Sunday, October 04, 2009

Rambut

Oleh kerana nak jimat petrol jalan jauh-jauh, aku pergi kedai gunting yang berdekatan. Tengok rambut aku ni pun dah macam 'cicak jatuh boleh mati' eloklah gunting rambut.

Aku tanya tukang tu boleh tak buat macam dalam gambar ni (sambil jari aku tunjuk poster gambar nombor 16). Boleh katanya. Mesinnya macam tak tajam. Cara dia gunting pun macam tak kena. Muka dia pun muka panik. Rambut aku ni kalau dah panjang memang panik menengoknya.

Entah apa-apa yang di gunting di sikatnya. Aku makin tak hepi. Boleh buat ke tak boleh buat ni? Ketiak dia busuk. Nama kedai nama India tapi pekerja ni mungkin Bangla. Ketiak busuk di dalam ruang yang berhawa dingin ni musykil juga.

Tengok kat cermin rambut aku dah rupa beruk. Aku suruh dia berhenti. Aku bayar berapa dia nak terus pergi ke kedai yang biasa aku pergi tu. Perjalanan 10km dengan sumpah seranah.

Brother kat kedai gunting tu tersenyum keras perut memerhatikan kepala aku yang lain macam itu. Aku terus cakap, "Satu orang muttal sudah main sama sayalah... kata boleh bikin pendek petak you tengoklah... jahanam rambut saya."

Brother tu repair kepala aku perlahan-lahan, trim bagi nipis nak samaratakan dengan kesan sodokan yang sebelumnya. Selesai bergunting dan bercukur side-burn, aku tanyakan berapa bayaran.

Dia mintak sikit jer... separuh dari yang biasa. "Aik!.. apasal murah."

"You punya rambut dah ada orang potongkan separuh maa...", jawabnya. Kami terus ketawa.

Sebelum balik aku pekena teh tarik dan capati di kedai mamak berdekatan.

No comments: