Thursday, July 09, 2009

Sukaneka Tadika

Sekolah Tadika anak aku menganjurkan sukaneka. Anak aku menang dua acara dan dapat dua pingat.

Bapak budak baling belon air.

Mak budak sambut belon air.

Seronok tengok budak-budak bermain dan bersukan. Paling seronok tengok bapak budak sama mak budak bermain. Orang dewasa bermain sampai basah.

PMS

Kalau dulu, cikgu-cikgu yang terlibat PPMSI dapat intensif dan laptop.

Sekarang dah kena mansuh, jadinya intensif dan laptop tu apa cerita?

Kalau aku jadi cikgu, aku cakap "Saya rela pulangkan laptop, intensif tu saja yang saya nak."

Wednesday, July 01, 2009

Tiada Dendam Untukmu Ayah

Ini cerita minggu sudah.

Pada suatu hari aku balik kerja lewat. Sampai di rumah dah malam. Penat letih campur lapar.
Kebetulan pulak awek aku tengah puasa ganti. Dia sibuk berbuka puasa, aku pula sibuk mengisi perut yang lapar. Lauk ayam pulak masin gila, aku makan nasi dengan kuah sajalah, ayam terus lempar ke tong sampah.

Entah di mana silapnya, anak perempuan aku yang 6 tahun tu cari pasal dengan ibu dia. Sekejap dia sakat adik-adiknya sampai menangis. Ibunya marah, jangan kacau adik. Sekejap lagi dia sakat lagi adiknya sampai menangis. Ibunya marah lagi. Tak henti-henti malam tu ada saja kerja si kakak ni sampai nak makan pun tak senang. Awek aku dah terjerit-jerit dah sampai nak mati tercekik nasik gara-gara budak perempuan ni.

Aku steady je. Ambik rotan. ZASS... ZASS.. ZASS.. Diam. Jangan menangis. Pergi tidur!

Malam tu bilik kami semerbak bau minyak angin. Esoknya tengok peha budak tu berbirat.

Pagi tu anak aku ni tersenyum-senyum di sebalik pintu bilik aku. "Ada apa?"
Rupa-rupanya budak ni nak bagi sekeping kad merah khas buat aku. "Selamat hari ayah!"
Petang semalam dia tunggu aku balik, tak balik-balik sampai malam, pagi ni baru dia dapat peluang nak serahkan kad tu.

Alahai... rasa bersalah pulak sebab sebat dia semalam. Hati rasa sebal.


Wednesday, June 24, 2009

Quote of the day




"Before you criticize someone, you should walk a mile in their shoes. That way, when you criticize them, you're a mile way and you have their shoes. "



HA HA

Sunday, June 21, 2009

Bos Yang Marah

Tengahari itu bos aku yang botak itu marah betul. Gara-gara kawan aku lambat siapkan dokumen tender. Lambat taip surat. Dahlah lambat, salah eja pulak tu.

Kelam-kabut juga kami nak menyiapkan dokumen tender ni, kawan aku ni pulak budak baru. Yang aku ni baru dua hari balik dari out-station, manalah aku sempat nak semak secara keseluruhan dokumen-dokumen tu.

Sepatutnya ejaan alamat ialan Jalan BRP, tapi kawan aku tu taip Jalan BPR. Marah betul bos aku.

Kawan aku cakap dia tiru saja daripada dokumen yang diberi. Aku periksa memang betul.

Aku cakap kat bos, "Memang dalam dokumen asal ni tulis BPR lah bos".

"Ya ka? Sepatut apa yang betul?".

Aku jawab, "Yang betul BRP... Bukit Rahman Putra, kalau BPR itu Bumi Putra Rockers".

Tuesday, June 16, 2009

Awek Cantik Putih Mongel Gebu Argue Telur Tiga Suku Dengan Aku

Suatu malam aku keluar ke sebuah warung dengan seorang kawan. Seorang awek pelayan warung datang tanya, "Minum apa?.

"Teh tarik kaw kurang manis", jawab aku.

"Bagi saya kopi panas gelas besar", pesan kawan aku.

Kemudian awek pelayan tu tanya,"Nak makan apa?".

Kawan aku pesan bihun goreng.

"Saya nak telur tiga suku empat bijik".

Lawak ka... benda yang aku pesan tu? Awek tu ketawa, "Abang nak telur setengah masak ke?"

Bukan... telur tiga suku.

Setengah masak?

Bukan. Tiga. Suku.

Setengah masaklah tu...

Takkk... saya nak tiga suku punya.

Setengah masak.

Tiga suku.

Kawan aku menyampuk, "Dia mau telur yang 75% masak".

Ooo...

Lepas tu bihun goreng pun sampai. Dan aku lahap empat biji telur yang TAK cukup masak. Ambik kau!!!

Monday, June 15, 2009

Jajan

Semenjak Februari 2009, aku melatih diri aku untuk makan 6 kali sehari. Sebab nak jadi besar. Aku akan breakfast, lunch dan dinner, jadinya aku makan jajan di antara waktu makan untuk jadikan 6 kali makan. Dua jam selepas breakfast aku pekena roti atau kuih dengan nescafe panas. Dua jam selepas lunch aku minum petang dan makan apa-apa jajan yang ada. Waktu malam semasa menonton TV di rumah atau di warung, aku pekena telur tiga suku 4 biji.

Semasa aku di Kuala pahang tiga jenis jajan inilah yang biasanya aku ambil bersama minum petang di sebuah warung tepi masjid di hujung kampung.

Biasanya aku layan dengan teh tarik kaw kurang manis. Tapi hari tu panas berdenting kaw-kaw, aku pesan teh o limau ais. Segarnya!

Sunday, June 14, 2009

Bamaindll

Nampaknya dah masuk 12 tahun aku bergelumang dalam industri pembinaan. Daripada seorang budak pejabat, jadi kerani, sampailah dapat peluang menyelia projek 1-2 juta.

Salah seorang penyelia tapak di firma aku telah ditugaskan ke sebuah pulau. Oleh kerana site kami di Kuala Pahang sudah dikatakan 'terbakar', aku ditugaskan menggantikan tempatnya selama seminggu. Seminggulah aku 'berkampung' di Kuala Pahang. Tidur serumah dengan para pekerja yang dah aku anggap sebagai kawan-kawan itu.

Pekerja-pekerja di tapak nampaknya sudah cukup terlatih dan tahu apa nak buat. Seolah-olah penyelia projek tu dah remote control pekerja-pekerja ni dari jauh. Oleh kerana projek ini dikatakan hot spot PM Najib, jadinya jadual nak siap cepat. Kami bekerja daripada 8 pagi hingga 10 malam, tapi aku biasanya balik awal sebab tak tahan banyak nyamuk.

Aku kat sini ada tujuh orang. Aku Melayu. Seorang pekerja Indonesia dan lima orang pekerja Bangla. Kalau kami ni berbakat dalam bidang muzik misalnya (malangnya tidak, sebab kami lebih berbakat dalam hal-hal memecahkan dinding). Kalau kami ahli muzik misalnya aku nak namakan band ni Bamaindll.

Bamain tu gabungan Bangla-Malaysia-Indonesia. Perkataan dll tu makna dia 'dan lain-lain'.

Saturday, June 13, 2009

Buaian Beroda


Buaian ni kami gunakan ketika ingin menidurkan baby. Buaian beroda dan boleh dilipat simpan bawah katil. Sambil baring-baring depan TV sambil membuai anak.

Tapi sekarang ni baby kami tiga-tiga orang dah semakin membesar. Baby yang kecik Dina tu dah nak masuk 3 tahun, nak tidur tak perlukan buaian lagi.

Dah jadi barang permainan pulak dah. Dina akan sorong-tarik, sorong tarik buaian ni.

Suatu hari Dina ambil bangkai lipas kemudian dilenyeknya menggunakan roda buaian tu. Aku bercadang nak lipat buaian ni dan simpan. Aku suka baring-baring depan TV, tak pasal-pasal aku pulak kena lenyek.

Friday, June 12, 2009

Kisah Seorang Anak Yang Pelat

Suatu pagi aku bawa anak-anak sekeluarga berkereta meronda-ronda.

Tiba-tiba anak lelaki aku yang umur hampir 4 tahun itu menjerit,"Eeiii... ada tangga! ada tangga!".

Aku tercari-cari juga, tangga apa? Atau dalam kereta aku ada tangga?

Kemudian anak perempuan aku yang 6 tahun tu mencebik bibir,"Adik... itu bukan tangga, itu kerengga... apalah adik ni".

Seekor kerengga kemerah-merahan sedang merayap di kusyen kereta aku.

Tuesday, June 09, 2009

Meniaga Larut Malam

Suatu masa dahulu aku pernah berniaga jualan langsung. Itu kerja pilihan terakhir aku sebenarnya. Kerana sebagai Melayu tipikal kerja jualan langsung ni kerja hina. Kerja rendah martabat. Jual babi pun tak hina macam jualan langsung. Aku tak ada pilihan dah, harap-harap perniagaan ni boleh membantu aku pada masa tu.

Malam tu aku dah set janjitemu dengan kawan lama aku. Dalam kepala aku dah rancang dah nak cakap apa, nak perkenalkan produk apa, memang profesional habislah. Kawan aku tu pun jurutera syarikat kaw-kaw besar, gaji pun besar. Kalau dia boleh beli barang sekotak-dua, mesti lepas susu anak aku.

Dalam perjalanan ke rumah kawan aku tu tiba-tiba terdengar satu letupan kuat. Pada masa yang sama motorsikal aku hilang kawalan macam kuda gila. Nasib baik aku berjaya berhentikan motorsikal tu tak tergolek di jalanraya. Rupa-rupanya tayar motorsikal dah pecah berkecai, berkecai bersama rancangan aku. Aku seret motorsikal ke sebuah stesen minyak.

Aku telefon kawan aku menceritakan masalah aku. Asalnya tadi boleh bercerita di rumahnya, bila nampak aku dengan beg dan fail-fail, "Kita sembang kat stesen minyak ni pun boleh". katanya.

Aku pun berceritalah pasal produk kesihatan, bukak beg, bukak fail, bukak katalog...

Kawan aku pulak bukak beg dia, bukak fail, bukak katalog cerita pasal minyak terhebat. Minyak yang boleh bagi kereta lebih power. Dia ada baaaanyak produk dari pelbagai syarikat. Apa yang aku kagum, bagaimana sesetengah orang boleh menjualkan barang yang tidak diperlukan oleh sipembeli dan sipembeli boleh tertarik membeli barang yang dijual yang tidak diperlukannya. Kalau setakat minyak istimewa nak bagi enjin kereta lebih power dan laju, aku tak memerlukannya. Semasa aku berkereta dahulu kereta aku sudah pun terlebih laju, buktinya ada pada helaian-helaian saman yang aku terima.

Tiba-tiba aku rasa macam nak menangis. Bukan sebab barang tak laku saja, tapi selepas ini aku nak balik pakai apa?

Aku minta tolong adik aku. Tunggu punya tunggu adik aku datang dengan kawan dia dengan sebuah kereta. Adik aku bawakan spanar, pelayar, pam... kerana aku dan stanby tiub dalam bakul motorsikal (tapi tak standby spanar). Dengan bantuan cahaya lampu stesen minyak, aku tukar sendiri tiub yang dah jahanam tu. Berhempas pulas memutar skru, mengepam angin... tiub standby tu bocor pulak. Sudahnya motorsikal tu aku kuncikan di stesen minyak, esok sajalah aku ambil, dah jauh malam mekanik dah tutup.

Aku tumpang kereta kawan adik aku. Namanya Wan, aku panggi abang Wan. Terpegun dan terpana sejenak.. Ni silap mata ke apa ni? Orang berjalan pakai tangan. Kawan adik aku ni badan sekerat. Sekali pandang anggota badan dari dada ke bawah tak ada, macam terputus. Rupa-rupanya kawan adik aku ni insan istimewa, keretanya pun istemewa sebab pedal minyaknya ditekan menggunakan tangan. "Tempah dari singapore", katanya.

Serta-merta pesanan cikgu aku terlintas di fikiran, "Jangan menangis kalau tidak ada kasut, kerana ada orang yang lebih kasihan iaitu yang tidak berkaki".

Dekat-dekat dah nak sampai simpang ke rumah, aku pelawa adik aku dan kawannya tadi berhenti minum teh tarik di sebuah gerai. Sebagai tanda terima kasih yang teramat sangat. Teh tarik yang dipesan tiga gelas pun sampai, diletakkan di atas meja. Aku capai beg, buka katalog...

Monday, June 08, 2009

Lembu Korban Kenduri

Semalam adik aku jadi raja sehari. Adik lelaki aku ni dapat isteri cantik jelita. Tahniah dik. Baik pulak rezeki dia ramai orang sponsor. Dua set pelamin free, baju sewa free, jurugambar free... nasib baik tak kawin free.

Aku pulak semalam jadi hamba sehari. Tolong susun meja kerusi, angkat pinggan, angkut nasi... Kakak aku kata aku ni lembu seladang, suruh buat kerja apa pun boleh buat. Masa kecik-kecik dulu membuli adik, dah besar ni korban sikit untuk adik apa salahnya. Nak sponsor duit banyak tak mampu, tulang empat kerat ni saja yang ada untuk dia.

Wednesday, June 03, 2009

Awek Lazat Perisa Mentega Strawberi

Cuaca panas sekarang menjamu tekak dengan ais seenaknya. Dah banyak minum ais, mulalah batuk-batuk. Minum sirap jemu, ambil gula-gula.

Tadi kawan aku gembira sangat, rupa-rupanya dia baru berjaya curi satu tin gula-gula daripada seorang awek yang cun bernama Cik R.

"Mari bang... kita makan gula-gula!", katanya.

Awek cun tu perasan dan cakap, "Tu bukan gula-gulalah...".

Itu bukan gula-gulalah bongok, yang dikebasnya satu tin kecil body butter.

Patutlah Cik R sentiasa kelihatan lazat, dia guna body butter perisa strawberi rupa-rupanya.

Nyam... nyam... aku suka strawberi kerana strawberi sedap.

Saturday, May 30, 2009

Kisah Guru dan Murid

Beberapa guru disiplin sudah menangkap beberapa orang pelajar tahun empat di sebuah sekolah rendah. Kesalahan merokok. Merokok berjemaah di sekolah.

Murid-murid terbabit di bawa masuk ke bilik guru dan digertak-gertak sampai nak menangis.

Guru disiplin mengarahkan mereka mengisi borang pengakuan. Maklumlah... zaman dah berubah. Kalau dulu cikgu lempang budak kiri kanan habis cer...

Zaman sekarang mana boleh cikgu lempang sesuka hati, sebab kalau cikgu tak kena lempang pun dah cukup baik!

"Tulis nama kamu sekarang!", jerkah seorang guru.

Nampaknya ada budak yang masih terkedu-kedu.

"Kamu tu tunggu apa lagi? Tulis nama kamu lekas", telunjuk cikgu keras.

Budak tu dengan muka poyo bertanya, "Cikgu nak saya tulis nama panjang ke nama pendek?"

Kalau kaulah yang jadi cikgu, apa perasaan kau dapat murid macam ni? Menyirap tak?

"Kamu jangan main-main ye... nanti nahas", ugut seorang cikgu perempuan.

"Saya tahu tulis nama pendek je cikgu... nama panjang saya tak tahu tulis."

Apa punya samseng taik kucing budak zaman sekarang, tulis nama sendiri pun tak reti dah pandai nak hisap-hisap rokok!

Kakak aku cakap, nama budak tu Syukri. Nama panjang dia Mohammad Syukri.

Thursday, May 28, 2009

Sauna lebuhraya

Waktu siang pun orang boleh langgar pembahagi jalan. Melintang kereta di tengah-tengah lebuhraya. Tak pasal-pasal jem sekejap.

Cuaca sekarang ni panas betul. Ada beberapa bahagian perjalanan yang aku rasa boring gila. Pasang air-cond pun terasa macam dalam sauna.

Pada pendapat aku Lebuhraya Pantai Timur dan Karak adalah antara yang terpalat di dunia. Tengah bawak kereta sedap-sedap laju-laju tiba-tiba ada lencongan. Sekejap lencongan ke kanan sekejap ke kiri sekejap ke tengah.

Sampai di plaza tol, kau kena bayar belasan ringgit. Berbaloilah tu untuk pengalaman 'roller coaster' LPT. Dan sauna bergerak.

Monday, May 18, 2009

Makan

Kau pernah makan sambil tidur?

Aku pernah.

Makan sambil berak?

Aku pernah. Macam chewing gum.

...alahai.

Sunday, May 17, 2009

Cendawan

Tengahari semalam aku pesan hot plate mee ayam dan cendawan. Aku tengok kakak tu memasak dan aku tegur cendawan dah masuk ke belum. Selamba dia jawab dah, "Tak nampak ke?."

Sampai di meja aku korek-korek mee dalam pinggan, tak jumpa pun cendawan. Aku bawak hot plate dengan dulang-dulangnya sekali ke kaunter dan tanya mana cendawan. Kakak tu jawab ada, "Ada kat bawah-bawah tu..". Macam sial je. Terus aku nak mencarut, bawah mana? bawah kain?

Pembantu kedai yang seorang lagi terus mencapai 5-6 keping cendawan hitam dan letakkan ke dalam pinggan aku. Di hujung meja ada kawan lama tak jumpa, di usiknya aku katanya, "Sekarang musim panas, cendawan tak tumbuh banggg... hahaha".

Saturday, May 16, 2009

Guru

Jadi guru atau cikgu ni best. Setiap tahun ada hari untuk mereka. Mana ada Hari Kerani atau Hari Pegawai Tadbir dan Diplomatik, padahal PTD tu taraf paling agong.

Cikgu best, kerja setengah hari, banyak cuti makanya boleh kerap buat projek laki bini. Beranak masuk wad kelas satu. Buat part time tusyen, direct sale Hi-O, gaji tak usik.

Alahai.. best jadi cikgu, selamat hari cikgu.

Tuesday, May 12, 2009

Kisah Nurse

Suatu masa dahulu aku pernah diserang denggi. Masuk wad beberapa minggu dan dapat MC setengah bulan.

Suatu pengalaman di hospital yang aku nak ceritakan ialah kisah seorang nurse. Ada seorang nurse ni aku menyampah betul, bukan aku sorang yang menyampah malah kawan-kawan sebilik pun menyampah sama.

Nurse I
Nurse ni macam gaya kaki bodek doktor. Kalau budak pejabat bosnya mungkin supervisor, kalau nurse bos dia doktorlah agaknya. Bila doktor datang melawat dari katil ke katil nurse yang seorang ni pun dok menempel mengiring doktor tu sambil memeberikan laporan tentang setiap pesakit. Macamlah dia seorang yang merawat kami, merawat pun macam acuh tak acuh tapi depan doktor gaya bukan main lagi.

Nurse II
Cantik jelita kerja siang malam (aku syak diaorang ni kerja 30 jam mungkin tak sempat tukar seluar dalam). Semalam seorang nurse datang ambil darah, malam ni dia lagi, esok tengahari dia lagi! Dah lah cantik jelita pinggang kerengga, komitmen pulak tu... terus jatuh cinta. Ahaks!

Tapi aku ni lelaki yang tak pandai mengurat. Kawin pun atas aturan keluarga. Tak macam kawan aku Zul (bukan nama sebenar). Tak sedar diri kena demam denggi sempat lagi mengurat nurse. Berjaya pulak tu, terus kawin. Dulu nurse cucuk dia masuk air dalam badan, sekarang dia pulak cucuk nurse tiap malam.

Apa pun, setiap manusia tu ada sisi terpuji dan ada sisi keji. Semua sama. Hari ini kita menilai orang, mengumpat orang... esok lusa orang pulak mengumpat kita.

Sempena 12 May aku nak ucapkan Selamat Hari Nurse Sedunia. Kerja nurse kerja mulia.

P/s: Nurse I di atas adalah nurse lelaki.

Friday, May 01, 2009

Soal

Apalah gunanya kemenangan, jika tidak dapat diraikan dengan sesiapa.

Duduk ramai-ramai, tapi hati terasa sunyi.

Duit banyak, tapi tak rasa hepi. Kalau duit takde, lagiii...lah tak hepi.

Ada banyak cerita, tapi mulut terasa berat nak mengungkap, jari rasa berat nak mencoret.

Ada banyak masalah, ada banyak alternatif dan penyelesaian, tapi... belum ada tindakan.

Banyak benda nak diselesaikan, tapi semua 'setengah masak'.

Ada awek yang sangat cantik dan berbaloi untuk di tackle, tapi dia muncul lewat 10 tahun. Kalau 10 tahun dulu dia muncul memang ngam.

Ada banyak blog yang dibuat, tapi nak apdet satu pun susah...

Thursday, April 30, 2009

Jika Hidup Ini Pentas Opera

Dan aku.

Bukan superstar. Aku cumalah pelakon extra.

Thursday, April 23, 2009

Awek cantik, nurse pun cantik

Dulu, awek aku lebih selesa bersalin di Hospital Selayang sebab suami boleh masuk dewan bersalin dan berada di sisi isteri sepanjang masa bersalin. Konon memberi sokongan moral.

"Tapi, ada kawan cakap kat Hospital Sungai Buloh suami tak boleh masuk", kata awek aku.

Aku jawab, "Rugi tau kalau tak boleh masuk dalam".

Awek aku tanya, "Kenapa rugi".

"Sebab Kat dalam itulah ada raaaaamai nurse cantik! HAHAHA".

Gurauan yang kasar itu menyebabkan aku pulak yang hampir masuk hospital pagi tadi.

Friday, April 17, 2009

Jelita

Tak. Leher aku tak sakit.

Baru-baru ni ada awek cantik datang interview dan berjaya dapat kerja kat sini. Meja dia betul-betul sebelah aku.

Tu yang kejap-kejap aku tertoleh... kejap-kejap aku tertoleh (manalah tahukan... tiba-tiba awek tu hilang!).

Dia merangkap sekerateri aku. Sekerat tolong aku, sekerat tolong bos.

Tuesday, April 14, 2009

Hensem

Ada yang kata six-pack tu hensem. Ada yang kata boroi itulah hensem sejati. Well... hensem tu relatif sifatnya.

Untuk program 12 minggu aku, aku baru saja melalui 4 minggu yang neraka. Ada lagi 8 minggu neraka yang perlu aku lalui. Workout hardcore beb!

Setakat ini rekod yang aku berjaya capai :-
Leg - Barbell squat (80kg)
Back - t-bar work out (80kg),
Chest - bench press (50kg),
Bicep - Barbell Preacher Curl (20kg),

Berat badan target 110kg. Setakat ni baru berjaya naikkan 5 kg menjadikan 90kg. Bila dah naik ke 110kg tu nanti, kerja keras pulak lagi nak trim jadi 90kg balik. Good luck for me :)

Bila badan aku dah berketul-ketul sok korang employlah aku kerja iklan ubat nyamuk ye.

Wednesday, April 08, 2009

Uban

Kalau diikutkan kepala aku ni dah banyak dah uban. Tapi rambut putih ni aku suruh awek aku cabutkan, seronok juga sebab hilangkan gatal-gatal. Lagi pun aku tak nak nampak tua sebelum masa.

Semasa berhenti di lampu isyarat merah simpang empat tadi, aku belek-belek cermin. Aik? Sejak bila bulu hidung aku ada uban?

Saturday, April 04, 2009

Tergolek Keriangan

Instructor aku cakap, sebaik-baiknya dalam seminggu kita kena makan 4 ekor ayam.

Sendiri cari kontrak yang bernilai ribu-raban, sendiri belanja diri sendiri seekor ayam Kuantan.

Percayalah... ayam kenni rojes lebih sedap daripada ayammmas.

Wednesday, April 01, 2009

Protin Perempuan Simpanan

Aku beli protin perasa cokelat melalui kawan. Dia boleh dapatkan harga murah. Aku pengamal protin perasa cokelat. Cokelat manalah yang tak sedap... ye tak?

Aku beli buku kat cover ada gambar muffin berhias mutiara. Dia penulis. Seronok dapat beli buku direct daripada penulisnya sendiri. Sendiri jadi penulis buku, sendiri baca buku yang ditulis sendiri. Tajuk buku tu Perempuan Simpanan. Sedap tajuk buku. Perempuan manalah yang tak sedap... ya tak?

Untuk info, setiap perempuan ada simpanan protin tau.

E-Excel - protin ni aku beli yang pek 1.5kg harga RM2**, dalam 3 minggu boleh habis. Kalau tak biasa minum protin boleh cirit. Habis dua pek, aku tukar selera dan beli Serious Mass yang 5 kilo harga RM2**.
On Serious Mass ni kena makan / minum lepas tu kena kerja keras workout harcore, kalau tak karang tangan tak besar perut yang besar. Mungkin dalam 2 bulan baru boleh habiskan.


Buku ni harga RM15 (tak termasuk harga pos). Macam nipis je buku ni, mungkin satu malam boleh habiskan. (Apasal taruk gambar muffin yek? macam dalam je makna dia. Taruk gambar muffin seketul pulak tu, kalau dua ketul... )

Ni dah pandai makan kenalah pandai simpanlah haha

Friday, March 27, 2009

Bukan Main Ayam

Aku ada hal kerja di Kuantan. Waktu makan tengahari aku ajak kawan aku makan di Ayamas. Kebetulan pulak restoran tu dekat dengan KFC. Dan signboard KFC tu sangatlah besar boleh nampak dari jauh.

"Aku tunggu kat depan KFC ya."

"KFC yang mana?", tanya kawan aku tu.

Aku jawab, "Yang dalam Parkson, East Coast Mall tau!"

Aku tunggu depan KFC sampai lapar gila menggeletar nak mampus.

"Kat mana?", aku tanya guna henpon.

"Depan KFClah.. kau mana? aku lapar menggeletar dah ni tunggu kau!!!"

Dipendekkan cerita aku belanja kawan-kawan makan ayam, ada yang pesan set kepak ada yang pesan set dada. Aku makan ayam seekor.

Dah licin dah makan ayam, siap jilat-jilat jari, kawan aku cakap "Ayam kat sini tak sedap, sedap lagi Kenny Rogers punya."

Masa tu aku rasa nak gigit orang.

Jadinya buat masa ni aku dah belajar Kuantan tu ada dua Parkson.

Thursday, March 19, 2009

Gigi Susu Aqilah

Bila habis cuti sekolah nanti, Aqilah akan melangkah masuk kelas dengan senyuman baru.

Anak aku, Aqilah enam tahun. Gigi bawahnya 'bertunas' dua batang. Gigi susu dah goyang. Dirahsiakannya.

Sekali pandang macam mulut predator sebab ada lebih gigi dua batang tu. Jadinya aku bawa ke klinik gigi untuk cabut gigi yang dah goyang tu.

Memandangkan ada dua gigi yang baru bertunas betul-betul di belakang gigi susu, maka dua batang gigi susu perlu dicabut. Doktor bagi krim dan dengan sedikit muslihat doktor berjaya suntik bius ke gusi Aqilah.

Masalahnya bila dah kebas budak ni tak nak bukak mulut. Jelas di wajahnya ada ketakutan. Doktor pujuk tak jadi, aku pujuk pun tak jadi. Masa terus berjalan. Nanti lama-lama bius hilang kena caj jugak.

Aku panggil awek masuk ke dalam. Awek aku cakap kalau dia pujuk lagilah tak jadi. Doktor pulak tanya macam mana encik?

Aku cakap,"Pembantu doktor pegang kepala, awek saya pegang tangan, saya pulak pegang kaki."

Wednesday, March 18, 2009

Aku Mesti Berhenti Minum Arak

Namanya Zolpidem Tartrate. Ia bukan nama kumpulan rock atau nasyid. Juga bukan dari jenis kuih tart.

Ia adalah salah satu ubat penenang yang pakar psikiatri aku suruh makan bila perlu.

Mungkin kerana kerja-kerja aku yang dah 'tak cukup tangan' nak aku selesaikan. Dalam masa terdekat ni pulak dua orang jurutera berhenti kerana masalah tekanan. Baru beberapa bulan kerja dah kena tekanan apa aku pun tak tahu.

Kerja berbelas-belas tahun pun susah nak ganti henpon baru. Bengkak hati tengok Bangla pakai Nokia N95.

Sekejap nak kena pergi Bahau, Negeri Sembilan. Sekejap nak kena pergi Kuala Pahang, penuh kereta dengan alatan kerja. Sekejap nak kena pergi Pulau Tioman sebab sub-kontraktor 'lari', pun katanya kena tekanan. Tekanan apa aku tak tahu.

Aku bukan tuhan tangan lapan, sudahnya jatuh sakit hampir seminggu. Bos telefon tak nak angkat, dapat SMS merayu-rayu, haha

Selagi henpon tak habis bateri, tak henti-henti call masuk pasal kerja. Awek aku pulak sibuk mengira pil kalau-kalau aku mencuba overdose.

Awek aku cuti sekolah tak dapat kemana-mana sebabnya dia demam, dah tu pulak dua orang baby pun demam. Satu keluarga jatuh sakit!

Bila dah sihat dah masuk pejabat. Aku 'bancuh' bos aku yang dua ekor tu, sebabnya aku tak puas hati pasal pembahagian kerja dan pasal gaji. Bertekak punya bertekak, akhirnya masa berpihak kepada aku. Hanya masa yang menentukan.

Apa yang pasti aku dapat projek baru dan gaji baru, yeay!

Saturday, March 07, 2009

Cuti

Aku rasa aku patut mengambil cuti barang seminggu-dua.



P/s: Rudy, aku jumpa gulai Patin Buah di R&R Temerloh, sepotong harga dia RM12. Sepotong tu lebih kurang setebal dua jari.

Wednesday, March 04, 2009

Nak Janda

Di hujung talian telefon bimbit yang suara sekejap terputus-putus... sekejap terputus-putus.

"Aku... kalau boleh nak janda.", katanya.

Macam bapak ayam pulak aku ni.

Friday, February 27, 2009

Super Dangdut Jalan Wong Ah Jang

Kelazatan gulai tempoyak ikan patin Kuala Pahang. Memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Lazat menyengat. Masih teringat-ingat dia punya lazat.

Kelazatan gulai tempoyak ikan patin Kuala Pahang. Memang tidak dapat dikatakan dengan gambar-gambar. Lazat menyengat. Masih teringat-ingat dia punya pedas menyengat. Pedas dia pijar ke lidah, pijar ke bibir.

"Makan pedas pandai mengaji", kata S, kawan aku yang gemuk tu.

Wednesday, February 25, 2009

Fantasi Orang Yang Beriman

Titik.

MC

Cuaca tak menentu sekarang ni. Pagi-pagi elok cerah, tiba-tiba hujan. Panas tengahari, sebelum petang hujan lebat mendadak. Di jalan raya kereta pun kemalangan mendadak.

Dalam pejabat ni sunyi sebab ada dua tiga orang dah ambil MC. Demam.

Semalam aku dapat SMS dari kakak bahagian akaun;

"Tommorow mc"

Baca SMS dia ada rasa ganjil sikit, baca balik dua tiga kali barulah perasan keganjilannya.

Satu lagi SMS dari budak engineer ;

"N*** sayang. demam s*** tak baik2 lg. bulan ni dah byk kali dah cuti.. Mase adik meninggal aritu.. Campur demam ni. risau plak ape bos kate nanti. tp Demam s*** kuat sangat2. Shah nk bgn pun tak larat.. N*** doakan s*** cepat sembuh yer.

Itulah penangan orang demam, ada yang eja salah dan ada yang hantar ke orang yang salah! Kantoi haha

Walau apa pun, aku harap dia orang cepat-cepatlah sembuh dan masuk kerja semula. Tak sabar nak tunjukkan balik SMS dia orang ni. Apalah gunanya lawak kalau tak boleh berkongsi gelak.

Monday, February 23, 2009

Emosi

Tak sedar air mata berguguran satu-persatu membasahi pipi.

Bukan. Bukan sebab kematian.

Berair mata sebab sedih pun ya, sebab kelakar pun ya. Penangan hari minggu menonton filem Tamil.

Wednesday, February 18, 2009

Nama Tempat

Pagi tadi aku nyaris bertumbuk dengan orang.

Dalam suasana cemas, awek aku mencelah, "Kenapa ni bang?".

Aku jawab takde apa-apa... salah faham sikit jer.

Takkanlah pasal lampu tinggi pun nak bertumbuk bagai, ye tak?.

"Kat kampung ni orang-orang dia memang terkenal samseng bang", kata awek aku.

Ceh! poodah... setahu aku tempat ni lebih banyak kes denggi daripada kes pukul orang. Tidur tak nak pakai kelambu, tak nak pakai baju... kalau badan tu hardcore takpe aaa jugak.

Wednesday, February 04, 2009

Bibik

Kakak ipar aku ambil orang gaji. Bibik tersebut diberi tanggungjawab menyelesaikan kerja-kerja rumah daripada menjaga anak, siram pokok bunga, memasak dan mungkin perlu memastikan remote TV tidak hilang.

Asal ada barang pecah, "Potong gaji."

Suatu petang kakak ipar aku dan suaminya balik dari kerja. Elok semua nasi dan lauk-pauk terhidang sedap. Tetapi mengapa anak-anak terbiar di luar?

Sepucuk surat nota di bawah pinggan menjelaskan segala-galanya. Bibik lari membawa bersamanya beberapa barang kemas (dan hatinya yang telah luka ah...).

Abang ipar aku pula, bibiknya yang ke 29 (kalau aku tak salah kira) telah melarikan diri pada waktu pejabat. Tak serik-serik berbibik, dalam masa 13 tahun ni bermacam jenis dah dicubanya dari yang muda, yang tua, yang Islam dan yang kapir, semua lari.

Awek aku pernah juga minta aku sediakan bibik. Kan aku dah kena libas hangar hari tu sebab nak bibik ratu jamu, jadinya aku cari alasan lain.

"Anak-anak kita nakal dan buas... jangan kan bibik lari, ayah budak pun lari."

"Anak nakal ikut perangai siapa? ya tak?".

Ini lebih pedas daripada libas!

Aku & Handphone


Handphone aku yang pertama ialah Motorola C160.

Aku baru bekerja masa tu, jadi kerani. Bila balik kampung jumpa kawan-kawan, dia orang punyalah kagum tengok aku dah ada handphone. Kawan-kawan aku masa tu masih belajar di universiti. Masa tu pulak budak U mana tau main handphone macam sekarang. Prepaid pun belum wujud! (di Malaysia tentunya). Mana adanya donlod-donlod ringtone. SMS pun belum ada masa tu.

Berlagak macam orang kaya aku masa tu. C160 ni kalau bateri kong, aku boleh masukkan empat biji bateri AAA. Bolehlah tahan 2-3 jam untuk kecemasan (kes balik kampung charger tertinggal).

Lepas tu handphone ni rosak. Aku beli lain tapi yang second hand. Banyak model secondhand yang aku guna, tapi dah lupa model apa. Yang aku ingat ada jenama Philips Twist, Bosch, Motorola T190, AMOI, Nokia 110i, Nokia 3315. Dari yang saiz tiga jari hingga yang saiz 'baling anjing boleh mati'.

"Zaman dah berubah...", kata iklan di TV. Kawan-kawan aku masing-masing dah mantap sekarang ni. Dua puluh tahun ke hadapan mereka meninggalkan aku. Ada yang dah berpengalaman bekerja di empat buah negara, aku ni Sarawak pun belum pernah pijak. Passport antarabangsa pun takde, malu kepada Bangla.

Sekarang budak-budak sekolah rendah pun dah reti simpan 3GP blowjob. Budak U jangan cakaplah...

Dalam banyak-banyak handphone yang paling berkesan ialah Nokia 3310. Bagi aku ia istimewa tapi tak tau kenapa. Handphone ini awek aku hilangkan.

Sekarang aku bawa dua handphone, satu Nokia 6020 yang company bagi dan satu lagi Nokia 3220 untuk peribadi. Dua-dua ni akan aku set untuk alarm bangun pagi.

Tuesday, February 03, 2009

Bersenam

Sekali aku buat tapai ubi, penuh tiga tupperware. Hahaha

Dah hampir enam tahun aku tinggal di *toot* Subang ni. Tengahari semalam aku sekeluarga jalan-jalan cari jajan di TESCO Shah Alam (yang dekat Pusat Akuatik tu). Belanja awek makan ikan bakar dan biarkan anak-anak melasak di taman permainan bersebelahan. Taman permainan diletak dalam pasaraya jadi taklah panas.

Aku melilau nak cari seluar trek sebab aku nak pergi jogging. Ya, aku nak pergi jogging. Susah jugak nak dapatkan yang saiz bapak kanak-kanak. Saiz kanak-kanak berlambak.

Rasa macam magik pun ada bila tiba-tiba dalam rak kasut aku ada sepasang kasut sukan! Selama ni ke mana kau menghilang wahai kasut?

Dah hampir enam tahun aku tinggal di *toot* Subang ni. Semalam kali pertama aku jogging mendaki dan menuruni Bukit Subang. Nak naik kemudian turun kemudian patah balik ke rumah aku kena redah dua tiga taman juga. Tiba-tiba rasa hensem bila orang pandang-pandang.

Sini ada banyak Subang, ada Subang Suria, Mutiara Subang, Subang Galaksi, Puteri Subang, di sebalik bukit ada Subang 2, Subang Bestari, depan jauh lagi ada Airport Subang. Selamat datang ke wilayah denggi.

Ada satu budak ni mungkin nak test, lari semacam je. Heh! tengok gaya dia hayun tangan pun dah tahu boleh lari ke tak boleh lari budak ni. Aku bagi dia jauh sikit, lepas tu aku pecut potong dia. Pancit budak tu haha. Kalau lima belas tahun nan silam, setakat 10km tu aku tak rasa apa.

Mendaki dan menuruni bukit tersebut dalam masa dua puluh minit, lain kali aku perlu pecut.

Tiga-tiga tupperware tu tapai ubi aku tak jadi. Semuanya masam!

Sunday, February 01, 2009

Kerana Tapai

Tahun itu tahun 1995. Gila apanya aku belajar komputer sampai ke Kapar. Kelas akan bermula pada pukul 8.30 pagi.

Jadinya aku akan keluar dari rumah pukul 6.00 pagi. Merentasi kawasan sawah yang saujana mata memandang. Dan dapat mata yang pedih-pedih dimasuki serangga sawah.

Letakkan motor di bawah pokok besar depan restoran (sekarang restoran tu dah takde). Ambil bas 7.00 pagi di Tanjung Karang menghala ke Kuala Selangor. Dari stesen bas Kuala Selangor (sekarang stesen tu dah takde, pindah tempat lain) naik bas Klang. Pastikan bas Klang yang melalui Kapar, kalau salah naik alamatnya tak sampai Kapar!

Selalunya jam 8.00 sampai kelas komputer di Kapar, bolehlah sarapan roti canai dua keping yang garing di restoran berhampiran kelas komputer tu (sekarang ada lagi ka restoran India tu?).

Suatu pagi yang malang aku naik bas yang bersesak-sesak dengan perempuan India yang ikat banyak bunga di rambut (dia orang nak pergi sesuatu acara ke?). Ada bau yang teramat tengik yang aku tak tahan mungkin bau minyak rambut.

Masa tu pening sikit kalau belajar komputer sebab guna DOS (sekarang ni bank harimau je yang masih pakai DOS, agaknya), takdenya klik-klik ikon guna mouse macam sekarang. Nak hafal step by step tu yang leceh tu.

Aku muntah sambil diperhatikan oleh seorang awek cantik yang duduk di sebelah aku. Semuanya tapai pulut hitam yang aku makan semasa menonton TV malam sebelumnya.

Lepas tu aku bertekad nak makan tapai ubi sahajalah.

Tuesday, January 27, 2009

Tapai

Salah satu makanan kegemaran aku ialah tapai ubi.

Tadi aku belajar buat tapai ubi. Sehari dua nanti barulah boleh dimakan tapai ubi tu.

Lepas tu nanti aku nak goreng tapai ubi tu. Lamanya tak makan tapai ubi goreng. Zaman dulu arwah bapak ada, dia suka makan.

Dalam keluarga aku mungkin aku seorang saja yang suka jajan ini, agaknya.

Wednesday, January 21, 2009

Kipas Keras Mati

Kalau Tok Rimau atau bang Naga, tak pun ND buat persembahan pentas yang best nak mampus. Harus peminat baling kutang (lalu tersangkut di telinga) Ya! bayangkan...

Mereka lelaki, manakala (kebanyakan) peminat mereka perempuan. Perempuan baling kutang.

Macam mana pulak kalau perempuan yang buat show best gila babi nak mampus (macam Joan Jett masa muda misalnya). Nak baling apa ya?...


Perhatian: new update ;- Tragedi Tali Kutang

Video - http://www.youtube.com/watch?v=XzOuIEDcPVQ

Lirik - http://ungguls.multiply.com/journal/item/85/Tragedi_Tali_Kutang_Be-Ha_Bra

Saturday, January 17, 2009

Cerita Hujung Minggu

Kalau mood aku baik. Hari minggu. Aku buat sarapan. Kadang-kadang mi goreng mamak. Kadang-kadang kuew tiaw goreng. Makaroni goreng pun boleh. Ada yang ketagih murtabak megi.

Kalau anak-anak aku yang tiga orang tu boleh makan masakan aku, kira oklah.

Satu lagi aktiviti hujung minggu ialah berlingkar depan TV. Kadang-kadang berebut remote dengan anak. Dia nak kartun aku nak cerita lain. Tapi tak tahan tengok dia menangis melalak meraung, aku mengalah.

"Apa yang penting... kerjasama!", kata Wonder Pet.

Bila dah jemu aku akan dapat balik remote tu. Aku tak memilih sangat program TV sama ada movie, cerita Cina, Inggeris, Tamil atau Hindi.

Tapi apasal ya? Setiap kali movie Tamil, heroin bukan main seksi cantik jelita, tapi heronya kalau tak misai ular sawa, boroi. Tentang misai tu boleh accept lagi, tapi boroi tu... ah terlalu seksilah.

Friday, January 16, 2009

Dada dan Telur

Kami berempat makan tengahari di sebuah gerai. Lewat kami makan hari ini. Kami baru balik dari Pekan, Pahang.

Pagi tadi bertolak dari rumah pukul 6 pagi, sampai Pekan pukul 9.30 pagi. Mesyuarat tak sampai sejam. Pergi melawat tapak lepas tu terus balik KL semula. Enam jam memandu menyebabkan badan terasa lunyai.

Datang cik adik manis tanya, "Nak makan apa?".

Kawan-kawan aku pesan nasi ayam. Masing-masing nak dada.

Aku pula pesan char kuay teow. Aku nak kerang dengan telur mata.

Selepas ambil pesanan makanan dan minuman cik adik tadi berlalu pergi.

Tak lama kemudian kawan aku bagi isyarat dan aku toleh ke tepi.

Cik adik tadi tanya lagi, "Abang nak dada ke.. telur?"

Nak aje aku jawab, abang nak dada sebab abang dah ada telur.

Kawan aku cakap, cik adik tu tanya sama ada kau nak telur mata atau telur dadar. Oh sorilah abang salah dengar!

Kawan-kawan aku lahap nasi ayam lauk dada dan teh o ais. Aku belasah char kuey teow kerang telur mata.

P/s: Malam tu aku cirit berulang-alik ke tandas sampai 3 pagi tak settle. Pagi-pagi bangun sambung lagi cirit. Aku syak gerai tu masak tauge rosak.

Thursday, January 15, 2009

Belajar IT Daripada Pencuri

Kawan aku ni pengajar subjek IT. Kau tanya saja dia pasal IT, komputer, perisian, networking, backup data ... Dah bidang kepakaran dia. Tarik kabel Cat 5e pun dia boleh buat.

Malam tadi kami sembang kedai mamak. Aku belanja dia, dia nak makan megi saja. Aku pula pesan nasi goreng kambing.

Sembang punya sembang, dia imbas kembali pasal kereta dia yang kena pecah cermin belakang. Kerana orang nak curi laptop, cermin kereta telah dipecah. Dalam laptop ada tesis.

Kawan aku ni backup tesis dia dalam portable harddisk. Satu lagi backup dia salin dalam thumbdrive.

Laptop, portable harddisk dan thumdrive dia simpan sekali dalam beg pakaian. Kerana pencuri boleh hidu dalam beg pakai ada laptop, beg pakaian telah mereka curi.

Laptop, harddisk, thumdrive boleh beli baru, tapi tesis yang telah dirangka hampir setahun. Kehilangan tesis tiada pengganti.

Pencuri tersebut telah memberikan kita semua suatu pengajaran...

Cerdik pandai jadi pakar IT pencuri tu kalau dia sempat baca tesis kawan aku yang ada dalam laptop, harddisk dan thumdrive tersebut.

Saturday, January 10, 2009

Yang Tidak Perlu Kau Fahami

Gincu patah muka berconteng merah
budak-budak kena libas hangar

sabun di bilik mandi kena ramas
budak ni dah mandi tapi rambut keras?

kemek di hujung tiub ubat gigi
menjadi kelahi

hari minggu basuh stokin
bila nak pakai "Honey! mana sebelah lagi?"

dah siap-siap hirup megi cerita best kat TV
berlingkar di sofa, tapi remote mana pergi?

boleh kalau nak gajikan bibik
tapi "Abang nak yang ratu jamu"

Zasssss... bapak budak pulak
yang kena libas hangar.

Friday, January 09, 2009

MB Kami Yang Pu*toot*

Katanya nak bagi air free,
tunggu punya tunggu tak mari,
dari tahun lepas sampai Januari,
tahun baru dah nak masuk Februari,
katanya bulan Jun nanti baru bagi,
tak tau bulan Jun tahun bila nanti,
tak banyak perubahan pun sejak beliau jadi MB,
kilang Calsberg masih tegak berdiri,
air free belum mari yang datang Camry,
MB kami memang pu*toot*.

Wednesday, January 07, 2009

Hensem Berkaca Mata

Bila menonton TV aku perasan perkataan-perkataan sarikata tu kabur. Bila baca buku atau majalah pun kadang-kadang tulisannya jadi kabur. Memandu waktu malam, bila bertembung kenderaan lain, silau lampu tu lain macam.

Sebagai solusi segera, aku tempah cermin mata. Tak banyak membantu pun cermin mata ni, lagi pening adalah. Hari tu terlanggar pintu tandas, terkangkang bingkai cermin mata tu nasib baik tak patah.

Padanlah cermin mata tak boleh membantu. Setelah diperiksa, berita baiknya ia bukan glaucoma, cuma aku ada parut pada kornea.

Kalau dulu aku kerap jumpa doktor sebab rawatan asthma. Kerana kerapnya kena asthma, sampai sekarang Doktor Ariffin tu dah macam kawan lama.

Lepas tu kerap jumpa doktor gigi dan ortodontis. Dalam tempoh satu setengah tahun ni dah berbelas-belas kali berulang ke klinik gigi untuk servis 'besi-besi dalam mulut' aku ni. Jangankan Doktor Marshitah, pembantu dia Cik Azie tu pun dah kerap berjenaka dengan aku.

Sekarang ni nak jumpa doktor mata pulak...

Bertambah ramai kawan aku yang diantaranya terdiri daripada kalangan engineer, guru, pensyarah, pereka kulit buku, polis dan kini doktor! Betapa elit! haha

Tuesday, January 06, 2009

Puzzle Yang Buat Aku Bengong


Aku jalan-jalan dalam sebuah pasaraya kemudian aku ternampak mainan ini dalam rak kaca.

Ada banyak jenis, dalam banyak-banyak tu ada jenis yang aku dah ada serta pernah selesaikan.

Aku cari jenis yang lain dan tertarik dengan sebuah ring puzzle.

Dua hari dua malam aku godek-godek menda alah tu... akhirnya dapat keluarkan ring tu.

Tapi... macam mana nak masukkan balik ring tu?

Monday, January 05, 2009

Kuda Bos Saya

Pepatah ada menyebut. Bahawa kita boleh membawa kuda ke air. Tapi kita tidak boleh paksa kuda tersebut minum.

Kita boleh bawa kuda jumpa awek dia, tapi kita tak boleh paksa dia...

Salah satu masalah yang aku sedang hadapi sekarang ialah, bukan sahaja kuda tu tak mau minum, nak bawak pergi ke air pun dia tak sudi.

Siapa suruh 'bela' kuda, bela ayam saja kan senang.

Bacaan tambahan; bagaimana mendorong kuda minum dan perbincangan mengenainya.

Sunday, January 04, 2009

Gathering Geng Jurnal


Semalam aku menyertai gath GJ di Taman KLCC, di Pondok Masjid as-Syakirin Nombor 2 (PMS No. 2) . Hujan bukan halangan.

Membawa sekotak hadiah yang disyaratkan untuk acara tukar-tukar hadiah. Dan berbekalkan perut yang agak lapar. Hujan pun pandai berhenti, tapi makan tak. Hujan bukan halangan, untuk makan. Tapi aku sampai agak lewat.

Waktu aku sampai di KLCC aku ditegur oleh Salji beserta isteri dan anak-anaknya, malangnya dia tak dapat join gath sebab hujan, bawak anak-anak kecil, susah.

Masa gath aku makan dan makan. Lepas tu main permainan Harimau Jadian yang pernah diperkenalkan oleh Tok Rimau masa Maskara yang lepas. Makan-makan, gelak-gelak, berseronok-seronok dengan kawan-kawan. Hujan bukan halangan untuk berseronok.

Yang aku ingat, aku makan dan makan, gelak dan gelak... makan lagi, lepas tu gelak lagi. Gila seronok. Tapi aku tiba-tiba insaf... bila sedar pada gath kali ini aku tak meyumbang apa-apa pun. Seribu apologi daripada aku.

Terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung dan tak langsung untuk gath kali ni. Minta maaf juga atas segala salah silap terkasar bahasa serta minta halalkan makan minum saya sepanjang gath semalam. Well... kalau makanan tu tak dihalalkan masakan ia dibentangkan sedemikan rupa, iya tak?

Saturday, January 03, 2009

Awek Tak Bersayap

Aku suka pula layan perasaan sambil dengar lagu ni...

Dare mo hitori de
Ikite wa yukenu
Waratte anata wa
Sou itta

Ano koe wa ima mo
Mune ni hime
Kaerenu michi wo
Hitori yuku

Aoi sora wo
Midori no heiwa wo kudasai
Sore ga Sore ga dou sh!te mo
Hoshii no desu
Ai shiau hitori no tame ni


Terkenangkan zaman budak-budak dulu, balik dari sekolah terus mengadap TV. Ponteng sekolah agama petang. Kadang-kadang malam ponteng mengaji.

Lagu tu jugak membuatkan terkenang awek lama... tapi awek tak bersayap. Walau pun tak bersayap, lama dah dia terbang tinggi meninggalkan aku.

Friday, January 02, 2009

Resolusi Tahun Baru (1)

Aku bukan smoker. Kalau aku semoker sudah pasti salah satu resolusi aku berhenti merokok, lepas tu terus jugak merokok.

Oleh kerana aku ni food lovers, pencinta makanan (juga pecinta wanita). Hidup untuk makan, lepas makan terus tergolek keriangan, lama-lama perut pun boroi.

Resolusi tahun baru 2009 ialah untuk dapat six pack. Yeay!

Pencinta makanan kenalah diet makan. Makan roti dan epal.

Makan roti dan epal sekali selepas sarapan. Makan roti dan epal sekali selepas lunch. Makan roti dan epal sekali masa minum petang.

An apple a day can keep boroi away.

Tapi... kalau takde epal, pisang pun boleh kot.

Thursday, January 01, 2009

Resolusi Tahun Baru

Penatnya bekerja dan memandu kereta ke out-station. Dalam bulan ni saja dah berapa kali berulang alik Subang Jaya - Pekan Pahang, Subang Jaya-Bahau, Subang Jaya-Seremban, Subang Jaya-Seremban 2, Subang Jaya- Kuala Pilah... Tak habis-habis dengan meeting dan lawatan tapak, dengan TNB, dengan JKR, dengan JPS...

Aku merebah tubuh yang lelah. Lega dapat bantal beralas tilam empuk.

Awek aku tanya, "Apa resolusi tahun baru abang?"

Aku hanya tersengih. Perut aku diusap oleh telapak tangan aku sendiri. Betapa boroi. Perut yang boroi adalah resolusi tahun lepas.

Awek aku cakap, "Ada resolusi nak tambah baby lagi tak?"

Lantas aku jawab, "Nak tambah baby tu takde... tapi ada cadangan nak tambah emak baby... HAHA!"

ZAAASSSSSS

ADUH!

Telapak tangan menyapu-nyapu pangkal lengan yang kena libas hangar baju.

Thursday, December 25, 2008

Jalan Berpimpin Tangan

Bersiar-siar dalam kompleks membeli-belah One Utama bersama-sama keluarga. Banyak juga hiasan pokok krismas di siar kaki dan di kiosk-kiosk.

Anak-anak aku keseronokan berkejaran ke sana ke mari di celah orang-orang ramai. Tadi dah cemas sekali, bila Tuahdanish yang 3 tahun tu main sembunyi-sembunyi. Budak-budak ni kalau tak dipimpin tangan entah ke mana-manalah nanti.

Mak aku jalannya perlahan sebab tak berapa sihat sehari dua ni, bawak dia jalan-jalan ambik angin. Adik aku sedang bercuti lagi, 'ketuk' dia belanja kami makan. Kami makan di Johnny's Restaurant, kailan dia sedap gila babi nak mampos.

Semasa nak menaiki eskelator, anak sulung aku si Aqilah kelihatan berlari meluru ke arah selonggok permainan, entah apa dibelek-beleknya. Aku panggil anak aku tu sebab kami nak naik eskelator.

Aku pun jerit, "Kakakkk..!"

Tapi budak tu buat-buat pekak, buat dekk je. Tiba-tiba ada seorang perempuan dah tarik tangan dia...

"KAKAKKKKKKKKKK.."

Terus terdengar suara awek aku dari belakang, "Apa abang terjerit-jerit ni? Yang abang pegang tu kan tangan kakak".

Oh ya! Aku tengok Aqilah, dia terpinga-pinga merenung ayahnya.

Mak aku cakap, "Oo alah... budak tu pakai baju sama macam anak kau."

"Abang nak ke mana pulak tu?, awek aku separuh menjerit.

"Kejap.. kejap... nak tengok robot Transformers".

Sunday, December 14, 2008

Laporan Maskara Balak Malaya



Malam tadi aku meluangkan masa ke majlis Maskara Balak Malaya anjuran Sendiket Soljah. Majlis Maskara memang 'hot' dengan persembahan-persembahan, dengan makanan yang disajikan dan keramahan kawan-kawan.



Selesai Maskara, 14 orang dikalangan kami bermain permainan 'Harimau Jadian' kelolaan Tok Rimau, kami main sampai pagi. Aku pulang dengan hadiah cabutan bertuah, paling penting aku pulang dengan kenangan terindah.

Wednesday, December 10, 2008

"Merry Chrismast! Ho ho ho...", kata Santa Claus


"Orang Tanjong Karang pergi melawat taman padi kat Bukit Cherakah? Apa barang...", kata aku.

Kampung halaman aku memang dah tersedia dengan sawah yang terbentang luas saujana mata memandang. Kalau setakat nak pergi Bukit Cherakah nak pergi taman padi, memang kerja tak senonoh namanya.

"Alah... kita nak masuk rumah empat musimlah... musim apa ya sekarang", minta awek aku.

Secara ringkas, seronok juga jalan-jalan di tempat sendiri. Bukit Cherakah memang dah tak 'in' sekarang ni, tak macam 10 tahun dulu, siap buat rombongan lagi untuk pergi Bukit Cherakah.

Bukit Cherakah aka Taman Botani Negara.

Tuesday, December 09, 2008

Buta Agaknya

Malam raya aku layan TV. Kat kampung di rumah mertua cuma ada siaran TV percuma. Tak ada cerita yang menarik.

Ada stesen TV yang siar rancangan nyanyi-nyanyi, tapi lagu raya yang didendangkan ialah raya Aidilfitri. Tak sesuai nanyi lagu Syawal dibulan haji. Bodoh!

Sebentar-sebentar TV akan siarkan takbir raya. Kalau tak salah aku TV9 siarkan takbir yang salah eja, kat part Allah tu kalau tak silap diaorang taruk 3 lam. Buta agaknya. Tak perihatin langsung!

Pagi raya, selepas makan-makan, selepas sembahyang, kami sembelih lembu korban. Satu kejadian menarik telah terjadi bilamana lembu yang dah disembelih tiba-tiba berdiri kembali. Liat nyawa lembu ni, sukar menyerah kalah.

Ini video lembu kental ;
http://www.youtube.com/watch?v=Ctel7MNgUhk

Saturday, December 06, 2008

Hidup Suatu Perjudian

Kali pertama dalam hidup aku mendengar orang ditampar di tanah perkuburan.

Arwah sepupu aku meninggal kerana sakit buah pinggang. Dikebumikan di kampung halaman. Selepas jenazahnya siap dikambus tanah, barulah nampak suaminya muncul.

Seorang anak saudara yang badannya tegap menerpa ke arah pakciknya itu, lalu menampar muka pakciknya itu.

Menurut cerita sepupu aku ni dah lama menderita sebab suaminya kuat berjudi. Begitu baik keluarganya, begitu baik saudara-maranya, ada juga yang rosak. Macam setandan kelapa, kadang-kadang ada sebiji yang komeng.

Beberapa lama arwah di wad hospital, sekali tak pernah suaminya melawat. Nasib baik ada emaknya yang berjaga siang malam, emak mana tak sayang anak.

Benda ni dah lama, kami baru tahu. Padanlah setiap kali raya kecoh brother ni hilang, rupa-rupanya malam berjudi, siang tidur merata-rata.

Sepupu aku ni kiranya isteri yang kedua, yang pertama dulu diceraikan sebab lari. Jantan keji macam tu, isteri mana yang tak lari.

Berbalik kepada hal melempang tadi, kalau ikutkan hati panas memanglah puas, tetapi secara akhlaknya ia salah. Dan lagi, selepas ini mesti ada dendam susulan, itu yang susah.

Brother tu pula, susahlah nak berubah, dah tua dah, liat. Kalau sungai senang kita nak ubah daripada bengkok kepada lurus, manusia tak senang...

P/s: Salam takziah kepada bang Sinaganaga :-(

Thursday, December 04, 2008

Sungai Yang Berubah

Muara Sungai Tekek, Kg. Tekek, Pulau Tioman...

Gambar lebih setahun dahulu, dalam pembinaan.

Gambar terkini. Bulan November musim tengkujuh jadinya tak ramai orang. Sampai bulan Mac tahun depan barulah pulau ini rancak semula.


Wednesday, December 03, 2008

Tak Jauh

Pada suatu Hari Raya Adilfitri yang lalu, kami berkunjung ke rumah keluarga sepupu kami namanya Kak Intan. Dia ni kiranya sepupu kami yang rumahnya tak jauh dengan kawasan perumahan kami.

Emak aku ada empat adik beradik yang semuanya perempuan. Kami panggil mereka Mak Ngah, Mak Lang (arwah), Mak Uda manakala mak aku digelar Mak Utih. Kak Intan adalah anak Mak Uda, baik orangnya. Raya tahun sudah dimasakkannya kami mi goreng.

Sesampai di halaman rumah sewa tersebut, di dapati tiada orang. Mungkin pergi beraya, atau mungkin dah pindah. Nombor hensetnya pula kami tak ada.

Aku katakan kepada awek aku, "Raya Haji kan ada..."

Kami seterusnya beraya ke tempat lain dan balik ke rumah.

Raya Haji dah tak jauh. Minggu depan aku ambil cuti tambahan sempena Raya Haji, cadangnya nak balik kampung dan kalau ada peluang nak pergi jalan-jalan sekeluarga. Raya Haji biasanya bukan raya sangat pun (bagi orang lain mungkin berbeza), tak semeriah Raya Aidilfitri.

Selepas Isyak tadi adik aku telefon aku, "Kak Intan meninggal petang tadi... sakit buah pinggang".

Aku terasa tubuh aku macam berada di atas roller coaster yang sedang menjunam.

Tuesday, December 02, 2008

Dilanggar Todak

Abe Sanusi dan Kak Ida adalah pengantin baru. Inai masih merah di jari-jari Kak Ida. Tapi Abe Sanusi tak nak pakai inai, katanya.

Cerdik pandai maka berkatalah, rumah tangga itu umpama sebuah negara dimana suami umpama raja dan isteri (atau isteri-isteri) itu rakyatnya.

Jam pukul 5 petang, semua pekerja pejabat dan bahagian kilang masing-masing berbaris panjang untuk punch card.

"Awal balik abe..", satu suara mengusik.

"Malam ni Singapura dilanggar todak", jawab abe. 'Abe' tu maknanya 'abang'.

Lama sikit lepas tu baru aku faham maksud tersirat disebalik kata-kata abe.
Singapura dilanggar todak, rakyatnya berkubukan betis.

Tajam todak abe, jangan kata betis, peha pun kena.

... dan mungkin sesekali tercekik ikan todak. HA HA HA

Monday, December 01, 2008

Makan Kaw-kaw (2)

Stadium Shah Alam dari tingkap kapal angkasa.

"Aku asal Klang, tempat black area... macam Young and Dangerous.", jawab Encik N. Jari-jemari beliau ada cincin besi.

Encik N ni kiranya salah seorang bos besar dalam syarikat berkenaan. Aku entertain dorang ni makan seafood lagi.

Aku tanya dorang nak makan apa. Seorang jawab "Tak kisahlah... ayam pun boleh".

Ada yang nak ikan, udang, sotong, sup shark fin... "Sup sayur tak nak ya", kata seorang. Semalam sup sayur makan tak habis.

Aku tanya bos besar dorang nak makan apa.

Encik N jawab, "Aaa... bagilah telur dadar kicap".

Aku jawab, "Hahaha... tak kan Young and Dangerous order telur kicap!"

Dia membela diri "Telur kicap aaa baru betul-betul mantap... "

"Encik Young and Dangerous nak order susu?", aku.

Friday, November 28, 2008

Makan Kaw-kaw (1)

Gambar hiasan. Lelaki baik hiasan dunia, ewwahh.

Aku jemput hampir 10 orang makan semeja bulat. Restoran itu di tepi pantai, air laut menghempas pasir dan terpercik-percik ke lantai restoran.

Aku pesan set makan malam, jangan bimbang restoran Cina ni tak ada babi.

Aku pesan banyak seafood, ikan stim sos hitam, udang goreng nestum, squid cili kering, lobster...

Encik A buka dompet dan keluarkan sepapan pil halus-halus.

"Tu pil alergi tu, berapa kali makan?", aku menegur sebab setahu aku pil tu sebiji sehari ja makan.

Encik A jawab, "Aku bila terasa ja, aku makan, atau standby bila nak makan seafood".

Aku nasihat, "Jangan makan banyak, sesetengah ubat boleh merosakkan buah pinggang".

Salah seorang kawan Encik A menyampuk, "Biarkan je rosak, dia bukan pakai sangat pun buah pinggang dia".

Restoran itu di tepi pantai, air laut menghempas pasir dan terpercik-percik ke lantai restoran.

Tuesday, November 25, 2008

Berkayuh ke Pulau Jauh di Musim Tengkujuh

"Apasal lu tak mau naik flight?, naik flight lagi baik maa.."

Apa mimpi bos aku ni? Tiba-tiba tanya soalan macam tu?

"Bila masa saya cakap tak suka?... saya lagi suka maa kalau ada peluang naik flight".

Cadangnya nak ambil pakej, penerbangan pergi balik dengan penginapan 3 hari 2 malam. Tapi bagi aku menginap mana-mana pun boleh, jadinya tempah tiket kapal terbang sahajalah.

Hari ini ulangtahun kelahiran baby girl aku Dina, yang ke-dua tahun. Sebelas haribulan sebelas yang lalu pula ulangtahun baby boy aku Tuahdanish, yang ke-tiga tahun. Dua orang anak lahir dalam bulan yang sama.

Aku ni gayat. Bimbang jugak nak naik kapal terbang ni. Berjaya Air menggunakan Focker kalau tak silap, gila kecik anak punya kapal terbang, aku nak yang besar taklah goyang sangat - mother focker misalnya.

Aku selalu terbayang kalau kapal terbang rosak lalu terhempas. Gamaknya macam filem Cast Away, terkandas di pulau dan hari-hari ratah kelapa.

Penerbangan aku dijadualkan pada hari Khamis, balik hari Sabtu.

Hari minggu ni cadangnya nak buat majlis hari jadi baby-baby aku tu, buat serentak untuk memudahkan urusan-urusan tertentu.

Pergi ke pulau atas urusan kerja, ada meeting. Banyak dokumen dan lukisan nak dibawa. Minta tolong budak pejabat ni buat fotokopi.

Macam dah nak cukup dah pengalaman aku pergi ke pulau. Pergi naik bas dah, 7 jam. Naik feri dah, 3 jam. Naik feri kecik pun dah, 3 kali tidur, 3 kali muntah, 3 jam baru sampai. Naik kereta lalu MRR2 - LPT - Gambang - Pekan... 5 jam. Berkereta dari Mersing - Muazzam Shah - Bahau - Senawang... 6 jam. Kalau naik bas tu boleh gak tidur-tidur, tapi naik kereta sendiri memandu, kalau tidur alamatnya jumpa malaikat Munkar dan Nakir.

Kali ni naik flight, 45 minit je, aku mesti nak ambil gambar sayap kapal terbang dari tingkap seat aku nanti.

Mesin fotokopi pula rosak tersekat-sekat. Panggil mekanik tu baiki, adalah part yang patah-patah kat dalam tu.

"Dah ok ke bang mesin tu?", aku tanya.

Abang tu jawab, "Ok dah... cubalah test try tengok".

Apa bahasalah abang ni cakap, lebih teruk daripada kapalterbang rosak terhempas gamaknya.

Thursday, November 20, 2008

Kerja Kosong Di Premis Saya

Bos aku letak iklan kerja kosong dalam internet. Dua tiga jawatan kosong seperti Jurutera, Admin dan Kerani.

Resume dan butir-butir yang berkenaan boleh difax atau email melalui nombor dan alamat yang diberikan.

Berpusu-pusu resume masuk melalui mesin fax dan email. Telefon berdering-dering (atau bertoot- toot) bertanya tentang jawatan kosong. Ada yang dapat panggilan temuduga pun call, tanya lokasi premis di mana.

Ramai yang tak percaya bila dikatakan lokasinya di mana, kita kata kona kiri, dia pergi kona kanan.

"Awak dah betul dah tadi... jalannya memang rosak (jahanam) teruk".

Bukan saja jalannya yang teruk, malah premis ni pun teruk. Semalam Kak Suseela nyaris dipatuk ular ketika berjalan di belakang premis, perghhh... hulu santak mana premis kami ni?

Semalam ada budak perempuan call, nak confirmkan resume yang dia fax ada terima atau tidak. Dia tanya, "Boleh faxkan atau emailkan profil syarikat kepada saya tak?".

Apasal kau nak profil kami? Kau nak bagi kami projek ka?

Dahsyat budak zaman sekarang. Jemput datang temuduga dulu, tengok premis, jangan tengok sebelah mata sebab premis macam setinggan tapi bisnesnya jut jut tau.

Wednesday, November 19, 2008

Lelaki-lelaki Hensem Dari Kampung Sg. Sireh

Aku jumpa kawan lama aku melalui Facebook. Nama dia M bin M. Sebelum tu memang aku ada google nama dia, tak tau kenapa, saja-saja.

Kali terakhir aku bergambar dengan M ialah pada tahun 1985. Masa tu kami berumur 9 tahun dalam darjah 3.

Masa dulu kalau tak salah petang-petang kat TV ada siri alihbahasa Isaura. Lagu tema siri TV tu bertajuk ("Masih Belum Tamat") oleh Francisca Peter. Aku selalu minta M nyanyi lagu tu sebab dia hafal habis lagu tu, entah mengapa aku ni payah sikit bab-bab menghafal ni.

M ni budak pandai, selalu dapat nombor 1 dalam kelas. Aku pulak nombor 7 ka.. nombor 8 ka.. Adalah sesekali naik nombor 3.

Kami suka Jackie Chan. Lepas darjah 6, lepas dapat keputusan UPSR (kami 1st batch guna sistem UPSR ni kalau tak salah dulu nama lain), M dapat masuk asrama penuh yayasan Selangor. Masa cuti sekolah adalah berjumpa sekali dua.

Masa aku baru-baru kawin dulu aku bawak awek aku jalan-jalan ronda kampung aku. Suatu petang tu aku terserempak dengan M. Dia baru balik dari Britain, belajar kejuruteraan kat sana. Kalau tak salah gomen tanggung yurannya. Dia hitam dan kurus kering, dah pakai spek. Kami bertegur-sapa dan bersembang ala kadar.

Aku terasa rendah diri pula, maklumlah kawan tu dah grad dari oversea, sedangkan aku tengah berusaha gigih belajar PJJ. Tapi, aku dah kawin, dia belum.

Seingat aku, aku tak pernah pula bergaduh dengan M masa sekolah dulu. Tapi dia pernah buli adik aku, aku harap dia orang dah berbaik-baik.

Masa belajar (sekolah tingkatan 4) asyik teringat best nak kawin. Bila dah kawin barulah pulak teringat nak sambung belajar balik. Mana duit nak bayar yuran, mana duit nak bagi anak orang makan. Kadang-kadang tuhan tu datangkan rezeki dalam satu pakej, dapat bini dan tawaran ke universiti dalam satu masa. Dan dalam banyak keadaan tuhan tu datangkan dugaan dalam bentuk pakej juga...

Kalaulah kami nanti berpeluang face2face, mesti kami akan terkejut melihat perubahan kawan masing-masing. 100% berubah, dalam masa terdekat ni aku masih huduh berotodontik.

Di Facebook, M letak gambar lama dia. Dia juga letak gambar baru dia. Jauh beza lama dan baru, dulu misai melintang dengan badan kurus. Sekarang dah gemuk macam dugong. Aku dulu muda-muda pun bela misai jugak. Tapi sekarang aku dah tak bela misai, aku bela janggut. Tapi awek aku tak suka, jadinya aku maintain bulu idung je la.

Rezeki masing-masing. Dari kampung yang sama. Makan beras yang sama. Mandi air sungai yang sama. Belajar dari guru yang sama. Sama-sama anak Jawa. M belajar sampai UK, tapi aku masihlah dok ralit dalam Selangor lagi.

Tapi anak aku dah 3, M baru anak 2 orang.

Mungkin, aku bukan tersesat jalan. Cuma menemui jalan yang jauh lebih panjang untuk sampai destinasi jaya.

Shit! Jenuh korek youtube, masih tak jumpa lagu ("Masih Belum Tamat").

Friday, November 14, 2008

Ka$ih $ayang ?

Kami dapat projek baru kat Pekan, Pahang. Masyukkkk...

Ada kick-off meeting dan kami perlu hadir.

Berkereta melalui MRR2, masuk hi-way, masuk Gambang, tuju ke Pekan, masuk Kg. Kuala Pahang. Rata punggung.

Dua hari lepas aku berada di Mahsan, Bahau untuk meeting. Hari ni aku terpacak di Pekan pula, untuk meeting. Perghhh... berat mata memandang.

Sebagai seorang engineer yang cemerlang dan terbilang, tapak binaan tu masih kosong takde apa-apa, aku dah siap dah completion certificate dan test certificate. Betapa mantap.

"If you dont have any drawings and specification, then where this work programme come from?", Senior Resident Engineer yang bulat macam donat tu keluar tanduk. Haha

Kami punya partner ada problem besar, gila besar problem. Beriya-riya bawak kontena dari KL, tapi tak boleh bawak masuk ke tapak. Letter of Award belum keluar, kontena dah nak bawak masuk. Betapa komitmen!

Penduduk kampung dah block semua jalan masuk ke tapak, ada yang pasang fencing dan ada yang taruk kayu penghalang. So, amacam? Mahu try ini orang kampung?

Kami ni dah lah gaya masing-masing macam Cina Kepong dan Cina Jinjang, gaya samseng wo! Kalau tak samseng jangan harap aaa nak kerja construction!

Setelah diteliti, kontraktor utama ada buat taik kat orang kampung. Sub-kontraktor macam kami ni jugak aaa yang nak kena kawtim. Biasa ah ni... kat Pulau Tioman hari tu aku dah kena dah, harap je masing-masing muka samseng, aku ni jugaklah yang ke depan berunding-runding. Tapi untuk masalah yang ini, aku nak tengok je dulu, aku rasa dia orang boleh kawtim.

Petang tu jugak balik KL. Aku tak kisah sebab aku tak memandu, aku duduk belakang ke borak dengan engineer sorang lagi.

Pagi tadi keluar rumah pukul 6, anak-anak masih tidur. Balik dari out-station sampai rumah pukul 9 malam, anak-anak dah tidur. Bila masa aku nak ajar anak-anak aku mengaji muqaddam?

Thursday, November 13, 2008

Anak Makcik Leha Dijatuhi Hukuman Gantung

Mak aku cakap, jenuh juga Makcik Leha turun naik mahkamah untuk membuat rayuan. Jenuh juga turun naik pejabat 'orang-orang besar' untuk minta bantuan. Agar anak lelakinya itu dapat dibebaskan.

Pada suatu masa pernah Makcik Leha eksiden dengan bas gara-gara terburu-buru melintas jalan. Fikiran kacau mengenangkan anak hingga tak perasan ada bas ketika melintas jalan.

Kisahnya bermula di suatu majlis rewang kenduri kahwin. Di kampung aku tu dulu kalau kenduri kahwin mesti ada hiburan kugiran dan joget lambak. Ada seorang brother ni sedang berewang di belakang rumah pengantin. Tengah potong ayam katanya. Pada masa yang sama di halaman depan rumah geng kugiran tengah main. Anak-anak muda yang tak ke dapur layan joget lambak. Pada masa itulah datang suara-suara mencabar di belakang rumah tu.

Suara-suara mencabar dan menghasut itu datangnya daripada kawan-kawan brother tu juga. Dia orang 'cucuk' brother tu sebab tunang brother tu layan joget lambak dengan balak lain kat halaman depan.

"Kalau tunang akulah yang buat macam tu... lama dah...".

Terus menerus kawan-kawan brother ni 'masuk jarum'. Brother ni pun lama-lama naik panas terus meluru ke halaman. Liar mata mencari tunangnya dalam ramai-ramai orang dalam acara joget tu.

Dia nampak saja lelaki yang berdampingan dengan tunangnya tu, terus dia tikam lelaki tu dengan senjata di tangan.

Bapak brother tu sampai mati pun kes anak dia belum selesai lagi. Adik-beradik brother tu sampai ada yang dah berumahtangga kes dia belum selesai lagi. Merayu kepada Agong setiap kali hari keputeraan baginda, merayu kepada Sultan pun sama. Kalau aku tak salah sampai Agong bertukar 3 kali pun kes brother tu tak selesai.

Pada suatu hari yang cerah, brother tu bebas juga. Mak dia punyalah gembira tak terkata. Brother tu buka bisnes kecil-kecilan tak lama lepas tu kahwin. Masuk masyarakat balik.

Dengar khabar, kawan-kawan brother yang jadi batu api dulu sekarang ni hidup dia orang merempat. Bekas tunangnya tu mungkin dah nak menerima menantu!

Joget lambak, dah lama kena 'banned' kat kampung aku. Kugiran ada, tapi dah jarang-jarang. Aku kalau nak dengar S. Jibeng atau A. Ramlee atau Peracun Kalbu, buka ja di youtube.

Kalau nak cari prosedur hukuman gantung, google ja di internet. Meneliti kaedah hukuman mati pun seronok juga.

Minggu depan pula (bulan November dan Disember 2008) dah masuk musim cuti sekolah merangkap musim kawin-kawin. Selamat layan kugiran dan joget lambak bagi kawasan-kawasan yang tidak kena banned dan yang sewaktu dengannya. Ingat, jangan joget dengan tunang orang.

Tuesday, November 11, 2008

Ludah

Dulu masa di sekolah rendah. Aku ada seorang ustaz yang amat garang. Tahap zalim punya garang. Garangnya beliau bukan setakat rotan-rotan atau libas pembaris. Malah sampai tahap goncang-goncang kepada murid.

"Biar cair otak kamu tu!!!", katanya.

Aku berasa sungguh kecut setiap kali ustaz ni masuk mengajar ke kelas. Kalau nak berselisih pergi ke kantin, terus aku terberhenti kat situ jugak sampai nak terkencing.

Masa aku dalam tahun 4, kelas aku kat tingkat satu. Suatu tengahari aku terasa nak meludah.

Harrrrghhhhhh... Kaw kaw punya kahak dah ni. Aku ke koridor.

PTUIIHHHHHH!!! Aku halakan ke bawah.

"Allah...", aku terdengar suara kat bawah.

Rupa-rupanya kahak hijau pekat tu dah kena kat bahu baju ustaz. Ustaz tu pun kebetulan keluar dari kelas untuk meludah.

Ah! sudah...

Monday, November 10, 2008

Basri La Fea

Semalam aku pergi klinik gigi, buat kesekian kali. Janjitemu dengan ortodontis. Semasa aku baring di atas kerusi tu, terus mata aku terbukak jelas mendongak ke atas memandang awek pembantu doktor tu. Nama dia A, cumil gilak ah ding dong ah

Nampak tahi lalat di bawah dagu dia. Nampak err.. err.. takpelah...

Nampak lampu spot light, besar mentol tu, silau ah!

Hari ini, mulut aku yang penuh dengan 'peralatan' ortodontik ni, akan dapat 'sparepart' baru. Ada tukar getah, ada tukar donat, ada tambah dawai, alahai... Lepas tu dua batang gigi kena 'trim' dengan gerudi, perghh... Diperkukuhkan lagi dengan 'power chain', serta-merta gigi, gusi dan mulut terasa tegang semacam, nak makan pun sakit ni nanti.

Bila senyum memang huduh! Inilah namanya Basri La Fea ("Basri the Ugly").

"If you wanna be happy
For the rest of your life,
Never make a pretty woman your wife,
So from my personal point of view,
Get an ugly girl to marry you." - kata Jimmy Soul.

Well.. kalau korang gantikan tema lirik tu daripada 'wife' kepada 'husband' atau suami. Maka, sure korang akan dapat suami macam aku yang huduh tetapi hepi! Lalalala


P/s: Hari ni nombor plet kereta aku naik nombor satu, Magnum 8843.

Sunday, November 09, 2008

Friday, November 07, 2008

Koleksi Gambar Hensem Sepanjang Zaman

Pada suatu tengah malam. Aku bersembang YM dengan Rudy Bluehikari. Awek masing-masing tengah piyed, tu yang masing-masing mengadap PC atau laptop tu. Tengah boring-boring tu, Rudy bagi satu URL yang mantap untuk dicuba. URL untuk main-main gambar, memang siyal ah... Berikut hasilnya;-


Wakaka... gelak nak mati ah.

"Dah lama dah benda ni...", kata Rudy.


P/s: Aku tengah godek-godek gambar Sinaganaga, Tok Rimau, MJ,... mesti siyal habis nanti. Haha

Thursday, November 06, 2008

Demam

Baru balik dari klinik 24 jam. Baby yang 2 tahun tu demam. Padahal petang tadi elok ja terkam aku balik kerja kat muka pintu. Lari sana, lari sini dengan abang dia. Abang dia tu petang tadi kami bawa klinik sebab nak minta nasihat doktor pasal vitamin dan ubat cacing, tak ada sakit apa cuma nampak kurus. Jadinya dalam beberapa jam, sudah dua kali pergi klinik.

Musim demam dah ka? Ada kaitan dengan monsun agaknya. Entah. Tapi tadi di klinik, walau pun nak melepas angka 1 pagi, masih ada orang yang datang klinik. Dengan 'muka demam'.

Tadi ada seorang aunty India tu dengan anak perempuan dia baru keluar dari bilik doktor, dipanggil nama terus ke kaunter ubat. Ada beberapa botol ubat dihulurkan di tingkap kecil kaunter, kena bayaran beberapa puluh ringgit. Menggagau... Botol-botol ditarik satu-persatu masuk semula kekaunter. Aunty tu tinggalkan anak perempuan dia. Aku rasa aunty tu pergi cari ATM. Mungkin ATM Bank Ra*yat yang berdekatan.

Tengah-tengah malam pula dua-dua orang budak ni badan panas, demam serentak. Jadinya doktor bagi ubat dalam botol yang agak besar, boleh kongsi dua orang. Selepas jam 12 malam, doktor ada caj lebih sikit. Tengok bil anak demam, bapaknya pula terasa nak demam. Tapi, tak ada nilainya duit kalau anak-anak dah jatuh sakit macam ni.

Keluar dari klinik aku ajak awek makan. Pagi-pagi macam ni kami pekena saja roti canai dan teh 'o'. Si kecil tu pula nak makan sama, layan sajalah. Lepas tu kami pun berangkat balik.

Kami ternampak aunty India tadi baru parkir kereta depan Ma*bank, mungkin di ATM Bank Ra*yat tadi tak boleh 'jolok'. Makanya jarak di antara dua bank berkenaan ialah beberapa blok kedai! Dalam hati aku berharap ATM yang itu tidak akan menghampakan aunty tersebut. Dan kasihan anak perempuan aunty tu nanti kena menunggu lama.

Tuesday, November 04, 2008

Masakara Shorties dan Memori Masa Kecilku

Gambar Crowd Dari Flickr Saiful Nang, dicilok dari blog Tok Rimau;

Pengalaman ini mengembalikan aku nostalgia masa kecil, menonton wayang pacak di padang sekolah dan tepi jalan bersama arwah bapakku. Betapa memori!

Wayang pacak, projektor yang sprocket-nya berputar menarik hatiku, bunyi enjin daripada generator kecil, van Jabatan Penerangan, nyamuk-nyamuk, serangga kecil dari sawah padi, lecak di kaki, kepulan asap rokok, aroma kacang tanah rebus, pakcik-pakcik pakai kain pelekat... ah... tiba-tiba bermain di ruangan mata.

Kau boleh saja menonton filem-filem di ruang tamu, di meja makan, melalui laptop di mana-mana. Namun kau takkan rasa "feeling", semangat, serta "kehangatan" di tengah-tengah crowd tersebut.

Tayangan filem berharga percuma, namun memorinya sangat berharga.

Monday, November 03, 2008

Marah-marah

Pada suatu hari, seorang budak besar yang naif bertanya aku.

"Bang, sebenarnyakan apa makna P.M.S. tu ?"

Aku pun berilah jawabannya, dengan penghurainya yang panjang lebar itu dan ini.

Padahal... nak aje aku jawab, PMS tu singkatan untuk Pan*** Merah Sindrom.

Bodoh! Haha

+++

Web of the day ;

Nak tahu Basic Book Design?

Sesiapa yang meminati DIY terutamanya penulisan buku atau blook, download dari sini;

Sunday, November 02, 2008

Cerita Hari Minggu


Cadangnya, kami sekeluarga nak bersarapan di Seksyen 6, Kota Damansara. Di sana ada port nasik dagang kegemaran aku, dan nasik kerabu kegemaran awek aku.

Apa nak diharap pada lelaki ini? Yang masuk tidurnya pukul 5 pagi dan bangunnya terlajak meninggi hari.

Selepas sarapan di kedai mamak, cadangnya nak memenatkan diri di IKANO, tapi ubah rancangan nak ke One Utama.

Memenuhi makan kenduri kawin, nasik minyaknya kelas pertama!

Kemudian kami berpenat-penat di Econsave, beli barang dapur. Tetapi hari masih tinggi. Apa program?

Anak-baranak bergelimpangan menonton VCD yang original Fantastic Four, budak-budak suka, bapak budak pun suka :-)

Habis sudah VCD tu, masing-masing terlelap. Aku pulak pergi bancuh kopi panas makan rempeyek.

Pasang pulak VCD yang original bertajuk 'The Kite Runner'. Cerita itu sedap. Mantap!

Saya mengalirkan air mata setelah tamat menonton filem 'The Kite Runner' tersebut.

Awek aku cakap, "Hek elleh..... abang ni..".

Laporan : MASKARA Shorties Mantap Dalam Gelap

Meet Uncle Lan Hussin aka Sinaganaga pernah berkata, "Kami bukan underground, kami adalah indi." Kata-kata beliau adalah benar.

Projek indipenden yang diusahakan oleh Sindiket Soljah kali ini memang MANTAP! Tayangan filem pendek aka shorties yang cukup santai dan 'berisi'. Sebagai salah seorang kawan mereka, aku menumpang bangga.

Aku dapati semua filem pendek yang ditayangkan mempunyai teknik cinematografi yang best mantap tahap angkasa!

Dari segi teknik memang semuanya adalah terbaik pada aku, tetapi secara peribadinya mestilah ada rasa filem ini best sangat... filem itu macam tak best je... Normal-lah kan?

Aku paling suka 'Surat Seorang Ibu', ala-ala iklan Petr*nas gittewww! Dan sekali lagi, teknik cinematografinya cemerlang tahap angkasa.

Maaf, aku tak dapat review satu-persatu filem yang ditayangkan malam tadi, banyak, padat dan sendat wo! Muntah kau nanti! Aku tak muntah pun dah cukup baik.

Setiap kali hadir MASKARA, sebat sehelai poster adalah wajib.

Punyalah ramai orang datang menonton, kerusi tak cukup makanya bentang permaidani duduk bersila.

Filem mula main makin ramai penonton berpusu-pusu kerusi penuh, permaidani penuh, berdiri pun penuh!

Gambar antara karyawan yang terlibat.

Nida dan ND selaku petugas sukarela. Aku suka corak apron yang Nida pakai, tak macam pelangi tapi macam jalur skrin TV yang tergendala siaran. HAHA

Aku sempat bergambar dengan orang-orang kuat Soljah, orang kuat dalam industri filem dan industri mesin cetak buku, HAHA. Ikut putaran jam - Tok Rimau dengan halkum, Mat Jan, Naga, Jonos, Tuan Mamat Khalid dan lain-lain.

Juga ada pelancaran buku baru bertajuk Romlah Untold. Semasa sessi rehat orang ramai berpusu-pusu berebut membeli buku di kaunter terbabit.

Mungkin Mat Jan dan Tok Rimau ada shorties dalam shorties? Hehe...

Dugong Senyum dan donat senyum. Dalam buku tu ada cerpen aku satu. Betapa gembira!

Cik Nurul dah beli senaskah, beliau dah baca, best katanya. Ah... Nurul, betapa comel :-)

Nota: Aku tak jual ini buku, kalau terasa nak beli buku tu sila ke blog Sindiket Soljah. Kecuali jika kau jenis orang yang memang suka gigit jari bila buku dah habis!