Pada masa itu aku dalam Tingkatan 5 Sastera Hijau. Atau ada yang cakap 5 Setan Hijau, nasiblah.
Tengahari yang berdebu. Sessi Agama Islam bersama ustazah H. Seorang Ustazah yang comel dan best. Kelas aku ada 35 pelajar, 29 lelaki dan 6 perempuan. Lima perempuan Melayu, 1 perempuan India bernama S. Untuk peperiksaan SPM yang tak lama lagi, S ambil kertas Agama Islam.
"Setakat ini apa yang ustazah ajar ok ke?", tanya ustazah H kepada pelajar di belakang, aku agak ustazah tanya S.
Ustazah tu sambung, "Tak... saya tanya kawan kamu pelajar lelaki kat sebelah tu."
"Saya ke cikgu?", tanya Hisham.
"Ya ya.. bagus kamu ni ambil (kertas) Agama Islam, boleh bawak ke? Mengapa tak ambil (kertas) Moral?". Ustazah H.
Hisham yang hitam bertambah hitam, "Apa ustazah ni?! Saya Melayulah ustazahhhh".
Tak dapat tidak aku dan kawan-kawan sekelas ketawa terbahak-bahak menonton situasi ini.
Ustazah H malu betul kerana tersalah sangka. Ustazah pergi kepada Hisham dan mintak maaf bersungguh-sungguh. Hisham pulak aku tengok dah berpeluh mata, mungkin sebab marah, mungkin sebab malu atau kedua-duanya.
"Melayu betul? bukan India muslim? Mamak?".
"Bukaannnn... mak bapak saya Melayulah ustazah!".
Pecah kelas aku dengan gelak ketawa.
"Selama ini saya ingat kamu India, maafkanlah ustazah ya...".
Mudah saja untuk Hisham maafkan ustazah.
Kami yang tadi ketawa berdekah-dekah... terus dapat tazkirah haha
No comments:
Post a Comment