Monday, August 09, 2010

Bukan Kawan Biasa


Namanya Abdul Razak. Hamba Allah Yang Memberi Rezeki. Memberi rezeki kepada anak bini dan keluarga tentunya.

Kami kawan dah lama. Sejak sekolah menengah lagi. Kami jadi sangat akrab dan erat selepas menyertai ekpedisi berkayak ke Pulau Pangkor. Ini kejadian tahun 1993 kalau tak salah.

Debaran ombak sama-sama kami kayuh, hujan lebat kami rempuh. Perut lapar makan nasi lauk ikan masin bakar. Tidur dalam khemah yang tak sempurna. Ada air terjun dalam khemah kami.

Aku kawin dia datang kenduri kawin aku. Dia kawin aku datang kenduri kawin dia. Kami pernah buat gathering berbuka puasa dan membawa anak-anak dan isteri masing-masing. Beraya ambil gambar ramai-ramai.

Berbuka puasa di Shah Alam dengan keluarga Juli.

Masa terus berlalu. Kerja dan kerja... masa pun tak ada untuk jumpa selalu. Hari tu dia ada call ajak mengeteh pun kita orang tak sempat sebab kerja.

Minggu lepas aku dapat berita mengejutkan. Razak meninggal dalam kemalangan jalan raya. Zaman sekarang untung ada Facebook, berita cepat dapat dari kawan-kawan.

Terbayang-bayanglah di ruangan mata kenangan-kenangan masa bersama. Apalah nasib anak-anak yang masih kecil yang ditinggalkan. Dari jauh sekadar dapat mengirim Al-Fatihah.

Hilux yang dikatakan melanggar belakang lori tangki.

4 comments:

Unknown said...

al fatihah...

d' azali said...

innalillah, fatihah buat arwah

Tok Rimau said...

al fatihah

. said...

Innalillah.
Al-Fatihah.
Takziah.