Monday, June 30, 2008

Albab

Mak mertua, pak Mertua dan adik ipar datang ke rumah. Kami hidangkan sedikit minuman dan makanan. Mertua aku pulak bawak baanyakkk buah tangan. Aku layan bapak borak-borak.Awek aku masak bubur kacang. Adik ipar aku tak habis-habis melayan karenah anak-anak buahnya yang tiga orang itu.

Aku pun tak pasti bila masanya aku dah terdampar atas sofa panjang. Berat sangat rasanya kelopak mata ni.

Petang tu aku dikejutkan suara meminta tolong.

"Tolong..! tolong..! tolong mak!", macam suara mak mertua aku.
"Mak pulaslah... jangan tolak jer.. pulaslah mak", macam suara awek aku.

GEDEGANG... gedegang... gedegangggg... bunyi pintu kena hentam dari dalam.

Petang itu berpeluh-peluh aku menukar tombol pintu yang baru. Tombol pintu tandas rosak, mekanisme dia tersekat-sekat. Masa mertua datanglah pintu ni nak rosak pulak, malunya.

Friday, June 27, 2008

Lipau

Awek aku baru gaji. Dia ajak aku pergi beli-belah kat pasaraya. Dalam kereta dia capai pen dari laci dashboard. Dia buat catatan senarai barang atas sehelai cebisan kertas.

"Ermm... sos cili... erm.. sos tiram... ermm.. telur.. erm.. nak beli apa lagi ya bang?"

Memang banyak benda dapur kami nak beli, beras, milo, ikan... kipas.

"Limau purut", aku jawab ringkas.

Entah macam mana, awek aku tersalah tulis, sepatutnya limau dia eja 'lipau'.

"Berapa kilo ayang nak beli lipau murut tu nanti?"

"Alah.. abang ni.. menyampah!"

Balik dari pasar raya. Selepas kereta kami selamat masuk ke petak parkir. Akulah jadi tukang pemunggah turun barang-barang masuk ke rumah. Bungkusan-bungkusan plastik aku perosokkan ke bawah meja dapur, nanti baru kemas, penat.

"Yang...", aku panggil awek aku 'yang'.

"Ye bang", awek aku membalas panggilan aku.

"Agak-agaklah kan... berapa lama boleh tahan lipau murut ni ye? hahaha..."

Thursday, June 26, 2008

Baju cap ayam

"Oit.. oit..", tegur adik aku.

"Wow! beli kat mana baju tu?", dia bertanya.

"Up Town.", jawab aku. Sebenarnya tempat tersebut namanya saja Up Town tapi terletak di Kota Damansara. Dulu dia orang berniaga pasar malam tepi jalan, lepas tu kerajaan Selangor buat satu bangunan serbaguna untuk dia orang berniaga. Selalunya dia orang berniaga bermula jam 12 malam hingga 3 pagi.

Adik aku dah ronda-ronda tempat tu 3-4 kali tapi tak jumpa 'port' jual tshirt ni. Tak puas hati punya pasal adik aku repeat pergi dan ajak aku sekali.

"Hari tu bang Uda cakap baju tu ada sehelai je dalam Malaysia, tipu!", adik aku merunguti abangnya yang seorang lagi.

Elok dah ada tiga pasang saiz M, L dan XXL.

Sesuai untuk sebarang acara tak rasmi.

Saturday, June 21, 2008

Harga Pasaran

Bos aku nak hantar produk yang dah siap kepada pelanggan. Bos minta aku carikan lori.

Aku telefon syarikat lori yang pertama, mahal rasanya. Syarikat yang kedua, lagi mahal. Yang ketiga mahal juga. Aku runding-runding dan tawar menawar.

Apa yang menarik ialah, ada tauke yang menengking aku,"Minyak naik.. summAAAA!!! pun naik... Pak Lah mau bunuh kita, lu tak tau kaAAA!!! Dalam paper pun ada tulis maAAAA!!! Lu tarak baca kaAAA!!!?".

Hek elleh... aku nak tanya harga je, buta-buta kena maki Cina. Kalau aku tau dulu, jadi cikgu pun ok.

Tapi akhirnya dapat juga harga lori yang berpatutan, malah kalau dibandingkan ia murah separuh!

Benda ni bukan susah nak dicongak, ikut laluan mana, mileage berapa, berapa gaji pemandu, berapa tol,.. Bukan syarikat lori pun boleh anggarkan harga sesuatu perjalanan. Takkan naik lori kos dia macan naik kapal terbang? Saja nak untung, cari komisyen lebih...
Dari Subang Jaya ke Tanjong Gemok, kena uruskan lori. Dari Tanjong Gemok ke Kg. Tekek Pulau Tioman kena uruskan bot atau tongkang pula nanti. Kalau tak betul runding dan tawar-menawarnya, harganya potong kepala. Macam-macam alasan dia orang ni. Paling koman, "Ini harga market maaa.."

Kalau orang jual mahal kita cari yang murah.

Sepatutnya kalau kerajaan kita nak beli minyak, daripada luar negara misalnya, carilah dari negara yang boleh jual murah, runding-runding, asyik-asyik ikut,"Kita ikut harga market..."

Monday, June 16, 2008

Mencengkam Jiwa

Pada pagi itu lorong masuk ke SRJK(C) Bagan Tengkorak sunyi. Maklumlah musim cuti sekolah sudah tiba. Cuti sekolah ini bapak akan mengambil kesempatan ke atas anak-anaknya yang semuanya lelaki. Menolong kerja kampung. Masa itu ambil upah 'mengecop' buah kelapa sawit. Embun menghujan dari pelepah-pelepah muda yang basah. Kemudian embun hilang kering bersama terbitnya mentari.

Dikatakan 'mengecop' kerana kita perlu 'cop' tangkai kelapa sawit yang masak kuning merah keemasan itu, BEDEBABB... buah masak terhempas ke tanah liat tepi laut bagan. Buah yang terlerai bertaburan merata. 'Senjata' yang digunakan ialah bilah tajam yang disambung kepada paip galvani diameter 2 inci sepanjang 2 meter. Benda ni kami panggil 'batang cop'.

Masa tu perut aku berketak siyut... selalu menghayun benda alah paip galvani ni. Kalau musim panen yang meriah, kami boleh dapat dua hingga tiga tan kelapa sawit sehari.

Mata hari dah pacak. Pakaian aku dah basah dek peluh. Aku pun sandarkan 'senjata' tu pada pokok sawit. Bapak dari tadi tugasnya mengutip dan menyusun pelepah yang dipotong bersama-sama buah tadi.

"Penat?", bapak menegur.

"Minum jap...", jawab aku, dah termengah dah.

Bapak capai batang cop kemudian hayun ke pangkal buah sawit yang masak ranum. Dua kali hayun buah sawit tu terhempas ke bumi.

"ADUUHHHH... duh... duhh..", bapak menjerit sambil melompat dan meluru lari dengan gaya larian yang tersangat aneh.

Kenapa bapak aku ni? Aku sedang duduk di tanah di bawah redupan pelepah-pelepah sawit terlopong kehairanan.

Rupa-rupanya buah sawit telah terhempas 'direct' ke sarang tebuan di pangkal pokok. Buah tu terbenam separuh ke dalam sarang yang sebesar bola sepak itu. Tebuan-tebuan yang marah kerana rumah mereka musnah, menyerang bapak bertubi-tubi sampai bapak tumpas di rumpun ubi. Berlari aku mendapatkan bapak, aku usung bawa balik. Pada hari itu kami macam askar yang tewas di medan perang.

Sampai di rumah bapak masih steady. Siap pergi mandi-mandi.

"Pergi hospital pak?".

"Takpe... bapak boleh tahan lagi", jawab bapak dengan macho.

Aku lupa berapa hari bapak bemalam di hospital dimasukkan air. Lebih daripada 15 sengatan di belakang badan termasuk kepala, bahu, lengan dan telinga.

Hari ni bapak aku dah tak ada dah. Kebun sawit tu pun mungkin dah meninggi dua tiga galah. Atau mungkin kebun kelapa sawit tu dah tak ada dah. Six pack kat perut aku pun dah lama tak ada. Seperti embun hilang kering bersama terbitnya mentari.

Kalau orang lain boleh hadiahkan bapak dia orang jam tangan ka (koman-koman jam Casio quartz), henpon ka, tali leher ka, makan istimewa ka... Paling istimewa pun aku cuma dapat hadiahkan al-Fatihah kat arwah bapak.

Hari itu hari bapak disengat tebuan, aku masih ingat.

Sunday, June 15, 2008

Walimatul Urus Nuar & Daun

"Kami sesat tadi.", kata Zhouls.

Aku jawab,"Korang bukan sesat... cuma belum jumpa jalan yang benar."

Kekeliruan timbul sebab dalam peta kad jemputan, belok kanan selepas simpang empat. Bapak banyak simpang empat... mana satu? Aku pesan pada E1 (Iwan) yang duduk sebelah pemandu, landmarknya masjid.

Masjid Ehsaniah Sijangkang.

Nasi aku dan nasi E1. Menurut E1, inilah sarapan dia hari ini.

Sebahagian daripada umat para jemputan.

Vovin dan Ady.

Dua orang awek yang tak sempat control ayu. Hahaha..


Mat Jan tunjuk jag dengan nama dia MJ. Bean kat sebelah menunjukkan rasa kagum.

Lipan Betina @ Kemat bersama isterinya Nahdiya.

Cik Easy buat kung fu ular. Zhouls buat 'derk' aje haha.

Aduh.... apa nama abang ni. Kemat cakap nama abang hensem ni Lan Rambai.

Sempat bergambar ramai.


Outline gambar ramai.

Abang kamera. Lupa aku nak tanya nama. Terima kasih bang, tolong angkat gambar.

Petang tu aku ronda Olak Lempit dengan E1. Saja nak tengok tanah kosong kat sana, cadangnya nak bina kilang hahaha


Sebat bihun sup sama Kelapa Bakar Olak Lempit. Ni kira mentonglah ni. Air kelapa bakar tu dicampur madu dan air limau, SUPERRRBBBB..

Sampai Terpejam Mata. Haha

Wednesday, June 11, 2008

Puas Sudah Kau Melukakan

Boleh.

Minyak.

Boleh naik lagi Pak Lah?

Boleh.

Kote.

Boleh naik lagi Pak Lah?

Sunday, June 08, 2008

Ada Telinga Dengar

Kalau korang ada masa lapang kan... pergi ke laman web ni;

http://202.190.64.96/v5/content/view/18/69/lang,ms/

Lepas tu korang cari kat tepi kanan tu ada ikon speaker dengan teks Dengar/Hear. Klik ikon tu.

Tunggu sekejap... loading fail MP3, lepas tu dengar baik-baik.

Apa yang korang dengar?

Pundek kan?.. sistem IT negara kita...

Saturday, June 07, 2008

Ada Satu Kali Gwa Rasa Mau Hentam Dinding

"You cancel semua cuti yang you sudah apply itu hari." Demikian arahan bos.

Ada tender nak kena siapkan deadline minggu itu juga. Client ni susah sikit nak tolak sebab masih ada on-going project bernilai jutaan ringgit dengan dia orang. Nak tak nak kenalah layan juga.

"You boleh cancel you punya cuti tak?", tanya bos. Ini bukan soalan objektif mahu pun subjetif jauh sekali soalan esei. Ini bentuk soalan 'do or die'.

Dengan berat hati aku jawab, "Boleh...".

Awek dan anak-anak dah meleleh air liur sebab aku janji nak bawak jalan-jalan ke Pulau Tioman.

Client emailkan tender enquiry pada petang Jumaat (Sabtu dan Ahad mana ada orang kerja), aku buka email pada hari Isnin, client bagi deadline Rabu. Bodoh!

Aku print email dan attachment-nya dan muatkan dalam enam fail! Print saja dah makan sehari setengah, nak baca lagi specification dan technical data. Drawing ada beratus helai, kalau baca bukan gugur biji mata malah boleh gugur telinga sama gigi. Bodoh!

Aku call client tu tanpa pengetahuan bos, tanya elok-elok apa hajat dia orang. Aku dapat tahu client ni bertindak sebagai main-contractor, pemilik projek ni bagi dia orang deadline 24 hari. Memang bala, tender 24 hari tapi tekan ke sub-contractor 3 hari.

Runding-runding.. dia orang bagi aku extend lagi 2 hari. Dia orang ajak aku pergi lawatan tapak, bos aku pula bagi green light.

Bertolak dari Subang Jaya ke Johor Port, Pasir Gudang untuk lawatan tapak. Lawatan tapak ni bagus juga untuk aku menjiwai tender itu nanti. Nak masuk tapak kalah protokol nak masuk istana. Wakil pemilik melihat kami macam anjing kurap saja. Projek selebar padang bola, tapi remeh macam nak buat kapal angkasa! Pergi Johor pagi, balik rumah malam.

Keesokan harinya berhempas pulas aku mengadap dokumen-dokumen tender memandangkan semalamnya dah pergi lawatan tapak, jadinya dah ada banyangan jelas dalam otak.

Petang tu aku call client kami tu sebab ada benda aku kurang jelas sikit. Tak lama lepas tu dapat SMS,"Call-off tender... bla.. bla...".

Arghhhh...

Esok bos akan balik dari percutiannya. Cuti aku boleh cancel, tapi cuti bos tak boleh cancel,"Saya sudah booking woo... saya tak boleh cancel woo..", kata bos.

"Itulah abang rajin kerja sangat, lain kali kalau dah minta cuti, cuti ajelah!", kata awek aku. Bajet untuk pergi Tioman yang tak jadi tu awek aku minta ganti dengan gelang.

Untuk tujuan kesihatan dan pengaliran darah yang baik aku bercadang nak belikan gelang magnet.

Friday, June 06, 2008

Kemeja Baru Saya

Adik aku cakap One Utama (pasar raya) ada buat sale. Baju branded murah-murah. Dia dah beli kemeja sampai sepuluh pasang, seluar tiga pasang. Semua setengah harga.

Kemeja aku pun lama tak tukar, ada yang kolar dah bungkas pakai lagi.

Aku pilih dua helai, yang satu tu hitam mak aku cakap cantik.

"Kalau half price bukan RM60 ka?", aku minta kepastian dari jruwang dan salesgirl itu, takut-takut dia orang scan salah barcode.

"Owh.. kita ada sale 50% lepas tu ada sale untuk Father's Day lagi.. so baju ni last price RM45".

Lepas aku ceritakan kat adik aku, terus dia tak puas hati, berapa banyak potongan dia terlepas. Gelojoh sangat, haha

Memang kemeja jalur yang aku pilih tu dapat pujian. Mak aku cakap,"Cantik baju kau, warna-warna macam bangla."

Pagi itu hati aku rasa luluh.

Thursday, June 05, 2008

Tak Kenal Maka Tak Cinta Dah Kenal Nanti Tergila-gila Susah-susah Je

7 Raw Facts About Me:
1. Suka makan megi, low maintenance aku ni, haha
2. Tak suka kasut yang bertali.
3. Kalau boleh sentiasa nak pakai jeans, stonewash jeans.
4. Minat motor besar easy bike macam Harley misalnya.
5. Pendendam sekejap, simpan-simpan lepas tu kang lupakan...
6. Degil
7. Ada parut di dagu jahitan 2 jarum kesan jatuh dari almari dan jatuh basikal. Parut lama berdarah kembali beb, perghhh...

7 Things That Scare Me :
1. Dentist
2. Parachute
3. Hantu, walau pun orang cakap ia tak wujud
4. Kalau orang mati hidup balik
5. Ulat gendon atau ulat sagu, kau pujuklah makan macam mana pun takde aku layannya
7. Mati

7 Current Songs :
1. The Reason
2. Harum Subur Di Hati
3. Ketahuan
4. Rek Ayo Rek
5. Akulah Kekasihmu
6. J'ai Ai Marre
7. Buffalo Soldier

7 Things I Say Frequently :
1. Hai...
2. Ye saye
3. Oraittt
4. Hmmm...
5. P*******
6. Apa barang?
7. Sohai

7 Most Valuable and Sentimental Things of Me :
1. Koleksi Floppy disk 5 1/4 inci (WordStar, Lotus, dBase, Professional Write, ACAD, etc).
2. DVD Face Off / Broken Arrow
3. Buku Cerita Dari Blora
4. Tiket bas
5. Basikal mountain bike jenama Rocky
6. Nametag Pengawas Pusat Sumber
7. Buku nota Bahasa Melayu Kertas Satu STPM ajaran Cigu Irfan

7 First Time In My Life :
1. Jadi bilal Masjid Blok Y di kampung Sg. Burong, azan Maghrib lepas tu masa tarik suara terkucil. Tobat dah...
2. Tingkatan dua, Ponteng sekolah pergi mandi sungai.
3. Pada umur 24 tahun, Kahwin, of course... sangat best, "Kalau aku tau macam ni punya best, masa sekolah dulu kawin dah."
4. Umur 22 tahun, Beli motorsikal lepas tu kagum tengok ekzos dia, "Macam mana dorang design ye..?"
5. Masa kecik, makan goreng tapai ubi.
6. Tingkatan 5, belajar pakai tali leher (jadi pengawas).
7. Ortodontik. Cabut 4 batang gigi geraham, yang dua batang gigi geraham cabut dalam satu masa.

Sunday, June 01, 2008

The Most Valuable and Sentimental Things of Me - Basikal (Part 1)

Jalan raya kecil merentas sawah saujana mata memandang. Di ufuk timur mentari baru nak muncul. Kelihatan sekonyong-konyong budak-budak beruniform sekolah mengharung embun pagi. Sesekali disapa segar dingin bayu pagi itu.

Dulu aku berbasikal ke sekolah. Dari darjah satu membawa ke sekolah menengah sampailah ke tingkatan 6. Adik-beradik aku pun sama, setiap orang ada dibelikan sebuah basikal. Bapak aku belikan basikal 'tua' untuk aku. Dinamakan basikal tua walau pun masih baru kerana basikal ini ada 'palang'. Lama juga aku menyayangi basikal ini sampailah suatu masa aku mintak rock-mountain-bike.

Suatu masa, pedal basikal aku rosak. Komponen pedal ni terlerai satu demi satu (mungkin akibat penggunaan yang lasak, mana taknya setiap hari aku berkayuh 12km untuk ke sekolah, pergi balik dah 24 km).

Pedal basikal tu lama-kelamaan tinggal rod sahaja. Masih boleh kayuh. Tahu apa jadi pada suatu hari? Sedang aku leka mengayuh, aku ingin menambah kelajuan lalu aku 'berdiri' menolak pedal dengan tambahan berat padan.

Zaassss... kaki kanan aku tergelincir dari rod. Paakkkk... celah kelangkang terhentak pada palang. Aku terdongak kelangit serta-merta. Badan seakan kejang menahan sakit. Azab yang ditanggung tak dapat digambarkan dengan kata-kata, sengal yang deras menjalar kesegenap urat sampai ke kepala. Mungkinkah mahkotaku sudah musnah? Aarrghhh... hanya satu dengusan yang kedengaran.

Di ufuk timur mentari baru nak muncul. Kelihatan sekonyong-konyong budak-budak beruniform sekolah mengharung embun pagi. Sesekali disapa segar dingin bayu pagi itu.