Saturday, September 06, 2008

Entri Blog Tidak Bergambar

"Malam ni abang belanja kita orang", awek aku tagih Mee Udang Utara gerai belakang perumahan kami.

Mi udang ni kuah dia sedap, kuah berasa masam manis berwarna kemerahan. Kuahnya pekat lazat memikat dan memuaskan. Hirup punya hirup tak sedar dah licin. Udangnya pula segar-segar belaka dan dalam sepinggan mi ada beberapa ekor udang, taklah kedekut sangat.

Mi dia mi biasa sahaja, mi kuning tapi kuah dia tu yang dirasakan istimewa sikit sebab masam manis. Tambah udang segar jadi masam-masam lemak manis. Ekor udang dikepit dengan dua jari, badan udang dimasukkan ke mulut, sedut kuah dan jus udang tu perlahan-lahan sambil sedut isi udang yang lemak manis itu. Tarik keluar dari mulut kulit udang yang sudah renyuk. Memang lazat.

Plpappp!

"Banyaknya nyamuk!"

Aku sendiri tergaru-garu betis. Banyak nyamuk tempat ni. Nyamuk sebesar ayam. Lantas aku pun bangun.

"Abang nak ke mana bang?". Tapi aku tak jawab soalan dia.

Aku datang balik dengan Ridsek di tangan. Aku sembur nyamuk bawah meja. Lepas tu sambung makan mi. Terasa ada sikit pedas pulak, terus aku sedut jus epal yang manis itu.

Nota: Syarikat Ridsek perlu bayar aku 3K kalau nak aku eja produk mereka dengan betul.

No comments: