar meratahnya, ikan yang lembut beraroma semulajadi seperti halia, serai, asam dan lain-lain sungguh mengasyikkan. Ikannya segar sungguh manis rasanya. Kuahnya pula kalau dihirup amat lazat! Masam manis pedas-pedas sedap bersatu, laju saja menceduk lepas sesudu demi sesudu hingga ke titisan kuah yang terakhir, kering ke dasar mangkuk. Saya memang gemar makanan segar dan lazat serta menyihatkan seperti ini.
Restoran Chieang, terletak di kawasan perkampungan yang aman damai. Lokasinya yang strategik ini pastilah mengundang ramai pelanggan, terutama pada malam minggu. Istimewa restoran ini menyediakan pelbagai menu Thai dan tempatan seperti Tom Yam, Ayam Pandan, Hor Thalae, Sup Ekor, pelbagai jenis nasi goreng, mee, mee hoon dan minuman panas serta sejuk serta jus buah-buahan. Para chef mantap memasak, dan pekerjanya pula cekap mengambil pesanan hidangan. Selain itu layanan mesra para pekerja di restoran ini pasti menarik hati kita untuk datang lagi. Tambahan kebersihan dan dekorasi restoran yang cantik serta berhawa dingin. Pendek kata, hidangan lazat jadi ingatan, layanan baik jadi pujian.
Marilah datang cuba sendiri. Restoran Chiengmai Thai Seafood, Jalan Kampung Melayu, 47000 Sungai Buloh, Selangor. Tel:03-61401870 Fax:03-61402953."
Apa khabar restoran tu sekarang ya? Dah lama betul aku tak pergi sana.
No comments:
Post a Comment