Saturday, May 14, 2011

Review: Tentang & Kentang

Saya belasah Kentang dan Tentang secara marathon dan berganti-ganti. Kentang - menyelak satu muka demi satu muka naskah Kentang Saharil mengingatkan saya kepada naskah Codex Seraphinianus oleh Luigi Serafini. Atau satu lagi naskah Pulcinellopedia Piccola oleh siapa tak ingat. Namun Kentang masih mudah dihadam berbanding kedua-dua buku yang saya sebutkan tadi.

Sekali imbas memang ya, ia buku conteng-conteng. Buku entah apa-apa. Akan tetapi, kalau kita mendalami sedikit sahaja, tak perlu mendalam sangat kita akan dapati ia bukan buku conteng biasa. Ini buku untuk orang berfikir. Ini buku untuk orang pandai. Buku Kentang ni umpama buku visual. Apa akan jadi kalau sesetengah ayat atau peribahasa atau perumpamaan kita visualkan, misalnya kita manipulasikan, jadi horor tahu! Saya tak boleh blah dengan interview binatang. Pada sesetengah grafik saya terberhenti lama, sambil otak cuba mencerna dia punya makna. Saya paling suka Apam Pergi Apam Balik, Burung, Jangan Jilat Apam, Minyak Naik Buat Saya Naik dan Tomato Tetek. Kenapa saya suka?, saya sendiri pun tak tahu hahaha.

Naskah Tentang adalah sebuah blook terbaik! Saya suka kisah ketupat. Saya masih terbawa-bawa oleh kisah tersebut, malah saya sedang memanipulasikan pengalaman ketupat Saharil dengan pengalaman saya sendiri. Kalau nak tahu, buku Tentang adalah tentang penulis - Saharil. Ada Saharil coretkan pengalamannya belajar di luar negara, kisah suka-duka yang digarap dengan ringkas dan bersahaja tetapi diperkemaskan dengan maklumat-maklumat tambahan.

Saharil suka buat 'homework' sebelum membuat sesuatu karya, ini akan anda perasan dalam Kentang dan dalam Tentang. Pada tahap-tahap tertentu kau akan terasa pandai oleh naskah-naskah Saharil ni, sebab maklumat-maklumat yang dia suap sangat lazat. Ini salah satu sebab saya suka naskah dia.

Habis baca kedua-dua naskah Saharil tersebut, terasa seolah-olah baru sahaja memerhatikan kehidupan ini dari sudut-sudut yang berbeza-beza. Sangat kreatifnya Saharil.

Nota:- setakat ini buku Codex Seraphinianus di Amazon.com harganya USD500, perghhh!

3 comments:

naimisa said...

1. satu ulasan tuan dugong berkenaan KENTANG dengan unsur kepornoan yang beradap.

2. Saya sudah baca cerita kedua TENTANG. Tepuk dahi bila baca para akhir cerita itu. hahahaha....
memang horrible lah...

kingbinjai said...

Pergh! Aku jua suka kentang, yg kfc punya.pergh!

Anonymous said...

Salam.mana nk dpt buku nie?