Pesta buku datang lagi 19-28 Mac 2010.
Buku apa nak beli ya?
Sunday, February 28, 2010
Thursday, February 25, 2010
Cemas
Kelmarin mimpi lengan kiri putus kena langgar kereta dari belakang. Perghhh!
Semalam mimpi tumpang basikal Pacik Talib untuk berjemaah ke masjid. Sedangkan Pakcik Talib tu dah berbelas tahun meninggal.
Tengah malam tadi tak semena-mena terbangun tidur.
Pagi tadi dada berdebar-debar.
Kat pasar malam ada jual buku ramalan mimpi $3 senaskah. Aku ada senaskah buku hijau Kwan Lau.
Teruk feng shui aku tahun ni.

Saturday, February 20, 2010
Review Buku : Siapa Kekah Bidan Sepiah?
Mengkhatamkan buku Siapa Kekah Bidan Sepiah? (SKBS?) buat kesekian kalinya.Kali pertama melihat buku ini, terus terlintas di fikiran permainan Harimau Jadian yang pernah aku sertai bersama grup Sindiket Soljah lepas Maskara dulu. Kreatif dorang ni, permainan dijadikan buku.
Pada masa yang sama aku terus teringat Einstein Puzzle - Who Owns Fish?
Jadinya untuk merungkai persoalan Siapa Kekah Bidan Sepiah?, aku mengambil kaedah yang sama untuk menyelesaikan puzzle Einstein tersebut.
FAKTA-FAKTA DARIPADA BUKU SKBS?
1. Ada 10 orang lelaki pada gambar kulit buku.
2. Setiap orang menulis watak-watak yang berlainan.
3. Ada yang memegang watak manusia dan harimau jadian.
4. Ada harimau jadian bunuh manusia, ada manusia bunuh harimau jadian, ada harimau jadian bunuh harimau jadian, dan ada manusia bunuh manusia (kes salah sangka)
- harimau jadian bunuh manusia dalam cerita Bidan & Wak K
- ada manusia bunuh harimau jadian dalam cerita Kadeer
- ada harimau jadian bunuh harimau jadian dalam cerita Renjer
- dan ada manusia bunuh manusia (kes salah sangka) dalam cerita Leha
HINTS
1. Pipi tulis Leman Kompang
2. Azzam tulis Abdul Kadeer Kuti
3. Jigo tulis Jali Lempoyang
4. Tok R tulis diari Harimau Jadian
5. Spyz tulis Wak Karmon
6. Naga tulis Bidan Sepiah
Naga aja Mr. Lau tulis Pak Akop
7. OP tulis Dukun Najri
8. Mat Jan tulis Leha
9. Dean Sham tulis (?)
10. Vovin Encik Renjer
11. Abdul Kadeer Kuti ialah harimau
12. Encik Renjer harimau
13. Penulis diari sah-sahlah harimau
14. Abdul Kadeer dah buntingkan Aida, so akan ada waris harimau jadian
Soalannya: Siapa Kekah Bidan Sepiah?
Kita mulakan dengan membuat jadual dan kita masukkan butir-butir.
Juga, sila rujuk muka surat 9, muka surat 47 dan muka surat 96 untuk membaca sebahagian catatan / entri-entri pengakuannya.
Makanya kalau kau nak semak muka surat tu kau kenalah ada bukunya dulu. Kalau tak ada beli!
Lawat www.sol-jah.blogspot.com
Tuesday, February 16, 2010
Kerana Janji
Hari ini aku belikan anak aku sebuah gitar.
Anak lelaki aku kadang-kadang tak mau makan.
Kena pujuk, kena rasuah barulah nak makan. Selalunya pujuk dia dengan mainan Ben Ten barulah dia nak makan.
Tengahari tadi dalam panas-panas membahang tu aku ke kedai mainan mencari gitar.
Hari ini aku belikan anak aku sebuah gitar. Tapi melihat susunan talinya ia lebih sesuai dipanggil ukulele.
Nanti aku nak request lagu I am Yours.

Sunday, February 07, 2010
Tak Nak Jadi Kera Sumbang
Menghadiri mesyuarat persatuan penduduk. Khemah dan kerusi-kerusi disusun bersebelahan kolam.
Ada jamuan mihun goreng, karipap kentang, karipap sardin, air oren dah teh O panas.
Aku mengulang karipap sardin dan teh O panas. Sedap. Karipap sardin berkulit rangup dan lemak. Isi sardin masih panas beradu dengan aroma lada dan bawang. Inti karipap yang panas dan likat seakan melecurkan lidah. Pertarungan lidah dan panas inti karipap ini amat mengasyikkan. Di bawah matahari pukul 10 pagi dengan teh O panas, terasa peluh dingin mengalir di dahi dan belakang.
Pengerusi letak jawatan, AJK letak jawatan. Naik pengerusi baru, naik AJK baru. Berucap hu ha hu ha, bersembang hu ha hu ha...
Semakin banyak taik kucing di bawah tingkap bilik tidur anak aku. Rancangan aku begini, malam-malam aku kidnap semua kucing tu. Bawa masa balik kampung. Sampai di Kuala Selangor aku buang kucing-kucing tu di tepi jalan. Mesti ada yang berebut kutip kucing ala-ala Siam tu.
Ala... lagi pun dia bukannya pengerusi lagi. Lagi pun duduk apartment manalah sesuai menternak binatang!
Karipap jadi mangsa ahli mesyuarat. Selalunya pengerusi dan setiausaha yang jadi mangsa.
Bilangan karipap lebih banyak daripada bilangan yang hadir mesyuarat.

Thursday, February 04, 2010
Dua Serupa
Bos pandang aku atas bawah.
Aku pandang bos atas bawah.
Macam berjanji pula.
Dalam hati masing-masing berkata, "Ek eh... kita pakai kemeja corak sama!".
Naik tingkat atas, "Ek eh... pengurus pun pakai kemeja corak sama!".
Tiga orang pakai kemeja sama corak, dalam satu pejabat pada hari yang sama.
Kebetulan kakak bahagian akaun dah masukkan gaji, dan birthday dia hari ni, aku belikan kek besar dari Secret Recipe.
Budak engineer tu aku suruh beli Magnum.

Monday, February 01, 2010
Pantang
Februari datang lagi buat kesekian kali.
Genap setahun tak makan roti canai. Genap setahun tak makan nasi lemak.
Maaf tok guru, teh tarik memang saya tak mampu nak lepaskan... sanggup bercerai nyawa dari badan, bercerai dari teh tarik... oh tidak...
Meneruskan langkah... cuba lagi setahun untuk tak makan roti canai dan tak makan nasi lemak.
Perut boroi simbol kemakmuran, jangan sixpack-kan dia. Pergi gym besarkan pangkal lengan, tu tak apa.

Tuesday, January 26, 2010
Bukan tupai biasa
Supervisor aku yang seorang itu memang agak licik orangnya. Kalau buat kerja memang hasilnya tip-top, bos suka, client suka, anak-anak buah pun suka. Cuma kadang-kadang beliau ni agak licik. Apa orang kata 'missing in action'.
Adalah suatu hari seorang budak junior dalam pejabat ni menelefon supervisor ni. Tanya itu, tanya ini, selidik itu, selidik ini...
Agaknya dah puas kena main dalam telefon budak ni cakap, "Takpe.. takpe bang... sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jugak".
Supervisor aku yang senior tu jawab, "Apa kau ingat kalau tupai jatuh ke tanah, dia tak pandai cepat-cepat melompat naik balik ka?".
Terkebil-kebil budak tu.

Saturday, January 16, 2010
Kitab Apa
"Saya nak abang tolong belikan kiiiicapp... KICAP bukan KITAB!", suara awek dihujung talian.
"Ooo... ok.", jawab aku ringkas sambil membetul-betulkan handfree earphone. Sebelah tangan memulas stering di jalan yang sesak sampai kiamat.
Anak-anak aku kalau tak ada kicap tak lalu nak makan nasi.

Monday, January 04, 2010
Inilah permulaan
Menghantar anak ke sekolah masuk tahun 1, pagi tadi. Bagusnya sekolah ini mengatur pendaftaran lebih awal pada bulan lalu. Kelengkapan asas sudah disediakan lebih awal. Buku teks pun sudah sedia, cuma jadual belum ada.
Di dalam kelas anak aku bersama anak-anak yang lain tekun mendengar celoteh guru baru mereka. Kami ibu bapa bersusun-susun di luar kelas melihat gelagat anak masing-masing.
"Siapa tahu nama cikgu? siapa boleh baca (nametage cikgu) cikgu bagi hadiah belon."
Seorang budak lelaki angkat tangan, "Nak pergi tandas cikgu!". Dua telapak tangannya sudah melekap dibelakang.
"Saya adalah cikgu kamu, di sekolah saya adalah ibu kamu."
Perghh... apasal dulu aku tak dapat cikgu yang macam ni?
Kami semua ibu bapa mula beredar setelah diarahkan supaya beredar. Rupa-rupanya ada cikgu lain di belakang kami yang jadi bodyguard cikgu di dalam.
+ Aku memulakan penulisan blog semasa anak aku belum lahir, jadinya lebih kurang 7 tahun juga aku jadi blogger. 7 tahun adalah permulaan, atau pengakhiran?

Sunday, January 03, 2010
Mudah
Pada pendapat aku, orang yang mencipta drill atau hand drill patut dibagi anugerah nobel.
Kerana jasa pencipta itulah banyak kerja jadi mudah. Nak pasang kelengkap dan kabinet kena guna drill. Nak gantung frame gambar pun nak guna drill. Nak pasang screw untuk rentang tali langsir pun gunakan drill.
Drill yang aku ada kecil saja, murah dan 'cap ayam'. Tapi drill ni dah banyak jasanya kepada aku. Daripada sekecil-kecil projek pasang kipas dalam bilik tidur, sampailah projek puluhan ribu di Pekan, Pahang. Siapa sangka alatan untuk projek DIY berguna untuk projek besar. Gara-gara drill syarikat rosak dan bukan senang nak cari spare-part drill 'berjenama terkenal'. Sudahnya ambil drill yang standby di boot kereta.

Saturday, December 26, 2009
Kawan Sekampung
Dari desa ke kota jauh sekolah
berbasikal merentas kebun dan sawah
dalam beg ada surat cinta
awek admire
Panjat pokok belimbing
pelam muda cicah kicap
jambu air cicah garam kasar
petang-petang main bola
senapang kayu peluru biji kopi
dalam saku ada batu
sarang burung
di ranting jambu batu
Keruh air di tali air
memancing berkubang
balik kuang seluar terlondeh
oh! kau pakai doktor aku mudim
mangsa cuti sekolah yang lalu
Aku kawin kau datang
kau kawin aku datang
jumpa cikgu lama
sembang panjang-panjang
parut di kepala seorang satu
masa sekolah dulu kena batu
Petang tadi balik ke kampung
tak ada lagi kawan aku berkubang
tak ada lagi kawan aku panjat belimbing
mencicip pelam muda masam
masin jambu cicah garam
berebut anak haruan
di mata pancing
basikal pun entah di mana
Mataku basah
di sisi pusaramu
yang merah.
-----
Al-Fatihah buat sahabatku almarhum Hairol Nizam bin Marhaban, 33, kembali ke rahmatullah pada 25 Disember 2009, jam 9 pagi. Kematian diakibatkan oleh jangkitan kuman pada otot peha yang kemudian menjangkiti organ-organ dan paru-paru. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t.

Friday, December 25, 2009
Kalendar 2010
Biasanya pada hujung tahun begini, kita senang dapat kalendar percuma. Apabila kita membeli kek, beli barang di mini market, beli kasut, kita akan diberi kalendar percuma.
Di syarikat aku bekerja ni biasanya supplier kami akan memberi kalendar melalui salesman mereka. Ada kalendar besar, ada yang kecil, ada yang bergambar...
Aku paling suka kalendar 'lumba kuda'. Dalam tu boleh dikatakan lengkap dengan bulan Islam, bulan Cina, bulan India, semua cuti dan perayaan ditanda. Cuti sekolah di-highlight jelas.
Tapi kali ini amat berbeza... tak ada satu supplier pun yang bagi kalendar. Kami ada cuba telefon mereka, tapi jawapan mereka ialah kalendar dan planner tahun 2010 mungkin tak banyak dicetak. Tak apalah... tak ada rezeki.
Secara peribadi, aku masih lagi bergantung kepada diary dan planner versi off-line walaupun aku ada henpon canggih yang lengkap dengan kalendar juga (Mungkin kerana aku ni jenis yang gatal tangan suka menconteng atas kertas).
Aku pun dengan gigihnya meng-google kalendar percuma. Banyak. Tapi aku suka yang ini.
http://www.vertex42.com/ExcelTemplates
Di pejabat ada pencetak duplex dan segala kelengkapan stationary, inilah masanya aku nak buat projek DIY diary dan planner :)

Tuesday, December 22, 2009
Kisah telur yang keras dan roti yang lembut
Entri ni takde kena-mengena dengan tajuk. Sungguh!
Teringin nak makan roti bakar cicah telur tiga suku masak. Rebus telur, bakar roti. Sapu roti dengan kaya, bancuh kopi. Tak lama lepas tu telur pun siap.
Dah aku sapu roti dengan kaya, macam mana nak cicah lagi pada telur? hiyark!
Sebenarnya tadi... dalam masa menunggu telur tu masak, aku makan roti-roti bakar tu tadi. Roti dah habis makan, baru teringat balik nak cicah dengan telur. Mmmhhh!

Saturday, December 19, 2009
Selamat Tahun Baru (2)
Tuesday, December 15, 2009
Friday, December 11, 2009
Wednesday, December 09, 2009
Mencarut of The Day
Rajagopal kena carut bos cina. Cina tu kata, "Lu memang *toot!". Tapi muka dia selamba dinding jer... tak tau maknalah tu.
"Bang, toot tu makna dia apa bang?"
"Ok... mak kau dulu lahirkan kau normal ka atau operate?"
"Saya lahir normal bang?... kenapa bang?".
"Toot tu makna dia tempat kau lahirlah."
"Ooo... makna dia hospital...", kata Rajagopal.
HAHAHA
Lepas tu Rajagopal kena carut dengan aku pulak kaw kaw punya.

Monday, December 07, 2009
Sehari Sebuah Buku

Sehari sebuah buku. Mungkin hobi ini akan aku pertimbangkan untuk digaris-garis dalam azam tahun baru nanti.
Buku yang baharu sahaja aku hadamkan sebentar tadi. Novel perang terbitan DBP. Platun Harimau dalam misi Hutang Darah Dibayar Darah. Karya Lt. Col. Mohd. Radzi Abd. Hamid.
Novel ini katanya kisah benar penulis yang pada masa aku menulis ini masih seorang perajurit dalam RAMD. Kisah berlatarbelakangkan zaman komunis mungkin sekitar penghujung 1980'an. Plot ceritanya amat menarik sehingga tidak sedar berada pada helaian terakhir novel. Rialiti dan sedikit fantasi dibancuh pekat dan likat dalam novel ini. Sepekat warna darah.
Aku teringat filem lama lakonan AR Badul cuma dalam filem tu salah seorang hero dia kudung kaki kena perangkap samar, yang dalam novel ni hero dia ehem ehem... hehe
Belilah buku novel ini. Bacalah buku novel ini. Kalau ada air mata kau jatuh pada mana-mana muka surat novel ini, tak apa itu namanya 'cool'.
Novel perang, kisah perang. Budak lelaki manalah yang tak suka kisah perang. Alahai...
Lagi istimewanya naskah ini ialah kerana ada autograf penulisnya sendiri. Penulisnya aku jumpa face2face semasa menghadiri Maskara 18 yang lalu. Tapi aku ni orangnya pemalu, jumpa terus terkedu. Ada tak ada itulah... sembang pasal cuaca hujan tak hujan, kerja mana...

Friday, December 04, 2009
Beban
Hari ini drebar lori kami cuti. Hari minggu ni kenduri anak dia kahwin. Cuti dia sampai minggu depan.
Site supervisor pun cuti. Anak saudara dia kawin kat Ipoh. Minggu depan baru balik.
Aku ambil beban menghantarkan pekerja-pekerja kami yang beberapa kerat ini ke tapak kerja. Pagi hantar mereka, lepas tu balik semula ke pejabat, buat kerja pejabat. Petang nanti kena amil mereka semula. Mereka ni tak payah disupervise pun, masing-masing dah tau nak buat apa. Sebelum supervisor cuti, dia dah 'set' anak-anak buah dia.
Air di pantry dah nak habis. Kena ambil tiga balang kosong untuk ditukar isi. Pergi masa makan tengahari. Hairan... lepas makan makin tak bertenaga nak angkat balang-balang air ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)