Tuesday, August 28, 2012

Hai, apa khabar?

Lama sudah tak menconteng di sini. Dah tak tahu dari mana nak mula. Lama tak menulis, umpama petani lama tak berkebun, dah lupa mana simpan tajak, mana cangkul....

Sebahagian daripada entri-entri blog ini telah aku abadikan dalam bentuk buku. Siapa yang berminat nak beli buku-buku tersebut, silalah hubungi aku :-)

Saturday, February 11, 2012

Lemau

Ada ke orang baca blog lemau ni?

Wednesday, June 15, 2011

Milik Siapa Jam Tangan Digital?

Teringat aku kisah masa aku kecil dahulu.

Kalau tak salah, semasa mengambil wuduk di kolah surau. Terjumpa jam tangan digital. Maklumlah budak tak pernah pakai jam tangan. Teruja habis.

Esok paginya jam tu rosak masuk air liur basi. Pakai jam masa tidur lepas tu tidur buas siapa suruh.

Saturday, May 14, 2011

Review: Tentang & Kentang

Saya belasah Kentang dan Tentang secara marathon dan berganti-ganti. Kentang - menyelak satu muka demi satu muka naskah Kentang Saharil mengingatkan saya kepada naskah Codex Seraphinianus oleh Luigi Serafini. Atau satu lagi naskah Pulcinellopedia Piccola oleh siapa tak ingat. Namun Kentang masih mudah dihadam berbanding kedua-dua buku yang saya sebutkan tadi.

Sekali imbas memang ya, ia buku conteng-conteng. Buku entah apa-apa. Akan tetapi, kalau kita mendalami sedikit sahaja, tak perlu mendalam sangat kita akan dapati ia bukan buku conteng biasa. Ini buku untuk orang berfikir. Ini buku untuk orang pandai. Buku Kentang ni umpama buku visual. Apa akan jadi kalau sesetengah ayat atau peribahasa atau perumpamaan kita visualkan, misalnya kita manipulasikan, jadi horor tahu! Saya tak boleh blah dengan interview binatang. Pada sesetengah grafik saya terberhenti lama, sambil otak cuba mencerna dia punya makna. Saya paling suka Apam Pergi Apam Balik, Burung, Jangan Jilat Apam, Minyak Naik Buat Saya Naik dan Tomato Tetek. Kenapa saya suka?, saya sendiri pun tak tahu hahaha.

Naskah Tentang adalah sebuah blook terbaik! Saya suka kisah ketupat. Saya masih terbawa-bawa oleh kisah tersebut, malah saya sedang memanipulasikan pengalaman ketupat Saharil dengan pengalaman saya sendiri. Kalau nak tahu, buku Tentang adalah tentang penulis - Saharil. Ada Saharil coretkan pengalamannya belajar di luar negara, kisah suka-duka yang digarap dengan ringkas dan bersahaja tetapi diperkemaskan dengan maklumat-maklumat tambahan.

Saharil suka buat 'homework' sebelum membuat sesuatu karya, ini akan anda perasan dalam Kentang dan dalam Tentang. Pada tahap-tahap tertentu kau akan terasa pandai oleh naskah-naskah Saharil ni, sebab maklumat-maklumat yang dia suap sangat lazat. Ini salah satu sebab saya suka naskah dia.

Habis baca kedua-dua naskah Saharil tersebut, terasa seolah-olah baru sahaja memerhatikan kehidupan ini dari sudut-sudut yang berbeza-beza. Sangat kreatifnya Saharil.

Nota:- setakat ini buku Codex Seraphinianus di Amazon.com harganya USD500, perghhh!

Tuesday, May 10, 2011

Encik David Jumpa Hantu

Encik David kemalangan. Dapat MC dua minggu.

Surat MC bertukar tangan di pejabat sumber manusia. Tangan kiri Encik David diriba berbungkus dalam kain anduh.

"Syukur encik tidak cedera teruk, bagaimana pula keadaan motorsikal encik ?", tanya kerani sumber manusia.

"Motorsikal saya ok", jawab Encik David selamba.

"Wah! Ceritalah macam mana kemalangan tu berlaku", kerani tersebut ingin tahu.

"Pada malam yang malang itu..."

Encik David mengenakan kaca mata hitamnya... sambil menjeling ke arah kerani tersebut.

"... saya jatuh katil."

Saturday, May 07, 2011

Demotivatonal Poster

Masih rasa seronok bermain-main dengan akronim. Contoh akronim yang mashyur, rokok DUNHILL - Dunia Umpama Neraka Hidup Ibarat Layang-Layang. Ok, kita cuba yang lain...


Poster ni kalau ditampal di cafe pun cara jugak kan... :)

Thursday, May 05, 2011

Nama Aku

Suatu hari seorang kawan meminjam PC, bila dihidupkan keluar pertanyaan user name dan password.

Melalui telefon kawan tu tanya, "Bagi aku password kau".

"Passwordnya nama aku", jawab kawan di hujung talian.

Kamarudin bin Ahmad, tak boleh. Kamarudin, tak boleh. Din Botak... pun tak boleh. Biar betul mamat ni...

Dekat nak masuk waktu makan tengahari, barulah dapat.

Passwordnya "NAMAAKU".

Wednesday, December 15, 2010

Hijrah

Dah masuk hari ke 9 dalam tahun baru hijrah. Dalam sedar tak sedar, sudah lebih dua bulan aku berhijrah ke tempat baru. Dapat bos baru, gaji baru, suasana baru...

Luaran semua nampak baru. Tapi dalam ni masih macam yang lama jer.

Beberapa tahun yang lalu, aku masih teringat di mana aku buat perkara yang aku tak terfikir nak buat. Menulis Blog. Menulis Buku. Berkomuniti dengan penulis blog dan penulis buku.

Berniaga buku. Berniaga cuba-cuba. Berniaga suka-suka. Modal pinjam kawan. Pinjam bini. Bidang yang sama sekali jauh panggangnya daripada bidang pembinaan yang aku ceburi.

Dipendekkan cerita, tahun depan tiga-tiga orang anak aku akan bersekolah, insyaAllah. Semua yuran tu aku settle dengan duit jualan buku.

Wednesday, October 06, 2010

Salam

Mungkin aku kena stop menulis blog ni beb. Serius... aku dah tak boleh komit dah.

Saturday, September 04, 2010

Zahir & Batin

Anak aku bercerita, "Ibu, tadi kat sekolah ustazah cakap selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin. Tapi bu... Zahir dan batin tu siapa?"

Hahaha... nasib baik dia tak tanya Aidilfitri tu siapa.

Tuesday, August 17, 2010

Baju Belang

Berborak dengan seorang saudara tentang trend zaman sekarang orang pakai baju belang.

Aku : "Trend mana dorang ikut sekarang ni ramai betul pakai baju belang."

Saudara : "Kalau masuk pasar raya, ruang yang kat tengah-tengah tu sale paling murah, kat situlah banyaknya baju belang."

Ooo... trend baju belang murah.


Monday, August 09, 2010

Wayang Percuma

Aku dan kawan-kawan menghabiskan masa malam minggu lepas dengan menonton wayang percuma Maskara Shorties di Rumah PENA.

Berpuluh-puluh wayang pendek ditayangkan secara marathon menggunakan projektor di kawasan terbuka di halaman rumah tersebut.

Bolehlah dikatakan (secara peribadi) acara ini sebagai 'release tension' di malam minggu. Aku agak tension dan stress kebelakangan ni.

Sebahagian besar wayang pendek yang ditayangkan 'sangat enak'. Ada yang berisi pelajaran, maklumat tersurat dan tersirat, paling penting ianya menghiburkan. Hantu Mak Limah Balik Rumah membuatkan aku ketawa sampai dapat athma (athma yang tak serius). Filem Badut pula umpama buah ceri manis merah di atas kek yang sedap.

Selain wayang percuma, "Ini kali pertama aku makan cekodok percuma", kata Syed Syahrul Zarizi.

Apa punya kodi tuan syed ni, kata hatiku, tidak pernah makan cekodok percumakah?.

Memang sedap cekodok percuma tersebut! Tapi... apa yang tuan Syed cakap tadi sebenarnya adalah "Cekodok Kurma".

Cekodok yang dalamnya ada kurma. Itulah penangan bersengkang mata sampai pagi, otak pun dah lembab, telinga tak berapa dengar haha

Kami sambung sembang kedai mamak sampai pagi. Sembang kencang pasal benda serius dan tak serius, saiz penonton yang datang misalnya.

Bukan Kawan Biasa


Namanya Abdul Razak. Hamba Allah Yang Memberi Rezeki. Memberi rezeki kepada anak bini dan keluarga tentunya.

Kami kawan dah lama. Sejak sekolah menengah lagi. Kami jadi sangat akrab dan erat selepas menyertai ekpedisi berkayak ke Pulau Pangkor. Ini kejadian tahun 1993 kalau tak salah.

Debaran ombak sama-sama kami kayuh, hujan lebat kami rempuh. Perut lapar makan nasi lauk ikan masin bakar. Tidur dalam khemah yang tak sempurna. Ada air terjun dalam khemah kami.

Aku kawin dia datang kenduri kawin aku. Dia kawin aku datang kenduri kawin dia. Kami pernah buat gathering berbuka puasa dan membawa anak-anak dan isteri masing-masing. Beraya ambil gambar ramai-ramai.

Berbuka puasa di Shah Alam dengan keluarga Juli.

Masa terus berlalu. Kerja dan kerja... masa pun tak ada untuk jumpa selalu. Hari tu dia ada call ajak mengeteh pun kita orang tak sempat sebab kerja.

Minggu lepas aku dapat berita mengejutkan. Razak meninggal dalam kemalangan jalan raya. Zaman sekarang untung ada Facebook, berita cepat dapat dari kawan-kawan.

Terbayang-bayanglah di ruangan mata kenangan-kenangan masa bersama. Apalah nasib anak-anak yang masih kecil yang ditinggalkan. Dari jauh sekadar dapat mengirim Al-Fatihah.

Hilux yang dikatakan melanggar belakang lori tangki.

Saturday, July 24, 2010

Tak ada yang menarik

Tak ada benda menarik nak aku ceritakan tu pasal lama tak menulis kat sini. Hidup rutin, bangun pagi, pergi kerja, kerja, balik kerja, malam tidur, esok kerja lagi...

Tak ada rumah banglo atau mewah yang aku dok renovate, bikin kabinet IKEA misalnya.

Tak ada kereta best yang DIY bikin sini sana atau tukar enjin kereta potong. Tak ada.

Masih belum menjejakkan kaki ke negara asing. Tak ada cerita travel.

Tak ada pergi makan tempat mewah-mewah. Ada tak ada itulah mengulang Ee Mee Gold Chilli USJ.

Sampai dah ada cerita sok, barulah nak apdet blog ni.

Tak ada. Tak ada benda menarik.

Wednesday, June 16, 2010

Clean Desktop & Work Space


Salam...

Lamanya aku tak update blog ni. Bukannya tak ada bahan nak tulis, berlambak-lambak. Gambar-gambar untuk modal entri ada. Sketch-sketch untuk tulis entri pun ada. Tapi masa tak ada. MASA. Masa tak ada.

Terkini. Aku kemas bilik kerja aku. Aku pindahkan komputer dan alatan-alatan ke suatu sudut di dalam master bedroom. Bilik kerja sedia ada aku nak hand-over kepada anak aku. Anak-anak dah mula besar, nak latih dorang tidur asing-asing lelaki perempuan.

Buat masa ni puas betul hati aku melihat susunatur ruang kerja aku ni. Masih 'bersih' ni. Berikut aku senaraikan dan labelkan equipment2 yang ada;

1/ Extension power supply. Satu wall socket mana cukup!
2/ CPU dengan enjin AMD yang "orang dah tak pakai lagi dah sekarang", kata Hidzuan.
3/ LCD Screen jenama LG, baru beli.
4/ Keyboard yang dah kena conteng anak-anak.
5/ Mouse optical yang 'sedap' digenggam.
6/ Meja kerja beli kat kedai barangan terpakai. Kebetulan pulak ukurannya ngam masuk ruangan ni. Tapi meja ni goyang aaa, ada rezeki sok aku nak beli meja yang lebih kukuh, sekenhen pun takpe.
7/ Portable HDD 320GB Buffalo
8/ Laser jet printer. Jarang guna.
9/ Jenama PHILIPS. Best!
10/ HDD tambahan dan untuk backup. 1TB Buffalo. Di sebelahnya ialah satu lagi portable HDD 80GB
11/ Kerusi, barangan terpakai.
12/ Bakul sampah.
13/ Kalendar dan nota reminder.
14/ Lampu meja. Kawan bagi.
15/ Langsir. Ruang kerja ni mengadap tingkap.
16/ Bekas pensil & alat tulis.

Tapi, dah tentu takleh lawan dorang ni;


Monday, May 10, 2010

Hari Ibu

"Saya sayang ibu, ibu saya cantik"

Hasil karya Tuahdanish bin Basri, 5 tahun.

Sunday, May 09, 2010

Laporan Maskara 21

Beberapa keping gambar yang sempat aku snap. Kumpulan Meor & The Gang dan Fadzly Razman & The Gang. Selebihnya aku berborak-borak di belakang rumah PENA dengan Abdullah Jones.

Poster dari blog Sindiket Soljah


Kali pertama Maskara main di astaka Rumah PENA. Akan datang tayangan filem pendek pun sesuai buat kat sini.

Mat saleh main drum.

Mat saleh main drum.

Kalau aku unplug-kan plug ni, mau aku kena makan penampar.

Poster kain yang rare dan cantik.

Poster-poster kain yang cantik.

Kartun askar. Pemain muzik. Dua-dua adalah pejuang.

Para juruteknik belakang tabir.

Habis Maskara, macam biasalah tolong kawan-kawan susun kerusi. Lepas tu jadi DBKL kasi cuci nasi goreng pedas yang mantap ittew!

Sebelum balik mengeteh ramai-ramai di kedai mamak sembang sampai pagi.

Aiseh... aku tak cerita pun aku jadi stand-by technician malam tu, jaga elektrik kalau-kalau trip.

Sunday, April 25, 2010

Jiwa Kacau

Itu gambar Mawi baca buku blook Jiwa Kacau. Adakah Mawi setelah baca buku itu beberapa tahun dulu lalu dapat inspirasi untuk buat telefilem Jiwa Kacau? Adakah Mawi PELOPOR me-telefilem-kan blook?

Walau apa pun, aku dapat tumpang gembira pun jadik ler...

Kredit gambar, kalau tak salah Rudy Bluehikari.

Sunday, April 04, 2010

Laporan Maskara 20

Baca naskah.

Kelihatan seorang audiens merakam aksi Ninjaseni.

Sendiri terbit buku sendiri menjual buku yang diterbitkan sendiri.
Bersama blogger GJ Mat Jan & Jigo.

Sessi autograf untuk para peminat. Cewwahh!

Sebenarnya dah satu tahun empat bulan aku tak makan nasi lemak. Tapi di Maskara 20 tadi aku bantai makan. Lapar sebab tak sempat nak makan malam.

Malam ni aku perform di Maskara 20. Aku sangkakan giliran aku selepas sessi makan-makan, rupa-rupanya jadi peserta ke-empat. Performlah aku dengan perut kosong. Sangat gementar sampai tergetar-getar tangan dan jari-jemari. Berpeluh!

Pun begitu persembahan baca naskah aku berjalan amat lancar sekali. Tapi kerusi patah!

Terima kasih kepada Sindiket Soljah kerana sudi memberikan ruang pentas untuk aku berdiri. Juga mempromosikan buku baru aku Salah Lorong. Terima kasih juga kepada audiens yang sporting (sudi gelak-gelak dan tepuk tangan, padahal bukan apa sangat pun persembahan aku tu). Kalaulah aku pandai main gitar... wajib aku bawa dua lagu iaitu Harum Subur Di Hati BPR siap dengan goreng-gorengnya dan lagu Nagori Yuki siap dengan solonya. Pergghhh!

Terima kasih jutaan kepada yang sudi membeli buku terbaru aku Salah Lorong, buku yang tak seberapa itu.

Habis majlis, kita orang kemas-kemas rumah PENA, simpan balik semua equipment yang dah pakai. Lepas tu aku join sessi ngeteh. Adalah dalam 5-6 orang yang ikut ngeteh termasuk Naga, Tok Rimau, Spyz, Vovin, Jigo....

Sembang sampai pagi. Nasi lemak tu berbungkus-bungkus lebih kami bawa ke kedai mamak. tadi. Kami belasah nasi lemak tu, ada yang belasah dua bungkus, ada yang tiga. Masih ada lebih nasi lemak sedap tu kami tak boleh habiskan. Beberapa bungkus aku bawa balik untuk isteri aku kalau-kalau nak 'mentong' nanti. Baki nasi lemak berbungkus-bungkus tu kami tinggalkan saja di meja kedai mamak tu.

Lebih jam 2 pagi aku dah sampai di rumah. Mengira duit jualan buku, perghhh lumayan! ... tapi taklah sekaya Vovin Karipap Cinta.

Pencinta-pencinta nasik lemak sedang membuktikan cinta mereka. Ah...