Wednesday, November 28, 2007

Saudara-mara Yang Kita Suka

Pagi tadi awek aku hantar SMS.

"Hari ini kalau pergi zoo (negara) masuk percuma."

Aku pun balas, "Bestnya! Lagi pun dah lama tak jumpa beruk."

Tak lama kemudian awek aku balas SMS.

"Mesti dah besar kulaan abang tu."

Hahaha

Sunday, November 25, 2007

Bersih cekap dan hensem

Sejak kebelakangan ini aku peduli kebersihan mulut terutama gigi.

Berdiri di depan cermin lama-lama semata-mata tak puas hati kepada benda yang terselit di celahan gigi.

"Apasal gigi kau hitam?", tanya seorang kawan tak lama dulu. Aku kemukakan kepada dentis dan jawabnya gigi dah mati! Trauma jatuh basikal. Dulu aku suka buat willi.

Hari ini memenuhi temujanji dengan ortodontis buat sekian kalinya. Dia gembira dengan perubahan aku tapi ada sedikit komen. Hari ini aku dapat dawai yang lebih kasar dan dapat spring. Ya! gigi aku di pasang spring. Kalau kau bukak pen atau pensil mekanikal lebih kurang sebesar itulah springnya tapi yang ini lebih keras.

Spring dan dawai ini memainkan peranan untuk force gigi kau bagi lurus dan rata. Akibat force ini ialah sakit berdenyut pada gigi, gusi malah pipi. Nak makan pun susah.

"Bukan senang nak jadi hensem", kan doktor kan...?

Hahaha aku, doktor dan pembantunya ketawa berderai.

Isk... lupa pulak aku nak ceritakan pasal pembantu doktor ni tadi. Dia cute.

Saturday, November 24, 2007

Cerita lanun yang kita suka



Masa aku kecik-kecik dulu aku suka tonton TVcerita pirate. Pada pendapat aku jadi pirate ni best dan unik sebab mata buta sebelah dan ada burung parrot kat bahu. Ada burung kat bahu tu yang paling best tu.

Aku mahu burung di bahu juga! Tapi akal budak-budak manalah tercapai untuk menjinakkan burung.

Adik aku pun menonton sama cerita pirate ni. Dia pun minat nak jadi pirate jugak. Mata buta sebelah ditampal , kaki kayu sebelah dan ada burung di bahu.

Tampal mata dengan kain perca, kaki buat-buat tempang, tapi burung tak ada. Adik aku tangkap ayam taruk kat bahu konon-konon itu burunglah.

Sudahnya panas suam-suam bahu dan dada adik aku tu kena tahi ayam!

Haha

Friday, November 23, 2007

Tadi pagi ada kemalangan di jalan raya dan ramai orang langgar lampu merah

Food court dah dua minggu lengang
terutama masa lunch
tapi hari ni 'full house'

Shopping complex orang bersesak

Nak pergi keluarkan duit dari ATM
ATM 'rosak'
ATM di stesen minyak pun 'rosak'
yang tak rosak orang berbaris panjang pula

itulah alamat
orang gomen dah gaji

Saturday, November 17, 2007

Kembara Alor Setar (2)

Sebenarnya inilah kali pertama aku naik keretapi. Komuter, ELR, Putra etc. tu dah biasa dah. Keretapi ni yang teruja sangat nak naik. Ini ada sebahagian gambar kembara yang aku snap di Stesen Alor Setar dan dalam keretapi.










Thursday, November 15, 2007

Cadangan Projek Pembersihan


Dato,

Pada tahun hadapan (dan pada masa akan datang) upgrade sikit hadiah tu. Bagi vacuum cleaner ka, mesin basuh ka, kedai dobi pun ok...

Hahaha

Tuesday, November 13, 2007

Kembara Alor Setar (1)

Aku sekeluarga bertolak ke Alor Setar dari stesen keretapi Sg. Buloh pada 9 November 2007, jam 9.30 malam. Keretapi berhenti di beberapa persinggahan di sepanjang perjalanan dan sampai di Alor Star keesokan pagi, perjalanan lebih kurang 11 jam.

Kawan aku menyambut kami di Stesen keretapi Alor Star, belanja makan di Pumpong dan disponsor penginapan di Hotel Casabblanca Lorong Peremba, kemudian kami berpindah pula ke Motel Taman Berjaya.

Friday, November 02, 2007

Kisah Raya (1)

Entah mengapa hati aku ini ingin benar berjumpa dengan sepupu-sepupu aku. Sepatutnya giliran raya tahun ini di kampung awek aku, tapi aku minta tolonglah beraya di kampung aku dulu. Nasib baik awek aku tak bantah setuju saja.

Mula-mula pergi rumah anak-anak arwah Mak Lang. Lepas tu rumah anak-anak Mak Uda, dan rumah Mak Uda sekali serta Pak Uda masih sihat. Kemudian ke rumah Mak Ngah, punyalah ramai orang! Sendat macam dalam tin sardin. Sepupu-sepupu dan anak sedara aku ni punyalah sembang bagai nak rak, sampai lupa nak pelawa makan minum. Aku selamba... ambil nasik himpit dan cedok kuah kacang, rendang, sambal dan lain-lain, biar diorang layan sembang. Raya kali ini meriah rasanya sebab dapat jumpa hampir semua sepupu serentak.

Raya raya kedua. Pagi. Adik aku telefon cakap Abang Umar meninggal dunia. Hah?! Aku terkejut. Baru semalam sembang macam nak rak, hari ni dah padam pulak. Khabarnya mak aku menangis teresak-esak serasa macam yang mati itu adalah anaknya sendiri.

Padanlah semalam elok semua berkumpul serentak, untuk pertemuan terakhirkali rupanya.

Kampung aku dan kampung awek aku jaraknya tak jauh sangat. Bolehlah kami balik semula ke sana untuk menziarahi. Kami sampai masa tu jenazah dah siap dimandi dan dikafankan. Orang ramai yang datang, dari jauh nampak jasad bekain putih dimasukan ke dalam keranda.

Serangan jantung kata isterinya. Arwah ni baik orangnya, semoga damai di sana mengadap yang maha esa.

Lahir di Melaka, tapi dikebumikan di Selangor. Langkah, pertemuan, rezeki dan maut di tangan Tuhan.

Di tanah wakaf ini juga terdapat ramai ahli keluarga dan sanak saudara aku - arwah Atuk, arwah Nenek, arwah Abang, arwah Bapak, pakcik saudara, abang saudara dan lain-lain.