Wednesday, October 31, 2007

Ribut

Pada hari raya ke dua yang lalu telah berlaku ribut kencang di kampung aku.


Ada pokok tumbang merentang jalan masuk ke kampung aku.



Rumah di tengah sawah yang gagah masih mampu bertahan dan semua warga di dalamnya selamat.

Namun beberapa keping atap zink telah diterbangkan hingga ke tepi jalan sejauh lebih kurang serantai.

Ada sekeping atap zink sudah diterbangkan ke tengah sawah. Adik aku pergi kutip dan abang ipar pergi panjat bumbung memasangkan semula atap-atap tersebut.

Walau bagaimana pun, kerja-kerja penyudah dilakukan oleh tukang rumah yang diupah memandangkan kami kurang arif sangat bab-bab bertukang rumah ini.

Monday, October 29, 2007

Tuesday, October 23, 2007

Mood raya lagi

Cuti dari 12 hingga 22 Oktober 2007 yang lepas. Hari ni baru masuk kerja.

Masih mood raya lagi.

Ya... seseorang telah merogol komputer yang aku tinggalkan ini. Arghhh!

Monday, October 08, 2007

Tertib Makan Buffet Ramadhan

Ini gambar BBQ kambing dengan sos pudina.


Hairan tengok orang berpusu-pusu mencedok nasi. Aku kalau pergi buffet takkan ambil nasi sebab nak makan yang tak biasa jumpa. Nasi dah biasa jumpa, ye tak?

Pilihan pertama mesti cari port kambing BBQ dan satay.

Jadi pada hari Sabtu lepas aku sekeluarga bersama-sama kawan-kawan pergi makan di Kelab Golf Monterez. Kakak aku ada geng kat dalam jadinya dapat harga ahli. Walau pun harga ahli namun tetap gak mahal!


Banyak juga yang aku makan tapi yang istimewa ialah kambing! BBQ kambing cicah sos pudina. Superb!


Meriah buffet di Monterez ni sebab ada live band. Sambil makan sambil dengar lagu.


Bulan puasa tahun ni aku jarang makan di luar, pergi pasar Ramadhan pun cuma beberapa kali, sekali dua makan di luar carilah tempat yang special sikit.

Saturday, October 06, 2007

Best!

Tadi officemates aku buat kejutan sikit. Dia orang belikan kek hari jadi untuk aku. Birthday aku semalam sebenarnya, tapi dia orang tangguh ke hari ini memandangkan aku asyik sibuk keluar meeting atau ke tapak binaan. Hari ni aku tak keluar, dia orang nak raikan hari ini.


Best dapat kek buah dan dapat tiup lilin hehehe Lepas potong-potong aku jemput dia orang semua makan (semua non-muslim). Memandangkan bulan puasa takleh lah aku makan jadinya simpanlah bakinya dalam peti sejuk. Terima kasihlah kepada kawan-kawan semua.

Ini kisah malam tadi. Aku dapat jemputan berbuka di Tropicana Golf Club. Aku sampai petang semalam tempat tu dah meriah dengan orang ramai dan aroma makanan memenuhi setiap ruang.



Kalau kau makan di Tropicana, dan tempahan di ruang utama pula janganlah terpengaruh dengan hidangan di ruangan itu. Cuba berjalan sedikit dan meninjau di bahagian belakang iaitu di BBQ Street. Bahagian ini makanan dia lebih dahsyat dan fresh, ada satay, BBQ, bubur dan lain-lain.

Sebaik azan Maghrib baca doa, mula-mula minum jus jambu batu. Lepas tu belasah satay ayam+daging lebih kurang 20 cucuk. Ambil udang 2 ekor, takleh bedal banyak-banyak sebab aku ada resdung.




Habis satay sental pula BBQ kambing+daging+sotong.

Kemudian sental spageti seafood pedas. Round-round sekejap dan sambar ABC.

Capai pulak ais krim. Nak balas dendam punya pasal, teguk dua teh tarik.

Perut dah kenyang, rasa nak tergolek keriangan, layan borak dengan kawan-kawan semeja sambil minum sirap.

Balik rumah tergolek lemang.

Alhamdulillah.

Friday, October 05, 2007

Assalamualaikum w.b.t.

Kawan,

Banyak yang aku nak ceritakan sebenarnya, tapi apakan daya dunia terlalu laju berputar dan aku telah tewas sedikit untuk mengejarnya.

Inilah info terkini tentang aku ;-

1) Dah dapat kereta baru, bos yang bagi katanya "You jagalah aaa itu kereta macam you sendiri punya kereta." Yesss Bosss. So, raya tahun ni boleh melaram dengan kereta baru. Harap-harap mertua aku gembira melihat kereta baru menantunya nanti.

2) Irdina, baby aku yang umur 10 bulan tu dah ada 4 batang gigi, terkini dia dah boleh melangkah dua tiga tapak. Dah berjalan baby aku tu!

3) Ada beli dua perabot baru.

4) Langsir mahal yang tahun lepas punya masih boleh pakai. Jimat.

5) Baju raya anak-anak dah beli.

6) Ada 'jewel' dalam mulut aku ni yang mahal gila mengalahkan jumlah hantaran aku kawin dulu.

7) Kini aku seorang pengarah syarikat, secara rasmi di atas kertas. Naik pangkat. Berat bahu memikul dan berat mata memandang...

8) 5 Oktober akunya birthday. Awek aku lupa wish, tapi takpelah.

9) "Abang nak pendek je ke?" "A'ah" jawab aku. Jadinya tukang gunting dah betul-betul sodok rambut aku sependek yang mesin rumput tu boleh pergi. Dah tak boleh diselamatkan dah, terima sajalah flattop keliling botak ni sebagai takdir raya untuk aku.

10) Nak beli kasut raya tapi resit claim company sebab beli safety boot. Wah bergayanya saya dihari raya dengan safety boot baru!

Itu sajalah untuk update kali ini. Kalau sempat aku update lagi nanti.