Saturday, July 29, 2006

Aku Dihadapkan Ke Mahkamah Semalam.

Selepas aku turun dari mahkamah, terus aku menuju ke Bank Rakyat. Bank itu dikawal ketat beberapa pengawal yang bersenjatakan senapang. Senapang mereka amat cantik dan aku sangat suka memerhatikan senapang mereka yang hitam-hitam itu.

Ooo... macam ini rupanya bila kita menjadi defendan. Pagi-pgi lagi aku dah berbaris dalam kelompok peguam-peguam aku saja orang awam. Kompleks mahkamah ini sangat besar, ada Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen, Mahkamah Majistret, dan Mahkamah Syariah juga. Tak lupa ia turut menyediakan lokap!

Bintang.

Peguam yang mewakili plaintif iaitu peguam pihak bank muda lagi orangnya. Kami dipanggil ke depan mengadap Puan Majistret. Yang Arif tanya peguam. Peguam jawab - orang ni tak bayar hutang bank, bank failkan saman, pihak defendan menghadirkan dirinya, pihak bank menetapkan bayaran minimum bla.. bla.. bla... bla... bla... bla...

Yang Arif tanya aku mengapa tak bayar? Aku jawablah, " Saya belum mampu (nak bayar hutang)."

Yang Arif bersoal jawab dengan peguam. Yang Arif tanya aku lagi, setuju atau tidak dengan penetapan peguam dan bank? Aku jawab, "Saya tidak bersetuju."

Yang Arif berbicara dengan peguam dan berbicara dengan pegawai mahkamah. Bulan Oktober depan kena naik mahkamah lagi, sila bawa dokumen-dokumen berkaitan (sokongan). Semua bersetuju. Yang Arif tanya aku.

Aku pun jawab, "Setuju."

Itulah beberapa patah perkataan sahaja yang aku jawab sepanjang sessi perbicaraan.

Selesai perbicaraan peguam bank ajak aku berbincang di luar mahkamah. Elok sahaja orangnya kiranya friendly-lah juga.

Aku cakaplah aku bukan sengaja tak bayar hutang, aku tak mampu lagi. Aku pinjam bank guna untuk bayar yuran pengajian kat universiti. Ingatkan lepas keluar U boleh dapat kerja best, gaji best. Tup tup... majikan aku pula lingkup bankrap. Tak dapat gaji, tak ada EPF, sudahnya rumah pun nak kena lelong, kereta terpaksa jual, motorsikal jual... Terpaksa aaa buat kerja freelance, encik tau sajalah berapa sangat pendapatan jadi freelance. Nasib baik baru-baru ni saya dapat kerja jadi kerani. Inilah slip gaji saya ha. Baru tujuh bulan kerja. Adalah sikit untuk hidup, dan saya rasa saya boleh bayar installmen ni sikit-sikit.

"A'ah... anak saya dah tiga orang.", jawab aku spontan. Pandai pula dia meneka jumlah anak aku berdasarkan pada raut wajah dan personaliti aku saja.

Dia nasihatkan aku pergilah bank, pergi jumpa pegawai yang berkenaan, berbincang, ceritakan apa masalah. Mungkin pihak bank boleh berbudi bicara dan aku serta dia (peguam) tidak perlu naik mahkamah lagi. Sebelum balik aku salam dia, dia salam aku.

Bintang bintang.

Awek aku duduk di sofa di lobi bank sajalah. Sedang aku berbincang dengan pegwai bank dalam sebuah cubicle kecil dilingkari partition setinggi lebih kurang 1.5 meter.

Pegawai bank ini baik saja melayan aku. Aku ceritakan segala masalah aku yang aku galas sepanjng lebih kurang 3 tahun ini.

Aku kemukakan juga nama-nama peguam yang terlibat dengan kes aku. Yang dah tak bergerak tapi terpampang dalam laporan oleh CTOS. CTOS ni umpama arang dan tahi anjing di muka kita. Sekali sangkut dengan sesebuah institusi kewangan maka institusi kewangan yang lain tidak akan memandang kau, bersihkan arang dan tahi anjing di muka kau tu dulu barulah mereka akan 'melayan' kau.

Aku yang dulu kerja syarikat korporat, kemudian belajar part-time ijazah komunikasi korporat... habis belajar tup tup jatuh melarat. Tidak lebih aku ini atas sedikit dari anjing keparat. Salahkanlah US yang serang Iraq, makilah kerajaan yang naikkan harga minyak... atau siapa saja yang kau benci penyebab kejatuhan ekonomi kita, kalau kau mahu.

Mudah saja, Puan Pegawai bank suruh aku buat akujanji. Berapa mampu bayar bulanan. Kekalkan bayaran untuk 3 bulan. Bank pantau. Kalau fault, tindakan mahkamah akan diambil. Mahkamah pula yang akan pantau nanti. Dengan bank kalau tak bayar ikut akujanji masih tak apa lagi. Dengan pihak mahkamah jangan buat main, tak akur pada janji lokap sedia menanti.

Aku tandatanganlah sajalah mana yang patut. Kita dah berhutang wajiblah bayar balik. Orang yang berhutang ni sebenarnya dah 'makan masa depan' sendiri.

Bintang bintang bintang. Tiga bintang.

Awek aku nak makan cempedak goreng, tapi orang gerai tu belum pun kupas cempedak tu lagi. Tak ada masa nak tunggu kami berlalu saja.

"Bang, apa orang bank cakap kat abang tadi? Ceritalah.", awek aku cantik.

"Orang bank tu cakap... Encik kena bayar segala hutang encik, bayar jangan tak bayar... kalau tak... encik nampak tak pak guard kat pintu masuk tu? Dia orang tembak encik dengan senapang tu nanti."

Ha ha ha awek aku dan aku ketawa sambil motorsikal kami membelah angin di tengah-tengah lalu lintas jalan raya yang sibuk.

Wednesday, July 26, 2006

Tak dapat MC

Pembantu klinik itu menyeru nama aku pagi-pagi.

Aku pun bangkit dari kerusi menuju ke bilik doktor yang pintunya sedia dibuka itu.

Puan Doktor tanya, "Sakit apa?".

Aku jawab, "Perut".

Doktor suruh baring atas katil. Dia tekap stetoskop ke perut aku. Kemudian dia tekan-tekan sikit perut aku dengan jarinya.

Tanpa ditanya aku cakap, "Agaknya saya salah makanlah doktor..."

Doktor tanya, "Awak ada makan apa sebelum ni?".

Aku, "Malam tadi... saya makan nasi.. lauk telur dadar, kailan ikan masin, tom yam, sup..."

"Itu bukan SALAH MAKAN tapi TERLEBIH MAKAN!", pintas doktor.

Ohho!

Monday, July 24, 2006

Hari yang tiada petanda

Gambar [Palam pencucuh / Spark plug]


Aku sedang menunggang motorsikal dari Sungai Buloh ke Sentul. Tiba-tiba enjin motor aku 'meletup' lalu perlahan-lahan berhenti.

Aku pun membongkok memeriksa enjin. Aku dapati plug sudah 'terpancut' keluar. Plug itu bergayut pada wayar, mujur tak tercicir. Aku sudah faham bebenang pada blok sudah rosak, jadinya plug tidak dapat diketatkan dengan sempurna. Aku bawa juga motor ini dan bila plug itu 'terpancut' lagi aku akan masukkan balik, beberapa kali. Aku perlu menyelesaikan perkara aku, kemudian barulah motor ini akanku bawa ke bengkel.

Pada petang itu aku bawa motor ini ke bengkel.

Ah Chong (bukan orang sebenar) cakap dia tak sempat nak buat. Dah petang. Hari Ahad nak tutup awal sikit.

"Lagi mau buat lubang... buat benang balik... mau tiga jam lebih... tak sempat." Jelas si Ah Chong.

Aku tanya, "Berapa ringgit?"

Dia jawab "Enam puluh ringgit lebih."

Lagi dia suruh aku bawa motor tu esok. Esok dia senang. Esok aku rasa aku tak senang. Tapi untuk menyedapkan hati Ah Chong aku janji akan bawa motor itu esok.

PRENG!

Janji aku itu janji Melayu akhirnya. Aku pergi kedai Ravi.

"A'ah lapan belas ringgit." Jawab Ravi.

RM18 saja untuk buat bebenang baru pada lubang plug. Dengan peralatan dan kemahiran yang dia ada, itulah harga terjimat yang aku hendak dengar.

Ravi ni pulak jenis yang suka melayan berborak. Kerja dia pula memang buat aku puas hati. Aku pun dah kerap ke sini. Berborak dengan pelanggannya yang lain, rata-rata memuji sahsiah si Ravi ini.

Dari pukul 5 sampai pukul 8 malamlah dia 'merawat' enjin aku tu.

Memandangkan banyak barang dalam blok tu yang hitam legam dan perlu dibersihkan. Valve pulak terbakar satu, kena ganti. Ganti sana sikit ganti sini sikit.

Akhirnya, kopak juga seratus lebih. Alahai.

Friday, July 21, 2006

Kawan saya bernama Zainon

Tahun 1996, aku masih bujang dan membela misai.

Pejabat aku di tingkat dua.

Kak Hamidah intercom dari tingkat bawah, "Oit ada pekerja barulah."

Aku tanya, "Siapa nama?"

"Zainon", jawab Kak Midah.

Masa nak makan tengahari itulah aku bergegas turun.

Mata bertentang mata... jeng jeng jeng

Dipendekkan cerita aku berkawan baik dengan Zainon. Sangat rapat. Ada masa kami makan bersama, berjalan bersama, menonton TV bersama, bersembang. Kami berkongsi sewa rumah.

Lagi - kami tidur sebilik, tidur sekatil, kongsi tilam...

Zainon pernah cakap, "Orang perempuan lebih suka kepada yang tall, black and handsome."

Dia berkata begitu setelah melihat aku yang agak berkulit cerah dan bermisai.

Semenjak dia berhenti kerja pada tahun 1999 sampai sekarang aku dah tak jumpa Zainon.

Manalah Zainon sekarang ya?

Tiga tahun dah

Happy birthday Aqilah.














Dah umur 3 tahun.



















Gambar masa umur 3 hari.

Pada hujung tahun ini Aqilah bakal dapat adik (lagi?). Menjadikan jumlah anak aku 3 orang iaitu Aqilah, Tuah dan HI53459NJY44I (sekadar codename). Yeay!

Ada jamuan ringan kami buat di kalangan anak-anak murid sekolah rendah, di sekolah yang awek aku mengajar tu. Aku pulak nak bagi hadiah misteri kepada dia (baju lagi?).

Aku pun pandai mencurahkan kasih sayang terhadap anak-anak, harap-harap ada artis cantik tertawan kepada aku masa aku tua nanti HA HA HA

Thursday, July 20, 2006

Piala yang dijulang

Piala yang sangat cantik
bagi sesetengah mata pecinta
gemerlapan dalam cahaya
memukau mata

Piala yang jadi tumpuan
ingin direbut tapi tiada
gelanggang pertarungan

Piala yang dijulang
oleh si pemenang
tumpah airnya piala
tangis seribu teruna
di dalamnya
seribu patah hati jejaka ?

Baca Trophy wife di http://en.wikipedia.org/wiki/Trophy_wife

Tuesday, July 18, 2006

Pengeras

Confirm Datuk K berjaya mengorat Siti! Confirm kawin. Apa ilmu Datuk pakai? Batang tua dapat anak dara jelita.

PERGHH!!! Sujud aku.. sujud!!!

Ini pengerasnya tok...

1. Pulut kuning
2. Rendang daging
3. Lemang tak mentah di hujung
4. KFC
5. Laici dalam tin beli kat Singapore
6. Anggur tak ada biji
7. Cheese cake
8. Sambal udang kecil-kecil buang kulit

Bukan... bukan. Bukan aku nak berguru dengan Datuk K.

Tapi aku nak berguru dengan Tok Naga (Sinaganaga).

Berguru buat hantaran, melipat tuala. HA HA HA

Friday, July 14, 2006

Kawan tapi mesra

Adik : " Dayang Nur Faizah dengan Nana mana lebih cantik? "

Aku : " Dayang aaa cantik. "

Adik : " Hahaha... Nana itam manis sikit kan? "

Aku : " A' ah "

Gi adik aku. Nana kali pertama kami jumpa masa gath Gengjurnal ke-3, ramah orangnya. Adik aku cakap Nana dressing macam Dayang Nur Faizah. Kali kedua adik aku jumpa masa Nana datang rumah aku makan BBQ ayam, awal tahun 2005 rasanya.

Tak lama lepas tu adalah beberapa aktiviti Gengjurnal yang aku sertai dan sudah tentu Nana turut aktif sama. Aku paling tak lupa masa Weblog Day Putrajaya. Geng Nana menang 'kumpulan terpanjang'. Meriah sungguh.

Lepas tu aku tahu dia orang berdua ni saling bertukar nombor telefon dan SMS.
Ada suatu masa Nana YM aku suruh kirim salam sama adik. Aku sampaikan kepada adik.

Rupa-rupanya itulah salam terakhir kalinya.

Semalam Nana pergi buat selamanya, pada usia lebih kurang 20 tahun.

Aku telah kehilangan seorang kawan dan berasa amat sedih. Air mata jantan tak malu-malu mengalir di pipi.

Nana, semoga kau damai di sana mengadap tuhan yang maha esa.

Al-Fatihah.

Forum:
http://www.jurnal.biz/forum/viewtopic.php?p=69488#69488

Wednesday, July 12, 2006

Ayoyo Mr. Raja

Handphone Nokia di telinga kanan pegang dengan tangan kiri. Tangan kanan masih memegang handle motorsikal.

"Ya Mr. Raja, saya dah sampai you punya office... tolong buka pagar." Aku.

"Saya punya pintu tak kunci punya." Mr. Raja.

"Tapi ini kuncilah...". Aku.

"You kat mana?... tak nampak you pun..." Mr. Raja.

PLPAP !

Ini Mr. Raja yang satu lagilah.

Pejabat Mr. Raja di Sungai Buloh, yang aku gegar pejabat Subang Jaya ni buat apa.

Itulah, banyak sangat Mr. Raja yang aku kenal.

Wednesday, July 05, 2006

Balik-balik bola. Bola-bola balik.

Alang-alang England dah balik, Argentina balik, Brazil pun balik. Biar tuan-tuan rumah sekali balik HAHAHA

Negara penjajah Tanah Melayu seperti British, Jepun.. dah balik. Portugis je belum balik.

Tapi pada aku, aku lebih suka kalau Itali yang balik last HAHAHA

Tuesday, July 04, 2006

CTOS

Kimak punya CTOS, cakap tak berlapik. Bukan aku utang dengan engkao tapi belagak gile.

Maybank kawan ku - kalau berduit. Kalau tak berduit kau makanku.

IKLAN : Sesiapa dapat tolong aku pasal CTOS aku belanja dia makan chicken chop 2 kali. Hehehe