Tuesday, January 26, 2010

Bukan tupai biasa

Supervisor aku yang seorang itu memang agak licik orangnya. Kalau buat kerja memang hasilnya tip-top, bos suka, client suka, anak-anak buah pun suka. Cuma kadang-kadang beliau ni agak licik. Apa orang kata 'missing in action'.

Adalah suatu hari seorang budak junior dalam pejabat ni menelefon supervisor ni. Tanya itu, tanya ini, selidik itu, selidik ini...

Agaknya dah puas kena main dalam telefon budak ni cakap, "Takpe.. takpe bang... sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jugak".

Supervisor aku yang senior tu jawab, "Apa kau ingat kalau tupai jatuh ke tanah, dia tak pandai cepat-cepat melompat naik balik ka?".

Terkebil-kebil budak tu.

Saturday, January 16, 2010

Kitab Apa

"Saya nak abang tolong belikan kiiiicapp... KICAP bukan KITAB!", suara awek dihujung talian.

"Ooo... ok.", jawab aku ringkas sambil membetul-betulkan handfree earphone. Sebelah tangan memulas stering di jalan yang sesak sampai kiamat.

Anak-anak aku kalau tak ada kicap tak lalu nak makan nasi.

Monday, January 04, 2010

Inilah permulaan


Menghantar anak ke sekolah masuk tahun 1, pagi tadi. Bagusnya sekolah ini mengatur pendaftaran lebih awal pada bulan lalu. Kelengkapan asas sudah disediakan lebih awal. Buku teks pun sudah sedia, cuma jadual belum ada.

Di dalam kelas anak aku bersama anak-anak yang lain tekun mendengar celoteh guru baru mereka. Kami ibu bapa bersusun-susun di luar kelas melihat gelagat anak masing-masing.

"Siapa tahu nama cikgu? siapa boleh baca (nametage cikgu) cikgu bagi hadiah belon."

Seorang budak lelaki angkat tangan, "Nak pergi tandas cikgu!". Dua telapak tangannya sudah melekap dibelakang.

"Saya adalah cikgu kamu, di sekolah saya adalah ibu kamu."

Perghh... apasal dulu aku tak dapat cikgu yang macam ni?

Kami semua ibu bapa mula beredar setelah diarahkan supaya beredar. Rupa-rupanya ada cikgu lain di belakang kami yang jadi bodyguard cikgu di dalam.

+ Aku memulakan penulisan blog semasa anak aku belum lahir, jadinya lebih kurang 7 tahun juga aku jadi blogger. 7 tahun adalah permulaan, atau pengakhiran?

Sunday, January 03, 2010

Mudah


Pada pendapat aku, orang yang mencipta drill atau hand drill patut dibagi anugerah nobel.

Kerana jasa pencipta itulah banyak kerja jadi mudah. Nak pasang kelengkap dan kabinet kena guna drill. Nak gantung frame gambar pun nak guna drill. Nak pasang screw untuk rentang tali langsir pun gunakan drill.

Drill yang aku ada kecil saja, murah dan 'cap ayam'. Tapi drill ni dah banyak jasanya kepada aku. Daripada sekecil-kecil projek pasang kipas dalam bilik tidur, sampailah projek puluhan ribu di Pekan, Pahang. Siapa sangka alatan untuk projek DIY berguna untuk projek besar. Gara-gara drill syarikat rosak dan bukan senang nak cari spare-part drill 'berjenama terkenal'. Sudahnya ambil drill yang standby di boot kereta.