Saturday, October 06, 2007

Best!

Tadi officemates aku buat kejutan sikit. Dia orang belikan kek hari jadi untuk aku. Birthday aku semalam sebenarnya, tapi dia orang tangguh ke hari ini memandangkan aku asyik sibuk keluar meeting atau ke tapak binaan. Hari ni aku tak keluar, dia orang nak raikan hari ini.


Best dapat kek buah dan dapat tiup lilin hehehe Lepas potong-potong aku jemput dia orang semua makan (semua non-muslim). Memandangkan bulan puasa takleh lah aku makan jadinya simpanlah bakinya dalam peti sejuk. Terima kasihlah kepada kawan-kawan semua.

Ini kisah malam tadi. Aku dapat jemputan berbuka di Tropicana Golf Club. Aku sampai petang semalam tempat tu dah meriah dengan orang ramai dan aroma makanan memenuhi setiap ruang.



Kalau kau makan di Tropicana, dan tempahan di ruang utama pula janganlah terpengaruh dengan hidangan di ruangan itu. Cuba berjalan sedikit dan meninjau di bahagian belakang iaitu di BBQ Street. Bahagian ini makanan dia lebih dahsyat dan fresh, ada satay, BBQ, bubur dan lain-lain.

Sebaik azan Maghrib baca doa, mula-mula minum jus jambu batu. Lepas tu belasah satay ayam+daging lebih kurang 20 cucuk. Ambil udang 2 ekor, takleh bedal banyak-banyak sebab aku ada resdung.




Habis satay sental pula BBQ kambing+daging+sotong.

Kemudian sental spageti seafood pedas. Round-round sekejap dan sambar ABC.

Capai pulak ais krim. Nak balas dendam punya pasal, teguk dua teh tarik.

Perut dah kenyang, rasa nak tergolek keriangan, layan borak dengan kawan-kawan semeja sambil minum sirap.

Balik rumah tergolek lemang.

Alhamdulillah.

No comments: