Monday, January 04, 2010

Inilah permulaan


Menghantar anak ke sekolah masuk tahun 1, pagi tadi. Bagusnya sekolah ini mengatur pendaftaran lebih awal pada bulan lalu. Kelengkapan asas sudah disediakan lebih awal. Buku teks pun sudah sedia, cuma jadual belum ada.

Di dalam kelas anak aku bersama anak-anak yang lain tekun mendengar celoteh guru baru mereka. Kami ibu bapa bersusun-susun di luar kelas melihat gelagat anak masing-masing.

"Siapa tahu nama cikgu? siapa boleh baca (nametage cikgu) cikgu bagi hadiah belon."

Seorang budak lelaki angkat tangan, "Nak pergi tandas cikgu!". Dua telapak tangannya sudah melekap dibelakang.

"Saya adalah cikgu kamu, di sekolah saya adalah ibu kamu."

Perghh... apasal dulu aku tak dapat cikgu yang macam ni?

Kami semua ibu bapa mula beredar setelah diarahkan supaya beredar. Rupa-rupanya ada cikgu lain di belakang kami yang jadi bodyguard cikgu di dalam.

+ Aku memulakan penulisan blog semasa anak aku belum lahir, jadinya lebih kurang 7 tahun juga aku jadi blogger. 7 tahun adalah permulaan, atau pengakhiran?

No comments: