Wednesday, August 26, 2009

Tuesday, August 25, 2009

Masjid

Petang semalam masak ikan masak sambal, ayam sos tiram dan sayur paprik. Berbuka dengan nasi putih yang masih panas-panas.

Boleh kata semua ok, penanda arasnya anak aku bertambah nasi gaul dengan sambal ikan.

"Kakak suka makan samballah ayah... sedap!".

Kembang kempis hidung aku dibuatnya.

Tapi paprik hancur... masin gilak.

Orang kata kalau masak masin tanda nak kawin. Kalau dah kawin maknanya nak kawin lagi. Betullah kata orang.

Aaa... sejak bila masjid ni cat warna biru dengan hijau? Siap ada air-cond empat bijik? Perghhh... Mantap aaa AJK kampung ni cari penaja dan penderma. Kagum aku.

Beramal berhempas-pulas. Kerja keras sembahyang mengaji bagai. Tiba-tiba kat depan tuhan ditunjukknya markah tak bagus, memang kaw-kaw kena rotan. Dalam hati mesti kecewa dan rasa gagal. Lebih teruk daripada rasa gagal masak paprik jadik masin.

Monday, August 24, 2009

Masih Belum Terlambat

Masih belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat marhaban ya Ramadhan al-Murtabak. Eh.. eh.. silap.

Selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak kepada semua pembaca blog Dugong Senyum.

Apasal ya masa puasa-puasa nilah baru sibuk tanya nak siwak bergusi bekumur bagai, masa tak puasa tak berkumur pun masa berwuduk.

Kalau takde pilihanraya Permatang Pasir, mungkin TV kita paparkan perbalahan geng 8 rakaat dengan geng 20 rakaat.

Iklan tuala wanita dah keterlaluan rasanya, takkanlah sepender merah pun nak ditayang-tayangkan. Macamlah kami ni tak reti nak berfantasi-fantasi.

Ok..lah jemput makan sardin roll, lebihan berbuka tadi. Buat sendiri punya tak main aaa beli-beli.

Friday, August 21, 2009

Ramadhan Datang Lagi

Ek-eh! Kenapa surau ni dah warna hijau?

Wednesday, August 19, 2009

Akronim Hari Ini

Suatu hari S tanya aku, "Hari tu abang bincang sama Hani pasal posisi 69, apa benda tu bang?".

Aku suruh dia google. Hambik kau... sebesar-besar skrin sembilan belas inci tu terpampang gambar posisi 69.

"Cissss... Tak guna", kata S. Haha

Budak S ni lulusan UNISEL katanya, macam lurus bendul je aku tengok. Budak India yang jenis 'suci' katanya. Harkkk petuih!

Lain kali kalau dia tanya apa tu BDSM, aku nak jawab Belasah Dia Sampai Mati, tengok dia ada google atau tidak.

Tak lama lagi cuti sekolah. Biasanya kalau cuti sekolah orang akan buat kenduri kawin. Tapi cuti kali ni jatuh dalam bulan puasa, macam mana nak kenduri, tak boleh makan siang. Macam mana nak kawin siang-siang. Kena pulak pengantin baru birah semacam.

Cikgu-cikgi yang cuti sekolah pun susah nak KBSM sebab bulan puasa.

KBSM tu makna dia Kena Belasah Siang Malam. Haha.

Tuesday, August 18, 2009

Satu Malaysia Katanya

Tengahari itu hujan turun malas-malas. Cuaca jadi redup dan dingin. Rumput-rumput di bawah tingkap basah semuanya. Bunga-bunga dalam pasu semuanya mandi bogel. Air sedikit melimpahi ruang siar kaki depan apartment kami. Ada sedikit air hujan meleleh-leleh di tangga apartment. Hari hujan, lebih seronok bermalas-malas di rumah.

Ting. Ting. Ting.

Mungkin mangga di pintu grill kami diketuk orang. Pintu dibuka dan terpacul muka nyonya tua jiran sebelah.

"Lu kat lumah hali-hali ka?"

Cepat-cepat otak ini menafsirkan, encik hari-hari di rumahkah?

"Ya... ya... kami hari ni memang duduk di rumah saja."

Berkerut nyonya tu, "Bukan... saya tanya lu punya lumah ada halia ka?"

Ooo... nak pinjam halia rupanya! Tu pun nasib baik ada tinggal seketul. Kalau tak, harus nyonya tu makan lauk ayam goreng sajalah.

"Alah nya, ada seketul je nya."

"Tak apa.. tak apa.. dua olang makan saja maa.. telima kasih aaa."

"Sama-sama..."

Hari hujan, lebih seronok bermalas-malas di rumah.

Sunday, August 16, 2009

Kerja Outstation (Part 1)

Ada mesyuarat pada hari Isnin. Aku kena sedia pada hari Ahad.

Bilik mesyuarat mesti sedia dengan projector (gantung di siling), projector screen, speaker, digital conference, segala kabel mesti sedia. Hari Ahad baru nak mula, Isnin mesti siap. Tak ke gila namanya. Aduh!

Memandangkan perjalanan KL-Gambang-Pekan agak memakan masa. Apa kata aku makan dulu?

Powernya gulai tempoyak ikan patin buah di Temerloh. Kalori yang masuk ke dalam badan aku telah menjahanamkan usaha aku ke gym selama beberapa bulan ini. Alahai... boroi balik.

Tuesday, August 11, 2009

Lagu Sedap Hari Ini

Mari menyanyi bersama-sama yeay. Enjoyyy... :)




Ammmmaaaakkkk!!!

Sunday, August 09, 2009

Pari-pari Kertas


verse 1

matahari yang menyinari

walau ku tahu semuanya tak pasti

bulan berlalu pergi

namun hatiku masih di sini



bridge

akulah pari-pari

bukannya matahari



ulang 2x

disini aku terbang

rentasi bulan bintang



oh aku lah pari-pari kertas

aku pari-pari kertas



verse 2

aku yang sentiasa berlari

mengejar mimpi

masih begini



aku bukannya fantasi

aku realiti

tiada peduli



ulang bridge + chorus



Nota:

i- Gambar Maskara 16

ii- Lirik copy + paste dari FB Beeha

iii- Video korang boleh google atau korek Youtube

Saturday, August 08, 2009

Tanpa Tajuk


Tayar kereta yang botak dah tukar baru dah. Tukar empat-empat Michelin. Tayar spare elok lagi berbunga boleh simpan. Tukar minyak itam yang besh. Tukar minyak gear. Tukar timming belt. Lepas tu buat alignment cun melecun. Petang tu siap, malam tu aku melenjan ke Maskara.

Di Maskara, selain ada persembahan, ada gerai jualan buku, CD dan t-shirt. Seorang awek beli buku Jongkang Jongket oleh Mat Jan. Selamba aku minta izin ambik gambar awek tu dan kawan dia. Dah snap gambar, lupa pulak nak tanya nama awek-awek tu... alahai.

Abis Maskara aku ikut geng sol-jah mengeteh sampai pagi. Abdullah Jones belanja kami, terima kasihlah.

Saturday, August 01, 2009

Tayar Botak


Tadi tengahari os aku tiba-tiba datang tanya,"Lu punya tayar kereta sudah tukak?"

Aku jawab, "Belum... mungkin minggu depan".

Bos aku tanya lagi,"Sudah botak habis ka?"

"Ok.. lagi, cuma dah pakai dekat 2 tahun"

"Itu tayar ada botak macam kepala saya ka?"

Hahaha...

Aku nak simpan ketawa yang selebihnya nak bawa balik rumah nanti.


Thursday, July 30, 2009

Surau di Pagar Subuh nan Hening

Pada suatu pagi aku melangkah ke surau. Tapi pintu pagar surau belum buka. Betapa awal subuh.

Oleh kerana pintu pagar tak berkunci, supaya nanti senang orang dan kenderaan nak masuk maka aku tarik dan tolak pintu besi tu sekuat hati. Pintu pagar menggelongsor deras.

(((((( GEDEGANGGG ))))))

Aku terus melangkah masuk ke surau. Tekan suiz lampu dan suiz kipas. Tak lama kemudian bilal pun datang, jemaah pun datang untuk memenuhkan tak sampai satu saf.

Beberapa hari pintu pagar tu terperosok dalam longkang depan surau. Kemudian ada kontraktor atau sukarela memasukkan semula pintu pagar ke dalam treknya.

Monday, July 27, 2009

Gunting Rambut


Kali pertama aku bawa anak lelaki aku bergunting rambut di pekan Tanjung Karang. Kedai rambut ni milik rakan sekampung aku. Dah berkembang maju kedainya hingga mampu menggajikan amoi.

Masa aku sekolah menengah tingkatan 6 dulu, di kedai inilah aku akan pergi sebulan sekali atau 2 bulan sekali untuk bergunting rambut. Aku akan pesan, "Bang... gunting pendek petak ya". Aku serasi dengan abang tu, lembut saja dia mengguntingkan rambut. Rapi sekali kerjanya. Dulu masa mula-mula kerja di PJ aku sanggup balik kampung semata-mata nak gunting rambut.

Tapi sekarang ni dah ada kedai yang boleh buat 'pendek petak' untuk aku.

Berbeza dengan anak lelaki aku yang memiliki rambut lembut halus, maka tak sesuai 'pendek petak' macam aku. Amoi guntingkan gaya GQ untuk anak aku. Betapa hensem.

Friday, July 24, 2009

Kisah Henpon Subbash

Ada seorang kawan aku nama Subbash.

Henpon dia dah masuk lubang tandas. Seluk lubang sampai pangkal lengan pun tak boleh capai. Pakai batang besi pun gagal.

Hasta la vista...

Henpon murah, tapi maklumat dalam tu yang mahal.

Tuesday, July 14, 2009

Kisah Basikal Kecil Kepunyaan Anak Saya


Basikal kecil itu aku belikan untuk Aqilah sempena ulangtahunnya dahulu. Basikal itu amat besar ertinya kepada budak berusia enam tahun.

Petang Ahad yang lalu aku dapati basikal kecil itu telah hilang. Biasanya kami di apartment ini meletakkan basikal di tepi pintu rumah. Kami tak perlu kunci atau rantai pun, sebab guard di sini mantap-mantap.

Aku tak kecoh basikal tu hilang, kerana naluri aku mengatakan basikal tu ada orang dah 'pinjam'. Jiran aku dah kena dah sekali hari tu, bila guard tolong carikan basikal anak dia, jumpa di tingkat dua, ada India nak jual scrap katanya .Malam itu Aqilah dan ibunya pergi meronda dari satu blok ke satu blok kalau-kalau ada terjumpa di mana-mana kaki lima rumah jiran. Hampa.

Satu kerja pula aku nak memujuk budak perempuan seorang ini. Mujur tak menangis meraung. Minggu depan birthday dia, takkan nak beli basikal lagi.

Petang tadi penat balik dari kerja. Di ruang tamu aku ada basikal Aqilah. Betapa kejutan!

Awek aku melaporkan, "Jiran blok 6 datang pulangkan". Katanya ada budak main basikal tu semalam lepas tu letakkan di depan rumahnya. Seharian tak ada orang tuntut maka disimpannya di rumah.

"Lin tulis guna artline nama Aqilah pada mudguard belakang dan nombor rumah kita kat mudguard depan, pandai tak Lin?". Lebarnya senyuman masuk bakul angkat sendiri.

Iyee... awek abang memang pandai, tu sebab sayang tu. Habuannya RM100 duit poket tambahan bulan ini, tunai.

Minggu depan, aku wajibkan diri aku memberi sekurang-kurangnya sepotong kek birthday Aqilah kepada jiran blok 6 itu.

Thursday, July 09, 2009

Sukaneka Tadika

Sekolah Tadika anak aku menganjurkan sukaneka. Anak aku menang dua acara dan dapat dua pingat.

Bapak budak baling belon air.

Mak budak sambut belon air.

Seronok tengok budak-budak bermain dan bersukan. Paling seronok tengok bapak budak sama mak budak bermain. Orang dewasa bermain sampai basah.

PMS

Kalau dulu, cikgu-cikgu yang terlibat PPMSI dapat intensif dan laptop.

Sekarang dah kena mansuh, jadinya intensif dan laptop tu apa cerita?

Kalau aku jadi cikgu, aku cakap "Saya rela pulangkan laptop, intensif tu saja yang saya nak."

Wednesday, July 01, 2009

Tiada Dendam Untukmu Ayah

Ini cerita minggu sudah.

Pada suatu hari aku balik kerja lewat. Sampai di rumah dah malam. Penat letih campur lapar.
Kebetulan pulak awek aku tengah puasa ganti. Dia sibuk berbuka puasa, aku pula sibuk mengisi perut yang lapar. Lauk ayam pulak masin gila, aku makan nasi dengan kuah sajalah, ayam terus lempar ke tong sampah.

Entah di mana silapnya, anak perempuan aku yang 6 tahun tu cari pasal dengan ibu dia. Sekejap dia sakat adik-adiknya sampai menangis. Ibunya marah, jangan kacau adik. Sekejap lagi dia sakat lagi adiknya sampai menangis. Ibunya marah lagi. Tak henti-henti malam tu ada saja kerja si kakak ni sampai nak makan pun tak senang. Awek aku dah terjerit-jerit dah sampai nak mati tercekik nasik gara-gara budak perempuan ni.

Aku steady je. Ambik rotan. ZASS... ZASS.. ZASS.. Diam. Jangan menangis. Pergi tidur!

Malam tu bilik kami semerbak bau minyak angin. Esoknya tengok peha budak tu berbirat.

Pagi tu anak aku ni tersenyum-senyum di sebalik pintu bilik aku. "Ada apa?"
Rupa-rupanya budak ni nak bagi sekeping kad merah khas buat aku. "Selamat hari ayah!"
Petang semalam dia tunggu aku balik, tak balik-balik sampai malam, pagi ni baru dia dapat peluang nak serahkan kad tu.

Alahai... rasa bersalah pulak sebab sebat dia semalam. Hati rasa sebal.


Wednesday, June 24, 2009

Quote of the day




"Before you criticize someone, you should walk a mile in their shoes. That way, when you criticize them, you're a mile way and you have their shoes. "



HA HA

Sunday, June 21, 2009

Bos Yang Marah

Tengahari itu bos aku yang botak itu marah betul. Gara-gara kawan aku lambat siapkan dokumen tender. Lambat taip surat. Dahlah lambat, salah eja pulak tu.

Kelam-kabut juga kami nak menyiapkan dokumen tender ni, kawan aku ni pulak budak baru. Yang aku ni baru dua hari balik dari out-station, manalah aku sempat nak semak secara keseluruhan dokumen-dokumen tu.

Sepatutnya ejaan alamat ialan Jalan BRP, tapi kawan aku tu taip Jalan BPR. Marah betul bos aku.

Kawan aku cakap dia tiru saja daripada dokumen yang diberi. Aku periksa memang betul.

Aku cakap kat bos, "Memang dalam dokumen asal ni tulis BPR lah bos".

"Ya ka? Sepatut apa yang betul?".

Aku jawab, "Yang betul BRP... Bukit Rahman Putra, kalau BPR itu Bumi Putra Rockers".