Sunday, February 07, 2010

Tak Nak Jadi Kera Sumbang

Menghadiri mesyuarat persatuan penduduk. Khemah dan kerusi-kerusi disusun bersebelahan kolam.

Ada jamuan mihun goreng, karipap kentang, karipap sardin, air oren dah teh O panas.

Aku mengulang karipap sardin dan teh O panas. Sedap. Karipap sardin berkulit rangup dan lemak. Isi sardin masih panas beradu dengan aroma lada dan bawang. Inti karipap yang panas dan likat seakan melecurkan lidah. Pertarungan lidah dan panas inti karipap ini amat mengasyikkan. Di bawah matahari pukul 10 pagi dengan teh O panas, terasa peluh dingin mengalir di dahi dan belakang.

Pengerusi letak jawatan, AJK letak jawatan. Naik pengerusi baru, naik AJK baru. Berucap hu ha hu ha, bersembang hu ha hu ha...

Semakin banyak taik kucing di bawah tingkap bilik tidur anak aku. Rancangan aku begini, malam-malam aku kidnap semua kucing tu. Bawa masa balik kampung. Sampai di Kuala Selangor aku buang kucing-kucing tu di tepi jalan. Mesti ada yang berebut kutip kucing ala-ala Siam tu.

Ala... lagi pun dia bukannya pengerusi lagi. Lagi pun duduk apartment manalah sesuai menternak binatang!

Karipap jadi mangsa ahli mesyuarat. Selalunya pengerusi dan setiausaha yang jadi mangsa.

Bilangan karipap lebih banyak daripada bilangan yang hadir mesyuarat.

3 comments:

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

ooo...bang lu datang makan je kan...

kingbinjai said...

ooo selalu aku kalo pegi mesyuarat takde karipap. ada mihun.

dugongsenyum said...

Gafaro,
rezeki jangan ditolak hehe

Kingbinjai,
mihun ada karipap pun ada. air oren ais ada, teh o panas pun ada... perghhh!