Tuesday, July 14, 2009

Kisah Basikal Kecil Kepunyaan Anak Saya


Basikal kecil itu aku belikan untuk Aqilah sempena ulangtahunnya dahulu. Basikal itu amat besar ertinya kepada budak berusia enam tahun.

Petang Ahad yang lalu aku dapati basikal kecil itu telah hilang. Biasanya kami di apartment ini meletakkan basikal di tepi pintu rumah. Kami tak perlu kunci atau rantai pun, sebab guard di sini mantap-mantap.

Aku tak kecoh basikal tu hilang, kerana naluri aku mengatakan basikal tu ada orang dah 'pinjam'. Jiran aku dah kena dah sekali hari tu, bila guard tolong carikan basikal anak dia, jumpa di tingkat dua, ada India nak jual scrap katanya .Malam itu Aqilah dan ibunya pergi meronda dari satu blok ke satu blok kalau-kalau ada terjumpa di mana-mana kaki lima rumah jiran. Hampa.

Satu kerja pula aku nak memujuk budak perempuan seorang ini. Mujur tak menangis meraung. Minggu depan birthday dia, takkan nak beli basikal lagi.

Petang tadi penat balik dari kerja. Di ruang tamu aku ada basikal Aqilah. Betapa kejutan!

Awek aku melaporkan, "Jiran blok 6 datang pulangkan". Katanya ada budak main basikal tu semalam lepas tu letakkan di depan rumahnya. Seharian tak ada orang tuntut maka disimpannya di rumah.

"Lin tulis guna artline nama Aqilah pada mudguard belakang dan nombor rumah kita kat mudguard depan, pandai tak Lin?". Lebarnya senyuman masuk bakul angkat sendiri.

Iyee... awek abang memang pandai, tu sebab sayang tu. Habuannya RM100 duit poket tambahan bulan ini, tunai.

Minggu depan, aku wajibkan diri aku memberi sekurang-kurangnya sepotong kek birthday Aqilah kepada jiran blok 6 itu.

No comments: