Wednesday, October 31, 2007

Ribut

Pada hari raya ke dua yang lalu telah berlaku ribut kencang di kampung aku.


Ada pokok tumbang merentang jalan masuk ke kampung aku.



Rumah di tengah sawah yang gagah masih mampu bertahan dan semua warga di dalamnya selamat.

Namun beberapa keping atap zink telah diterbangkan hingga ke tepi jalan sejauh lebih kurang serantai.

Ada sekeping atap zink sudah diterbangkan ke tengah sawah. Adik aku pergi kutip dan abang ipar pergi panjat bumbung memasangkan semula atap-atap tersebut.

Walau bagaimana pun, kerja-kerja penyudah dilakukan oleh tukang rumah yang diupah memandangkan kami kurang arif sangat bab-bab bertukang rumah ini.

Monday, October 29, 2007

Tuesday, October 23, 2007

Mood raya lagi

Cuti dari 12 hingga 22 Oktober 2007 yang lepas. Hari ni baru masuk kerja.

Masih mood raya lagi.

Ya... seseorang telah merogol komputer yang aku tinggalkan ini. Arghhh!

Monday, October 08, 2007

Tertib Makan Buffet Ramadhan

Ini gambar BBQ kambing dengan sos pudina.


Hairan tengok orang berpusu-pusu mencedok nasi. Aku kalau pergi buffet takkan ambil nasi sebab nak makan yang tak biasa jumpa. Nasi dah biasa jumpa, ye tak?

Pilihan pertama mesti cari port kambing BBQ dan satay.

Jadi pada hari Sabtu lepas aku sekeluarga bersama-sama kawan-kawan pergi makan di Kelab Golf Monterez. Kakak aku ada geng kat dalam jadinya dapat harga ahli. Walau pun harga ahli namun tetap gak mahal!


Banyak juga yang aku makan tapi yang istimewa ialah kambing! BBQ kambing cicah sos pudina. Superb!


Meriah buffet di Monterez ni sebab ada live band. Sambil makan sambil dengar lagu.


Bulan puasa tahun ni aku jarang makan di luar, pergi pasar Ramadhan pun cuma beberapa kali, sekali dua makan di luar carilah tempat yang special sikit.

Saturday, October 06, 2007

Best!

Tadi officemates aku buat kejutan sikit. Dia orang belikan kek hari jadi untuk aku. Birthday aku semalam sebenarnya, tapi dia orang tangguh ke hari ini memandangkan aku asyik sibuk keluar meeting atau ke tapak binaan. Hari ni aku tak keluar, dia orang nak raikan hari ini.


Best dapat kek buah dan dapat tiup lilin hehehe Lepas potong-potong aku jemput dia orang semua makan (semua non-muslim). Memandangkan bulan puasa takleh lah aku makan jadinya simpanlah bakinya dalam peti sejuk. Terima kasihlah kepada kawan-kawan semua.

Ini kisah malam tadi. Aku dapat jemputan berbuka di Tropicana Golf Club. Aku sampai petang semalam tempat tu dah meriah dengan orang ramai dan aroma makanan memenuhi setiap ruang.



Kalau kau makan di Tropicana, dan tempahan di ruang utama pula janganlah terpengaruh dengan hidangan di ruangan itu. Cuba berjalan sedikit dan meninjau di bahagian belakang iaitu di BBQ Street. Bahagian ini makanan dia lebih dahsyat dan fresh, ada satay, BBQ, bubur dan lain-lain.

Sebaik azan Maghrib baca doa, mula-mula minum jus jambu batu. Lepas tu belasah satay ayam+daging lebih kurang 20 cucuk. Ambil udang 2 ekor, takleh bedal banyak-banyak sebab aku ada resdung.




Habis satay sental pula BBQ kambing+daging+sotong.

Kemudian sental spageti seafood pedas. Round-round sekejap dan sambar ABC.

Capai pulak ais krim. Nak balas dendam punya pasal, teguk dua teh tarik.

Perut dah kenyang, rasa nak tergolek keriangan, layan borak dengan kawan-kawan semeja sambil minum sirap.

Balik rumah tergolek lemang.

Alhamdulillah.

Friday, October 05, 2007

Assalamualaikum w.b.t.

Kawan,

Banyak yang aku nak ceritakan sebenarnya, tapi apakan daya dunia terlalu laju berputar dan aku telah tewas sedikit untuk mengejarnya.

Inilah info terkini tentang aku ;-

1) Dah dapat kereta baru, bos yang bagi katanya "You jagalah aaa itu kereta macam you sendiri punya kereta." Yesss Bosss. So, raya tahun ni boleh melaram dengan kereta baru. Harap-harap mertua aku gembira melihat kereta baru menantunya nanti.

2) Irdina, baby aku yang umur 10 bulan tu dah ada 4 batang gigi, terkini dia dah boleh melangkah dua tiga tapak. Dah berjalan baby aku tu!

3) Ada beli dua perabot baru.

4) Langsir mahal yang tahun lepas punya masih boleh pakai. Jimat.

5) Baju raya anak-anak dah beli.

6) Ada 'jewel' dalam mulut aku ni yang mahal gila mengalahkan jumlah hantaran aku kawin dulu.

7) Kini aku seorang pengarah syarikat, secara rasmi di atas kertas. Naik pangkat. Berat bahu memikul dan berat mata memandang...

8) 5 Oktober akunya birthday. Awek aku lupa wish, tapi takpelah.

9) "Abang nak pendek je ke?" "A'ah" jawab aku. Jadinya tukang gunting dah betul-betul sodok rambut aku sependek yang mesin rumput tu boleh pergi. Dah tak boleh diselamatkan dah, terima sajalah flattop keliling botak ni sebagai takdir raya untuk aku.

10) Nak beli kasut raya tapi resit claim company sebab beli safety boot. Wah bergayanya saya dihari raya dengan safety boot baru!

Itu sajalah untuk update kali ini. Kalau sempat aku update lagi nanti.

Tuesday, September 18, 2007

Gerai William

Ada juga blogger yang berkongsi pengalaman di William.

Contohnya http://awhiffoflemongrass.blogspot.com/2007/07/williams-taman-mayang-jaya.html

Sila... sila... jangan malu-malu :-)


Wednesday, September 12, 2007

Hidup-hidup makan-makan


"Hidup untuk makan, selepas makan kita tergolek keriangan", kata E1.



E1 dan Petz yang mencadangkan gerai menu di gerai William ini.

Petz cakap dia dah pernah makan yang macam ini, dua sekali gus. E1 pun sama.

Jangan kata dua pinggan, sepinggan ni pun aku dah tersandar lemang nak habiskan.



Sedap. Lazat. Sungguh. Perhatikan jus mangga yang teramat pekat manis sejuk segar! Hidang dalam botol jem pulak tu, bukan dalam gelas, memang puas!


Tuesday, September 11, 2007

Gengjurnal - BBQ @ Wetland Putrajaya

Lupa

Plpap!

Macam mana aku boleh lupa semalam adalah kami punya anniversary ? Tarikh keramat 10 September 1999 seakan masih terasa kedinginan telapak tangan Tok Kadi.

"Semalamlah bang..."

"Isk.. isk.. isk.. abang ingatkan esok. Happy anniversary! hehehe..."

Wednesday, September 05, 2007

Berhati-hati di jalan raya

Berhati-hati di jalan raya, walau di mana kau berada...


di Australia contohnya...




atau di Malacca. Haha


Lagi Baca

Wednesday, August 29, 2007

Powerfulnya

Kalau kau betul-betul powerful, mari aku test...



Hidung cucuk besi. Encik Steven memang powerful! haha.

Monday, August 27, 2007

Tempat Ganas


Dulu aku kerja kat Bagan Tengkorak. Ganas nama tempat ni kan?

Dah banyak berubah berbanding dulu. Rumah-rumah tepi sungai yang dulunya papan dah berubah jadi macam banglo, banglo terapung gamaknya.

Tempat sembelih babi kat tepi jalan tu dah kena sodok dah, jadi tempat parking lori.

Kolam udang masih ada rasanya, tapi kolam ikan keli aku tak pasti.

Kebun-kebun kelapa, kelapa sawit, koko dan mempelam tu aku dah tak familiar dah siapa tuan punya.


Sunday, August 05, 2007

Sakit Gigi

Hari ini hari Ahad. Hari ini aku sakit gigi. Gigi aku sakit hari ini.

Doktor cakap kalau makan kunyah perlahan-lahan. Makan beradap kata aku. Macam pengantin pula.

Doktor kata kalau sakit gigi susah nak makan. Ada orang tak makan langsung. Baguslah kata aku, boleh diet kempiskan sikit perut ni.

Dua dalam satu kata doktor tu. Kerusi klinik gigi ni buat aku tersandar hampir baring ke belakang. Mulut dinganga kepala terdongak.

Cik Adik pembantu doktor tu ada satu tahi lalat di pipi kiri dan sebutir lagi di bawah dagu kanan. Bulu mata dia cantik mendongak ke awan.

"Tidurlah... kalau rasa nak tidur." kata doktor gigi tu.

Sepanjang rawatan dengan doktor tu aku tak tidur, tapi berfantasi yang macam-macam haha

Sunday, July 22, 2007

Pergi Shooting

Shooting salah satu babak drama pada Sabtu malam Ahad berjalan lancar. Penggambaran dilakukan di sebuah banglo di Seksyen 6 Kota Damansara.

Pengarah drama iaitu En. Rashid Sibir telah mendapat kerjasama yang sangat baik daripada krew, para pelakon serta pihak-pihak yang terlibat. Tambahan para pelakonnya pun memang gah, jadi memang profesional.

Shooting pada malam tersebut berlanjutan hingga hampir pukul 2 pagi. Bukan senang kerja-kerja shooting ni seh... kena ulang benda yang sama sampai beberapa kali, jadinya kenalah banyak bersabar.

En. Rashid Sibir yang sempoi.

Korang ingat lagi siri Mat Despatch?


Encik Nasir Bilal Khan memegang watak Atok.

Pn. Fauziah Nawi. Kami jadi pendek sebab masa kamera snap terus kerusi kami patah. Jurukamera tidak mengalami sebarang kecederaan haha

Dalam drama ini beliau jadi Encik Adnan. Happy birthday encik Adnan!


Inilah "budak jahat".

Dari kiri: Aku, Diyana, Rushdi dan Kak Lang.

Thursday, July 12, 2007

Friday, July 06, 2007

Kita Suka Filem Hindustan

Aku sedang melayan Dekho Abto dari Jaanwar 1965 di Youtube. Kawan kat sebelah aku ni perasan muzik india yang berkumandang dari speaker komputer aku.

"Awak memang suka India aaa..." Dia berkata begitu mungkin sebab dari tadi aku dok layan lagu-lagu Hindi saja.

Memang aku menggemari filem dan lagu Hindi, kebanyakannya yang lama-lama. Dulu masa aku kecik zaman tu ada TV hitam putih, arwah bapak beli atau pinjam pasang kat rumah dengan bateri kereta. Kadang-kadang pada malam Sabtu aku adik-beradik bersama emak pergi rumah jiran tumpang menonton TV warna mereka.

Lagu-lagu dalam filem hindustan tu berkumandang sedap. Kesedapannya itu tak terlupakan. Terlekat dalam kepala. Babak-babak menarik terus terbayang-bayang di ruangan mata. Irama dan lagu seakan-akan bergema-gema di telinga.

Dulu susah nak repeat filem tak macam sekarang ada MP3 ada internet untuk download barang, pita video pun dah dikira ketinggalan zaman!

Kegigihan aku mencari lirik dan lirik-lirik yang telah dialihbahasa ke bahasa kita. Bermula dari Aa Gale Lag Ja, Bobby, Haathi Mere Shaati hingga Yaadon Kibarat, etc. Lagunya sedap, tapi apalah makna di sebalik lirik-lirik yang mendayu-dayu itu? Persoalan ini sentiasa berlegar-legar di kepala aku selama ini, puluhan tahun lamanya.
Walau pun ada internet, namun sumbernya masih terhad.
Menjawab soalan kawan aku tadi, "Ya, saya memang minat."
"Saya pun sudah ada sikit-sikit macam dia orang, tengok hidung saya mancung."
"Tapi saya ingat you tak ikut hidung, you ikut buntut."
Ha! Apasal?
"You buntut hitam maa..."
Chisss!

Thursday, July 05, 2007

Bulu burung yang kita suka


Ada kuliah Maghrib oleh penceramah jemputan pada hari itu. Penceramah ni dulu biasa muncul dalam program Al-Kuliyyah.

Penceramah pun bercerita. Ceritanya begini, pada suatu masa dulu ada seorang ustaz beri kuliah kepada anak muridnya. Masa tu guna kitab kuning tulisan Jawi. (Perhatian: Kitab tu jadi warna kuning kerana telah ter-oksida.) Kemudian ustaz tu membuka bab mandi junub (bab ini memang menarik, kan.. haha).

Seterusnya beliau membaca kitab tersebut...

USTAZ : Sebermula mandi junub itu dengan membasahkan bulu rummm... (Sebenarnnya bulu ROMA, roma dieja sebagai Ro Wau Mim).

MURID : Bulu rum tu bulu dari negeri Rom ker ustaz?

Ustaz tu tak tau nak jawab apa. Dia dah termalu sebab salah sebut.

Nak mengaku salah jauh sekali sebab dia EGO. Kebetulan ada bulu burung terselit pada kitab itu. Dia dapat satu idea. Jadi dia buat-buat menyelak halaman lain dan membacanya.

USTAZ : Ada punnn bulu rum itu ialah bulu burung merak di syurgaa..

MURID : Apa ni.. tadi kata mandi junub, apa kaitan dengan burung merak?

Ustaz tu jadi bengang dengan murid nan seorang ni. Dia selak halaman lain lagi dan buat-buat seolah membaca ayat dari kitab tersebut.

USTAZ : Ada punn orang yang banyak bertanya itu, maka kuranglah IMANnyaaaa..

Murid tu dah tak nak tanya dah. Takut kurang iman.


Nota : Ini post lama dari blog lama aku bertarikh Jumaat, 20 Februari 2004, di URL http://www.freewebs.com/basrie/log/feb2004.htm