Wednesday, May 09, 2007

Buku Masuk Barisan

Kalau dah beli boleh tulis ulasan/komen/kritik di forum;

Wednesday, April 18, 2007

Empat Puloh


Alang-alang aku pergi site meeting kat Bangsar, aku singgah di kantor bang Naga. Melalui SMS aku pesan dua ketul 'buku senapang'. Minggu lepas aku datang, tapi masa tu buku dalam oven lagi.

Menghairankan sebab bang Naga jumpa aku dengan tangan kosong. Mana buku senapang?

Belum sempat aku buka mulut... zup.. zap.. dua ketul buku dikeluarkan dari poket seluarnya. Boleh muat dua naskah buku dalam poket bang Naga, takjub aku! Sama ada buku itu yang cute atau seluar bang Naga yang cute hehe

Dua-dua ketul buku tu bang Naga dah sign. Satu aku punya, satu lagi still available!

Hari ini juga birthday bang Naga sebenarnya, cadang nak belanja lunch. Tapi aku datang bukan masa lunch daa... Lain kalilah kita ngeteh sama-sama.

Jadinya Dugong Senyum ini sekadar menghadiahkan bang Naga sebuah senyum sahajalah --> :-)

Tahniah kepada bang Naga atas ulangtahun kelahiran dan tahniah juga kepada Sindiket Sol-jah atas kelahiran buku yang satu lagi. Malam kang kalau tak ada aral akan khatamlah buku ni aku ratah-ratah nyam nyam nyam...

Friday, April 13, 2007

LOGO FUYO (versi 1.0.0 beta)




Logo fuyo hendaklah menepati spesifikasi yang telah ditetapkan.

Logo fuyo hendaklah dicetak dengan terang pada setiap produk yang dikeluarkan dan dilabelkan pada setiap kotak/ bungkusan / kulit belakang buku/blook.

Bagi premis makanan, logo fuyo hendaklah dipamerkan di premis berkenaan.

Bagi hotel:
-logo/sijil fuyo hendaklah dipamerkan di bahagian dapur atau di seksyen fuyo di restoran yang disahkan fuyo sahaja. Tidak dibenarkan menampal logo/sijil fuyo di bahagian kaunter pembayaran dan sebagainya;
-tidak dibenarkan dicetak pada menu makanan/ minuman.

Logo fuyo boleh digunakan bagi tujuan iklan dan hendaklah diletakkan pada tempat yang sesuai.

Pihak syarikat dibenarkan mencetak warna logo mengikut kesesuaian pembungkusan produk masing-masing selagi mana tidak mengubah spesifikasi logo asal yang dikeluarkan.

Sekian, terima kaseyyy


Friday, April 06, 2007

Rahsia

Aku dapati rambut Aqilah keras tercacak macam dawai. Waktu kami makan malam pula, budak ni kebulur semacam, minta aku suapkan. Kak Baby-sitter (Kak BS) tak mandikan dan bagi budak ni makan ka?

Menghantar awek ke klinik suatu hari. Tiba-tiba terserempak dengan Kak BS dan suami. Demam katanya, ada bisul nak pecah. Habis... baby aku siapa yang jaga jika Kak BS dan suami ada di klinik ini?

Mak aku tinggal dengan kakak. Kerana rumah Kak BS selang satu blok dengan rumah kakak aku. Mak kadang-kadang menjenguk cucunya di rumah jiran untuk melepas rindu. Beberapa kali mak cakap Kak BS tiada di rumah, adik ipar dia yang jaga baby. Jaga tak seberapa katanya, entah mandi entah makan suka hati budak-budak itulah. Kemana Kak BS, kami tak pernah miss bayaran, kenapa dia buat macam ni?

Oleh kerana kami ada masalah tersendiri maka Aqilah kami hantarkan ke orang lain. Setakat itu tiada masalah. Lagi pun kami dapat jimat jarak penghantaran sebanyak 20km. Marah tu tidak tapi geram.

Hari ini sudah hampir seminggu Kak BS dikebumikan. Kanser payudara. Mati muda.
Arwah dah buat operasi dan buang sebelah hartanya itu. Tapi tak pernah cerita. Derita yang arwah tanggung pun dirahsiakan waima kepada suaminya sendiri. Agaknya kanser sudah merayap dan menjamah bahagian otaknya pula, sebab itu kebelakangan ini kerap sakit kepala.
Aqilah masih belum faham apa-apa, kalau cakap pun mama dia dah meninggal dia cuma terpinga-pinga.
Berbaloikah merahsiakan barah daripada pengetahuan sesiapa? Menanggung siksa tanpa berkongsi perasaan dengan orang lain? Mengapa pentingkan diri sendiri?
Namun dalam sedih dan sedikit hati amarah aku tetap tak lupa sedekahkan Al-Fatihah.
Ps : Minggu sudah 2 orang yang aku kenal mati kerana barah, satu Kak BS dan satu lagi Pak Teh (Geng Jurnal). Manakala ayah pengurus kantor katanya tinggal kulit dan tulang juga akibat barah. Kejamnya kau barah.

Wednesday, March 28, 2007

best gila babi nak mampos

BPR - Harum Subur Di Hati

What say you ?

Monday, March 19, 2007

Lupa

Gerai itu bukanlah jauh sangat dari rumah aku. Kalau berjalan kaki 2-3 minit boleh sampai. Tiap-tiap minggu pun aku memang berjalan kaki saja kalau mau beli nasi lemak atau karipap atau bingka atau mee hoon goreng atau mee goreng, untuk sarapan.

Tapi pagi itu aku malas, jadi aku pandu kereta memang mengada-ngada. Aqilah empat tahun pula nak mengikut, memang dia pantang bila nampak aku bersiap-siap berpakaian, " Ayah!... ayah nak pergi mana?"

"Kedai."

"Nak ikuuuutttt..." Terkedek-kedek budak ketot empat tahun ni meluru ke arah aku seterusnya ke rak kasut mendapatkan dan menyarung selipar kegemarannya.

Nasi lemak daun pisang dua, karipap dua, apam dua, keria dua, "Empat ringgit" kata brother yang berniaga sekeluarga dengan van, agaknya dah bertahun berniaga tanpa lesen. Laris gila gerai dia ni, kalau datang pukul 8.30 kau dapati dia dah kemas dah meja gerai dia, licin!

Selepas beli makanan kami singgah di kedai runcit bersebelahan, aku nak beli kopi tiga dalam satu - Ali Cafe. Lepas tu kami balik.

Aqilah ni belumlah pandai sangat bercakap walau pun kadang-kadang keletahlah juga. Aku rasa kalau dia pandai bercakap, tentu lebih kurang begini cakapnya ;

"Ayah... bukankah tadi kita pergi kedai berkereta, mengapa bila balik kita berjalan kaki dan tinggalkan kereta?"

Ya Allah! kereta aku! Segera kami berpatah balik dan meluru ke arah kereta yang elok terletak di depan kedai runcit tadi.

Dari hujung mata sempat aku menyambar renungan dan senyuman sinis brother nasi lemak tadi, dalam hatinya mungkin berkata, "Mamat ni nak sedekahkan kereta dia ka? Dia boleh claim insuran, aku boleh jual ke scrap haha."

Wednesday, March 14, 2007

Terjah


Aku masuk ke dalam tandas di sebuah stesen minyak. Tetapi semua tandas sedang digunakan. Jadinya aku berdiri di situ menunggu orang 'di dalam' selesaikan tugas.

Tiba-tiba ada muka lelaki terkejut di muka pintu. Mungkin terkejut terpandang aku yang macam bodyguard tak bergaji, atau apa. Lepas tu aku nampak lelaki tu macam tak puas hati. Dia di muka pintu. Kaki kanan kat dalam tandas kaki kiri kat luar. Dia pergi belek simbol kat tepi pintu tandas. Agaknya dia nak pastikan dia tak salah masuk tandas lelaki. Dia tengok simbol, dia tengok aku, dia tengok aku, dia tengok simbol... apa barang Mamat ni?

Dia ingat aku tersilap masuk tandas perempuan. Sebenarnya dia yang tersilap. Dia tersilap termasuk ke tandas lelaki.

Dia bukan lelaki seperti yang aku sangkakan. Dia perempuan, itulah sebab dia melangkah ke pintu sebelah iaitu pintu tandas perempuan. Patutlah tadi aku curiga saja memerhatikan bulu kening dan dada dia.

Nasib baik aku ada berdiri kat situ, kalau tak mungkin dia dah terjah kencing kat tandas lelaki!

Berani berpakaian seperti lelaki, tapi tak berani pula kencing macam lelaki di tandas lelaki haha

Saturday, March 10, 2007

Soal Siat KIRI

Pada hari Sabtu yang lepas (10 Mac 2007) bermula pukul 2.30 ptg - 4.30ptg. Telah berlangsung Wacana Soal Siat Kiri karya Tok Rimau dan Dean Sham. Di Rumah PENA.

Majlis dianjurkan boleh Sekretariat Penulis Blog (SPB), Unit Multimedia Pena. Dihoskan oleh Sinaganaga, manakala jamuan diatur oleh Nazmi @ Bukunota.

Antara Gengjurnal yang hadir Mat Jan, Kingbinjai, Vovin, Amir Mukhris, Cik Daun, Nida, Amys, Nesloice, Spyz, Opx04, Encik Zakir (S/U Agung PENA), dan ada yang aku miss ?

Tok Rimau (Penulis Skrip) dan Dean Sham (Pengarah Filem) berkongsi dengan kami semua tentang kemenangan dan anugerah yang mereka telah perolehi. Pengalaman-pengalaman disebalik tabir pembikinan filem pendek Kiri. Majlis dimeriahkan lagi dengan sesi soal-jawab. Tok Rimau juga memberikan motivasi serta galakan kepada kami agar menerbitkan filem pada masa depan.

Secara peribadi aku kenal Tok Rimau ni memang salah satu hobinya merakam dan membuat video pendek. Kalau GJ buat aktiviti dirakamnya event tersebut dan dijadikannya video pendek contohnya Gathering, Projek Basah di KLD, Sessi mengeteh dan video Cakarama. Jadi Tok R melangkah setapak lagi dengan menerbitkan video ke arena yang lebih serius.

Dalam sessi soal jawab ini aku sempat bertanya beberapa soalan juga. Aku sebenarnya buta filem jadinya aku soal apa yang aku rasa tak kena dengan filem pendek tersebut. Antara soalan aku ialah; *Awas Spoiler*

1) Beberapa babak filem ini dilatari dengan poko kelapa sawit, kenapa sejak Bidadari kecil sampai Bidadari besar jadi anak dara saiz dan tinggi kelapa sawit itu tetap sama dari dulu sampai sekarang?
2) Rehal PVC dan tong air (biru) PVC yang terdapat pada latar zaman kanak-kanak Bidadari macam tak logik sebab zaman tu dah ada kah benda produk PVC sebegini ?
3) Mungkin mak Bidadari (janda anak satu) akan mengecat tangga rumahnya dengan cat biru setiap kali Chap Goh Meh setiap tahun. Tu pasal warna tangga tu kelihatan tak luntur-luntur dari Bidadari kecil sampailah dah besar nak dipinang orang.

Macam aku tulis tadi, aku ni buta filem jadinya soalan-soalan aku pun hentam buta sajalah. Tapi aku respek habis sama Tok R & Dean Sham sebab dorang ni jawab dengan merendah diri. Dorang ni buat filem dengan bajet & equipment serta ilmu yang sangat terhad katanya. Sangat-sangat terhad, jadi terimalah seada-adanya hasil dorang ni. Apa pun filem ni dah menang anugerah, jadinya anugerah ni dah 'menutup' segala kelemahan yang ada. Cuma pada masa depan kelemahan-kelemahan yang ada boleh diperbaiki.

Sekali lagi tahniah kepada Tok R & Dean Sham serta krew atas hasil filem yang berjaya. Tahniah kepada SPB kerana berjaya menganjurkan event, suatu permulaan yang baik untuk SPB dan GJ.

Thursday, March 01, 2007

Gath Geju 2007

Gunung-gunung Cantik di Hujung Laut.

Dulu semasa aku dalam tingkatan 5, ada seorang guru Lukisan yang baik hati. Kalau beliau mengajar kami senang hati dengan sahsiah dirinya. Sesekali beliau ada juga marahkan pelajar namun kemarahannya sederhana, ditegurnya kami elok-elok dan lemah lembut, sebab itu kami kata beliau baik hati.

Suatu masa kami diarahkannya melukis gubahan fikiran, lukis pemandangan. Tekunlah kami berimaginasi yang macam-macam. Berimaginasi pasal ombak, pasal pantai, pasir, matahari terbenam, sawah bendang, burung-burung dan lain-lain pasal hidup. Tekunlah kami melakar-lakar atas kertas lukisan bersaiz A3 tersebut. Cikgu Zaharah itulah namanya. Manakala cikgu melangkah perlahan-lahan dari satu meja pelajar ke satu meja yang lain. Menjenguk-jenguk kerja pelajar-pelajarnya.

Aku sedar cikgu dah ada di belakang aku. Telinga aku rasa tersentuh, pensel 2B yang tadi terselit di telinga cikgu ambil dan diletakkannya ke atas meja aku. Lepas tu dibetulkannya lipatan kolar baju aku.

Tap tap tap! Jari telunjuk Cikgu menujah-nujah lukisan aku. "Apa kamu lukis ni Basri, padam ni... lukis yang elok-elok ye". Telinga terasa panas dan aku tersipu-sipu jadinya.

Setiap kali cikgu suruh lukis gambar pemandangan, mesti nak lukis laut punya. Nak nak pulak di hujung laut mesti nak taruh gunung-ganang. Tak tahu kenapa.

Tapi itu dululah, sekarang ni dah lama tak melukis yang sebegitu. Tiap-tiap hari melukis tapi lukisan teknikal yang kaku, beku, keras, kejang tak bernyawa. Alahai...

Tuesday, February 27, 2007

Tak Pedihkan Mata

Kejadian berlaku pada awal-awal pagi hari raya Cina yang ke3. Bulan Safar. Ada sesetengah orang tua percaya bulan Safar ini bulan geruh, kolot betul.

Tak pedihkan mata.

Tak pedihkan mata.


Masuk dekat 2 inci setengah. Hua hua hua hua

Ayah mertua bergegas-gegas ke masjid, diundurnya kereta. Undur-punya undur...

Friday, February 16, 2007

Salin

Suatu hari syarikat sebelah menganjurkan jamuan makan. Dijemputnya kami makan bersama. Ada satay, BBQ kambing, nasi goreng, ayam masak merah, dan lauk-pauk lain. Sedap.

Ada bir. Chuan mempelawa aku minum bir.

"Saya tak minumlah."

"Kenapa?."

"Memang tak boleh maa.. saya Islam tak boleh."

"Orang Islam tak boleh minum bir ka?"

"Tak."

"Tapi itu hari aaa.. dinner, itu client Melayu minum ooo.."

"Itu dia punya pasallah.."

"Bukan bir ooo... wain, wiski pun dia sapu. Kuat ooo.. dorang mereka minum."

Ala.. Chuan biasalah, you tengok tivi berita rogol, bunuh, mencuri, rasuah pun ramai juga Melayu terlibat. Kita tetapkan undang-undang, tapi orang tetap juga nak langgar, apa nak buat.

Peristiwa perbualan dengan Chuan ni terbawa-bawa dalam fikiran semasa aku memandu pulang ke rumah. Salah satu perkara yang tercetus dalam fikiran ialah pasal tindakan jabatan agama. Media kerap melaporkan operasi jabatan agama menyerbu orang berkhalwat. Zina dosa besar, berjudi pun dosa besar. Tapi apasal tindakan yang sama tak diambil terhadap kaki nombor ekor. Dah terang-terang dorang buat dosa besar?

Terasa macam double standard. Mungkin tindakan mennyerbu kaki-kaki judi tersebut tak mendatangkan kelazatan macam mengendap pasangan beromen, haha

Sunday, February 11, 2007

Sana Sini Riuh Rendah Yam Seng


Malam tadi majikan aku menganjurkan makan malam tahunan. Memandangkan Tahun Baru Cina akan menjelang tidak lama lagi, maka majikan menempah sekali set makanan untuk sambutan tersebut.

Antara yang mesti disajikan dan dipercayai dapat membawa tuah kepada masyarakat Cina ialah yee sang. Yee Sang bermaksud 'raw fish, hidangan mentah itu menggunakan ramuan aneka jenis sayur-sayuran segar yang dihiris halus seperti keropok, lobak putih, halia & ikan mentah (salmon), bawang putih dan herba lain yang digaul dengan minyak kelapa, sos buah plum serta kacang tanah kisar.

Menariknya 'yee sang' yang juga bermakna kemakmuran. Yee sang dikatakan dapat memberi kekayaan seperti yang diharapkan masyarakat Cina dengan mencampurkan semua bahan secara beramai-ramai. Campuran bahan-bahan tersebut akan digaul bersama-sama tanda simbolik perpaduan (Bak kata orang berat sama dipikul, Yee Sang sama digaul). Aku yang janggal memegang chopstik main hentam sajalah, main sodok saja haha. Lagi tinggi bahan tersebut diangkat dengan chopstick lagi ong!

Sedap ah ding dong ah yee sang.

Seronok pula dapat berkumpul bersama-sama rakan sepejabat di meja bulat bersama-sama bos-bos besar. Bukan selalu dapat kesempatan makan bersama beramai-ramai sambil berbual-bual santai luar topik pejabat. Bos aku pulak betul-betul duduk kat sebelah aku, dan tak sudah-sudah 'menuangkan' lauk pauk ke pinggan aku, segan aku jadinya. Mungkin kerana aku seorang sahaja staff Melayu di situ maka diberinya layanan istimewa kot. Awek aku juga ikut sama, tapi jelas dia amat kekok makan set menu Cina, "makan lauk-lauk dahulu, makan nasi last sekali." Tapi awek aku enjoy sebab hidangan sedap-sedap.

Antara makanan yang aku ingat selepas yee sang ialah ayam kampung stim, udang harimau goreng, cendawan bersos, ikan kukus, sayur campur, nasi goreng, dan buah-buahan pencuci mulut.

Kenyang.

Thursday, February 08, 2007

Alahai gaji



Aku rasa nak bawa bekal makanan tengahari dari rumah.

Malam tadi dah beli mee kuning, ayam, bawang etc. Nak goreng sebelah pagi, bungkus buat bekal. Sudahnya bangun agak lewat gara-gara melayan kerenah 3 orang baby, lewat tidur sampai jam 1.

Dah berapa haribulan hari ni, namun gaji belum nampak bayang. Akunya officemate mengeluh dah, sesalnya masuk line construction. Lagi nak sambut raya (CNY) dua minggu lagi, jiwa kacau duit tak ada!

Apa aku boleh buat? Menabung dan pecah tabunglah hehehe

Saturday, February 03, 2007

Diari Seorang Lelaki - Temujanji Dengan Pakar Ortodontis

Yang, tengok ni yang... aaa. Abang tadi kena cabut gigi yang.
Doktor tu suruh abang nganga besar-besar yang. Lepas tu doktor tu pegang picagari punyalah panjang yang. Nampak je picagari dan jarum yang berkilat tu terus abang menggeletar yang. Jarum dia special sikit yang. Jarum jenis yang lebih keras daripada biasa maklumlah nak suntik tempat keras kat gusi yang. Ingatkan doktor tu nak suntik sekali je, rupa-rupanya dia suntik banyak kali, berkeliling gigi yang nak dicabut. Mula-mula suntik tu yang sakit, yang kedua, ketiga, keempat, kelima... dah mula kebas sikit. Dagu dan pipi kanan kebas, lidah pun kebas.
Doktor tu sua pelayar pulak, mak ai... bertambah menggigil abang, yang. Doktor tu kepit gigi geraham kecil abang guna pelayar tu tapi tak berjaya. Doktor pusing belakang kemudian muncul dengan pelayar yang lebih besar yang. Menggeletar dah abang, tak boleh tahan takutnya. Doktor tu pulas-pulas, rengkuh-rengkuh sampai rasa nak tercabut rahang dari tengkorak. Tapi abang tak rasa sakitlah sebab kebas dek bius. Sakit boleh dihilangkan tapi perasaan takut tak.
Dalam 10 minit bertarung akhirnya tercabut juga geraham tu. Panjang juga gigi tu, selama ni yang kita nampak hanyalah 1/3 bahagian gigi. Rongaklah sudah. Itu pun doktor tu asalnya offer nak cabut dua batang sekali gus, atas dan bawah! Oh tidaklah.
Abang.
Ya.
Mana sakit cabut gigi dengan lahirkan baby?
Err...
Mana lebih takut bang, tengok picagari berbanding gunting dua tiga jenis, jarum suntikan lagi, jarum jahit lagi, benang lagi... Mana lebih teruk cabut gigi sebatang dengan lahirkan 3 orang baby bang?
Err...

Friday, January 26, 2007

Bangsar - Pandangan Dari Bumbung Sebuah Bangunan Yang Angkuh

Jalan Riong

Jalan Maarof

Jalan Maarof

Rumah berteres-teres
Rumah bertingkat-tingkat

Bank

Kat bawah tadi taknak berak...


Gayat aku. Satu-satunya tangga untuk naik dan turun, alahai.

Tuesday, January 23, 2007

Makan Malam Di Sebuah Hotel

Majlis di hotel itu dijadual bermula jam 7 malam. Tapi aku sampai 8.35 malam, sebab aku tersangkut dalam traffic jam di Federal Highway.

Semasa aku masuk dalam dewan terus terpinga-pinga, semua meja dah penuh orang. Yang lelaki dengan baju kot segak-segak, yang perempuan tak kurang, malah ada yang seksi, pasang badanlah tu.

Aku disambut oleh Manager yang diraikan, ditunjukkannya tempat duduk aku. Kawan-kawan semeja menegur aku, kemudian kami tak cakap banyak dah... membedal sahaja.

Kalau kenduri biasanya kita letak dan makan semua lauk serentak dalam satu hidangan. Chinese set menu lain, kau kena makan hidangan satu-persatu. Datang ayam, makanlah ayam semata, bila dah habis dulang pun diangkat, datang pula ikan, makanlah ikan semata, seterusnya...

1- Octopus Jepun lemak berkrim

2- Ayam panggang perap 5 rempah

3- Siakap stim sos istimewa

4- Udang harimau

5 - Cendawan & brokoli
6 - Nasi Goreng dengan kimchi Korea


7 - Koktail longan dan strawberri

8 - Kuih
9- Teh Cina

Meriah juga majlis perkahwinan manager aku ni. Aku estimate dia tempah antara 20 - 25 meja, di mana satu meja ada 10 orang tetamu atau ahli keluarga. Kalau satu table dah 9 hidangan, kau boleh estimate kos kahwin dia berdasarkan harga satu hidangan.

Acara yang menarik perhatian ialah pengantin berarak, tuang dan minum arak serta laungan "Yammmmmm sing!" empat puluh sembilan setengah harakat oleh pengantin lelaki sambil menjulang gelas arak. Laungan disambut pula oleh para hadirin.

Yammmmmmmm singgg!!!

Aku sendawa teh cina sama coke.

Wednesday, January 17, 2007

Epal Panas

Aku masuk ke sebuah kedai makan pada suatu tengahari. Kedai tersebut ok sebab ada banyak pilihan makanan. Gulai kawah, ayam masak merah, ayam kari, ayam masak lemak, ayam goreng, tu baru lauk ayam. Ada aneka masakan ikan, sayur, ada juga ulam. Kalau nak laksa pun ada, mee goreng pun ada... pendeknya memang banyak pilihan.

Nasi putih sepinggan di tangan, aku tambah talapia sambal, tauhu, sedikit sayur serta kuah.

"Minum apa bang?" Perempuan. Pelayan.

"Bagi saya... ermm... apple juice." Perempuan. Pelayan tu terus menulis di atas secebis kertas lalu membawa dirinya sekali ke dapur.

Aku cari suatu sudut yang membolehkan aku menonton TV sambil makan.

Sedang aku asyik menyuap, seorang pelayan tiba-tiba mengejutkan aku;

"Bang, epal tadi tu nak panas ye?" Terus aku geleng kepala. Perkataan 'epal panas' tersebut telah membawa aku ke alam fantasi yang bukan-bukan. Perempuan. Epal. Panas.

Bayangkan... sebuah gelas sedang bersimpuh ayu di atas piring yang comel. Gelas dipenuhi jus epal yang hijau jernih yang dari permukaannya asap putih berkepul-kepul naik ke udara. Kau bongkokkan sedikit badan ke depan, tundukkan sedikit kepala.. Kemudian kau muncungkan bibir dengan stylo menghembus asap putih tersebut. Bawa bibir gelas ke bibir kau, cicip sedikit-sedikit serasa panasnya di bibir merebak ke lidah ke tekak dan menyerap ke seluruh sanubari. Perghhhh!!!

"Ais ye?" Dia tanya lagi. Aku angguk.

Wow! Lima puloh tahun dah Malaysia merdeka, Hot Apple Juice pun ada! Macam mana aku boleh tak perasan?


Monday, January 08, 2007

Kembara Bersama Rafik

Aku dan E1 kembara ke Johor pada 30 Disember 2006 yang lepas. Kereta E1 yang mantap meluncur membelah angin dengan bergaya. Cuaca pula redup mejadikan perjalanan kami amat lancar dan selesa. Kami berhenti rehat dan makan tengahari di Ayer Keroh, makan tengahari untuk aku tapi sarapan untuk E1. Selesai solat kami teruskan perjalanan dengan perut penuh ayam KFC.

Sampai di Machap kami berhenti rehat lagi. Aku pergi beli jajan, manakala E1 'unloading KFC' haha

Kami tiba di Bukit Senang dan disambut mesra oleh angin petang.

Tok Rimau dan keluarga menghidangkan kami makan malam. E1 ada agenda sebelah malam, nak ke rumah bos lama katanya. Aku bermalam di rumah Tok Rimau. Selepas beberapa ketika Tok Rimau bawa aku ronda-ronda malam lalu ke Dangga Bay.



Dangga Bay tempat kaum adam dan hawa menikmati malam di tepi laut. Malam diterangi cahaya-cahaya ciptaan manusia cuma.


Dari kiri : Tok Rimau, Ayares, Aku dan Attochman. Pelancara zine Juring oleh Attoch. Terima kasih kepada kalian yang sudi mencemar duli. Usai meneguk sisa-sisa malam Aidil Adha, kami pun melangkah pulang.

Pagi raya. Selepas solat sunat di masjid depan SMK Senai. Selepas makan lontong. Selepas menonton drama Melayu. Selepas menonton video koleksi Tok Rimau (video Geng Jurnal). Selepas menonton Ultraman, Tok Rimau pandang aku, aku pandang dia, "Jom aku bawak kau ronda sekitar JB."


Jenuh melilau-lilau menyelusuri lorong dan jalan-jalan sekitar JB, lalu letih dan lapar datang menghulurkan salam. Kami sambut salam kelaparan itu dan meraikan kelaparan itu di Mc D. Tok Rimau berbudi lagi kepada perut aku yang akan dibawa mati. Aku call dan SMS E1 mengatur petemuan kami di Mc D, rasanya sampai di situ sahaja kembara Johor kami dan kami mohon permisi dari Tok Rimau.

Dari Johor ke Selangor aku dan E1 singgah di Ampangan, Seremban. Kami bersua muka dengan pemilik Ujana Ilmu. Ujana Ilmu ialah sebuah kedai buku online yang dimiliki oleh Nisah Haron dan suaminya En. Shukri. E1 tentunya amat teruja kerana dapat beli 7 atau 8 siri iaitu set lengkap buku karya Patria, terus dari tangan Nisah Haron.



Dalam pertemuan yang amat singkat, kami cuba gunakan masa yang ada dengan bermanfaat. Nisah Haron selaku penulis kata pengantar buku Masuk Barisan. Aku mesti dapatkan autugraf beliau. Tokoh sastera ini juga tidak lokek dengan keramahan, selain itu kami dapat buah tangan setiap seorang- Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus. Selepas ini, naskah Masuk Barisan boleh dipesan melalui Ujana Ilmu juga.

Selebihnya perjalanan pulang aku dan E1 selepas itu sekadar diiringi gelap malam. Sesampai di Subang aku ajak E1 berehat sebentar di rumah aku. E1 buka bekalan dari Johor tadi, buah tangan dari bos katanya. Ketupat, lemang, rendah, kuah kacang... sederas angin kami seleasaikan. Aku ucapkan terima kasih kepada E1 yang sudi jadi pilot. Kami berasa puas kerana dapat buat beberapa kerja dalam satu perjalanan.

+++

Hari ini mungkin aku sudah lupa nama-nama lorong dan jalan yang dah dilalui. Tapi sampai mati aku akan ingat budi seorang rafik.

Friday, January 05, 2007

Mawi

Rumah PENA, 5 Januari 2007.

Tuesday, January 02, 2007

Monday, January 01, 2007

Wartawan dan kerani

Pada suatu hari seorang wartawan masuk ke sebuah jabatan untuk melakukan temuramah. Mula-mula dia berjumpa dengan seorang kerani, lalu dia bertanya, "Encik sekarang sedang buat apa ?".

Lalu dijawab oleh kerani tersebut, "Awak buta ke? tak nampak saya sedang menaip ni... banyak nak kena taip... dokumennya tebal-tebal... nak edit sana nak edit sini... susah betul!" Kerani tersebut terus merungut hingga wartawan berasa sebal.

Wartawan terserbut berlalu dari situ dan pergi ke department lain. Di sana wartawan tersebut menemuramah pula seorang lagi kerani, "Encik sekarang sedang buat apa?"

Kerani berkenaan berhenti menaip, bersenyum dan bersalaman dengan wartawan terbabit sambil berkenal-kenalan. "Saya sekarang sedang menolong ketua saya menyiapkan satu kertas kerja untuk projek penerbitan buku. Kertas kerja ini amat penting untuk rujukan masa kini dan akan datang. Boleh dikatakan ia adalah 'blue print' serta 'master piece'. Jadinya saya perlulah meneliti dari segala aspek serta membuat rujukan daripada fail-fail dan dokumen-dokumen sokongan yang lain agar kertas kerja ini nanti mantap."

Dua kerani, dua cara pemikiran yang berbeza. Kita kerani yang mana satu ? Apa resolusi tahun baru?

Sunday, December 31, 2006

Mahligai Ghazali Jalan Ghazali


Aku berasa bertuah kerana perjalanan aku sejauh lebih kurang 1000 kilometer menemukan aku dua tempat ini.

Mahligai Ghazali di Senai, Johor
Jalan Ghazali, Sabak Bernam, Selangor.

Friday, December 29, 2006

Demi musim

Tengkujuh banjir
Tangis alam berduka (?)
Insan bersabar.

Thursday, December 21, 2006

Kon. Tol Naik.

Periuk api!
(ini sepatutnya gambar kon & tol)

Kadangkala di beberapa tempat kita akan jumpa barisan kon sebelum berjumpa plaza tol. Kon-kon ini berfungsi sebagai susur masuk atau apa. Agar para pemandu dapat membuat anggaran awal pintu mana yang mereka harus masuk. Dengan adanya kon nak potong Q pun susah sedikit.

Tol naik lagi. Rakyat sepatutnya sakit hati tapi sebaliknya nampak macam tak ambil peduli. Dilayan sepi. Mana boleh macam ni!

Jom kita boikot.


Lawatan sambil belajar ;

Kon Ajaib Untuk Wanita

Friday, December 15, 2006

Serangan Udara.


Malam itu di dalam sebuah gudang lama sekumpulan soldadu elit bermesyuarat besar. Marah benar mereka kepada presiden negara mereka.

"Kita tembak dengan mortar." Kata seorang.
"Langgar saja dengan kereta kebal."
"Lontar bom tangan sudah."
"Aku kalau dapat dia... aku sembelih bagi putus urat mareh!"
"Presiden bongooookkkk."
"Tak guna!"
"Sia-sia pengorbanan kita selama ini!"

Begitulah antara banyak-banyak luahan perasaan kemarahan mereka.

"Aku ada satu cadangan." Tiba-tiba bersuara seorang yang senyap dari tadi. Lalu semua mata bertumpu kepadanya.
"Kita buat serangan udara." Katanya.
"Tapi kita tak mana ada jet pejuang, pesawat burok adalah..." Sampuk yang paling otai antara semua soldadu tersebut.

Jadi si pencadang pun berdiri lalu menerangkan,

"Kita buat serangan udara, dari pesawat beramai-ramai kita bukak seluar dan berakkan bumbung rumah presiden."

Terus semua soldadu berdiri memberi tabik hormat kepada dia gara-gara idea yang terpaling bernas tersebut. Gerenti puas hati kalau berjaya ini misi. Kalau masih dalam perkhidmatan harus naik pangkat ke sarjan mejar dia ni. Persiapan dan kelengkapan pun disempurnakan untuk misi esok. Menjelang pagi ada pula yang tertidur dengan muka comot berconteng penyamaran.

STAR.

Pada pagi itu mereka berdegil cuba menerbangkan pesawat dalam cuaca burok. Akibatnya mereka semua disambar petir.


Thursday, December 14, 2006

Kalau tuan pergi ke hulu, belikan saya bunga seroja

Kalau tuan mati dahulu, tunggulah saya di pintu sorga.

...
Kalau tuan pergi ke Mozambique,

Klik sini http://www.vergenet.net/~conrad/poolroom/box/Lion_Warning.jpg

Hua hua!

Awek Farmasi Yang Bermata Cokelat Jernih




"Abang pergi mana tadi?".

Farmasi, beli ubat gatal.

"Apa yang gatal? Dorang bagi ubat apa?."

Dua benda yang gatal, satu ada ubat satu lagi belum ada.

"Sakit gatal apa lak ni...?"

Gatal sebab alergik farmasi bagi pil dengan ubat krim sapu. Pil kecik besar beras, entah power-entah tidak.

"Gatal satu lagi?"

Gatal satu lagi ubat dia kena kawin dengan tuan punya farmasilah.

Ha ha!

Geng Jurnal Petaling #2

Seperti juga karyawan (dan karyawati ?) lain Malaysia, golongan penulis jurnal (sekarang ini weblog atau blog) mereka kita panggil blogger, juga dihargai. Sehubungan dengan itulah Geng Jurnal semenjak beberapa tahun telah menganjurkan Anugerah Weblog Terbaik (AWET).

Tidak seperti anugerah berprestij lain seperti Juara Lagu misalnya yang menawarkan hadiah ribuan ringgit disamping piala cantek (dan sijil ?).

Berbalik kepada AWET tadi, bukan persolan duit ribuan ringgit atau piala cantik (dan tiket penerbangan jika berkaitan) tetapi soal 'pengiktirafan'. Disandarkan kepada apa pengiktirafan AWET tersebut? Sedangkan Geng Jurnal bukanlah organisasi yang sah berdaftar. Seumpama orang yang mendapat gelaran 'datuk' daripada manusia yang menggelar dirinya sultan Melaka sekarang. Oops... jangan marah dulu.

Wednesday, December 13, 2006

Nasib baik


Aku dijemput menghadiri kursus CIDB. Kursus sehari suntuk duduk saja mendengar ceramah, menonton slaid dan tayangan VCD. Semua pasal keselamatan di tempat kerja dengan fokus tapak binaan. Mengantuk. Aku tonton VCD lepas tu VCD tonton aku.

Habis kursus petang. Dapat percuma sebuah topi keselamatan, dan dapat kad hijau. Kad hijau ni kiranya macam lesen untuk masuk ke tapak binaanlah.

Pasal topi keselamatan tu ada dua cerita.

Cerita pertama design terbaru dibuat lubang-lubang di permukaan topi tu seakan-akan sirip jerung. Udara bebas keluar masuk tapi kalau hujan taklah bocor pula. Salah satu sebab buat lubang-lubang menurut si penceramah, agar tak disalah gunakan oleh pekerja-pekerja yang tinggal di rumah kongsi. Dibuat mereka topi itu sebagai gayung mandi, bila dah design berlubang dah tak boleh. Salah gunakan topi ni boleh kena denda saman dan penjara, serius.

Cerita kedua ialah masa aku cuti sekolah berbelas tahun yang silam. Aku pengait kelapa sawit, jadinya aku pakai topi keselamatan ni takut-takut ditimpa pelepah, buah kelapa, tenggiling atau habuk-habuk. Satu hari tu aku bersiap-siap nak ke kebun, aku capailah kasut getah tinggi ke betis tu. Tak semena-mena tersembul ular senduk dari dalam kasut tu. Panik, aku terus capai topi keselamatan yang aku pakai dan terus hentam ular tu. Sampai hancur. Bapak aku nampak terus geleng-geleng kepala. Salah guna topi buat hentam luar senduk, patutnya carilah kayu ke, buluh ke...

Tapi aku taklah disaman pula kerana salah gunakan topi tu.



Saturday, December 09, 2006

Geng Jurnal Petaling #1

Berbeza dengan keahlian Geng Jurnal sedia ada yang percuma pendaftarannya (tapi buat masa ini ada sekatan akibat gangguan SPAM).

Geng Jurnal Petaling (GEJUPET) mengenakan yuran keahlian tahunan sebanyak RM1 seperti yang telah diluluskan kerajaan (tetapi belum diputuskan oleh mesyuarat agung lagi, kalau rasa ciput sangat kita boleh cadang tambahan yuran masa mesyuarat agung nanti.)

Kita mesti ada win-win situation. Ahli bayar yuran, GEJUPET bagi apa kat ahli?

Aku cadangkan kita sertai takaful berkelompok. Ahli automatik dapat benefit takaful bila jadi ahli, dan manfaat ini akan berterusan selagi mereka memperbaharui keahlian dan bayar yuran tahunan.

Khairat kematianlah bahasa mudahnya.
Jadinya perjuangan kita dalam Geng Jurnal (Perjuangan : kalau aku bisa gunakan istilah itu), tidaklah rasa tersia-sia kerana tenaga, masa dan wang ringgit yang kita curahkan mempunyai timbal balik yang agak berbaloi. Masa hidup berjuang, dah mati dikenang.
Jika ahli GEJUPET menyertai web forum, status mereka ialah 'Ahli Berbayar'. Darjat mereka akan lebih tinggi daripada ahli percuma, tapi ada apa dengan darjat iya tak?
Bersambung...
P/s: Jika korang berminat untuk menjadi ahli berdaftar Geng Jurnal Petaling silalah ke url forum di bawah. Borang keahlian juga boleh dimuat turun dari situ.

Wednesday, December 06, 2006

Sensasi getaran henset di celah peha pada pagi yang sepatutnya indah.


Nombor talian tetap terpapar di skrin. "Hello...!"

"Abang, telefon balik bang."

Amboi! sedapnya bahasa. Baru 7 tahun kahwin dah hilang dah bahasa-bahasa manis. Entah mana salam, entah mana pertanyaan khabar. Kot ye pun bagilah salam dulu. Tanya abang dah sarapan ke pagi ni? Sarapan apa? Minum nescafe lagi ke, kan tak elok minum kerap sangat ? Bihun gerai Kak Pah sedap atau anak dia nampak sedap? Abang ni hari-hari sarapan bihun? Tenung nurse-nurs PUSRAWI? Malam tadi tidur kat bilik atau kat sofa? Balik pukul berapa semalam? Abang makan megi lagi? Rindu kitorang tak? Adik abang datang melepak temankan abang tak? Ada hantu? Buku kawan-kawan abang tu dah settle ke?

Itu sepatutnya soalan-soalan lazim. Soalan pembuka kata, bukan tiba-tiba terjah macam tu. Apa hal ni?

Aku daillah semula. Tut tut. Tut tut. Tut tut.

"Nah, abang cakap dengan mak."

Labu, anak kau ni kau dah daftar ke belum? Bila kau nak daftar? Ambillah cuti? Cutilah? Mintaklah cuti dengan bos? Tak boleh cuti ke? Takkanlah tak boleh cuti? Kerja sibuk macam mana pun uruskanlah anak kau? Bla.. bla.. ? Bla... bla...?

"Iye... ye... a'ah... Mak, bagi saya cakap dengan..."

Di celah-celah kertas-kertas yang menimbun di atas meja aku cari nombor telefon supplier tu. Bos bila-bila masa dah nak quotation tu, urgent, hari ni nak. Melalui tingkap kaca di sebelah meja sekonyong-konyong client dengan beg sandang, appointment dengan aku pasal drawing-drawing yang perlu dipinda-pinda. Projek kedai 4 tingkat tu pula nak masuk claim sebelum minggu depan pula. Jurutera ni pulak mintak aku search kat Yahoo! spesifikasi kabel apa ntah... Aku didesak dan didesak. Arghh...

Aku perasan kemeja aku basah dek peluh. Panas terasa. Jadinya aku pun lipatkan hujung lengan baju sebab lengan aku rasa rimas. Pada masa tu lah aku rasa menyesal pulak, kasihan awek kena marah..

Semasa tenang-tenang di tengahari. Aku capai henset dan picit-picit.

"Hello.." Adik ipar pula yang angkat. Aku cakap nak cakap dengan kakak.

"Kejap ye... mmm... bang, akak dah tidurlah."

Panas tengahari buta. Aku pun rasa nak melelapkan mata sebenarnya.

Plap! Aku tepuk dahi. Sepatutnya aku appointment jumpa bang 'sensei' Naga tengahari ni.

Monday, December 04, 2006

Timbunan Buku

Aku minghirup bau dakwat buku macam mat gian menghidu gam penampal tayar. Atau macam remaja lelaki yang tidak puas merenung gambar payudara model di dada majalah hiburan. Ha ha ha!


P/s: Anak-anak mengikut ibu mereka yang berpantang di kampung. Jadinya aku tidur bersama-sama timbunan buku Masuk Barisan sahajalah. Jangan bimbang, tiada kesan cecair pada buku-buku tersebut.

Saturday, December 02, 2006

Monday, November 27, 2006

Panik! Panik!

Sudah suratan Ilahi yang mereka mereka akan dilahirkan serentak. Oleh ayah yang sama tapi berlainan ibu tentunya. Ahaks!

Yang satu lahir terlalu awal. Awal 2 minggu. Nama dia Irdina. Dua perpuluhan tiga kilo g. Pasti jadi rebutan jejaka!



Yang satu lagi lahir terlalu lewat. Usai pula dua musim menuai padi. HA HA HA! Dua puluh tiga ringgit. Pasti jadi rebutan jejaka!



Apa-apa pun kedua-duanya adalah baby kesayangan aku. Dua puluh lima haribulan sebelas - tarikh keramat.

... bersambung

Sunday, November 26, 2006

Friday, November 24, 2006

Bukan T-shirt Kolar "V"

"Pergi tukar bang!", arahan awek aku.

Tangan kiri cekak ke pinggang, manakala telunjuk kanannya ke ampaian. T-shirt kolar bulat. Itulah kegemaran aku. Tapi awek aku tak suka kalau aku keluar rumah dengan t-shirt tu. Nak yang berkolar.

Hensemnya saya ber-t-shirt kuning berkolar berbutang kuning.

---

Dalam IKEA ada macam-macam peralatan rumah. Ada barang yang boleh dicuba oleh bakal pelanggan. Paling seronok dicuba ialah segala sofa dan kerusi di ruang pameran yang luas itu. Amat luas.

Aku selesa merebahkan diri di atas sebuah sofa beranyam rotan. Sampai menutup mata.

Tiba-tiba... plop*

"Dik tolong ambilkan yang kat atas tu..." Seorang perempuan bergelar kakak memecahkan lamunan.

"Tapi.. saya bukan pekerja sini kak..."

"Aaa sori sori..." Kata kakak tu.

Cissss!!! mentang-mentanglah aku pakai tshirt kuning macam tshirt IKEA dia ingat aku pekerja situ.

Di suatu sudut seorang dua pekerja IKEA mengekek mentertawakan kami.

Tuesday, November 21, 2006

Jika Hari Ini Seorang Bos Yang Baik

Minggu lepas, Mr. Max Wong datang ke pejabat kami. Ada sesuatu perkara yang dibincangkan dengan bos, barangkali.

Dia ke meja aku kemudian.

"Hai Labu.." Dia ada cara tersendiri menyebut perkataan tersebut, yang amat lunak masuk ke rongga telinga kita.

Dia minta tolong aku lukiskan beberapa litar skimatik dan litar-litar kawalan. Projek baru katanya. Aku kata boleh, apa salahnya. Lagi pun melukis itulah mata pencarian aku. Walaupun dah naik pangkat, dah buat kerja lain, melukis tetap ada dalam jadual hidup ini. Mendengar perkataan "boleh": daripada aku, ditepuk-tepuknya bahu aku, sambil dia senyum.

"Bagus... bagus..."

Mr. Max Wong merupakan seorang klien syarikat. Kedudukan dia satu level dengan bos aku. Bekerja dengannya amat selesa. Kerana dia tak pernah menganggap kita sebagai kuli, malah sebagai sahabat. Dia menghormati kita melebihi kita menghormati dia, baik dalam tingkahlaku mahupun tutur kata.

Hari ini lukisan-lukisan dia hanya siap separuh jalan. Dia tak datang semalam. Yang datang hanyalah berita. Berita teramat sedih pada aku. Mr. Max Wong meninggal dunia Sabtu lepas, akibat strok. Tak aku sangka batuknya yang kronik minggu lepas adalah suatu tanda, tanda perpisahan kita. Untuk selama-lamanya.

Angin ahmar atau mati separuh badan, koma, lalu meninggal. Sebentar benar tuhan meminjamkan aku bos yang baik. Sekejap benar tuhan menarik kawan yang baik. Terasa lagi bahuku ditepuk-tepuk tangannya yang sasa, senyumannya masih di ruangan mata.


Ps : Kepada kawan-kawan yang mengambil rokok sebagai menu harian, nasihat aku hentikanlah. Tak dapat hentikan kurangkanlah. Tok Rimau, bang Naga, bang Spyz dan yang lain-lain... jangan putus rokok kerana kawan, putus kawan kerana rokok.

Monday, November 20, 2006

Persatuan... Geng Jurnal




Mula-mula dulu baca di post forum GJ pasal pendaftaran. Ribut. Taufan. Kena tempelak, terus bisu. Masa tu aku ahli baru yang bukan siapa-siapa. Sekadar baca-baca tak ada komen pun.

Lama-lama dah join GJ ni, lepas tu jadi presidenlah pulak. Timbullah balik idea untuk pendaftaran ni, makanya banyaklah juga reaksi daripada ahli-ahli yang boleh dibaca di forum. Di luar forum ada juga yang menyelar, menempelak, mempersenda-sendakan, masuk neraka, sinis...

"Kau daftar Geju aku buat Semangat Geju." Parti serpihan macam Semangat 46. Agaknya. Entah.

Membujur lalu melintang patah.

Pada 31 Mac 2006 hari Jumaat naiklah aku ke pejabat pendaftaran pertubuhan di tingkat 16 bangunan MBSA. Masuk borang. Letak nama Geng Jurnal Nusantara - reject, Geng Jurnal Malaysia - reject, Geng Jurnal Selangor - reject, Geng Jurnal Sungai Buloh - reject.

Kenal jadinya kepada anak-anak tangga bangunan itu. Sebulan 4 kali menelefon pegawai terbabit, jelak dengar alasan-alasan. Pegawai bercuti, pegawai kursus ke Langkawi, meeting, bos tak masuk lagi, dah letak atas meja bos bos belum tengok, dah letak atas meja bos bos belum sain, telefon minggu depan boleh?, minggu depan, minggu depan, minggu depan...

Piagam pelanggannya tulis siap 4 bulan, dah masuk 7 bulan tak siap lagi. Kami kansel sajalah pendaftaran ni,

"Janganlah encik.. bos saya dah nak sain dah... minggu depan siaplah tu."

Pada 10 November 2006 hari Jumaat (wah! berkat hari Jumaat) naiklah aku ke pejabat itu setelah di telefon suruh datang. Siaplah sudah sijil dan undang-undang tubuh Geng Jurnal Daerah Petaling. Daerah Petaling pun Daerah Petalinglah janji sijil lulus.

Kami bina sebuah kapal untuk merentas lautan samudera atas kepercayaan - bukannya hanya ada satu jalan untuk ke Rome.

Nak naik kapal bersama kami?

http://www.jurnal.biz/forum/viewtopic.php?p=72422#72422

Sunday, November 19, 2006

GJ : Perjalananku Sudah Sejauh Ini. Dari Penyusun Kerusi Menjadi Pengerusi

(I)
Gath Geju yang kali pertama aku join ialah semasa buat di Restoran Nelayan Titiwangsa. Kaw-kaw aku tak kenal orang dan orang pun tak kenal aku. Redah sajalah... Tapi Mat Jan boleh cam aku sebab aku pernah upload gambar ke blog, "rambut petak" kata Mat Jan.

Kali pertama join gath aku duduk diam-diam dan makan-makan sahaja. Ada yang sudi menegur, bersalam aku pun balaslah. Menu seafood (kegemaran aku tu), masa aku melahap ketam ada kakak sebelah tegur aku dengan nada yang teramat sinis "Aaa.. makan macam orang setahun tak makan..." Wadefak! aku bayar yuran mahal-mahal apa lagi makanlah apa yang aku bayar. Aku rasa lebih baik dia cakap, "Makan-makan jugak, lepas makan mari akak bawa awak berkenalan dengan GJ yang lain." Kan sedap sikit telinga aku mendengarnya. Sebab apa kakak tu kiranya otai GJ, sedangkan aku orang baru masa tu.

Balik dari gath baca post kat forum Geju. Hambik! kaw-kaw punya kutuk berjela-jela dalam forum. Aku sekadar baca je, tak komen apa-apa sebab aku bukannya siapa-siapa. Bagi aku masa tu bersyukurlah ada orang dah organize bagi kita tempat berbumbung boleh makan enak-enak. Namun point-point penting dalam 'pertelagahan' dalam tu aku ambil untuk panduan dan rujukan.

(II)
Gath Geju yang kedua aku join masa di UPM. Gila ramai AJK Gath masa tu, bulan puasa pun sanggup datang meeting semata-mata untuk menghasilkan gath yang mantap. Presiden GJ masa tu orang jauh, tapi "kuasa" atau "aura" dia tu bergelombang sampai ke Serdang, tu yang semangat buat kerja tu. Sebenarnya Timb. Presiden yang punya daya penggerak tu jadi ikutan anak-anak buah.

Kali kedua gath ni aku jadi AJK bawahan je, kerja susun meja kerusi. Kerja rajin-rajin, lepas tu awek aku tanya, "Apa abang dapat dari Geng Jurnal?" Aku terpinga-pinga tak tau nak jawab apa, senyum ajelah" Masa gath pun tak dapat anugerah apa-apa pun tapi dapatlah saguhati cabutan bertuah (tajaan bang Naga). Secara fizikal memang tak dapat apa-apa, tapi sebenarnya aku dapat kawan-kawan yang hebat dalam dunia.

(III)
Gath Geju yang ketiga aku join masa kat Putrajaya. Dulu susun kerusi, sekarang jadi pengerusi... pengerusi mesyuarat AJK Gath. Jadi pengarah gath pulak. Ni jadi sejarah GJ sebab hampir tiada komen negatif pasal gath (yang ada tu pun sebab mengada-ngada je). Tu lah kuasa AJK pelaksana (bukan kuasa presiden atau timb.) Kalau AJK mantap, GJ sure mantap punya. Pada aku itulah gunanya ada post-post lama kat forum, boleh dirujuk dan baca untuk rujukan. Kalau kita rajin baca post-post lama kat forum geju, lama-lama kita lebih tahu pasal geju berbanding otai-otai yang masuk dulu tapi tak baca forum geju.

(IV)
Gath Kg. Baru. Gath kali ni siap boleh nyanyi-nyanyi atas pentas lagi. Tak ada segan silu tak tentu pasal macam dulu-dulu. Sebagai AJK gath objektif utama nak entertain sahabat-sahabat semua biar heppi, biar kenyang, biar selesa, biar sedap, biar jadi kenangan terindah...

Betapa banyak cerdik pandai dalam GJ yang ijazah dari luar negara, gaji 5 angka, pangkat besar, bergaya - aku pulak di sini jadi ketua. Sedangkan aku hanyalah anak kampung.

Seronok bergaul dengan GJ ni, banyak asam-garam dan gurau-senda yang dilalui.

Ada satu pantun yang dapat menggambarkan ragam sesetengah kawan-kawan (sesetengah tu maksudnya dua tiga kerat je tak ramai), begini pantunnya;-

Limau manis tumbuh di paya,
duri buat sidaian kain;
mulut manis kepada saya,
tapi hati pada yang lain.

Walau apa pun, aku masuk sini untuk enjoy dan aku enjoy. Aku harap korang pun enjoy. Pada masa-masa akan datang kita enjoy lagi, tak kiralah mini gath atau gath besar yang macam hari Sabtu lepas. Harap2 AJK selepas kami ni, yang tahun depan dapat buat lebih grand lagi, lebih sedap lagi.

Lagi cerita-cerita dan link-link gambar di sini;
http://www.jurnal.biz/forum/viewtopic.php?p=72349#72349

Friday, November 17, 2006

JOM RAPAT!

PERJUMPAAN GENGJURNAL 2006

Smart, handsome...



Smart, handsome and he can cook (mi goreng mamak hahaha).

Bertemu kita di Perjumpaan Geng Jurnal, esok. InsyaAllah.

Masih ada masa untuk mendaftar secara online, silalah;
http://www.jurnal.biz/gath2006/kehadiran/index.php

Thursday, November 16, 2006

Mi Goreng Untuk Mertua

Ni cerita hari sabtu yang lepas (11hb November).

Mertua nak datang beraya dari kampung ke rumah kami. Awek aku minta tolong buat hidangan mi goreng untuk menjamu mak bapak, makcik, sepupu dan anak-anak buah nanti.

Katanya hari tu nak datang petang sikit, sudahnya telefon nak datang jam 11 pagi. Mahunya aku tak panik, mana nak pergi pasar beli mi, beli udang, beli cili giling...

Beli kek cokelat. Kebetulan memang hari tu jatuhnya hari lahir anak teruna aku ulangtahun 1 tahun. Jadinya terhidang di atas meja kuih-kuih raya, tembikai, makanan ringan dan sepinggan besar mee goreng. Tak cukup rumah penuh dengan ahli keluarga, aku jemput pula jiran sebelah rumah memeriahkan suasana.

Part mee goreng ni yang buat hati aku kembang sampai hari ini. Berikut apa komen-komen pemakan mee aku ;-

"Sedap mee goreng kau Labu... mmmpphhh macam mee goreng mamak."
- Mak Mertua

"Macam mee goreng mamak, sedap."
- Pak Mertua

"Rasa macam mee goreng mamak."
- Kakak Ipar

"Mmmphh.. sedap, pedas.."
- Awek aku

"Macam mana resepi kau Labu?"
- Kak Shila isterinya bang Spyz

"Kak, sedaplah mee goreng suami akak ni... macam mamak punya."
- Kawan sekolah awek aku

"Auumm.. nyamm.. nyammm.."
- Brother jiran sebelah rumah (tambah 3 kali)

Perghhh... kembang idung siyot! Aku dah reti dua resepi, yang pertama sambal udang dan yang kedua ni mee goreng (mamak). Lepas ni nak usya resepi ayam kari, nyam... nyam...


P/s: Pagi tadi awek aku telefon, selalunya ada hal penting baru dia telefon pagi-pagi ke pejabat aku ni. Bila aku tanya apa hal? "Bang, kawan Lin makan mi goreng hari tu dia kata sedap, dia nak lagi.. boleh tolong buatkan esok?"

Aku jawab boleh!


Tuesday, November 14, 2006

Dah satu tahun



Sambutan hari lahir pada sebelas haribulan sebelas yang lalu. Dah pandai berjalan. Dah pandai mengacau kakak dia. Tak faham kenapa muka dia selalu masam, agaknya tahu bulan depan dapat adik, nanti kurang perhatian. Entah.

Saturday, November 11, 2006

Kisah Seorang Saya Yang Hensem

Kiranya hari Jumaat lepas tu kali ketiga aku naik mahkamah. Merasa jugak masuk 'kandang'.

Angkat tangan kanan, baca ikrar sumpah. Tanya tanya jawab jawab. Peguam tak puas hati, aku sebagai defendan membantah. Habis mahkamah keluar arahan. Aku ok saja. Peguam nampak masih tak happy, tapi apa dia boleh buat mahkamah dah memutuskan.

Kali kedua aku naik mahkamah, masa tu pihak peguam bagi pihak Bank R***** memohon pemeriksaan. Aku ok saja.

Kali pertama aku naik mahkamah lama dulu tahun 1997. Membonceng motorsikal yang aku pinjam daripada kawan. Kena tahan JPJ, cari-cari tak jumpa mana dia simpan cukai jalan. JPJ bagi isyarat badan untuk kawtim, aku bantah sebab dalam poket ngam-ngam ada sekeping RM50 untuk penjanaan perut lagi seminggu gaji. Sudahnya dapat 'jemputan' ke mahkamah. Bicara punya bicara jatuh hukum denda RM1000. Panik siyal! aku bawak RM300 je, itupun claim OT bulan sebelumnya. Mampus. Tapi peguam bela amatlah pintar dan akhirnya denda yang aku perlu bayar cumalah RM50. Keluar mahkamah ada satu mamat tu tegur aku dan belanja aku teh tarik.

"Dah berpuluh tahun saya handle kes mahkamah, kaulah kali pertama aku dengar mahkamah denda RM50." kata mamat tu. Agaknya itulah kesan mentera yang bapak aku ajarkan.

P/s : Aku kena tahan JPJ asalnya sebab tak pakai helmet, cukai jalan tu pulak kawan aku simpan dalam dompet dia.

Thursday, November 09, 2006

Pegawai mahkamah & peguam tengah tunggu kat luar tu

Biasanya dapat waran mahkamah sahaja.

Hari ni dapat waran tangkap. Waran tangkap dengan orang yang nak menangkap datang sekali.

Ok lah... aku gerak dulu. Keluar nanti kalau ada masa, ada rezeki aku update lagi. Kita jumpa lagi.

Wednesday, November 08, 2006

Te neneng neneng te neneng neneng...

Te neneng neneng te neneng neneng...

Bunyi henpon aku. Nombor tertera kat skrin aku tak register, siapa ye?

"Hello..."

"Hello... Kamisah sini, seriusnya suara."

"Oh! Puan Kamisah."

"Saya telefon ni maksudnya berita gembiralah, kalau biasa Encik Dugong telefon saya tak gembiralah."

Yeay! dah siap. Gembiranya aku.

P/s: Apa yang gembira tu? Tunggu... masa Gath Geng Jurnal 2006 aku akan beritahu.

Tuesday, November 07, 2006

Gath06 Geng Jurnal : Dapat Tajaan Majalah


Majalah-majalah untuk sebahagian daripada doorgift nanti. Berat macam setengah tan, mendap kereta aku.

Penat giler masa unloading kat rumah. Tak ada troli terpaksa guna bagasi angkat sedikit-sedikit.

Kak Sri pesan, "Jangan jual kat pasar malam sudahlah."

Aku cuma ketawa ha ha ha

Terima kasilah banyak-banyak kerana sudi menaja untuk Gath kami, jemputlah datang 18 nov '06 nanti ya.

Friday, November 03, 2006

Kalau tuan bijak laksana


Mana satu jantan, mana satu betina ? Ha ha ha

Wednesday, November 01, 2006

Jemu rendang ayam dan daging


Dah masuk Raya hari ke-9. Tekak aku dah rasa lain macam dah, dua tiga hari batuk-batuk. Maklumlah sepanjang raya ni sebat makanan berminyak, minum yang berais dan air gas, kolestrol, lemak semua ada.

Masa untuk bertukar selera agaknya. Apa pendapat korang ?

Tuan Tanah lawan Pegawai Pejabat Tanah

Sampai hari ini hati kawan aku masih panas terhadap kakitangan di pejabat tanah itu. Mulut perempuan kau tahu sajalah...

Siap perli-perli tu yang kawan aku tak tahan tu, seolah-olah kawan aku tu yang nak berebut tanah mak dia. Sedangkan pada hakikatnya mak dia yang mendesak kawan aku membawanya ke pejabat tanah. Biasalah pejabat kerajaan Malaya, lepas ditendang dari suatu kaunter ke suatu kaunter yang lain barulah dapat berjumpa jabatan yang betul. Tapi sebenarnya tak betul juga.

"Biasalah tu... bila hari raya anak-anak semua berkumpul uruskan harta pusaka!" Kakitangan pejabat tanah.

Kata pegawai tanah, urusan pembahagian tanah bukannya di pejabat tanah tapi di pejabat peguam. Mak kawan aku berkeras juga minta pegawai tanah uruskan pembahagian tanah. Pegawai cakap tak boleh. Orang muda lawan orang tua. Dah lah orang tua tu buta huruf. Pegawai kerajaan berhujah dengan merujuk undang-undang, kanun apa kejadah sekeliannya, orang tua ni pula tegar dengan kapasitinya sebagai tuan tanah! Dah dia tuan tanah suka hati dialah nak bahagi-bahagi macam mana pun.

"Tak boleh mak cik!" Pegawai tanah sampai berdiri dan angkat tangan tinggi-tinggi.

"Tapi akak mak cik dulu ada buat.. kata dia boleh. Ucu Leha tu ada buat haa tujuh orang anak dia boleh pun..."

"Tak boleh!"

"Boleh! bla... bla..."

"Tak boleh! bla... bla..."

Perbalahan mak kawan aku bersambung dengan adiknya di dalam kereta. Sudahnya kawan aku pujuk mak dia untuk cari peguam dan membuat perjanjian atau wasiat. Atau pun rujuk kepada saudara-mara yang pernah buat urusan tanah. Kawan aku pujuk adik jangan gaduh-gaduh dengan mak, ada orang lain bergaduh adik-beradik sebab nak berebut tanah mak mereka, dalam hal ni mak yang nak bagi tanah buat apa nak gaduh-gaduh.

Kawan aku pun dapatlah ilmu tentang tanah daripada nasihat pegawai tanah tu. Selagi tuan punya tanah tu hidup tak bolehlah dia nak bahagi-bahagikan tanah dia kepada waris-waris yang ramai memandangkan luasnya cumalah sekangkang kera. Kawan aku telah memikirkan logik peraturan tersebut - kalau tuan tanah dah memindah milik semua tanah kepada waris dia nak duduk di mana pula ye tak?

"Maaf cakap ye... kalau tuan tanah dah mati, aaaa waris-waris bolehlah menuntut... tanah satu ekar nak letak 20 nama sederet dalam geran tu pun takpe... kalau lalulah..." Pegawai pejabat tanah.