Wednesday, June 16, 2010

Clean Desktop & Work Space


Salam...

Lamanya aku tak update blog ni. Bukannya tak ada bahan nak tulis, berlambak-lambak. Gambar-gambar untuk modal entri ada. Sketch-sketch untuk tulis entri pun ada. Tapi masa tak ada. MASA. Masa tak ada.

Terkini. Aku kemas bilik kerja aku. Aku pindahkan komputer dan alatan-alatan ke suatu sudut di dalam master bedroom. Bilik kerja sedia ada aku nak hand-over kepada anak aku. Anak-anak dah mula besar, nak latih dorang tidur asing-asing lelaki perempuan.

Buat masa ni puas betul hati aku melihat susunatur ruang kerja aku ni. Masih 'bersih' ni. Berikut aku senaraikan dan labelkan equipment2 yang ada;

1/ Extension power supply. Satu wall socket mana cukup!
2/ CPU dengan enjin AMD yang "orang dah tak pakai lagi dah sekarang", kata Hidzuan.
3/ LCD Screen jenama LG, baru beli.
4/ Keyboard yang dah kena conteng anak-anak.
5/ Mouse optical yang 'sedap' digenggam.
6/ Meja kerja beli kat kedai barangan terpakai. Kebetulan pulak ukurannya ngam masuk ruangan ni. Tapi meja ni goyang aaa, ada rezeki sok aku nak beli meja yang lebih kukuh, sekenhen pun takpe.
7/ Portable HDD 320GB Buffalo
8/ Laser jet printer. Jarang guna.
9/ Jenama PHILIPS. Best!
10/ HDD tambahan dan untuk backup. 1TB Buffalo. Di sebelahnya ialah satu lagi portable HDD 80GB
11/ Kerusi, barangan terpakai.
12/ Bakul sampah.
13/ Kalendar dan nota reminder.
14/ Lampu meja. Kawan bagi.
15/ Langsir. Ruang kerja ni mengadap tingkap.
16/ Bekas pensil & alat tulis.

Tapi, dah tentu takleh lawan dorang ni;


8 comments:

gunx said...

like !!

dugongsenyum said...

thanks!

Hashim Zabidi said...

Dalam tak cerewet ada cerewetnya!...

dugongsenyum said...

Pak Hashim,

Bukan saya yang cerewet, tapi awek saya. Ni pun dah masuk 2-3 tahun dia suruh saya kemas. Wakaka

kingbinjai said...

hebat!

dugongsenyum said...

King,

apalah hebatnya PC zaman purba...

nizamsani said...

lepas ni mesti lebih banyak masa.komputer dah katil dalam satu bilik yang sama. boleh buat dua kerja dalam satu masa.banyak penjimatan.

zizie ali said...

tahniah krn berjaya update bilik. takziah krn gagal update blog.