Wednesday, July 30, 2008

Guru Yeay!

Jika hari ini seorang graduan undang-undang
Jika hari ini seorang graduan agama
Jika hari ini seorang graduan bahasa
Jika hari ini seorang jurutera muda
Jika hari ini temuduga terbuka
Sanggup nak berhenti kerja
Sejarah zaman ini
Jadi guru biasa
Tapi gaji luar biasa

Pautan: SemakDuga

Tuesday, July 29, 2008

Poster-poster Amaran Yang Kita Suka


Di sekitar pejabat dan kilang tempat aku bekerja ni ada di pasang sistem Closed Circuit TV (CCTV). Sebuah komputer dijadikan sebagai server terletak di kabinet betul-betul di belakang aku.

Semenjak kebelakangan ini, server tersebut sering 'off'. Takkannnnlah off sendiri. Pada masa yang sama ada beberapa benda (dilaporkan) hilang seperti copper tape, skrew, copper busbar, tools, jam dinding dan highlighter...

Kakak cleaner ada melaporkan bahawa seorang beliau telah datang ke tempat aku ini dan main itu server. Beliau itu nampaknya nak kena.

Di mana tempat paling sesuai nak tampal poster ini?

Friday, July 25, 2008

Lagi Laporan Percutian

Dapat peluang menginap di Holiday Apartments. Tiga hari dua malam. Percuma. Ya. Percuma tanpa satu sen bayaran pun. Kami dapat studio apartment yang amat comel, ringkas dan sedap mata memandang.

Pada waktu pagi kami buka jendela yang mengadap padang golf yang kehijauan segar saujana mata memandang, sambil menghirup udara segar dengan irama burung-burung menyanyi riang. Tempat paling sesuai untuk berehat menternak badan.


Salah satu blok apartment yang terdapat di sini, blok ini terletak di atas bukit. Manakala apartment yang kami menginap dibina di lereng bukit.

Papan tanda berhampiran parkir. [klik gambar untuk besarkan] Perhatikan Nota #4 Dilarang membawa masuk ataupun menyimpan buah durian.

Ruang tamu ada air-cond dan kipas. Ada dapur elektrik. Ada peti sejuk. Dalam bilik air ada pemanas air. Disediakan foam bath, syampu, losyen, sabun dan plastik serkup rambut/kepala. Dan ada Astro.

Di atas kabinet TV ada telefon, disebelahnya ada nota/menu. Perhatikan harga makanan dan minuman tersenarai dalam menu tu. Kami memesan tiada satu pun.

Dua orang budak bermain-main di halaman.

Ruang legar di pintu masuk apartment.

"Wahhhh... banyaknya diari!", kata aku.


Di tepi tangga ada riser untuk servis elektrik, air dan telefon. Aku ternampak satu pintu riser dah terbuka, lalu aku hampiri pintu itu. Tergerak hati untuk melihat di dalamnya. Di dalamnya macam stor menyimpan barang. Aku ternampak susunan buku, aku ingatkan diari.

Rupa-rupanya ada orang simpan kitab di situ.

Tuesday, July 22, 2008

From Perak With Love

Ahad, dua puluh hari bulan. Hari terakhir percutian sebelum kembali ke kota. Cadangnya kami nak pergi ke Pulau Pangkor, tapi macam takde mende je kat sana. Jadinya kami sekadar ronda-ronda Lumut membeli ole-ole.

Rombongan bergambar berhampiran Lumut Waterfront.

Kawan kakak aku nak faraid durian, katanya. Apa lagi... kami pun berkonvoi empat kereta ke destinasi yang dimaksudkan. Tempat tu landmark dia ialah Kompleks Sejarah Pasir Salak. Aku follow saja kereta-kereta di depan sebab aku first time masuk area ni. Berapa kali aku mengikut kesesatan kereta di depan, betapa setiap kali kami kembali ke pangkal jalan... keranamu durian.


Sempat ambil gambar pintu gerbang kompleks.


Papan tanda depan rumah kawan kakak aku. Tertulis di situ "KG BIAK HILIR".

Aku lepak di pangkin tepi sungai. Di tepi sungai inilah katanya JWW Birch dibunuh oleh Si Putum pada 2 November 1875, katanya.


Durian-durian terhidang di halaman rumah.

Emak kawan kakak aku tengah menyediakan tempoyak. Kami dijamu makan tengahari nasi putih lauk ikan sungai gulai tempoyak, ulam kacang panjang, ulam petai cicah sambal tempoyak. Perghhh...


Lepas makan nasi terus bedal durian dan manggis. Manggis pulak fresh baru petik dari belakang rumah. Sangatlah berbeza lazat nikmatnya makan durian di dusun terbabit itu sendiri, berbanding dengan yang beli kat pasar malam dan makan kat rumah. Very hot! you know...

Makan tanpa segan-silu, padahal baru first time lah kenal tuan rumah haha

Awek aku cakap, "Kalaulah Lin kawin dengan orang Perak yang ada dusun durian kan best... ni kawin dengan orang Selangor... kelapa sawit jer ada."

"Ha ha ha...", aku ketawa. Memang ada benarnya kata-kata awek aku tu Haha.

Adik aku kepanasan makan banyak durian, sama dengan aku. Jadinya kami ke dapur tuan rumah dengan membawa kulit durian. Kami capai jag air mati dan tuang air ke dalam pangsa durian terbabit. Kami teguk airnya.

"Mana mazhab korang ikut minum dalam kulit durian?!", tegur tuan rumah iaitu kawan kakak aku tu.

"Petua sejuk badan kak...", jawab adik aku.

"Mana ada sejuknya kalau dah makan banyak macam tu... kalau nak sejuk pergi terjun sungai sana! dekat je tu haa...". Adeh...


Durian percuma sebagai buah tangan ikhlas daripada tuan rumah. Petua untuk menghilangkan bau durian di dalam kereta, ialah dengan mencurahkan tiga botol budu, maka bau durian akan hilang, insyaAllah.

Sunday, July 20, 2008

Laporan Percutian

Percutian ke Lumut dan Pasir Salak memang memuaskan hati.

Papan tanda.

Teknik Mengapung Tubuh Tahap Ke Lapan Tujuh Petala Langit.

Teknik yang hampir sama. Lepas ni kami nak belajar berjalan atas air pulak.

Thursday, July 10, 2008

Nasi Lemak

Nasi lemak buah bidara,
Daun selasih hamba lurutkan;
Buang emak buang saudara,
Kerana kasih hamba turutkan.

Sumpah! Pantun empat kerat itu tiada kena mengena dengan entri aku ini.

Pada masa itu belum ada PLKN. Aku masih muda. Yang ada kursus singkat tak sampai seminggu. Aku lupa kursus apa... BTN agaknya.

Pagi itu tidak berkabus. Mentari baru nak keluar dari lurah bukit. Aku dan kawan-kawan kena berjogging. Rumput dan lalang basah di trek kami rempuh.

"Kejap... kejap...!", kata Farah Asyikin.

Aku menoleh ke belakang. T-shirt putih lengan pendek aku kemas dengan seluar trek. Basah dek embun. Dan peluh.

Farah Asyikin membongkokkan badannya. Kedua-dua tangan sedang mengetatkan tali kasut sukan Reebok. Kolar t-shirt dia luas dan longgar. Pada ruang yang terbentang itu aku ternampak err... err... kemas tersimpan harta dia.

"Apa senyum-senyum?!", sergahan itu segera memusnahkan fantasi aku itu pagi.

"Aaa... mmm... nanti kalau kita sarapan nasik lemak best jugak kan..?".

Pagi itu tidak berkabus. Mentari baru nak keluar dari lurah bukit. Aku dan kawan-kawan kena berjogging.T-shirt putih lengan pendek aku kemas dengan seluar trek. Basah dek embun. Dan peluh.


Nota: Akuan bersumpah, ini hanyalah cerita fantasi semata-mata.

Wednesday, July 09, 2008

L.P.D

Aku tahu benar sikap bos aku tu. Nak menang saja. Tak mau mengakunya tersasul.

"LDP lah... bukan LPD...", kata kawan bos.

"Sebenarnya ia bergantung di mana kita berada", jawab bos aku.

Sambung bos lagi, "Kalau kita dari Damansara ia jadi LDP, sebaliknya kalau kita dari Puchong ia jadi LPD... from Puchong to Damansara maaa."

Kawan bos tak puas hati, "Then... how about the PLUS?".

Hahaha. Bos... bos...

Monday, July 07, 2008

Gelak Tawa Kita Pada Malam Rejab ke-Tiga

Aku menghadiri MASAKARA-9 pada malam minggu semalam. Berjumpa ramai kawan-kawan. Menambahkan ramai kawan baru.

Sembang dengan pembuat Roti dan Kopi, Azzam Supardi dan kawannya.

"Ramai orang malam ni..", kata Azzam.

"A'ahlah... kalau sembahyang Jumaat... jumlah jemaah lepas ni", tambah kawan Azzam.

Aku pun menyampuk, "Ramai betul... biasa tak ramai macam ni kalau sembahyang jenazah confirm arwah masuk sorga."

Kemudian kami ketawa.

Kawan ketawa. Mudah dicari.

Awek dan kamera.

Awek dan bakat besar. Nama dia Ili Syazwani.


Pertunjukan fesyen musim panas dan musim durian.


Cerpen awek ini mengingatkan aku kepada salah satu sajak Po.


Si Baju Hijau selesai membuat persembahan.

Kawan ketawa.

Ketawa gembira dapat hadiah.

Otai-otai Geng Jurnal. Dari kiri Mat Jan, Nuar, Saharil, Daun dan Rudy Bluehikari.

Ritual yang mencemaskan. Haha

Sunday, July 06, 2008

Sedap

Hari minggu. Aku mengasah bakat di dapur. Hari ini nak masak ayam.

"Nak lagi ye?", dia cubit seketul kecil ayam. Meratah.

"Ambiklah...," jawab aku ringkas.

"MMMMmmmm... sedapnya!", awek aku menghisap hujung jarinya.

"Hehe..", aku senyum.

"Mana abang belajar?", awek aku tanya.

"Dari internet...", jawab aku ringkas.

"Asalnya resepi untuk katak... abang ubah untuk ayam."

Saturday, July 05, 2008

"Have you ever seen the rain?", soal CCR.

Itu hasil daripada pemerhatiannya di sekolah, agaknya. Kawan-kawannya di sekolah semua ada kakak semua ada abang, mungkin.

"Ayah... kenapa Aqilah tak ada kakak?", anak sulong aku membahasakan dirinya 'kakak'.

"Kalau boleh memang nak anak lelaki sorang lagi, tapi tak mau pregnant lagilah", awek aku cakap.

Anak sulong nak seorang kakak. Mana boleh jadi... kalau nak adik bolehlah. Awek nak anak lelaki sorang lagi, tapi malaslah nak pregnant-pregnant... mmm.

Kesimpulannya... aku boleh bagi kakak seorang 'kakak'. Aku boleh bagi awek aku seorang lagi anak lelaki. Mana nak cari janda muda jelita kaya muslimah anak dua?

Wednesday, July 02, 2008

Asap

Pagi itu aku memandu kereta seperti biasa. Masuk selekoh ke kiri menuruni flyover. Tiba-tiba ternampak asap hitam berkepul-kepul naik ke udara.

Aku amat-amati punca asap berkenaan. Turun dari flyover tu masuk ke jalan utama. Aku nampak asap berkepul-kepul datangnya dari bahagian hadapan sebuah kereta. Kereta tu pula meluncur terus dengan kelajuan biasa. Pemandunya aku tak nampak. Kereta yang berasap-asap tu terus menghilang dari pandangan.

Aku meneruskan pemanduan. Aku memandang cermin dan berhati-hati menukar lorong sebab sebentar lagi aku nak buat pusingan 'U'. Rasanya aku nak bersarapan nasi lemak Gerai Kak Pah sebab lapar, tapi tak tau lagi, tengoklah nanti. Aku sarapan roti telur bawang sama teh tarik kat kedai mamak. Teh tarik terasa suam. Roti telur bawang panas berasap-asap. Asap hitam berkepul-kepul tu kembali dalam ingatan, dan aku pun berkata, "Mmm... dah lama tak tengok keretapi barang!".

Tuesday, July 01, 2008

Rumput

Jenuh juga menunggu drawing aku keluar daripada plotter. Aku belek butang itu, butang ini...

Kertas saiz A1 tu masih tak bergerak-gerak, mungkin sebab saiz memori fail yang agak besar.

Berdiri berpeluk tubuh. Merenung mesin.

"Apa bikin sini...?", Encik Bos datang menegur.

"...", aku tak sempat nak jawab pun.

"Wa-ah... lu nampak hensem ini hari, kasut baru, baju baru, seluar baru..".

Hehehe...

Sambung Encik Bos sebelum pergi, "Itu rumput pun sudah kasi potong aaa..."

Telapak tangan kanan aku mengusap-usap perlahan kepala gaya flat-top. Lagi sepuluh atau dua puluh tahun lagi, mungkin kepala aku pun akan jadi macam Encik Bos, licin takde rumput.