Tuesday, August 17, 2010

Baju Belang

Berborak dengan seorang saudara tentang trend zaman sekarang orang pakai baju belang.

Aku : "Trend mana dorang ikut sekarang ni ramai betul pakai baju belang."

Saudara : "Kalau masuk pasar raya, ruang yang kat tengah-tengah tu sale paling murah, kat situlah banyaknya baju belang."

Ooo... trend baju belang murah.


Monday, August 09, 2010

Wayang Percuma

Aku dan kawan-kawan menghabiskan masa malam minggu lepas dengan menonton wayang percuma Maskara Shorties di Rumah PENA.

Berpuluh-puluh wayang pendek ditayangkan secara marathon menggunakan projektor di kawasan terbuka di halaman rumah tersebut.

Bolehlah dikatakan (secara peribadi) acara ini sebagai 'release tension' di malam minggu. Aku agak tension dan stress kebelakangan ni.

Sebahagian besar wayang pendek yang ditayangkan 'sangat enak'. Ada yang berisi pelajaran, maklumat tersurat dan tersirat, paling penting ianya menghiburkan. Hantu Mak Limah Balik Rumah membuatkan aku ketawa sampai dapat athma (athma yang tak serius). Filem Badut pula umpama buah ceri manis merah di atas kek yang sedap.

Selain wayang percuma, "Ini kali pertama aku makan cekodok percuma", kata Syed Syahrul Zarizi.

Apa punya kodi tuan syed ni, kata hatiku, tidak pernah makan cekodok percumakah?.

Memang sedap cekodok percuma tersebut! Tapi... apa yang tuan Syed cakap tadi sebenarnya adalah "Cekodok Kurma".

Cekodok yang dalamnya ada kurma. Itulah penangan bersengkang mata sampai pagi, otak pun dah lembab, telinga tak berapa dengar haha

Kami sambung sembang kedai mamak sampai pagi. Sembang kencang pasal benda serius dan tak serius, saiz penonton yang datang misalnya.

Bukan Kawan Biasa


Namanya Abdul Razak. Hamba Allah Yang Memberi Rezeki. Memberi rezeki kepada anak bini dan keluarga tentunya.

Kami kawan dah lama. Sejak sekolah menengah lagi. Kami jadi sangat akrab dan erat selepas menyertai ekpedisi berkayak ke Pulau Pangkor. Ini kejadian tahun 1993 kalau tak salah.

Debaran ombak sama-sama kami kayuh, hujan lebat kami rempuh. Perut lapar makan nasi lauk ikan masin bakar. Tidur dalam khemah yang tak sempurna. Ada air terjun dalam khemah kami.

Aku kawin dia datang kenduri kawin aku. Dia kawin aku datang kenduri kawin dia. Kami pernah buat gathering berbuka puasa dan membawa anak-anak dan isteri masing-masing. Beraya ambil gambar ramai-ramai.

Berbuka puasa di Shah Alam dengan keluarga Juli.

Masa terus berlalu. Kerja dan kerja... masa pun tak ada untuk jumpa selalu. Hari tu dia ada call ajak mengeteh pun kita orang tak sempat sebab kerja.

Minggu lepas aku dapat berita mengejutkan. Razak meninggal dalam kemalangan jalan raya. Zaman sekarang untung ada Facebook, berita cepat dapat dari kawan-kawan.

Terbayang-bayanglah di ruangan mata kenangan-kenangan masa bersama. Apalah nasib anak-anak yang masih kecil yang ditinggalkan. Dari jauh sekadar dapat mengirim Al-Fatihah.

Hilux yang dikatakan melanggar belakang lori tangki.