Saturday, February 20, 2010

Review Buku : Siapa Kekah Bidan Sepiah?

Mengkhatamkan buku Siapa Kekah Bidan Sepiah? (SKBS?) buat kesekian kalinya.

Kali pertama melihat buku ini, terus terlintas di fikiran permainan Harimau Jadian yang pernah aku sertai bersama grup Sindiket Soljah lepas Maskara dulu. Kreatif dorang ni, permainan dijadikan buku.

Pada masa yang sama aku terus teringat Einstein Puzzle - Who Owns Fish?

Jadinya untuk merungkai persoalan Siapa Kekah Bidan Sepiah?, aku mengambil kaedah yang sama untuk menyelesaikan puzzle Einstein tersebut.

FAKTA-FAKTA DARIPADA BUKU SKBS?
1. Ada 10 orang lelaki pada gambar kulit buku.
2. Setiap orang menulis watak-watak yang berlainan.
3. Ada yang memegang watak manusia dan harimau jadian.
4. Ada harimau jadian bunuh manusia, ada manusia bunuh harimau jadian, ada harimau jadian bunuh harimau jadian, dan ada manusia bunuh manusia (kes salah sangka)
- harimau jadian bunuh manusia dalam cerita Bidan & Wak K
- ada manusia bunuh harimau jadian dalam cerita Kadeer
- ada harimau jadian bunuh harimau jadian dalam cerita Renjer
- dan ada manusia bunuh manusia (kes salah sangka) dalam cerita Leha

HINTS
1. Pipi tulis Leman Kompang
2. Azzam tulis Abdul Kadeer Kuti
3. Jigo tulis Jali Lempoyang
4. Tok R tulis diari Harimau Jadian
5. Spyz tulis Wak Karmon
6. Naga tulis Bidan Sepiah
Naga aja Mr. Lau tulis Pak Akop
7. OP tulis Dukun Najri
8. Mat Jan tulis Leha
9. Dean Sham tulis (?)
10. Vovin Encik Renjer
11. Abdul Kadeer Kuti ialah harimau
12. Encik Renjer harimau
13. Penulis diari sah-sahlah harimau
14. Abdul Kadeer dah buntingkan Aida, so akan ada waris harimau jadian

Soalannya: Siapa Kekah Bidan Sepiah?

Kita mulakan dengan membuat jadual dan kita masukkan butir-butir.

Memang Tok Rimau adalah harimau jadian sejak mula lagi. Tok Rimau yang kekah bidan sepiah. Yeay!

Juga, sila rujuk muka surat 9, muka surat 47 dan muka surat 96 untuk membaca sebahagian catatan / entri-entri pengakuannya.

Makanya kalau kau nak semak muka surat tu kau kenalah ada bukunya dulu. Kalau tak ada beli!

Lawat www.sol-jah.blogspot.com

4 comments:

Firol said...

Hehehhe..konfem dan sah Tok yang kekah..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

hahaha~

Tok Rimau adakah sebahagian daripada mereka-mereka dalam Kampung Fatimah Kacip?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Hehehe~

Sudah menulis review juga..

Jemput datang.

http://shafaza-zara.blogspot.com/2010/02/siapa-kekah-bidan-sepiah-hidangan.html

kingbinjai said...

takpela, aku dah tau jawapan dia dari ko hohohohoho