Thursday, July 30, 2009

Surau di Pagar Subuh nan Hening

Pada suatu pagi aku melangkah ke surau. Tapi pintu pagar surau belum buka. Betapa awal subuh.

Oleh kerana pintu pagar tak berkunci, supaya nanti senang orang dan kenderaan nak masuk maka aku tarik dan tolak pintu besi tu sekuat hati. Pintu pagar menggelongsor deras.

(((((( GEDEGANGGG ))))))

Aku terus melangkah masuk ke surau. Tekan suiz lampu dan suiz kipas. Tak lama kemudian bilal pun datang, jemaah pun datang untuk memenuhkan tak sampai satu saf.

Beberapa hari pintu pagar tu terperosok dalam longkang depan surau. Kemudian ada kontraktor atau sukarela memasukkan semula pintu pagar ke dalam treknya.

Monday, July 27, 2009

Gunting Rambut


Kali pertama aku bawa anak lelaki aku bergunting rambut di pekan Tanjung Karang. Kedai rambut ni milik rakan sekampung aku. Dah berkembang maju kedainya hingga mampu menggajikan amoi.

Masa aku sekolah menengah tingkatan 6 dulu, di kedai inilah aku akan pergi sebulan sekali atau 2 bulan sekali untuk bergunting rambut. Aku akan pesan, "Bang... gunting pendek petak ya". Aku serasi dengan abang tu, lembut saja dia mengguntingkan rambut. Rapi sekali kerjanya. Dulu masa mula-mula kerja di PJ aku sanggup balik kampung semata-mata nak gunting rambut.

Tapi sekarang ni dah ada kedai yang boleh buat 'pendek petak' untuk aku.

Berbeza dengan anak lelaki aku yang memiliki rambut lembut halus, maka tak sesuai 'pendek petak' macam aku. Amoi guntingkan gaya GQ untuk anak aku. Betapa hensem.

Friday, July 24, 2009

Kisah Henpon Subbash

Ada seorang kawan aku nama Subbash.

Henpon dia dah masuk lubang tandas. Seluk lubang sampai pangkal lengan pun tak boleh capai. Pakai batang besi pun gagal.

Hasta la vista...

Henpon murah, tapi maklumat dalam tu yang mahal.

Tuesday, July 14, 2009

Kisah Basikal Kecil Kepunyaan Anak Saya


Basikal kecil itu aku belikan untuk Aqilah sempena ulangtahunnya dahulu. Basikal itu amat besar ertinya kepada budak berusia enam tahun.

Petang Ahad yang lalu aku dapati basikal kecil itu telah hilang. Biasanya kami di apartment ini meletakkan basikal di tepi pintu rumah. Kami tak perlu kunci atau rantai pun, sebab guard di sini mantap-mantap.

Aku tak kecoh basikal tu hilang, kerana naluri aku mengatakan basikal tu ada orang dah 'pinjam'. Jiran aku dah kena dah sekali hari tu, bila guard tolong carikan basikal anak dia, jumpa di tingkat dua, ada India nak jual scrap katanya .Malam itu Aqilah dan ibunya pergi meronda dari satu blok ke satu blok kalau-kalau ada terjumpa di mana-mana kaki lima rumah jiran. Hampa.

Satu kerja pula aku nak memujuk budak perempuan seorang ini. Mujur tak menangis meraung. Minggu depan birthday dia, takkan nak beli basikal lagi.

Petang tadi penat balik dari kerja. Di ruang tamu aku ada basikal Aqilah. Betapa kejutan!

Awek aku melaporkan, "Jiran blok 6 datang pulangkan". Katanya ada budak main basikal tu semalam lepas tu letakkan di depan rumahnya. Seharian tak ada orang tuntut maka disimpannya di rumah.

"Lin tulis guna artline nama Aqilah pada mudguard belakang dan nombor rumah kita kat mudguard depan, pandai tak Lin?". Lebarnya senyuman masuk bakul angkat sendiri.

Iyee... awek abang memang pandai, tu sebab sayang tu. Habuannya RM100 duit poket tambahan bulan ini, tunai.

Minggu depan, aku wajibkan diri aku memberi sekurang-kurangnya sepotong kek birthday Aqilah kepada jiran blok 6 itu.

Thursday, July 09, 2009

Sukaneka Tadika

Sekolah Tadika anak aku menganjurkan sukaneka. Anak aku menang dua acara dan dapat dua pingat.

Bapak budak baling belon air.

Mak budak sambut belon air.

Seronok tengok budak-budak bermain dan bersukan. Paling seronok tengok bapak budak sama mak budak bermain. Orang dewasa bermain sampai basah.

PMS

Kalau dulu, cikgu-cikgu yang terlibat PPMSI dapat intensif dan laptop.

Sekarang dah kena mansuh, jadinya intensif dan laptop tu apa cerita?

Kalau aku jadi cikgu, aku cakap "Saya rela pulangkan laptop, intensif tu saja yang saya nak."

Wednesday, July 01, 2009

Tiada Dendam Untukmu Ayah

Ini cerita minggu sudah.

Pada suatu hari aku balik kerja lewat. Sampai di rumah dah malam. Penat letih campur lapar.
Kebetulan pulak awek aku tengah puasa ganti. Dia sibuk berbuka puasa, aku pula sibuk mengisi perut yang lapar. Lauk ayam pulak masin gila, aku makan nasi dengan kuah sajalah, ayam terus lempar ke tong sampah.

Entah di mana silapnya, anak perempuan aku yang 6 tahun tu cari pasal dengan ibu dia. Sekejap dia sakat adik-adiknya sampai menangis. Ibunya marah, jangan kacau adik. Sekejap lagi dia sakat lagi adiknya sampai menangis. Ibunya marah lagi. Tak henti-henti malam tu ada saja kerja si kakak ni sampai nak makan pun tak senang. Awek aku dah terjerit-jerit dah sampai nak mati tercekik nasik gara-gara budak perempuan ni.

Aku steady je. Ambik rotan. ZASS... ZASS.. ZASS.. Diam. Jangan menangis. Pergi tidur!

Malam tu bilik kami semerbak bau minyak angin. Esoknya tengok peha budak tu berbirat.

Pagi tu anak aku ni tersenyum-senyum di sebalik pintu bilik aku. "Ada apa?"
Rupa-rupanya budak ni nak bagi sekeping kad merah khas buat aku. "Selamat hari ayah!"
Petang semalam dia tunggu aku balik, tak balik-balik sampai malam, pagi ni baru dia dapat peluang nak serahkan kad tu.

Alahai... rasa bersalah pulak sebab sebat dia semalam. Hati rasa sebal.