Friday, September 26, 2008

Baju Siap

Bila aku panggil dia Boboi, terus dia senyum.

Kalau aku beli baju raya yang dah siap, ada masalah sikit. Kalau beli saiz XL, baju ngam tapi seluar tak boleh masuk. Maka aku beli saiz XXL, seluar ngam-ngam baju pulak menggeleber - tapi boleh diubahsuai nanti. Seluar raya ni nasib ada getah, jadinya fleksibel mengikut saiz pinggang atau perut haha

Baju siap ni lebih berganda-ganda murah daripada baju tempah. Raya tahun ni cukuplah aku dan baby boy aku beli baju siap. Awek aku, Aqilah dan Dina biarlah baju tempah - perempuan-perempuan itu cantik dalam baju tempah, lagi pun kemanalah tumpahnya duit suami kalau tak ke tangan tukang jahit, ya tak?

(E'eh... kacang yang jiran aku bagi ni kuat sangat rasa cekur, dia goreng kacang dengan cekur? - aku update blog masa sahur)

Aku ni tak reti menulis di luar musim. Musim-musim puasa, dah nak raya ni, cerita pun pasal makan-makan, pasal baju raya. Nanti kalau aku cerita pasal penangkapan ikan di kutub utara atau kaedah menjinakkan beruang di rumah, aku sendiri akan rasa pelik.

Kepada semua pembaca yang memberi komen, yang tak beri komen, pembaca senyap, pembaca tak senyap, kawan-kawan lama, kawan-kawan tak lama, kawan-kawan baru kenal, yang baca blog ni.

Selamat menghabiskan Ramdhan dengan jayanya, dan Selamat Hari Raya Aidilfitri minta maaf zahir dan batin.

Wednesday, September 24, 2008

Berbuka Puasa Geng Lantit

Mi telor tu appetizer, yang dua tu main course haha.
Indo Mee Triple with Prawn Butter dan telur mata, Risotto dan All Platter.


OP dan E1. Tiada dalam gambar Daun, Salina dan ND.

Aku, E1, OP, Mulan, Apis dan Kok Chuan (officemate aku) berbuka puasa di William semalam.

Aku seperti biasa jadi orang terawal sampai walau pun setelah berjuang dalam jalan yang sesak.

Pukul 6.15 aku dah terpacak depan gerai William. Aku bukan Melayu terawal, sebab aku nampak dah ada beberapa grup 'booking' dan cantum meja.

"Aku sangkut jem Federal Highway", sms OP.

"Kau tengah tolong William bukak meja ke? Haha", lagi sms OP.

Aku lepak-lepak dulu dengan Kok Chuan yang dah pesan Ribena Laici Besar, nyam nyam nyam...

Masa terus berlalu, panas mentari semakin berkurang...

"Aku kat simpang", sms E1. Simpang yang mana aku tak tanya pulak.

"Aku berhampiran dah", sms OP.

William bagi pinggan kosong sorang satu. Lima portion dikongsi sama. Seronok kami berbuka semalam makan dengan kawan-kawan. Dalam seronok tu teringat jugak pada yang tiada, Petit misalnya haha

Terima kasih semua.

Sunday, September 21, 2008

Kisah Hisham Yang Hitam

Pada masa itu aku dalam Tingkatan 5 Sastera Hijau. Atau ada yang cakap 5 Setan Hijau, nasiblah.

Tengahari yang berdebu. Sessi Agama Islam bersama ustazah H. Seorang Ustazah yang comel dan best. Kelas aku ada 35 pelajar, 29 lelaki dan 6 perempuan. Lima perempuan Melayu, 1 perempuan India bernama S. Untuk peperiksaan SPM yang tak lama lagi, S ambil kertas Agama Islam.

"Setakat ini apa yang ustazah ajar ok ke?", tanya ustazah H kepada pelajar di belakang, aku agak ustazah tanya S.

Ustazah tu sambung, "Tak... saya tanya kawan kamu pelajar lelaki kat sebelah tu."

"Saya ke cikgu?", tanya Hisham.

"Ya ya.. bagus kamu ni ambil (kertas) Agama Islam, boleh bawak ke? Mengapa tak ambil (kertas) Moral?". Ustazah H.

Hisham yang hitam bertambah hitam, "Apa ustazah ni?! Saya Melayulah ustazahhhh".

Tak dapat tidak aku dan kawan-kawan sekelas ketawa terbahak-bahak menonton situasi ini.

Ustazah H malu betul kerana tersalah sangka. Ustazah pergi kepada Hisham dan mintak maaf bersungguh-sungguh. Hisham pulak aku tengok dah berpeluh mata, mungkin sebab marah, mungkin sebab malu atau kedua-duanya.

"Melayu betul? bukan India muslim? Mamak?".

"Bukaannnn... mak bapak saya Melayulah ustazah!".

Pecah kelas aku dengan gelak ketawa.

"Selama ini saya ingat kamu India, maafkanlah ustazah ya...".

Mudah saja untuk Hisham maafkan ustazah.

Kami yang tadi ketawa berdekah-dekah... terus dapat tazkirah haha

Saturday, September 20, 2008

Dahulu Yang Indah

Dulu-dulu awek aku ada belikan songkok, t-shirt, stokin...

Aku belikan dia tudung (baru bertunang masa tu). Senyum dia sampai telinga. Seingat aku, itulah kali pertama dan terakhir dia pakai, lepas tu entah mana dia simpan tudung tu.

Aku pernah quote kata-kata ustaz kursus kahwin ni dulu;

Orang prempuan akan membelikan baju untuk suaminya mengikut warna kegemaran suami, manakali suami membelikan pakaian untuk isterinya berdasarkan corak apa yang isteri dia tak pernah pakai lagi. Surprise! katanya.

Dia belum ada tudung corak sebegitu, aku nak surprise-kan dia. Aku belikan dia tudung corak belang rimau.

Masa tu kami dalam darah manis pertunangan.


Lawatan hari ini, ke kilang buku masa silam.

Friday, September 19, 2008

Petang Ramadhan Dengan Bateri Yang Lemah

Selesai mesyuarat di tapak terus aku memandu balik ke rumah. Tak perlu berpatah balik ke pejabat, nanti perjalanan jadi dua kali. Boleh jimat minyak, jimat mileage. Kalau keluar dari pejabat lewat petang di bulan puasa ni, akan kena berjuang dalam jalan yang sesak.

Kadang-kadang dapat call, kadang-kadang dapat SMS. Dari awek. Minta belikan santan, atau bawang, atau bunga kantan. Sesampai di rumah kalau rasa tak ada apa dah nak ditolong aku akan capai MP3 player sama earphone, pergi baring-baring, selalunya terlelap sekejap.

UUWWWAAAAA!!!

Mata yang terasa berpasir aku gagahkan buka mata. Budak perempuan kecik berlari mendapatkan aku terus tekup muka dia yang basah comot tu ke dada aku. Usap-usap badan dia pujuk-pujuk bagi diam. Sah, abang dia dah bantai dia. Tangis dan sedu-sedan dah reda dia sambung main dengan abang dan kakak dia. Aku sambung tidur...

PRRANNGGGG!!!

Bunyi hingar-bingar dari dapur. Aku bingkas bangun. Kaca berwarna-warni bertaburan di lantai. Empat buah mug pecah sekali gus. Budak lelaki umur 3 tahun tu tadi panjat kabinet. Si kakak tuduh si adik, si adik tuduh si kakak. Tak reti penat budak-budak ni... ada je aktiviti. Dah siap kemas, suruh budak-budak tu main kat ruang tamu. Lepas tu aku pergi baring...

KLETAKKKK!!!

Kaca apa pulak yang terhempas tu? Bergegas aku ke ruang tamu. TV aku bunuh diri dengan terjun dari kabinet ke lantai dengan wayar berselirat terbelit di di leher? Kental jugak nyawa TV aku tu tak pecah setelah terlangkup ke lantai semen. Tak ada yang mengaku. TV tu hidup keluar suara je. Ketuk-ketuk sikit barulah keluar gambar, lepas tu perlahan-lahan hilang gambar, ketuk-ketuk lagi barulah keluar gambar... Awek aku dah tak terkata, penat. Bagi dia orang botol susu seorang satu, suruh tidur. Aku sambung mimpi...

GGREKK... GREKK... GRIKKK... GRRIKK... GRIKK... GREEKKK.. GREEEEEK...

Binatang apa pulak ni? Aku meniarap memeluk bantal. Beratnya mata nak buka. Aku menoleh ke tepi. Nampak budak comel Irdina setahun lebih sedang tekun gigih. Di tangannya comel menggenggam pensel comel dari IKEA. Menconteng dinding bilik.

"HHOOIIII!!!", aku sergah budak kecik tu. Terus dia terpelanting ke belakang. Matanya bulat terkejut. Bingkas bangun dan lari mendapatkan ibunya.

Adui... penat balik pejabat, nak lelap sekejap pun susah.

Itulah kisah tiga orang baby yang keletah. Tiga orang anak dari isteri pertama.

***

"Bang...", panggilan manja.

"Mmm..", sahutan manja.

"Sinki... sumbat lagi."

Aduii....

Wednesday, September 17, 2008

Hari Ini Encik Dugong Main Silap Mata Asap-asap

Sinki sumbat.

Bukan sinki yang sumbat, sebenarnya paip besar luar rumah bawah lantai tu yang sumbat. Suatu hari tu hujan, air bertakung kat situ. Air keruh bau busuk. Perghhh...

Pergi kedai hardware beli dawai macam spring untuk jolok paip tersumbat sama sarung tangan getah. Binatang ni membantulah juga dan air surut sikit -sikit. Tapi masih ada air bertakung yang buat aku tak puas hati.

Pergi lagi ke kedai hardware beli asid dan soda. Pakai google, balut muka dengan t-shirt, pakai sarung tangan getah. Ketulan-ketulan soda yang putih-putih itu dituangkan ke dalam lubang berkenaan. Lepas tu tuangkan asid...

POPPP!

"Ayoyo!... apa bikinnnn!!!", macam magik aci jiran sebelah muncul tiba-tiba.

Satu letupan kuat kedengaran diikuti kepulan-kepulan asap putih keluar dari lubang itu.

Merebak di segenap ruang bau pekung di udara. Perghh...

Monday, September 15, 2008

Fikir Positif

Rumah siap pahat berbunyi, itulah ringkasnya pengalaman yang aku hadap kebelakangan ini.

Dalam bulan ini sahaja ada dua pelanggan yang premis dah siap tapi belum masuk bekalan elektrik. Terpaksalah tapping dari temporary supply.

Itulah dia manusia tak kira Melayu, Keling atau China. Hari ini masuk borang permohonan ke TNB, esok dapat api. Kepala bapak dia!

"Lu boleh kawtim sama dia orang maa...", lagi satu kepala bapak dia! Tak kuasa aku bulan mulia ni nak mencemar tangan suci.

Kadang-kadang terasa fakaplah buat kerja-kerja ni semua. Pagi masuk opis, tengahari pergi site meeting, petang balik terus. Meeting pulak orang hidang air, aduh... cobaannn

Esok pagi masuk opis banyak benda belum settle, ada tender masuk dua tiga ketul, barang belum sampai supplier dah mintak PD cek, nak melapor ke bos lagi.

Dua belas tahun rasa nyawa ni sia-sia buat kerja ni. Bukan dapat apa. Cukup tahun dapat bonus sebulan, ceh! Kerani cabuk duduk bertapa dalam opis dapat bonus sebulan, kita ke hulu ke hilir pun dibaginya sebulan.

Jadinya tadi aku terbaca satu hadith di mana seorang lelaki lepak sempoi dalam syurga, sebab kat dunia dulu dia alihkan kayu melintang di tengah jalan.

Perghh... tu baru alihkan kayu dah dapat balasan best.

Dua belas tahun uruskan bekalan elektrik ke premis orang, agar malam yang gelap jadi terang. Macam mana terang premis dia orang tu, macam tu jugaklah terangnya kubur aku nanti, sekurang-kurangnya itulah yang aku harapkan.

Fikir positif, barulah ada semangat nak buat kerja.

Sunday, September 14, 2008

Turun

Setakat entri ini ditulis, berat badan aku dah turun 4 kilogram.

+++

Tadi belek-belek resume yang telah dihantar ke sini. Ada satu tu awek cun, terus aku suruh HR call jemput interview.

Saturday, September 13, 2008

Rumput Hijau Di Pusara Ayah

Aku tak seperti mentari
setia melapor diri
setiap pagi
di ufuk timur
menghulurkan kehangatan

Aku juga tak seperti hujan
yang kadang-kala turun
diluar musim
membawa suasana dingin

Atau
aku tak sepertinya
embun pagi
yang membasahi rumput hijau
sesegar pagi

Sungguh aku tak seperti
rumput hijau subur
yang bertasbih
memuji tuhan

Di sisi
pusaramu ayah
dengan sepotong surah.

----
Si Dugong
13 Ramadhan 1429H



Lawatan sambil belajar ke Taiwan;
Lagu Season In The Sun Versi Melayu

Thursday, September 11, 2008

Soalan Cepumas Tekata Tak Terkata

Mr. Ah Heng yang brutal itu. Yang kami gelarkan dia Hellboy. Suatu tengahari yang panas membahang. Angin bertiup sepoi-sepoi bersama-sama debu-debu halus berterbangan.

Dia bertanya aku, di depan rakan-rakan yang 100% non-Malay.

"Lu aaa puasa sebulan... badan ada kurang lima kilo ka?"

Jari telunjuk kanan aku meraba pusat. Siapa nak jawab soalan ni?

Wednesday, September 10, 2008

Anniversary Kami


Hari ini pada tahun 1999. Dingin. Tangan dingin. Tapi ada peluh di dahi. Aku shake hand dengan pak imam. Yeay! yeay! aku dah kawin. Malam ni...

Malam ni bolehlah solat Isyak berjemaah.

Tuesday, September 09, 2008

Kerana Malu

Masa aku sekolah rendah. Mak aku tak pernah pun paksa kami puasa. Lagi tak ada siapa pun nak menawarkan ganjaran material kepada kami macam sebahagian budak-budak lain.

Malah masa aku balik dari sekolah mak aku siap hidangkan nasik, lauk sama teh o lagi. Budak-budak belum wajib, kata mak.

Bagi aku bulan puasa tu bulan yang boleh jadi koboi. Mana tak terasa koboinya kalau dah pistol di tangan, mercun dijadikan bom. Habis ranap pangkal daun betik kena letup. Ulat mentadu hijau di ranting limau pun habis jadi mangsa mercun, tinggal cebisan hijau je kat pangkal ranting.

Mak aku selamanya tak setuju dengan emak-emak orang yang bangga riak takabbur anak dorang tahun ni "Dapat nam ploh hengget! Puasa penuh anak saya tahun niiiii".

Mak aku kata mana sama nyawa anak dengan kemegahan dan wang ringgit, dah besar sikit nanti barulah sesuai dilatih-latih.

Aku mula berpuasa semasa darjah 3 itu pun sebab kena paksa ustaz Ismail. Garang woo.. kecut aku. Semasa aku darjah 3, adik aku yang darjah satu tu berjaya puasa beberapa belas hari, aku dalam tahun tu berjaya puasa sehari.

Aku mula serius berpuasa dalam darjah 4. Suatu peristiwa aku dan adik-adik sedang sarapan pagi. Tiba-tiba sepupu aku anak-beranak datang berkunjung terpacul di muka pintu.

"Eee.. tak puasa.. dah besar tak malu." kata anak sepupu perempuan setahun jagung.

Terus stop makan. Nasik rasa macam tanah liat jadinya. Basuh tangan basuh mulut basuh pinggan. Perghh... jatuh terus aku punya maruah, muka tak tau nak letak mana. Malu semalu-malunya. Budak-budak pun tahu malu!

Aku bersumpah mulai saat itu aku akan puasa penuh! Lepas tu kalau balik sekolah mak aku suruh makan minum terus marah-marah. Arghh... aku nak puasa aku nak puasa! Mak cakap pasal minum je terus nak tutup telinga lari masuk sawah terjun palung.

Di dunia terkantol depan manusia dah macam tu punya penangan malu impak maksima, esok-esok di sana terkantol depan tuhan... amacam?

Monday, September 08, 2008

Siakap Stim

Sebelum.

Selepas.

+++

Petang itu. Bukan petang yang malang. Sebenarnya.

Api dan kuali masih di dapur. Aku pergi baca-baca blog, apa barang?

Resepi Ayam Halia Daun Bawang, separuh sudah menjadi arang, sudahnya.

+++

Maka di hari yang baik dan di bulan yang baik, aku 'membayar' kesilapan itu dengan Ikan Siakap Stim.

"Kalau abang masak sedap... abang masak ye?!", aku sudah dijerat dengan umpan pujian awek aku yang comel itu. Well... lelaki kan mudah cair dengan pujian dan bujukan wanita?.

"Letaklah bawang besar ye bangggg..", sebab kalau dia yang masak, macam-macam ditaruknya, asam boi lah, lada lah, tomato lah, serai ...

Aku pulak suka 'rasa ikan' itu sendiri. Original. Kalau aku stim ikan siakap, taruk sos tiram sama halia yang diracik dah cukup. Cukup.

Tapi sos tiram tu nak yang mahal, yang pat lima hengget sebotol tak main!

Siakap stim buatan sendiri ini sudahlah tentu tidak sesedap restoran punya. Siakap Stim Restoran De Chiang Mai Sg. Buloh, misalnya. Siakap Stim dia orang pun banyak rencahnya. Maklumlah orang berniaga, ta'kan letak siakap stim bogel telanjang lepas tu harga puluh-puluh!

Macam yang pernah aku tulis dalam blog lama dulu ;-

"Menu ini sungguh lazat dan menyelerakan! Kalau setiap minggu makan hidangan ini pun tidak akan menjemukan saya. Isi daging ikan siakap yang putih gebu itu pasti merangsang nafsu sesiapa pun untuk menjamahnya, lebih-lebih lagi ketika masih panas. Saya gemar meratahnya, ikan yang lembut beraroma semulajadi seperti halia, serai, asam dan lain-lain sungguh mengasyikkan. Ikannya segar sungguh manis rasanya. Kuahnya pula kalau dihirup amat lazat! Masam manis pedas-pedas sedap bersatu, laju saja menceduk lepas sesudu demi sesudu hingga ke titisan kuah yang terakhir, kering ke dasar mangkuk. Saya memang gemar makanan segar dan lazat serta menyihatkan seperti ini.

Restoran Chieang, terletak di kawasan perkampungan yang aman damai. Lokasinya yang strategik ini pastilah mengundang ramai pelanggan, terutama pada malam minggu. Istimewa restoran ini menyediakan pelbagai menu Thai dan tempatan seperti Tom Yam, Ayam Pandan, Hor Thalae, Sup Ekor, pelbagai jenis nasi goreng, mee, mee hoon dan minuman panas serta sejuk serta jus buah-buahan. Para chef mantap memasak, dan pekerjanya pula cekap mengambil pesanan hidangan. Selain itu layanan mesra para pekerja di restoran ini pasti menarik hati kita untuk datang lagi. Tambahan kebersihan dan dekorasi restoran yang cantik serta berhawa dingin. Pendek kata, hidangan lazat jadi ingatan, layanan baik jadi pujian.

Marilah datang cuba sendiri. Restoran Chiengmai Thai Seafood, Jalan Kampung Melayu, 47000 Sungai Buloh, Selangor. Tel:03-61401870 Fax:03-61402953."

Apa khabar restoran tu sekarang ya? Dah lama betul aku tak pergi sana.

Saturday, September 06, 2008

Entri Blog Tidak Bergambar

"Malam ni abang belanja kita orang", awek aku tagih Mee Udang Utara gerai belakang perumahan kami.

Mi udang ni kuah dia sedap, kuah berasa masam manis berwarna kemerahan. Kuahnya pekat lazat memikat dan memuaskan. Hirup punya hirup tak sedar dah licin. Udangnya pula segar-segar belaka dan dalam sepinggan mi ada beberapa ekor udang, taklah kedekut sangat.

Mi dia mi biasa sahaja, mi kuning tapi kuah dia tu yang dirasakan istimewa sikit sebab masam manis. Tambah udang segar jadi masam-masam lemak manis. Ekor udang dikepit dengan dua jari, badan udang dimasukkan ke mulut, sedut kuah dan jus udang tu perlahan-lahan sambil sedut isi udang yang lemak manis itu. Tarik keluar dari mulut kulit udang yang sudah renyuk. Memang lazat.

Plpappp!

"Banyaknya nyamuk!"

Aku sendiri tergaru-garu betis. Banyak nyamuk tempat ni. Nyamuk sebesar ayam. Lantas aku pun bangun.

"Abang nak ke mana bang?". Tapi aku tak jawab soalan dia.

Aku datang balik dengan Ridsek di tangan. Aku sembur nyamuk bawah meja. Lepas tu sambung makan mi. Terasa ada sikit pedas pulak, terus aku sedut jus epal yang manis itu.

Nota: Syarikat Ridsek perlu bayar aku 3K kalau nak aku eja produk mereka dengan betul.

Friday, September 05, 2008

Program Menurunkan Berat Badan Selama 30 Minggu Tanpa Berasa Lapar dan Dahaga - Bukan Testimoni

Suatu masa dulu aku pergi merewang kat jiran kenduri kahwin. Di depan rumahnya ada banyak khemah tempat para jemputan menjamu selera esok.

Petang itu aku melepak kat belakang rumah ada beberapa kawah besar dengan kayu-kayu api menyala di bawahnya. Beberapa orang kakak dan makcik sedang hiris bawang atau kupas kentang atau bersihkan ayam yang telah dipotong kecil. Seorang brother sedang berusaha gigih di sebuah kawah dengan sebatang senduk kayu sedepa dengan tuala good morning berlingkar di lehernya.

Aku pula seronok main-main bara api.

Seorang kakak bersuara, "Macam mana ya nak turunkan berat badan?!"

Brother yang gigih tadi kenakan hujung tuala ke dahi dan seluruh muka, "Senang saja petua dia...".

"Macam mana? Tak payah makan nasik ke? Susah tu?", kata kakak tu.

Brother gigih tadi menujah isi kawah dengan senduk lalu menongkat dua telapak tangannya dan dagunya pada pemegang senduk kayu sedepa tersebut, "Petuanya senang jer.. suruh abang (suami) akak kawin lagi satu".

Kakak tadi masih hiris-hiris bawang, "Pasal mengarut serah kat kau... Apa kena-mengena dengan menurunkan berat badan?!".

Selamba brother gigih, "Nanti hari-hari makan hati berulam jantung... mesti kurus punyalah hahaha".

Kakak tadi masih hiris-hiris bawang. Dan aku main-main bara api.


****

Hampir terlupa... makanan hari ini ialah ;

Roti Nan Garing plus kuah kari dan pudina digandingkan dengan teh tarik.

Lokasi : Syed Kelana Jaya.

Thursday, September 04, 2008

Makanan Hari Ini

Grilled Lamb with Salsa Verde

Kambing muda yang dipanggang dengan campuran herba lazat berhasiat superb gila babi nak mampus.

Gerai William, Kelana Jaya.

Akuan bersumpah laknat.

Wednesday, September 03, 2008

Cahaya Suria - Bangunan

Tahun 1999. Sebelum kahwin kenalah pergi kursus kahwin. Dua hari. Penuh dengan gelak-gelak. Ustaz-ustaz yang galak.

Aku baru tahu rukun kahwin ada 7 iaitu ;
1. Lelaki yang bakal menjadi suami.
2. Perempuan yang bakal menjadi isteri.
3. Wali yang adil
4. Dua orang saksi yang adil
5. Ijab dan Qabul (Tawaran dan Penerimaan)
6. Sijil kursus kawin
7. Borang kebenaran dari isteri pertama

Jangan aaa tuduh aku murtad... aku bergurau saja.

Seorang ustaz ada berpesan jangan memuji masakan isteri. Ikan sambal sedap, misalnya. Nanti setiap hari kita dihidangkan 'masakan sedap' tersebut. Setiap hari.

Hari ini aku telah terlupa pesanan tersebut.

Sorry ustaz.

Tuesday, September 02, 2008

Makanan Hari Ini

Hari ini aku perkenalkan makanan sedap dari gerai William, Taman Mayang, Petaling Jaya.

Chicken Premium plus Lamb

Mula-mula aku diperkenalkan gerai William oleh E1 dan Petz dia orang syorkan aku Chicken Premium. Kalau nak jadi geng dia orang kena makan dua portion ini. Akunya tangki 1.3 sahaja, manakala dia orang tangki pajero. Harus terbunuh aku.

Itu hari aku kalah pertaruhan Euro kena belanja kawan makan. Aku tanya William minta pendapat, tauke William syorkan Chicken Premium plus Lamb. Makanan ini sedap.

Gambar di atas ND yang snap guna kamera aku. ND makan satu portion masa melantit minggu lepas. Makanan ini sedap.

Monday, September 01, 2008

Warna-warna Kehidupan

Ek-eh... surau kita ni dah warna cokelat!